Lebih memalukan, ketara niat mereka cuba memburukkan Umno biarpun selama ini mereka gagal laksanakan hudud di negeri mereka.
Penganalisa politik berkata lihat saja Pas di Kelantan sudah 17 tahun ingin laksana hudud tetapi tiada kuasa politik untuk gerakkannya. "Undang-undang sudah ada tetapi kaedah pelaksanaan atau menguatkuasakan undang-undang hudud di Kelantan masih tidak berjalan.
"Apakah dengan mengecilkan Umno Pas akan jadi lebih hebat sedangkan enakmen hudud di Kelantan diluluskan sejak 1993 dan tidak ada satu pun digunakan kerajaan negeri.
"Lebih mengecewakan ramai rakyat masih kurang faham soal hudud termasuk golongan bukan Islam," katanya.
Beliau berkata pada tahun lepas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat beriya-iya ingin kuatkuasakan hudud tetapi sehingga kini masih tidak kelihatan.
Berbanding dengan Umno Johor, mereka baru saja mengutarakan soal hudud tetapi Pas sudah ada undang-undang dan ianya masih gagal dilaksana, katanya.
Bagaimanapun, katanya umat Islam ingin menilai sejauh manakah keberkesanan hudud jika Kelantan sendiri belum mampu laksana hudud kerana penguatkuasaannya masih tertangguh di peringkat jawatankuasa teknikal hudud.
Lebih sedih negeri Kedah yang ditadbir Pas juga tidak membawa sebarang rang undang-undang hudud untuk negeri jelapang padi itu ujar beliau.
Penganalisa itu berpendapat Pas perlu mencerminkan diri sebagai pemimpin hudud dulu sebelum melatah ataupun mengkritik Umno dalam soal hudud.
Lebih malang amat ramai Umat Islam telah tertipu oleh dakyah Pas kononnya mereklah pejuang Islam tetapi suara mereka ibarat tin kosong, tambahnya. Sumber klik sini.
myrrh: sejarah dan potensi masa depan
-
Penggunaan resin myrrh dalam perubatan dikesan sejak zaman mesir purba.
Seterusnya myrrh diamalkan secara meluas di zaman Rom. Dikatakan tentera
rom dib...
Bersetuju untuk tidak bersetuju
ReplyDelete