bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

17 Jul 2009

Politik Melampau Merugikan Umat Islam/Melayu.

KAPAL angkasa NASA, Endeavour dilancarkan dari Pusat Angkasa lepas Kennedy ke Stesen Angkasa lepas Antarabangsa (ISS) tepat jam 6.03 petang waktu tempatan (2203 GMT) selepas enam kali ditangguhkan sejak beberapa minggu lalu. - Foto AFP/AP (Berita Harian Online)

Amerika Syarikat akhirnya berjaya melancarkan "Space Shuttle" Endeavaur semalam, selepas tertangguh selama beberapa minggu. Ini adalah salah satu siri kemajuan demi kemajuan yang berjaya dicatatkan oleh Kuasa Besar Dunia itu.

Kejayaan demi kejayaan yang mereka kecapi sepatutnya dijadikan contoh dan teladan bukan sahaja oleh umat Islam/Melayu di Malaysia malah umat Islam di seluruh dunia.

Sekarang ini orang-orang bukan Islam, kelihatan lebih "Islam" dari segi kepandaian, pencapaian, disiplin, berbaik sangka, tolong-menolong bahkan dari segi perpaduan di antara mereka.

Kita sebagai umat Islam yang tahu kepakaran menguasai sesuatu cabang ilmu itu sebagai wajib fardhu kifayah, tertinggal dalam segala bidang dan jurusan. Hidup kita dalam kedaifan bahkan yang lebih teruk kita saling bermusuhan sesama kita.

Islam adalah suatu agama yang begitu mementingkan perpaduan, setiap waktu (5 kali sehari) kita diseru agar menunaikan solat berjemaah menyembah kepada Allah s.w.t (Tuhan yang satu), Setiap Jumaat kita dihimpunkan pula di masjid2, dua kali setahun kita berhimpun untuk solat sunat Aidil Fitri & Aidil Adha. Bahkan seumur hidup sekali, kita diwajibkan untuk berhimpun di Tanah Haram Mekah & Madinah untuk menunaikan fardhu Haji selain Umrah (sunat yang dituntut).

Sepatutnya kitalah umat yang paling bersatu-padu di dunia ini tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.....Kita kini terpisah oleh asobiyyah kepartian yang melampau, berpolitik sepanjang tahun, fitnah-memfitnah, kata-nista, benci-membenci dan berbagai-bagai lagi penyakit hati yang lain.

Bagaimana Amerika Syarikat yang kita katakan sebagai "kafir" dan "zalim" itu boleh mengenepikan perbezaan fahaman politik masing-masing untuk membangunkan negara mereka, semaju-majunya? Mereka berpolitik bermusim, tetapi kita berpolitik sepanjang tahun. Samalah seperti iklim Khatulistiwa yang bermaksud, "Panas dan lembab sepanjang tahun". Yang ruginya siapa? Bagaimana pembangunan negara dapat dilaksanakan jika suatu pihak lagi asyik memburuk-buruk negara di mata dunia dan masyarakat dunia?

Bukankah perbuatan ini samalah juga seperti hendak "mensabotaj" negara dan rakyaat? Jika kerajaan gagal mencapai matlamat yang dirancang, maka mereka akan mengatakan bahawa kerajaan yang ada tidak competen tetapi hakikatnya kegagalan tersebut berlaku di atas perbuatan khianat sebahagian daripada kita. Bukankan perbuatan-perbuatan seperti ini merupakan tingkah-laku para pengkhianat?

Wahai umat Islam/Melayu serta seluruh rakyaat Malaysia, bersatulah..."bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat".
Kejayaan masih jauh dan perpaduan yang jitu diperlukan untuk kita mencapainya.























16 Jul 2009

Bukti Rakyat kembali Yakin Kepada BN - DS Najib


July 16, 2009 : 02.06 AM--->
Dipetik dari Agenda Daily

Datuk Seri Najib Razak berkata beliau berpuas hati dengan perubahan yang berlaku pada pilihan raya kecil Manek Urai kerana ia menunjukkan usaha yang dilakukan sepanjang 103 hari beliau menjadi Perdana Menteri mulai diterima rakyat, terutama pengundi Melayu. Katanya walaupun Barisan Nasional (BN) tewas dengan majoriti 65 undi, keputusan itu amat memberangsangkan lebih-lebih lagi ia berlaku di kawasan majoriti Melayu. “Mudah-mudahan sokongan dan kepercayaan rakyat yang kian bertambah ini akan berterusan,” kata Najib yang juga Pengerusi BN kepada wartawan Malaysia di Sharm El-Sheikh,bandar peranginan Mesir di Laut Merah ini untuk menghadiri sidang kemuncak ke-15 Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM).

