bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

  • Peluang B2B bisnez - Kami mempelawa usahawan yang memiliki rangkaian pengedar untuk menjual produk keluaran sendiri: *Nama produk:* Minyak Morhabshi (dikenali juga sebagai mi...

17 Nov 2013

Pengekalan Pas Dalam Pakatan Rakyaat Membuktikan Perjuangan Umno Selama Ini Benar???

PENDIRIAN PAS untuk terus kekal bersama DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat (PR) tidak akan menguntungkan kepada penyatuan umat Islam di negara ini, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Sri Syed Ali Alhabshee.

Malah katanya, penyatuan yang berkisar atas sebab kepentingan kuasa politik hanya akan memecahbelahkan penyatuan orang Melayu.

Bagaimanapun jelas beliau, permufakatan antara PAS bersama DAP dan PKR sedikit-sebanyak telah memberi keuntungan politik kepada UMNO.

Secara jujurnya kata beliau, UMNO bertambah kuat apabila PAS kekal dalam PR kerana orang Melayu semakin meragui matlamat sebenar perjuangan parti itu.

“Ini memberi gambaran PAS tidak pernah ikhlas untuk memperjuangkan kepentingan orang Melayu dan membangunkan umat Islam,” tegasnya. 

Beliau mendakwa, keyakinan ahli-ahli PAS tehadap arah tuju parti itu semakin menurun akibat ketaksuban kepimpinan mereka kepada DAP dan PKR.

“Kedegilan PAS untuk tidak menerima pandangan dan desakan kepimpinan ulama parti supaya konsep kerjasama itu dikaji semula memburukkan lagi keadaan.

Golongan ulama PAS jelas beliau, tidak bersetuju kerjasama parti itu dengan DAP kerana mereka menyifatkan berlaku pengkhianatan kepada kesetiaan pengikutnya di peringkat akar
umbi.

“Oleh sebab itu, muncul desakan daripada bawah supaya PAS memutuskan hubungan politik dengan DAP termasuk PKR,” ujarnya.

Syed Ali turut mendakwa PAS kini sedang berdepan dengan tuntutan yang agak ekstrim daripada golongan liberal yang lebih condong kepada perjuangan politik Datuk Seri Anwar Ibrahim,

Manakala satu lagi puak ialah golongan yang mendakwa sebagai ulama yang tidak sehaluan dengan agenda ‘anwarisma’.

“Kumpulan ulama ini cuba disingkirkan daripada mendominasikan kepimpinan tertinggi PAS seperti berlaku pada muktmar parti itu sebelum ini,” ujarnya.


Komen Isac;

Lebih Ironi  Amnat Hadi yang mengkafirkan Umno berdekat lamanya kini diamalkan pula oleh Pas.

Artikel berkaitan klik sini.

1 comment:

  1. Kenapa Pas perlu kekal dlm PR ??? (1) Dap dan aljuburi memerlukan satu golongan utk dijadikan anjing suruhan...Pas sngt sesuai...(2) memberi peluang kpd golongan anti ulama/anti hukum Islam mendpt tempat dlm politik melalui Pas dgn sokongan aljuburi.... (3) memantapkan pengaruh Umno dikalangan org melayu kerana Pas dah tak boleh diharap sejak menjadi anjing kurap kafir Dap dan PKR...

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3