bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

22 Oct 2009

Satu Lagi Pilihanraya Kecil? - Bergantung Kepada Hukuman Yang Bakal diTerima.



Dipetik dari Malaysiakini

Link; http://www.malaysiakini.com/news/115606
Tian Chua didapati bersalah tuduhan gigit
Hafiz Yatim Oct 22, 09 10:58am



Ahli parlimen Batu yang juga pengarah strategi PKR, Tian Chua hari ini didapati bersalah oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas tuduhan menggigit seorang anggota polis dan menghalangnya menjalankan tugas.



Majistret Mohd Faizi Che Abu berkata beliau mendapati Tian Chua bukan saksi yang berwibawa kerana pembelaannya hanya merupakan penafian semata-mata.Hukuman akan diatuhkan selepas majistret mendengar rayuan selepas rihat. Malah, kata Mohd Faizi, rakaman video yang dikemukakan oleh pihak tertuduh menunjukkannya menghalang dirinya ditangkap. Katanya, walaupun rakaman video tersebut tidak menunjukkan berlakunya pelakuan menggigit, tetapi beliau percaya ia berlaku kerana anggota polis berkenaan memberi keterangan bahawa beliau menumbuk tertuduh dan Tian Chua bertindak balas dengan menggigit. Mohd Faizi juga berkata, bukan anggota polis tersebut yang dibicara tetapi tertuduh yang menghadapi perbicaraan. Katanya, beliau mendapati kewibawaan anggota polis itu tidak terjejas kerana beliau mengaku, dalam keterangannya, telah menumbuk Tian Chua. Dalam reaksinya, Tian Chua berkata beliau tidak fikir ianya satu penghakiman yang adil kerana mendakwa majistret dan pihak pendakwa bergantung kepada keterangan anggota polis terbabit dan berasaskan kepada bukti keadaan.



Katanya, ia tidak membuktikan bahawa tindakan menggigit itu berlaku.Tian Chua, 46, yang nama penuhnya Chua Tian Chang, didakwa mencederakan konstabel Rosyaidi Anuar, 21, di depan bangunan Parlimen pada jam 10.45 pagi 11 Disember 2007. Rosyaidi bertugas dengan Bahagian Narkotik Ibupejabat Kontijen Polis Kuala Lumpur. Pada 18 Mei, Mohd Faizi mengarahkan Tian membela diri selepas majistret itu memutuskan bahawa pihak pendakwa mempunyai kes terhadap ahli parlimen Batu itu. Tian didakwa mengikut Sekseyen 332 Kanun Keseksaan dan boleh berdepan dengan hukuman tiga tahun penjara atau didenda atau kedua-duanya sekali.



Sekiranya hukuman penjara melebihi setahun atau jika denda yang dikenakan melebihi RM2,000 maka Tian hilang kelayakan sebagai ahli parlimen Batu jika selepas semua rayuannya gagal. Tian ditahan sewaktu Bersih mengadakan protes membantah pindaan perlembagaan untuk melanjutkan usia persaraan anggota Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dari 65 kepada 66 tahun.



Komen Isac;



Bagi penulis, betapa ruginya pengundi-pengundi di kawasan Parlimen Batu kerana mendapat seorang pemimpin seperti Tian Chua ini.



Ini kah tugas-tugas Ahli Parlimen yang anda mahukan? Berbaloikan anda mengundi pemimpin seperti beliau? Adakah apa yang diperjuangkan oleh beliau memberikan apa-apa manfaat buat penduduk-penduduk yang tinggal di kawasan Parlimen Batu?



Apa natijahnya usia persaraan anggota-anggota SPRM dari 65 tahun kepada 66 tahun kepada pengundi-pengundi Parlimen kawasan Batu? Ataupun pengundi-pengundi kawasan Parlimen Batu ini, memang mahukan seorang "kaki gaduh" untuk mewakili mereka di Parlimen? Mahukan seorang Ahli Parlimen yang tidak memperjuangkan hak-hak mereka dan sebaliknya berbuat sesuka hati beliau dengan membelakangkan kepentingan pengundi-pengundi yang diwakilinya?



Itu pengundi-pengundi Parlimen kawasan Batu kena jawab lah....

"Update" Link; http://www.malaysiakini.com/news/115606


Tian Chua dihukum 6 bulan penjara, denda RM3,000
Hafiz Yatim Oct 22, 09 10:58am
Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman enam bulan penjara dan denda RM3,000 ke atas ahli parlimen Batu, Tian Chua, selepas mendapatinya bersalah terhadap tuduhan menggigit seorang anggota polis dan menghalangnya daripada menjalankan tugas.


