Dengan barisan kepimpinan yang baru ini nampak gayanya....Cara berpolitik Pas yang lebih banyak menggunakan caci-maki, umpat keji, fitnah dan tohmahan akan semakin berleluasa dan diterima oleh kebanyakkan ahli-ahli mereka... Jika ini yang ahli-ahli Pas mahukan... Biarlah mereka "terjun dengan labu-labu mereka, biarkan...biarkan...".
Jika dahulu selalu diperkatakan pemimpin bukan sahaja perlu "baik" tetapi juga perlu "kelihatan baik" nampaknya itu tidak penting bagi Pas.
Walaupun mereka selalu menuduh pemimpin-pemimpin Umno/BN dengan bermacam-macam tohmahan dan fitnah yang tanpa disertakan dengan bukti mengikut syariat....
Tetapi ada di antara kepimpinan baru mereka ini yang pernah dipalitkan dengan kes khalwat, kes zina, membiayai propaganda melalui blogger sehingga berjumlah jutaan ringgit dan gemar menyebar fitnah dan tohmahan dilihat masih menjadi pilihan para perwakilan Pas. Berselindung daripada kesalahan disebalik hukum agama tetapi melakukan fitnah terhadap orang lain?
Kepada mereka ini dan semua ahli-ahli Pas tahniah penulis ucapkan dan hanya Allah s.w.t. sahaja yang Maha Mengetahui segalanya. Juga semoga Allah s.w.t melindungi kita daripada apa juga bencana yang mungkin akan berlaku dek kebodohan ini... Amin.
No comments:
Post a Comment
Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.