Muhyiddin dalam satu kenyataan berkata, semua rakyat Malaysia kini hidup dalam sebuah negara yang aman antara lain hasil keringat dan keberanian mendiang Kanang.
"Mendiang sememangnya menjadi kebanggaan negara kerana keberaniannya menentang pengganas komunis ketika bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
"Saya dan keluarga berasa amat sedih di atas pemergian pahlawan Datuk Temenggong Kanang Anak Langkau yang meninggal dunia pagi tadi. Takziah saya ucapkan kepada keluarga mendiang. Semoga tabah menghadapi ujian kehilangan orang tersayang," katanya.
Kanang, 68, meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak di Kuching pada jam 1.45 pagi ini kerana serangan jantung. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment
Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.