Mahkamah bagaimanapun membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman tersebut untuk membolehkan Tian Chua membuat rayuan.Jika Tian Chua gagal dalam rayuannya terhadap hukuman tersebut, maka beliau akan hilang kelayakan sebagai ahli parlimen Batu.

Bagaimana Jika Proton Satria Neo Juga Boleh Didapati Dalam Versi 4 Pintu

Ini mungkin hanya pendapat peribadi penulis, tetapi penulis percaya ramai diluar sana yang juga bersependapat dengannya.

Pada pandangan penulis Proton Satria Neo memang mengancam dan bergaya dari segi penampilannya. Walaubagaimanapun dari segi nilai komersial, adalah lebih baik jika ianya juga didatangkan dengan model virasi 4 pintu.



Mungkin Proton mengandaikan dengan menggunakan virasi 2 pintu pada model Satria Neo, akan menjadikannya kelihatan lebih "sporty". Itu mungkin ada benarnya tetapi bagi penulis, kereta versi 2 pintu akan menghadkan pasarannya. Mungkin sasaran Proton untuk model ini adalah mereka yang bujang dan berhati muda.




Pada pandangan penulis jika sesuatu kereta itu kelihatan sporty dan dalam masa yang sama ianya juga mempunyai 4 pintu, itu adalah lebih baik. Mereka yang bujang ini pastinya sekali-sekala akan membawa rakan-rakan mereka menaiki kereta dan bayangkan, pastinya sesuatu yang "leceh" jika penumpang belakang terpaksa naik/turun melalui kerusi/pintu hadapan.

Jika itu masih boleh dikompromi pastinya apabila mereka ini berkahwin kelak, kereta Satria Neo ini sudah tidak lagi sesuai untuk mereka yang berkeluarga walaupun hanya untuk menjadi kereta "kedua".

Mungkin Proton akan mengatakan mereka ada Proton Gen 2 untuk model virasi 4 pintu, tetapi bagi penulis model Gen 2 tidaklah se"hangat" Proton Stria Neo. Penulis ada menggambarkan bayangan Satria Neo versi 4 pintu (gambar 2, di atas) untuk tatapan bersama.

Penulis sedang berangan-angan untuk membeli kereta ke"tiga" keluarga. Memang sesuatu yang hebat jika kita dapat membeli kereta-kereta sport mewah seperti Toyota Celica, Honda Prelude, Masda RX 8 dan lain-lain apa lagi "super car" seperti Mitsubishi Evo 9, Nissan Fairlady, Nisan Skyline, Fors Mustang, Porshe, Lamborgini, Ferarri dan lain-lain....

Tetapi memandangkan budget penulis yang terhad, mungkin angan-angan akan hanya tinggal menjadi angan-angan..... :) Tambahan pula kereta-kereta tersebut sudah tentulah mahal kos penyenggaraannya.

Jadi alangkah bagus, jika Proton dapat mempertimbangkan cadangan penulis untuk mengeluarkan Proton Stria virasi 4 pintu...Selain ianya sporty, murah berbanding kereta-kereta sekelas dengannya, ia juga sesuai digunakan untuk bersantai bersama keluarga.

21 Oct 2009

Pas Tidak Ikhlas Dengan Penubuhan Sayap Bukan Islam???

Dipetik dari Malaysiakini
PAS tidak sepakat isu bukan Islam
Abdul Rahim Sabri Okt 20, 09 1:19pm



Jawatankuasa pusat PAS masih beriltizam untuk menaikkan taraf kelab penyokong bukan Islam sebagai sayap parti bertaraf dewan walaupun ada pandangan yang tidak bersetuju dengannya. Komitmen itu disuarakan "secara umum" oleh anggota-anggota jawatankuasa itu dalam mesyuarat hujung minggu di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur, kata Ketua Pemuda PAS. "PAS pusat (masih) menunggu draf cadangan menjadikan Kelab Penyokong PAS (KPP) menjadi sayap parti sebelum keputusan rasmi dibuat, sama ada melibatkan pindaan perlembagaan atau penambahan peraturan kecil (dalam perlembagaan)," kata Nasrudin Hassan ketika dihubungi hari ini.


