bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

9 May 2016

Pasca PRN 11 Sarawak - Azmin Usul PAS Kembali Kepada Pakatan???


Pengajarannya memang macam tu lah....Pakatan memerlukan semua sokongan yang mereka boleh perolehi....Menyepak keluar PAS daripada Pakatan oleh DAP terbukti telah memakan diri mereka. Dek tamakkan kuasa, DAP telah menyerlahkan diri mereka yang sebenar. Iaitu tamakkan kuasa. Bayangkan jika mereka berjaya memerintah Malaysia kelak...

Dengan masyarakat berketurunan Tionghua di Sarawak dilihat telah kembali menyokong BN Azmin sedar, suka atau tidak Pakatan memerlukan PAS jika mereka mahu mencabar dalam PRU ke 14 nanti. Masyarakat Tionghua di Sarawak mungkin telah tersedar hanya BN yang boleh membawa kemajuan. Selain masyarakat Sarawak yang rata2nya menolak parti perkauman yang sempit sebagaimana pendekatan yang diamalkan oleh DAP.


Azmin sedar akan perkara ini, dan jika pengundi2 Tionghua 10-15% di Semenanjung kembali menyokong BN, Pakatan akan menjadi sejarah!!!

Apapun jika dilihatkan DAP merupakan parti yang paling dominan dalam PH dan mereka sentiasa mahu parti2 lain tunduk kepada mereka Azmin pasti akan mampu untuk melindungi PAS sekiranya DAP sekali lagi dibuli oleh DAP sekiranya mereka menerima pelawaaan Azmin untuk bersama2 dalam Pakatan. 

Lihat sahaja lah di dalam PRN Sarawak ke 11 yang lalu, saranan Azmin agar 6 kawasan ditandingi oleh calon PKR langsung tidak diendahkan oleh DAP. Begitu keadaanya pati tiada siapapun yang mampu untuk mengawal tindak-tanduk DAP di dalam PH.

Dengan sejarah DAP yang telah menikam PAS dari belakang sebelum ini, apabila mereka secara terang2an menjadi penaja penubuhan parti PAN yang telah mengakibatkan penghijrahan beramai2 pemimpin2 pro Anwar Ibrahim selain secara terang-terangan menyerang pucuk pimpinan PAS, pastinya pelawaan Azmin perlu diperhalusi 100 kali oleh PAS, kerana selain perlu menjaga maruah parti dan pemimpin2 PAS, sudah pasti PAS tidak sanggup untuk menggadai Islam dan hak keistimewaan orang Melayu/Bumiputera. Seperti pepatah Melayu, "Jangan sampai nanti, yang dikejar X dapat dan yang dikendong berciciran".

1 comment:

  1. Biarlah dapigs dgn sikap sombong dan bongkak mrk.
    Biarlah agenda 'Chinese chinese' yg rasis itu beranak pinak dlm sanubari parti paling rasis di Malaysia itu.
    Parti yg tak akan percaya parti lain dlm agenda mrk mmg patut ditolak biar terkubur di negara kita.
    Prn11 Swk...mrk bawa agen mengira undi yg kebanyakannya dari p.pinang krn mrk tak percaya dgn agen tempatan dari Swk.Begitu sekali buruk sikap mrk dlm menilai kepercayaan rakan dan sentimen buruk tersebut dirasakan akan berterusan sehingga bila2.Calon bumipitera cuma pencacai utk mrk mencapai matlamat mrk.Sekadar kuli yg tak akan didengar dendangan lagu mrk.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3