Pas mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai setelah calonnya, Mohd Fauzi Abdullah mengalahkan calon BN Tuan Aziz Tuan Mat dengan majoriti 65 undi setelah memperoleh 5,348 undi berbanding BN, 5,283 undi. “(Keputusan) ini bererti keyakinan rakyat terhadap BN sudah dapat kita pulihkan dan sekiranya kita meneruskan usaha-usaha yang telah dimulakan, saya percaya kedudukan Barisan Nasional akan menjadi lebih mantap lagi Insya-Allah. “Kita tidak boleh merasakan bahawa segala-galanya telah pun kita lepasi ujiannya tetapi saya begitu puas hati bahawa apa yang telah kita mulakan selama 103 hari ini menampakkan sambutan rakyat yang menggalakkan,” katanya.

Bernama melaporkan Perdana Menteri berkata beliau telah pun menyampaikan penghargaan dan tahniah beliau kepada timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pengarah Pilihan Raya BN Kelantan Datuk Mustapa Mohamed dan juga calon BN sendiri. “Walaupun kita tidak berjaya tetapi ini satu kemenangan moral yang besar kepada BN,” kata Najib, merujuk kepada perbezaan besar majoriti 65 undi yang dimenangi Pas berbanding majoriti 1,352 undi pada pilihan raya umum tahun lalu. Mengenai jumlah undi rosak sebanyak 117 undi, iaitu melebihi undi majoriti kemenangan Pas, Najib berkata, BN belum mengetahui punca mengenai undi rosak tersebut. Katanya BN akan membuat bantahan sekiranya didapati wujud perkara yang meragui semasa pilihan raya itu.

Jika tidak, kata beliau, BN tetap menerima keputusan itu dan menganggapnya sebagai kemenangan moral untuk BN. Mengenai isu-isu yang mempengaruhi pengundi di Manik Urai, Perdana Menteri berkata: “Kami perlu menilai sama ada mereka dipengaruhi oleh isu tempatan atau nasional atau gabungan kedua-duanya. “Tetapi, walau apa pun kami puas hati bahawa terdapat perubahan yang berlaku di Manek Urai. Dan ia kawasan majoriti Melayu,” katanya. – 15/6/2009
Komen Isac;
Seperti komen saya terdahulu, semuga kemenangan tipis Pas di Manek Urai akan membuatkan Pas berfikir semula untuk memberikan sedikit ruang kepada perbincangan perpaduan dengan Umno.
Kesan "permusuhan" antara Umno dengan Pas kepada umat Melayu/Islam di Malaysia khususnya dan keseluruhan rakyaat Malaysia amnya bolehlah diibaratkan seperti perumpamaan, "Menang jadi abu, kalah jadi arang". Menang atau kalah, kedua2nya merugikan.
Sebagai kaum majoriti, kestabilan dan kemakmuran negara akan lebih terjamin jika kedua2 parti politik ini dapat dipadukan kerana sudah tentu masa yang terbuang untuk "too much politiking" lebih bermakna jika digunakan untuk membangunkan negara.
Jestru itu kaum2 lain di Malaysia sepatutnya tidak menangguk di air yang keruh, kerana walaupun dengan perpecahan Umno dan Pas, mereka sudah pasti akan dapat membuat tuntutan2 yang lebih di dalam "memenangkan" kaum mereka, tetapi dari segi jangka panjang ketidak-stabilan yang berlaku akan merugikan semua pihak dan negara.
Maka demi masa depan negara dan generasi yang akan datang berfikirlah dengan bijak...Negara in "cukup" untuk kita semua, dengan semangat "1Malaysia" marilah kita bersatu dan berpadu, menuju masa depan yang gemilang....

Speaker DUN Selangor Utamakan Undang2 Parlimen Komanwel ?????


Tidak langgar peraturan - Mohd. Khir
Dipetik dari Utusan Online


SHAH ALAM 14 Julai - Datuk Seri Dr. Mohd. Khir Toyo menegaskan, beliau tidak melanggar mana-mana peraturan apabila mengemukakan saman kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim di tempat letak kereta Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Khamis lalu.

Menurutnya, mengikut Perkara 77 Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959, imuniti wakil rakyat di negeri itu hanya dipakai di dalam sidang DUN dan bukannya di luar Dewan.

''Sepatutnya Speaker, Teng Chang Khim merujuk terlebih dahulu Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.

''Sekiranya tiada peruntukan itu, barulah beliau merujuk pada peruntukan dan amalan Parlimen di negara Komanwel,'' katanya ketika ditemui selepas sesi pagi sidang DUN Selangor di sini hari ini.