Tambahnya, isu menaikkan taraf KPP tidak dibincangkan secara khusus dalam mesyuarat tersebut. Menurutnya lagi, iltizam itu juga bertepatan dengan ucapan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyeru agar KPP diperkasakan dalam ucapan dasarnya di muktamar, Jun lalu. Diminta mengulas draf awal jawatankuasa teknikal, Nasrudin berkata beliau tidak pasti klausa atau peraturan akan dipinda atau ditambah. "Sekiranya tidak membabitkan polisi parti, ia hanya dibicangkan di peringkat PAS pusat "Tetapi jika melibatkan polisi parti, yang membabitkan pindaan perlembagaan, ia perlu kepada muktamar khas," katanya. Malaysiakini difahamkan draf awal jawatankuasa teknikal bagi mengkaji kemungkinan meminda perlembagaan parti bagi menaik taraf KPP telah diserahkan ke ibu pejabat.


Jawatankuasa teknikal ini telah mengadakan pertemuan di Kedah bulan lepas – dengan penyertaan anggota Majlis Syura Ulama – bagi membincangkan isu tersebut tetapi majoriti tidak bersetuju menaikkan taraf KPP sebagai dewan. Ahli-ahli bukan Islam, jika diberikan kuasa sebagai dewan, dibimbangi akan mendesak PAS untuk mengubah dasar-dasar parti. Bagaimanapun jawatankuasa teknikal itu bersetuju memperkasakan KPP tetapi masih lagi dikawal selia di peringkat jawatankuasa pusat PAS, bukannya sebagai sayap parti. Seorang anggota jawatankuasa pusat PAS Hashim Jasin pula berkata jawatankuasa itu kelmarin belum bersedia meminda perlembagaan untuk menguatkan lagi penyertaan bukan Islam. Ahli jawatankuasa PAS - juga pengerusi lajnah perpaduan nasional yang ditugaskan menyelia KPP - Mujahid Yusof setakat ini gagal dihubungi.



Komen Isac;


Hah...apa nak takut, kalau orang bukan Islam boleh mengundipun... dasar apa lagi yang mereka boleh ubah? Pas pun dah "tak mahu lagi" menegakkan negara Islam, apa yang nak dirisaukan lagi?


Orang-orang kafir sekutu Pas pun kini dah semakin pandai berhujah sambil menyelitkan ayat-ayat Al Quran...Mungkin sikit hari lagi mereka ni pun dah boleh menggantikan TG Nik Aziz yang dah semakin uzur tu...Lagipun sejak akhir-akhir ini Pas dilihat telah lebih liberal daripada Umno terutama di hak kesamarataan...


Jestru itu mengapa anutan agama mereka yang bukan Islam ini hendak perbesar-besarkan? Keikhlasan dan tujuan mereka hendak diragui? Bukankah dalam apa jua bentuk "perkahwinan" maupun "perkongsian", keikhlasan paling utama? Kita perlu menerima "pasangan" kita seadanya? Baik dan buruknya harus kita terima dengan ikhlas, jika tidak sesuatu "perkahwinan/perkongsian" itu tidak akan kekal lama. Umpama retak yang menanti belah ataupun bolehlah disamakan nasib "ikatan" itu seperti telor di hujung tanduk....Ataupun bolehlah kita katakan yang Pas sudah pandai main opera cina.




Kes DSAI Saman Tun Mahathir RM100 Juta - DSAI Kena KO? Sewajarnyalah Karpal Berundur.....


Dipetik dari mStar Online
Selasa Oktober 20, 2009
Mahkamah Rayuan terima permohonan Dr M tolak saman Anwar atas alasan teknikal
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini menerima permohonan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menolak rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu saman fitnah RM100 juta yang dikemukakan terhadap bekas perdana menteri itu.


Keputusan tersebut dibuat atas alasan teknikal selepas mendengar penghujahan daripada peguam kedua-dua belah pihak mengenai permohonan Dr Mahathir terhadap memorandum rayuan yang difailkan oleh Anwar yang juga Penasihat PKR.


Memorandum rayuan Anwar itu telah difailkan dalam bahasa Inggeris dan bukannya bahasa kebangsaan seperti yang dikehendaki oleh undang-undang dan ini telah membawa kepada pertikaian di antara pihak peguam masing-masing.


Keputusan tersebut diputuskan sebulat suara oleh panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Abdul Malik Ishak, Datuk Azhar Maah dan Datuk Syed Ahmad Hemly Syed Ahmad.


Mahkamah Rayuan turut menolak permohonan Anwar untuk melanjutkan tempoh bagi memfailkan memorandum rayuan tersebut dalam Bahasa Malaysia. Pada tahun Januari 2007, Anwar telah memfailkan notis rayuan berhubung keputusan yang telah dibuat oleh Mahakamah Tinggi Kuala Lumpur yang sebelum ini telah menolak permohonan saman fitnah yang dikemukakan terhadap Dr Mahathir. Anwar juga gagal memansuhkan keputusan Mahkamah Tinggi itu selepas Mahkamah Rayuan pada 25 April 2007 menolak rayuannya dan mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi itu.


