Sebelum ini kerajaan pernah berura2 hanya mahu memberikan subsidi penuh petrol RON 95 buat rakyaat yang berpendapatan RM 5,000.00 kebawah.
Buat mereka yang berpendapatan RM 10,000.00 - RM 5,000.00 pula akan didiberikan subsidi RM 300.00 sebulan.
Juga dengarnya sistem komputer di pam2 minyak bakal dikemaskini dan dinaik-taraf supaya dapat mengenali kumpulan sasaran....
Warga asing dan mereka yang berpendapatan RM 10,000.00 ke atas akan X akan dapat subsidi petrol.
Sejak itu kerajaan telah menerima berbagai cadangan daripada rakyaat....
Sistem pembelian petrol menggunakan mykad pastinya sukar dijalankan, selain sistem yang mahal bakal diperlukan disetiap stesen pam minyak, sesetengah pam minyak juga tidak menjual minyak Ron 97 jadi bagaimana mahu menyuruh warga asing menggunakan Ron 97???
Jalan terbaik adalah mengapungkan penjualan petrol mengikut harga pasaran...dan kerajaan menggunakan mekanisme sebagaimana BR1M untuk memberikan subsidi pertol kepada kumpulan sasaran.
Pastinya jika ini dapat dilakukan kelak ketirisan akan dapat dikurangkan dan sistem canggih-manggih juga X diperlukan.
Cuma pihak Incometax perlulah meningkatkan usaha mereka di dalam membenteras mereka yang tidak membayar cukai ataupun kurang membayar (under declare) cukai supaya selain hasil negara meningkat, subsidi minyak juga akan dapat sampai kepada golongan sasaran.
Walaubagaimanapun memandangkan harga pasaran minyak dunia yang merundung sekarang ini...Kemungkinan pemberian balik susbsidi kepada kumpulan sasaran boleh ditangguhkan buat sementara kerana harga petrol Ron 95 katanya lebih rendah berbanding harga semasa di pam iaitu RM 2.27 berbanding RM 2.30 seliter.
Walaubagaimanapun memandangkan harga pasaran minyak dunia yang merundung sekarang ini...Kemungkinan pemberian balik susbsidi kepada kumpulan sasaran boleh ditangguhkan buat sementara kerana harga petrol Ron 95 katanya lebih rendah berbanding harga semasa di pam iaitu RM 2.27 berbanding RM 2.30 seliter.
No comments:
Post a Comment
Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.