bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

21 Aug 2009

"Apocalypse" Negara Dijarah Dan Organ Dirompak Untuk Dijual ? Percayalah Ini Juga boleh Berlaku Kepada Kita!!!

Tentera Israel Dagang Organ Palestin
Dipetik dari Kosmo Online


KEADAAN jenazah Bilal Achmed Ghanan, 19, yang didakwa dilapah tentera Israel untuk dijual di AS.


BAITULMAQDIS - Kekejaman tentera Israel bukan sekadar menyekat kemasukan makanan ke wilayah Gaza malah mereka dipercayai melapah organ penduduk Palestin untuk diperdagangkan.


Akhbar Sweden, Aftonbladet pada Isnin lalu mendakwa, wujud kaitan antara tuduhan tersebut dengan penahanan seorang lelaki Yahudi warga Amerika Syarikat (AS) berhubung penyeludupan organ manusia baru-baru ini.


Di bawah tajuk Anak-anak kami dibunuh kerana organ mereka, akhbar tersebut menyiarkan gambar jenazah seorang pemuda Palestin yang dipenuhi jahitan pada dadanya. Gambar tersebut dirakam selepas satu bedah siasat.


Lelaki Yahudi itu didakwa cuba mengimport satu ginjal dari warga Israel untuk dijual kepada seorang pesakit AS dengan harga mencecah AS$160,000 (RM567,400).


Penulis artikel itu, Donald Bostrom mendakwa ia ditulis berdasarkan keterangan beberapa penduduk Palestin di Tebing Barat dan Genting Gaza yang dikenali hanya dengan nama pertama mereka.


Menurutnya, terdapat kekurangan organ untuk pembedahan pemindahan di Israel pada masa kini dan rejim Zionis pernah melancarkan kempen menderma organ pada 1992.


"Ketika kempen ini diadakan, ramai pemuda Palestin hilang dan jenazah mereka dihantar pulang beberapa hari kemudian dengan kesan dilapah," katanya. - AFP



Komen Isac;


Inikah harganya untuk sebuah kebebasan? Selogan-selogan, "Kebebasan untuk semua"? "Dunia tanpa sempadan"? "Globalisasi"? "Liberalisasi"?


Semua selogan-selogan ini begitu sedap didengar tetapi hakikatnya, jika kita lemah, masih berpecah-belah dan asyik bercakaran sesama kita maka sediakanlah diri kita untuk dijajah, "dijarah" dan "dilapah"....


20 Aug 2009

SUV SPRM Rosak Akibat Molotov Cocktail - Apakah Kaitannya Dengan Pendedahan Oleh YB Wee Choo Keong (PKR) ?

Dipetik dari mStar Online




KETUA Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop memeriksa kenderaan pacuan empat roda kepunyaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang rosak dipercayai akibat dibaling Molotovt cocktail di pejabat SPRM Klang di Jalan Kota, Klang hari ini.--fotoTHE STAR oleh Edward Rajendra

Khamis Ogos 20, 2009
KLANG: Sebuah kenderaan pacuan empat roda kepunyaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) rosak dipercayai selepas dibaling dengan Molotovt cocktail awal pagi tadi. Pegawai SPRM yang datang ke pejabat mereka di sini pada pagi ini mendapati bahagian hadapan kenderaan Nissan X-Trail yang sering digunakan oleh oleh pegawai penyiasatan mereka telah rosak.


Pegawai SPRM menyifatkan ia sebagai "tindakan pengecut" dan percubaan untuk menakut-nakutkan Suruhanjaya itu daripada menjalankan siasatan terhadap ahli-ahli politik dan orang-orang perseorangan. Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamad berkata, pegawainya akan membuat laporan kepada pihak polis Klang berhubung insiden itu.


"Kita tidak akan berundur daripada penyiasatan kita hanya kerana insiden ini. "Ini hanya menunjukkan mereka yang terlibat dengan rasuah berasa bimbang dan cuba untuk menakut-nakutkan kita dengan melakukan tindakan jenayah. "Biar polis menyiasat jenayah ini sementara kita di SPRM akan meneruskan siasatan kita untuk memerangi rasuah," katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, beliau telah mengarahkan pegawainya untuk menyiasat secara terperinci insiden itu. "Ada banyak perkara yang berlaku di negeri itu pada masa ini dan kita akan bekerjasama rapat dengan SPRM dan pihak-pihak yang berkaitan.


"Kita berharap orang ramai akan tampil membantu siasatan," katanya.
Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusof berkata, insiden itu dipercayai berlaku antara pukul 2 dan 3 pagi. Katanya, enam Molotovt Cocktail telah dibaling ke arah kenderaan itu.