Pada 27 Jan 2006, Anwar memfailkan saman terhadap pada Dr Mahathir atas dakwaan memfitnahnya dengan memberi gambaran beliau seorang lelaki yang tidak bermoral dan merbahaya kepada masyarakat Malaysia. Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh mendakwa Dr. Mahathir memfitnahnya dalam satu sidang akhbar di Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) pada 9 September tahun 2005.


Bagaimanapun pada Januari 2007, Dr Mahathir telah memfailkan permohonan untuk membatalkan saman itu dengan alasan ia bersifat skandal, menyusahkan dan tidak bersungguh. Peguam Datuk V.K Linggam mewakili Dr Mahathir manakala Karpal Singh mewakili Anwar. Menurut Karpal beliau akan terlebih dahulu berbincang dengan anak guamnya sama ada untuk mengemukakan satu lagi rayuan iaitu kepada Mahkamah Persekutuan dalam tempoh sebulan ini.



Komen Isac;


Ingatkan Tuan Karpal kita ni teror sangat orangnya, rupanya tidak juga....Dia pun hanya manusia biasa macam kita...


Macam mana peguam bela yang tersohor sepertinya boleh terlepas pandang perkara yang penting tu...Macamana mereka yang kononnya "pejuang bahasa" yang kononnya berjuang bermati-matian untuk menghapuskan PPSMI, rupa-rupanya "memperlekeh" Bahasa Melayu di dalam kehidupan mereka sehari-hari, lebih mengutamakan Bahasa Inggeris, bahkan tidak langsung memperendahkan undang-undang negara...


Malaysiakini pula telah melaporkan bahawa, Karpal juga telah terlupa menandatangani memorandum tersebut...(http://www.malaysiakini.com/news/115451) Patutlah Tun menolak saman fitnah tersebut dan antara hujah peguam Tun saman tersebut telah dibuat secara tidak bersungguh. Tandatangan pun tidak...Macam surat layang lah jawabnya...Tak perlu nak dilayan lah!!! Syabas Tuan-Tuan Hakim!!!

20 Oct 2009

Watak Natrah Bertukar Tangan? Nasib "Natrah" Akan Sentiasa Menghantui Kita?

Dipetik dari mStar Online
Isnin Oktober 19, 2009
Watak Natrah kini milik Maya Karin, Sofea Jane
Oleh WAHIDA ASRANI

PENGUMUMAN barisan pelakon utama teater Natrah arahan Erma Fatimah yang bakal dipentaskan di Istana Budaya (IB) sudah pun dilakukan sebelum Hari Raya Aidilfitri yang lalu.


Pelakon muda, Diana Danielle telah diberi kepercayaan untuk membawakan watak Natrah, gadis Belanda yang menjadi antara ibu angkat dan keluarga kandungnya sehingga mencetuskan 'Rusuhan Natrah' sekitar era 50an dulu, setelah masyarakat Islam di Singapura dan Tanah Melayu kecewa gadis itu akan dimurtadkan.


Turut membintangi teater yang dicetuskan oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim ini ialah Remy Ishak memegang watak Mansor Adabi, suami kepada Natrah dan Umie Aida sebagai ibu angkat Natrah, Che Aminah.



Komen Isac;


Watak Natrah yang dulunya diserahkan kepada Diana Dianelle kini menjadi milik Maya Karin (semasa muda) dan Sofia Jane (semasa tua) dalam teater Natrah arahan Erma Fatimah yang bakal dipentaskan di Istana Budaya (IB).
Itu cerita pasal teater, yang penulis hendak tekankan di sini ialah, jika kita, dijajah, berpecah dan lemah, kita bukan sahaja tidak akan berdaya untuk mempertahankan diri dan hak kita malah sudah tentu kita tidak akan mampu untuk mempertahankan maruah agama Islam.
Itu adalah dilema yang telah kita hadapi sejak zaman berzaman, jestru itu jika kita masih tidak mahu mengambil iktibar dari pengalaman-pengalaman mereka yang terdahulu, maka bersedialah untuk menghadapinya sekali lagi. Malah kali ini mungkin lebih hina kerana selepas datuk dan nenek kita memerdekakan kita sejak tahun 1957 yang lalu, tetapi pemikiran kebanyakkan dari kita masih lagi terjajah mindanya dengan menjadikan "saudara" sebagai "musuh" dan sebaliknya mengambil "musuh" sebagai saudara.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3