bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

7 Nov 2013

Karpal Berusaha Menghapus Kuasa Melayu dan Islam Sebagai Agama Rasmi Negara???

SHAH ALAM: Pembatalan parti politik atau persatuan berasaskan kaum dan agama merupakan helah DAP untuk menjatuhkan kedudukan istimewa orang Melayu, demikian menurut Pengarah Pusat Kajian Institut Raja Malaysia, Universiti Malaysia Perlis, Prof Datuk Dr Ramlah Adam.

Beliau yang menyifatkan Karpal mempunyai niat buruk, untuk melihat Umno sebagai parti tunggal yang memperjuangkan nasib dan kedudukan istimewa Melayu kecundang di tangan kaum lain. 

Katanya, Umno yang dilihat Karpal sebagai pesaing DAP untuk memimpin negara, perlu dibarisi oleh pelbagai kaum demi menghapuskan Melayu seperti yang diinginkan sebelum ini. 


Tambah Ramlah lagi, Karpal menggunakan perkataan ‘perpaduan’ bagi meraih minat generasi muda yang kini dilihat mudah terpengaruh dengan dakyah parti pembangkang khususnya. 

“Sasaran dia (Karpal) yang paling utama adalah Umno, sebab ternyata Umno ini parti Melayu.

“Dia punya niat itu untuk memusnahkan atau untuk melemahkan politik Melayu.

“Orang muda yang tidak menyukai kerajaan maka kepada orang muda cadangan Karpal Singh itu mungkin bagus.

“Sebab bagi mereka tidak ada perkauman tapi kita kena ingat perkara ini sebenarnya bertujuan menghapuskan kuasa Melayu,” katanya kepada Antarapos ketika dihubungi. 

Semalam Pengerusi DAP Karpal Singh mencadangkan parti politik atau persatuan yang berasaskan kaum dan agama perlu dibatalkan pendaftarannya atau diubahsuai agar dapat disertai oleh semua rakyat tanpa mengira batasan kaum dan agama.

Berita penuh klik sini. 


Komen Isac;

Umum tahu walaupun UMNO dilabel sebagai parti sekular yang memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu dan kaum peribumi tetapi perjuangan UMNO juga adalah untuk memartabatkan Agama Islam. Sejak sebelum merdeka lagi Umno telah berjaya merangka perlembagaan negara yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi yang memungkinkan agama Islam dan penganutnya dilindungi oleh perlembagaan.

Malah pembangunan Islam dengan dasar penerapan dasar2 Islam di dalam pentadbiran negara mendapat pujian dunia dunia Islam. Walaupun tidak meletakkan perkataan Islam pada nma parti, jasa Umno terhadap pembangunan dan pemeliharaan agama Islam tidak boleh dinafikan.

Kita juga tidak mahu menafikan sumbangan Pas yang berjuang merapatkan penganut2 Islam dengan amalan dan ilmu akhirat walaupun pendekatan yang mereka pilih menyebabkan umat Islam di negara ini berpecah-belah.

Apapun, sekiranya cadangan Karpal dilaksanakan maka, dua parti bangsa Melayu terbesar ini pastinya akan kehilangan dasar perjuangan mereka untuk memertabatkan bangsa Melayu/Bumiputera dan Agama Islam.

Yang hanya akan menjadikan Melayu merempat di bumi sendiri dan cahaya Islam akan lenyap di Nusantara.

3 comments:

  1. Atas dasar hak asasi DAP memang nak sangat kuasa melayu hilang kuasa secara perlahan2 melalui hak sama rata antara kaum. Malang bagi orang melayu mewarisi sisa peninggalan penjajah British ni. Untung mereka kerana jus soli. Cuba kenangkan nasib bangsa pendatang di Brunei. Tgk mcmmana perit nak dpt taraf warganegara walaupun dah lahir 2-3 generasi disana. Dasar tak sedar diri

    ReplyDelete
  2. KARPAL SINGH jenis HINDU PARIA... KETURUNAN DIA KENA LEMPAR OLEH PENJAJAH INGGERIS untuk jadi hamba DI TANAH MELAYU... malu dengan status keturunan maka dia nak TUKAR MELAYU jadi HAMBA PULAK... Maka PAS jenis hamprak... DEMI ALLAH... JIKA DIBERI PILIHAN undi DAP atau PAS... baik aku pilih DAP... sebab DAP tak bermuka-muka tapi PAS guna KALAMULLAH dan ISLAM menipu rakyat...

    ReplyDelete
  3. Jika sejak 2003 UMNO tidak mengadaikan ideologi perjuangan asal penubuhannya negara tidak akan menjadi celaru saperti skrg. Yg pasti Dollah dan Najib tidak ada ummph utk memimpin UMNO dan negara.
    Lebih lama Najib menjadi PM maka bangsa dMelayu. akan terus layu.
    Kerana ketamakan pemmpin UMNO utk terus berkuasa mungkin hingga mati menyebabkan succession planning tidak dirancang.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3