bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

  • Peluang B2B bisnez - Kami mempelawa usahawan yang memiliki rangkaian pengedar untuk menjual produk keluaran sendiri: *Nama produk:* Minyak Morhabshi (dikenali juga sebagai mi...

8 Jul 2012

Anwar Ibrahim Cuba Tiru Nik Aziz???


MACHANG - Taktik Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berundur jika pakatan pembangkang tewas dalam pilihan raya umum ke-13 sama macam Muryidul Am Pas Datuk Nik Abdul Nik Aziz Nik Mat - Tak undur-undur .

Penganalisa politik berkata Nik Aziz pernah kata kalau Tun Mahathir Mohamad berundur dia pun akan berundur, tetapi sampai sekarang tidak undur-undur setelah Tun Mahathir bersara dari Perdana Menteri sejak lima tahun lalu.

"Inilah strategi pembangkang untuk raih simpati rakyat kononnya rakyat perlukan pemimpin seperti ini. Hakikatnya mereka akan terus kekal kerana kuasa.
"Contoh yang paling ketara ialah Nik Aziz yang 22 tahun jadi Menteri Besar Kelantan dan tidak mahu undurkan diri. Alasan digunakan mudah saja "ore tak nok kawe berhenti "," katanya.

Justeru taktik Anwar mungkin ada persamaan dengan Nik Aziz yang akhirnya memperlihatkan Anwar akan kekal kerana matlamatnya ialah jawatan Perdana Menteri, kata penganalisa itu.

Maka,  Anwar dinasihatkan agar tidak perlu berlengah-lengah dengan hasratnya untuk bersara daripada dunia politik, kata  Tun Dr Mahathir.

"Dia patut bersara sekarang, tak ada guna langsung...dia (Anwar) punya hajat cuma nak jadi Perdana Menteri," katanya.

Dr Mahathir berkata kenyataan Anwar itu merupakan retorik politik sahaja kerana menurut beliau jika pakatan pembangkang kalah dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, Anwar masih terus dengan impiannya untuk menjadi Perdana Menteri.

Beliau mengulas mengenai satu wawancara Anwar yang disiarkan akhbar Financial Times pada Selasa lalu membayangkan akan berundur daripada politik negara jika pakatan pembangkang kalah dalam PRU-13 dan akan kembali mengajar.

Bekas perdana menteri dengan nada bergurau mencadangkan supaya diwujudkan jawatan Perdana Menteri 'terhormat' selama lima hari untuk diisi oleh Anwar bagi memenuhi impian beliau sebelum bersara. Sumber klik sini.

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3