bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

31 Jul 2012

Azamudin Akil Hero Baru - Bedil Gol Manchester City???

Hanya pada 20 minit terakhir, kemasukan beberapa pemain yang masih segar mengubah sedikit corak permainan negara dan akhirnya gawang City berjaya ditembusi menerusi Azamuddin Akil yang meledak gol sagu hati pada minit ke-88. 

Walaupun pada perlawanan persahabatan menentang Arsenal ramai yang beranggapan pemain tidak perlu ditukar sebegitu ramai pada separuh masa kedua, penulis beranggapan sebaliknya. Skuad untuk manghadapi kejohanan Piala AFF ini besar, mengandungi 28 pemain.

Itu belum lagi termasuk beberapa pemain Harimau Muda yang sedang berlatih di Jepun seperti Wan Zack dan Kecik, juga lain2 yang sedang menghadapi "Piala Jawa" di Indonesia.

Jestru keputusan perlawanan sebenarnya adalah perkara kedua. Sewajarnya daripada 28 pemain dalam skuad sediaada, Datuk Raja Gopal perlu menyediakan dua buah skuad mantap yang langkap disetiap bahagian. Turunkan mereka melawan Arsenal dan Mancester City pada setiap babak. Pastinya pemain2 akan lebih "fresh" dan bersemangat untuk memperlihatkan pasukan mana lebih hebat. Ianya juga pastinya akan membantu pemain2 supaya cepat "recover" terutamanya dalam bulan puasa ini. Perlu diingat mereka bermain hanya selang 5 hari, dengan keadaan letih berpuasa dan fizikal lawan yang lebih sasa dan bertenaga pastinya semangat sahaja tidak mencukupi.

Jestru, strategi sebegini juga penting kerana kita juga akan berpeluang untuk memberikan setiap pemain dalam skuad kesempatan untuk beraksi.

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3