bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

15 Nov 2013

Kelantan Bakal Ikut Jejak Brunei Laksanakan Hukum Hudud???



Alhamdulillah... Jika benar2 JAIK telah bersedia.

Apapun JAIK juga perlu membuat perlantikkan dan kursus buat tukang2 laksana hukum atau sesetengah kita memanggilnya algojo.

Jangan sampai macam satu kes minum arak di Pahang X lama dulu.

Akhirnya DYMM Sultan terpaksa mengampunkan pesalah sebab X ada tukang sebat walaupun undang2 Syariah berdasarkan karinah dan takzir telah diamalkan di negara kita sejak berpuluh tahun. 

Ironi bukan?

Bagaimana pula dengan tukang pancung dan tukang potong tangan. Telah bersedia dari segi cara2 melaksanakannya, SOP juga mental dan fizikal?

Bagaimana pula dengan hukuman sebat untuk kes zina dan rejam?

Apapun kita perlukan langkah pertama. Kalau X sampai bilapun kita X boleh mulakan. 

Di ikuti dengan penambahbaikan dari masa ke semasa perlu dilakukan.

Terutamanya hukum hudud ataupun yang lebih dikenali sebagai qisas dan had dalam kitab Mutaal Badrin sepatutnya diamalkan kepada semua rakyaat dan tidak terhad hanya kepada orang yang beragama Islam sahaja.

Sebaliknya undang2 Hudud Brunei dan Kelantan hanya dikhususkan kepada orang Islam sahaja. Mungkin alasannya mudah, jika dipinda undang2 konvensional yang diceduk dari British perlembagaan negara perlu ditukar. Sebaliknya jika dimasukkan di bawah Mahkamah Syariah ianya lebih mudah. Apapun pada pandangan penulis kerajaan Brunei yang majoriti rakyatnya berketurunan Melayu/Islam sewajarnya lebih berani dan berjiwa besar. Mereka sepatutnya boleh mengubal perlembagaan negara dengan mudah berbanding negeri Kelantan yang bernaung di bawah persekutuan Malaysia yang pastinya sukar untuk merubah undang2 konvensional sediada terutamanya apabila orang Melayu/Islam cuma mewakili sekitar 55% penduduk negara. Bukan mustahil, tetapi sukar.

Selain ianya bercanggah dengan amalan Rasulullah dan para sahabat, bagaimana pula jika pelaku dalam kes zina melibatkan satu pasangan yang terdiri dari seorang yang beragama Islam dan pasangannya pula seorang bukan Islam?

Dalam masyarakat majmuk seperti di Malaysia perkara ini memang terjadi dan seperti tidak dapat dinafikan akan berlaku...

Jadi adakah seorang lepas dari menerima hukuman (bukan Islam) dan yang Islam pula (sekiranya pernah berkahwin) akan ditanam separuh badan dan direjam sampai mati ???

Bagaimana pula jika pelaku yang beragama Islam ini mengistiharkan dirinya murtad?

Adakah dia akan terlepas dari hukuman? 

Jika tidak bagaimana kita hendak menghadapi tekanan gerakan2 hak asasi dari dalam dan luar negara yang sudah pasti akan membela orang yang murtad?

Harapan penulis agar semua ini dapat diperhalusi agar perlaksanaan hukum hudud ini nanti dapat berjalan dengan lancar, dan tidak akan dipersendakan amin Insyallah.

posted from Bloggeroid

1 comment:

  1. kenape utk org Islam saja?kenapa takut utk hududkan juga pd org kafir???kalau betul di Brunei pun macam tu..aku tak bangga langsung....ada kah hudud utk org Islam saja?????

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3