Komen Isac

Nampaknya anggota-anggota penguatkuasaan di Malaysia semakin terhimpit... Mereka bukan sahaja menjadi sasaran serangan "ahli-ahli politik" yang mereka sedang siasat ataupun mahu diberkas, bahkan kini mereka juga menjadi sasaran serangan anggota-anggota kongsi gelap.

Adakah ini membuktikan bahawa dakwaan Ahli Parlimen PKR Wangsa Maju YB Wee Choo Keong, iaitu terdapat pejabat Exco Kerajaan Negeri Selangor yang dijadikan tempat pertemuan orang yang ada kaitan dengan perniagaan ‘bawah tanah’, terbukti benar?

Sama-samalah kita berharap agar pihak polis dan pihak berwajib dapat menyiasat kes ini dan menghukum mereka yang terlibat secepat mungkin. Kita tidak boleh membiarkan mana-mana penjawat awam maupun pihak penguatkuasa diugut atau ditekan daripada menjalankan tugas-tugas mereka.

Jika ianya dibenarkan maka kita semua akan kembali kepada hukum rimba, "siapa kuat dialah kudrat". Jika ini dibiarkan berlaku maka tiada lagilah undang-undang yang boleh melindungi kita semua.

Pemimpin-pemimpin Melayu Pakatan Pembangkang Buta Agama?


Dipetik dari Berita Harian Online
Sultan Selangor mahu wang zakat diguna hanya untuk pembangunan ummah

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak membenarkan wang kutipan zakat diambil, dipinjam atau disalurkan untuk tujuan lain kecuali bagi membantu umat Islam dan pembangunan ummah di negeri itu. Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Konvensyen Intergriti Pengurusan Zakat Selangor di sini hari ini.

Sementara itu, kadar zakat fitrah di Selangor tahun ini dinaikkan kepada RM7 seorang berbanding RM5.20 tahun lalu dengan mengambil kira kenaikan harga beras yang menjadi makanan utama rakyat negara ini.


Komen Isac;


Macam bodoh tahap gaban pulak pemimpin-pemimpin Melayu/Islam Pakatan Pembangkang ni.... Walaupun Pas (satu-satunya parti yang mendakwa hanya ahli parti mereka yang akan masuk syurga) sama-sama berada di dalam saf pentadbiran negeri Selangor, tetapi permohonan mereka untuk menggunakan wang zakat untuk tujuan lain dan juga untuk manfaat rakyaat yang bukan beragama Islam, menunjukkan bahawa mereka ni seolah-olah langsung tak "faham" apa itu zakat.


Agak pelik juga kalau orang yang mengakukan bahawa mereka lebih Islam daripada orang lain, tetapi dalam waktu yang sama tindak-tanduk mereka dan kuncu-kuncu mereka menunjukkan bahawa mereka sebenarnya tidak faham akan fungsi zakat? Berapakah dan siapakah golongan orang yang boleh menerima zakat (hasnaf).
Adakah ini menunjukkan bahawa sebenarnya exco-exco dari parti Pas tiada suara dalam Kerajaan Negeri Selangor?



Siapakah Tan Sri Khalid ini? Mufti? Sarjana Ugama? Ulamak? Ataupun ketua ajaran sesat? Sehinggakan undang-undang Allah s.w.t mengenai zakat pun sewenang-wenangnya hendak beliau pinda?



Dulu-dulu Pas kata mereka hendak menegakkan hukum hudud, tetapi Dato' Seri Ir. Nizar telah menafikannya di dalam sidang Dun Perak. Kini yang lebih dahsyat lagi mereka (Pas) hanya berdiam diri apabila PKR bertindak cuba untuk menukar hukum Allah s.w.t....Hasil kutipan zakat negeri Selangor, berani hendak mereka agih-agihkan dan gunakan untuk rakyaat yang bukan beragama Islam.
Apalagi yang pihak Pakatan Pembangkang mahu gadaikan selepas ini ?

19 Aug 2009

Tuan Guru Nik Aziz Berundur Dari Politik ?


Dipetik dari mStar Online
Rabu Ogos 19, 2009
Masuk syurga atau neraka hak mutlak Allah - Majlis Fatwa


KUALA LUMPUR: Dakwaan bahawa pengakuan dan sokongan kepada orang, pertubuhan atau parti tertentu diperlukan sebelum seseorang itu layak masuk syurga atau akan ke neraka adalah salah menurut ajaran Islam, kata Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan, Prof. Datuk Abdul Shukor Husin. Beliau berkata, keputusan Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan telah menetapkan bahawa ketentuan seseorang Islam masuk syurga atau neraka adalah hak mutlak Allah s.w.t. berdasarkan kepada keimanan dan ketakwaan seseorang itu. Katanya, keputusan itu telah diperkenankan oleh Majlis RajaRaja dalam Mesyuarat RajaRaja Kali ke188 pada Mac 2001 dan menambah bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan telahpun membincangkan isu itu sejak tahun 2000 lagi.


"Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan juga berpendapat bahawa sesiapa sahaja yang mengajar atau menyebarkan pandangan atau fahaman seperti ini adalah salah dan menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat dua hari lepas bahawa penyokong atau anggota UMNO tidak akan masuk syurga.


"Sehubungan itu saya ingin menasihatkan umat Islam terutama kepada mereka yang mempunyai ilmu pengetahuan tentang Islam supaya berhatihati dan tidak menimbulkan perkara yang tidak betul atau bida'ah yang boleh mengeliru dan memecahbelahkan umat Islam.


"Janganlah kita mudah terpengaruh dengan pandangan yang aneh, jauh daripada kebenaran dan boleh menyesatkan kita," katanya. BERNAMA


Ini pula kenyataan Ulamak Pas sendiri, dipetik dari Utusan Malaysia Online.
Link;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0819&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm
Masuk syurga tak kira parti – Harun Taib


KUALA TERENGGANU 18 Ogos – Ketika Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan penyokong UMNO tidak layak masuk syurga, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib pula mempunyai pandangan berbeza berhubung perkara itu.

Harun yang juga Pesuruhjaya Pas Terengganu berpendirian, peluang masuk syurga adalah urusan dan keizinan Allah dan ia tidak semestinya bergantung kepada mana-mana parti yang disertai.

Jelasnya, setahu beliau, umat Islam yang sentiasa mengamalkan kebaikan, bertakwa selain ikhlas dalam mematuhi segala ajaran Islam, mereka akan masuk syurga dengan izin Allah.

“Sesiapa saja (umat Islam) yang mengamalkan ajaran Islam dan yakin dengan ajaran itu selain mengamalkannya dengan jujur, ikhlas, maka dengan izin Allah mereka akan masuk syurga.



Komen Isac;

Adakah Tok Guru akan mengundurkan diri daripada dunia politik kerana berasa malu dengan penegasan Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bahawa kenyataan Tok Guru yang sebelum ini mengatakan semua ahli/penyokong Umno akan masuk Neraka adalah tidak betul ataupun bidaah ?

Itu kena tanya yang ampunya badan, saya percaya Tok Guru yang tinggi ilmunya boleh bermuhasabah diri dan memikirkan mana yang terbaik demi kebaikan agama, negara dan penyatuan umat Islam di Malaysia. Saya pasti ramai rakyaat Malaysia terutamanya orang Melayu/Islam, tidak kira dari Pas, Umno maupun yang tidak berparti amat menyayangi dan menghormati Tok Guru. Tetapi akibat tingkah-laku Tok Guru yang akhir-akhir ini semakin keterlaluan dan dilihat begitu taksub mengamalkan "assobiyyah kepartian", ramai di antara kita yang pasti berasa terkilan.

Saya rasa adalah lebih molek jika Tok Guru diam daripada bercakap tentang sesuatu yang boleh dipertikaikan akan kesahihannya dan diragui kebenarannya. Itulah keburukkannya bila seorang ulamak melibatkan diri dalam politik, politik ini begitu tinggi cobaan dan dugaannya dan kita sebagai manusia jika tidak berhati-hati pasti dengan mudah tergelincir daripada landasan yang lurus.

Kepada Datuk Harun (Pas) pula syabas saya ucapkan, inilah contoh ulamak yang kita harapkan. Berkatalah yang benar walaupun ianya pahit.

Buanglah yang keruh dan ambillah yang jernih, marilah sama-sama kita kembali ke pangkal jalan, moga-moga peristiwa ini akan menjadi titik pertemuan untuk orang Melayu dan Islam di Malaysia kembali bersatu, amin.

Jika Mendiang Teoh Membunuh Diri Atau Dibunuh - Siapa Yang Untung?

Dipetik dari mStar Online
Selasa Ogos 18, 2009
Teoh dipercayai membunuh diri - Dr. Prashant
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK




SHAH ALAM: Pakar patalogi Pusat Perubatan Universiti Malaya, Dr. Prashant Naresh Samberkar juga menyimpulkan bahawa beliau percaya yang setiausaha politik Teoh Beng Hock telah meninggal dunia kerana membunuh diri.

Beliau menyatakan demikian pada prosiding inkues kematian Teoh di sini sebentar tadi. Pandangan itu juga mirip keterangan seorang pakar forensik minggu lalu.

Pada Jumaat lalu, Dr. Khairul Azman Ibrahim iaitu Pakar Perunding Kanan, Jabatan Forensik, Hospital Tengku Ampuan Rahimah berkata, Teoh kemungkinan meninggal dunia di Plaza Masalam di sini bulan lalu disebabkan membunuh diri.

"Pada pendapat saya terdapat tanda-tanda si mati bunuh diri. Pendapat ini boleh dibincangkan berdasarkan tidak ada kesan pergelutan yang jelas.

