bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

28 Jun 2011

Kos Lawatan PM & Isteri ke Luar Negara 2008 hingga Jun 2011 Menjangkau RM 17 Juta???



Pertama sekali, harus diakui bahawa lawatan-lawatan sebegini adalah bertujuan untuk menarik pelaburan dan juga mengeratkan perhubungan dengan negera-negara yang dilawati untuk faedah rakyaat dan negara. Mana ada berniaga tak pakai modal?

Yang kedua, kos lawatan sepetutnya perlu lebih terperinci.

Secara logiknya lawatan PM pasti akan diiringi oleh beberapa orang menteri, timbalan menteri, ketua-ketua pengarah dan beberapa orang setiausaha kementerian. Adakah kos RM 17 Juta ini telah termasuk kos kesemua pegawai-pegawwai tinggi kerajaan yang disebutkan tadi?

Adakah ianya juga termasuk kos minyak, kakitangan, penyelenggaraan dan sewaan jet milik kerajaan Malaysia atau "tempah khas", bayaran lapangan terbang dan lain-lain?

Sewajarnya kementerian dan jabatan yang menyediakan jawapan untuk soalan-soalan sebegini perlu lebih berhati-hati janganlah ianya dibuat sekadar seperti melepaskan batuk di tangga agar tidak dilihat seperti sengaja mahu "mensabotaj" pihak pemerintah, lebih khusus PM dan isteri.

3 comments:

  1. Boleh percayake sumber ini? Kalau dari Malaysiakini 99.99% mungkin tidak benar dan hanya fitnah?

    ReplyDelete
  2. Patut beritahu berapa trip, berapa satu entourage, siapa dalam entourage, tujuan trip, hasil dari trip, dan lain-lain.

    Dengan ada butiran, tiada isulah.

    Pasal rosmah ikut, jelaskan lah polisi tentang perjalanan isteri PM.

    Beritahu ada trip yang dibuatnya bukan atas belanja kerajaan tapi phak lain termasuk belanja sendiri.

    Pembangkang tak salah bertanya, kerajaan kenalah telus

    Jawapan macam gini menjerat leher sendiri ...

    ReplyDelete
  3. Salam..

    Jangan lupa PKR Selangor memperuntukkan sebanyak RM8 juta setahun untuk perang siber melawan cybertrooper UMNO dan BN..!!!

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3