Mohd. Khir yang juga ADUN Sungai Panjang mengulas kenyataan Chang Khim bahawa imuniti wakil rakyat Selangor bermula di pintu masuk utama bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) hingga ke dalam DUN termasuk tempat letak kereta.

Berdasarkan tafsiran itu, Chang Khim menganggap bekas Menteri Besar itu telah menghina DUN apabila menyerahkan surat saman kepada Ng Suee Lim di kawasan letak kereta DUN.

Surat saman itu berhubung dakwaan Suee Lim bahawa Mohd. Khir memiliki banglo berharga RM24 juta di Seksyen 7 di sini.


Komen Isac;

Perang antara DS Khir dan YB Ng. Suee Lim nampaknya tidak akan berakhir dengan mudah. Tuan Speaker Chang juga telahpun masuk campur dan menyebabkan pertembungan mereka ini semakin hangat.

Apa yang menghairankan saya macam mana seorang Speaker DUN Negeri Selangor lebih mengagongkan undang2 Komanwel daripada Undang2 Tubuh Negeri Selangor? Adakah dia merasakan bahawa beliau menjadi speaker DUN Australia, Singapura ataupun Britain ?

Inikah Tok2 Wakil yang benar2 dimahukan oleh Rakyaat Malaysia yang telah mengundi mereka dalam PRU 12 yang lalu? Undang2 negeri sendiri pun tidak tahu?

Kepada Rakyaat Malaysia lihatlah muka2 pemimpin2 yang kamu pilih ini camkan betul2 dan pastikan kamu tidak akan mengundi mereka lagi di dalam PRU 13 nanti.

Memilih pemimpin perlu gunakan akal yang waras, memilih mereka yang benar2 berkelayakan dan yang benar2 memperjuangkan kepentingan rakyaat. Bukannya mereka yang hanya pandai mengucapkan ayat2 yang retorik demi memancing undi dan pandai menghamburkan fitnah kepada pihak lawan tetapi diri mereka sendiripun banyak yang tak betul. Bak kata pepatah, "Seperti ayam berkokok berdegar-degar tapi ekor bergelumang tahi".



































14 Jul 2009

Pas Menang Tipis Di Manek Urai


Walaupun menang tipis, penduduk Manek Urai masih akan berwakilkan ADUN dari parti PAS. Apa yang tersirat daripada keputusan pilihanraya ini antaranya, pengundi2 mahukan pembangunan dan mungkin juga sebahagian daripada mereka mahukan perpaduan dengan UMNO setidak2nya diberikan pertimbangan.

Mudah2an dengan merosotnya mejoriti yang didapati oleh Pas, akan membuka semula ruang perbincangan kepada dua parti terbesar Melayu (Umno dan Pas). Mudah-mudahan harapan majoriti umat Melayu/Islam di Malaysia untuk melihat kedua2 parti ini bersatu atas semangat survival agama/bangsa akan tercapai.


Yang penting bukannya merampas Kelantan dari Pas, semua ahli politik Melayu/Islam kena lebih bijak berpolitik. Biarlah Pas dengan Kelantan bahkan Kedah juga, kita cuma perlu memenangi kerusi2 lain yang masih berbaki. Perpaduan Pas dengan Umno sepatutnya dijadikan matlamat perjuangan kedua2 buah parti Melayu ini.

Orang Melayu/Islam juga sepatutnya memainkan peranan, kita boleh menguasai negara ini jika bersatu. Samada Pas mahu akui atau tidak, Malaysia masih dipandang tinggi oleh negara2 Islam di dunia. Tidak keterlaluan jika saya katakan Malaysia adalah peneraju OIC dan menjadi Negara Islam contoh dari segi kekuatan ekonomi dan kemajuan yang dikecapi kepada negara2 Islam yang lain

Alangkah baiknya jika Pas & Umno dapat saling lenkap-melengkapi untuk menubuhkan sebuah negara yang bersatu dan lebih dinamik. Jika impian ini dapat dicapai dan dengan suara Melayu/Islam yang mewakili 60% daripada penduduk negara ini dapat dipadukan mungkin impian Pas dan sekelian umat Islam di Malaysia yang inginkan negara melaksanakan hukum Hudud akan dapat dicapai. Perlu diingat sokongan 2/3 perlu untuk mengubal perlembagaan negara untuk melaksanakan hudud.

Semoga pentas Manek Urai menjadi titik-tolak perpaduan Pas dengan Umno.




Perlukah Umno Mengalahkan Pas Di Manek Urai ?

Foto 1: Gambar Kedua2 Calon Adun Yang Bertanding.