"Buktinya ialah tak ada kesan darah, barang pecah, barang berterabur di tempat tersebut dan juga pen yang terdapat pada baju masih berada di tempat poket tersebut.

"Dan juga hasil DNA, tidak terdapat kesan-kesan DNA yang sama dengan pegawai-pegawai SPRM. Dan, kesan kecederaan yang dialami tidak menunjukkan apa-apa pergelutan dan ia boleh diterangkan sabagai kesan yang dialami disebabkan oleh kesan jatuh," jelas Dr. Khairul.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai lepas di tingkat lima plaza Masalam, selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor kepada SPRM Selangor yang berpejabat di plaza itu.


Ini pula dipetik dari Malaysiakini.
Rakaman percakapan (soal-siasat) Teoh bakal dikemuka di mahkamah
Aug 18, 09 8:32pm

Abdul Razak berkata rakaman itu boleh menunjukkan bagaimana tahap pemikiran dan mental Teoh sepanjang siasatan tetapi peguam Gobind Singh Deo yang mewakili keluarga Teoh membantah kerana pada pendapatnya keterangan itu tidak banyak membantu dan ia tidak akan menunjukkan keadaan sebenar Teoh sebelum meninggal dunia.

Artikel penuh sila rujuk link; http://www.malaysiakini.com/news/110870



Komen Isac;


Mmm...setakat semalam (18/8/09) pakar-pakar forensik dan patologi bersependapat berpandukan kepada bukti-bukti yang dikumpul, mendiang Teoh sebenarnya membunuh diri.



Malaysiakini pula melaporkan bahawa peguam Gobind Singh Deo cuba untuk menghalang rakaman suara soal-siasat SPRM terhadap mendiang Teoh daripada didengarkan di makamah.


Pelik juga bunyinya tu, sepatutnya jika Gobind Singh Deo benar-benar ingin mencari kebenaran, dia sepatutnya membawa apa juga bukti ke mahkamah agar siasatan lebih menyeluruh dan terperinci dapat dibuat. Adakah beliau cuba menyembunyikan sesuatu?


Yang ini lebih meragukan, Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim terus sahaja melenting dan menuduh SRRM adalah pihak yang membunuh mendiang Teoh atas arahan Kerajaan Umno/BN, sebaik sahaja berita kematian mendiang Teoh diketahui umum. Menghairankan bukan?

Soalan saya, siapakah yang paling beruntung baik dari segi politik maupun secara langsung di atas kematian mendiang Teoh?

Jawapannya;

1) Sudah tentulah Pakatan Pembangkang, khususnya DAP kerana kematian tersebut dapat mengalih perhatian rakyaat daripada suspek/pesalah yang disiasat (anggota mereka), kesemua kesalahan kini dialihkan kepada SPRM yang sengaja dituduh membunuh mendiang Teoh.

2) Adun-adun DAP yang sedang disiasat.

3) Kongsi Gelap yang dikatakan terlibat dengan pemerintahan kerajaan negeri Selangor.

4) Dato' Seri Anwar Ibrahim yang dilihat sengaja menuduh SPRM demi kepentingan politik.

Sebaliknya imej SPRM pasti akan tercalar kerana mendiang Teoh dijumpai mati berdekatan Pejabat mereka, tidak kira samada mendiang Teoh mati akibat bunuh diri, kemalangan maupun dibunuh.
Dari segi logiknya, mendiang Teoh yang akan bertindak sebagai saksi SPRM sekiranya didapati memang ada berlaku penyelewangan wang dilakukan oleh Adun-adun DAP yang sedang disiasat, pasti lebih "berharga" kepada SPRM jika mendiang masih hidup. Jestru itu menuduh SPRM membunuh Teoh atas arahan Kerajaan Umno/BN adalah tuduhan yang bersifat jahat, bermotifkan politik ataupun saranan dari orang yang gila!!!! (mungkin gila kuasa ?)
Jika Pakatan Pembangkang mahupun "gengster" kerajaan negeri Selangor yang mengupah beberapa pegawai SPRM untuk menutup mulut mendiang Teoh dengan membunuhnya mungkin itu boleh diterima akal. Perkara ini sering berlaku di dalam filem-filem di Holywood maupun Bolywood.
Walau bagaimanapun walauapapun sebab dan musabab kematian mendiang Teoh (membunuh diri, kemalangan maupun dibunuh), pihak SPRM dan Kerajaan Umno/BN adalah di lihat sebagai pihak yang paling rugi....
Jestru itu jika mendiang memang mati dibunuh pasti mereka ini bukanlah "suspek" kepada jenayah berkenaan. Adakah ia dilakukan oleh ahli Pakatan Pembangkang ? Kita tunggu keputusan Inkues.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3