Secara peribadi, di atas nama Islam dan perpaduan umat Melayu saya tidak fikir Umno perlu mengalahkan Pas di Manek Urai terutamanya merampas kembali Kelantan dari tangan Pas.
Foto 2: Gambar Poster di Manek Urai.

Kita perlu sedar bahawa umat Islam kini telah semakin terhimpit. Tidak kira di Malaysia maupun di mana2 sahaja di dunia ini. Umat Islam/Melayu di Malaysia perlu akur akan hakikat ini. Kenalilah siapa musuh2 kita yang sebenarnya...Kita perlu berpolitik dengan berhemah dan bijak...Jika kita kalah dan yang menang/memerintah itu juga adalah orang Islam/Melayu dan mereka di lihat berusaha ke arah menegakkan syariaat Islam maka sokonglah mereka.
Yang penting jangan sampai kuasa terlepas dari tangan. Orang politik juga perlu bijak menangani isu ini. Jangan sampai nanti kita umpama Pak Kaduk, "Menang sorak kampong tergadai".

Alangkah molek jika kita dapat menggunakan kelebihan masing-masing untuk saling lengkap-melengkapi kekurangan yang ada. Kembalilah kepada asas, iaitu kita semua adalah umat Islam/Melayu jestru itu kita bersaudara. Di Malaysia Melayu bererti Islam, mengamalkan adat & kebudayaan Melayu serta bertutur Bahasa Melayu. Kita bukan sahaja bersaudara dari segi agama bahkan mempunyai pertalian darah.
Kalau dibandingkan datuk/nenek moyang kita dan raja2 Melayu Pasca Merdeka, mereka ini bagi saya, lebih pemurah dari kaum Ansar yang menerima penhijrahan kaum Muhajirin ke Madinah. Kedua2 kaum ini masih dikira suatu bangsa kerana kedua2nya berketurunan Arab dan kedua2nya beragama Islam. Tetapi generasi kita terdahulu dengan rela hati menerima kaum2 pendatang yang bukan sahaja berbangsa lain tetapi juga bukan dari kalangan orang2 Islam.
Bahkan sejarah juga telah membuktikan bahawa kita menerima dengan hati yang terbuka sesiapa sahaja yang memeluk Islam, mengamalkan budaya Melayu dan berbahasa Melayu sebagai "Melayu". Jestru itu tiada gunanya menunding jari mengatakan sesuatu parti politik itu lebih "Islam" dari yang lain. Ianya hanya akan membawa kepada perpecahan dan kemusnahan umat, waliyazubillah....

Foto 3: Lagi Gambar Perang Bendera di Manek Urai.

Dr. Maza, (bekas Mufti Perlis) dalam Blognya - Minda Tajdid ada menulis sedikit amanat yang bunyinya hampir sama agar "Jangan Jatuhkan Kelantan". Link: http://drmaza.com/home/?p=668
Disiarkan pada Jul 11, 2009 dalam kategori Kenyataan & Penjelasan

Menurut beliau, “Melihat kepada usaha-usaha islamisasi di Kelantan yang telah dan sedang dilakukan, maka saya berpendapat sebarang kegiatan untuk menjatuhkan Kerajaan Kelantan yang sedang ada, amat tidak wajar dan menyanggahi ruh Islami seorang muslim, bahkan jiwa seorang insan biasa yang adil dalam penilaian pun.

Biarlah Kelantan dengan caranya, mereka muslim, mereka cuba memerintah dengan pendekatan yang tidak menyanggahi syariat, sebaliknya cuba memenuhinya. Usaha menjatuhkan Kelantan hanya menimbulkan salahfaham mereka yang bersemangat Islam terhadap Kerajaan Pusat.”

Mungkin ada dikalangan saudara yang tidak bersetuju dengan saya, tetapi sebagai orang Islam setiap orang yang mengucap "sahadah" itu masih saudara kita. Kita boleh berlainan pendapat, berbalah dan bertengkar di dalam menegakkan idea dan pemikiran kita, cuma nasihat saya janganlah kita berlebih2. Jika siapapun yang menang dalam pilihanraya Manek Urai nanti, jangalah menjadikan sesuatu parti itu semakin bongkak tetapi semoga lahir rasa syukur dan tawaduk kepada pemberian/kurniaan Ilahi dan moga2 umat Melayu/Islam akan dapat bersatu.

Moga2 Allah s.w.t akan bukakan pintu hati pemimpin2 kita walau dari parti mana sekalipun agar perdamaian dan penyatuan ummah dapat dilaksanakan, amin2 ya rabal a'lamin.













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3