bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

8 Sept 2009

Pekong 2 - Pakatan Selangor Bercadang Merompak Wang Zakat?



Perbendaharaan Selangor yang hampir kering membuatkan Tan Sri Khalid tak keruan. Kalau dahulu dia dan barisan exconya sibuk menghentam kerajaan Umno/BN dibawah pimpinan Dato' Seri Mohammad Khir Toyo kerana dikatakan boros, tak pandai mentadbir kewangan negeri dan sering keluar negara, kini beliau (Tan Sri Khalid) kelihatan seperti kehilangan punca.
Sumber kewangan (talian hayat) terdekat yang beliau rasa dapat membantunya ialah sumber dari Pusat Zakat Selangor. Mujurlah Sultan Selangor, Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah telah bertegas dan menitahkan bahawa wang zakat tidak boleh diambil, dipinjam atau disalurkan untuk tujuan lain kecuali bagi membantu umat Islam dan pembangunan ummah di negeri Selangor.
Bayangkan kalau negeri Selangor tidak bersultan, "confirm" pasti dengan duit-duit baitulmal "licin satu kali". Juga sila rujuk posting Isac yang terdahulu, http://bumiyang.blogspot.com/2009/08/pemimpin-pemimpin-melayu-pakatan.html
Isac pernah menegaskan dahulu, inilah jadinya apabila Melayu/Islam lemah.....Bila Melayu/Islam terpecah, masing-masing kelompok yang pasti "terpaksa" menaggih undi/simpati bukan Melayu untuk  berkuasa akan terpaksa/sengaja menggadaikan lebih banyak "hak-hak" orang Melayu/Islam demi untuk mengekalkan kuasa.
Ini hanyalah suatu contoh....Banyak lagi yang akan "tergadai" selepas ini jika kita orang Melayu/Islam terus berpecah-belah...Selain menggunakan wang zakat untuk bukan Islam adalah terkeluar dari syariat Islam, ianya juga menunjukkan "kebodohan" orang kita yang sanggup berkongsi apa sahaja yang kita ada dengan orang lain tetapi dalam masa yang sama hak orang lain masih tetap menjadi milik mereka.
Macam mana seorang tokoh Korperat Melayu yang hebat seperti Tan Sri Khalid dan DSAI yang kononnya pejuang Islam boleh terlepas pandang perkara ini? Sedarlah sebelum terlambat...Perpecahan tidak membawa apa-apa keuntungan kepada kita...

7 Sept 2009

Pekong 1 - Wakaf Tanah Untuk Bina Kuil Hindu Dapat Pahala?


Walaupun cadangan perpindahan Kuil Hindu dari Seksyen 19 ke Seksyen 23 Shah Alam telah "dibekukan" tetapi bagi Isac ianya sebenarnya membuka pekong sebahagian dari kita khususnya "pakatan pembangkang".
Kalau dulu mereka selalu menunding jari kepada pemerintahan Tun Abdullah yang dikatakan "flip-flop" kerana sering mengambil keputusan-keputusan yang akhirnya terpaksa ditarik balik, kini merekapun sama.
Mengapa cadangan perpindahan tersebut tidak dibincangkan terlebih dahulu dengan penduduk-penduduk Seksyen 23 sebelum kerajaan negeri membuat keputusan tersebut?
Sedarkah kerajaan negeri Selangor bahawa secara tidak langsung penduduk-penduduk Melayu Seksyen 23, membayar/menanggung harga tanah rezab masjid (cadangan asal) di kawasan itu? Alasan saya kos rezab tanah tersebut telah diagih-agih kepada pembeli-pembeli Seksyen 23 Shah Alam kerana pihak pemaju sudah pasti tidak mahu menanggung kos tersebut.
Jestru itu keputusan menukarkan rezab tanah untuk pembinaan masjid kepada tapak sebuah kuil hindu akan meletakkan penduduk-penduduk Melayu (mewakili 80% penduduk) dikawasan tersebut sebagai penyumbang tanah tapak kuil yang dicadangkan.
Dalam kata lain, mereka akan mendapat "pahala amal jariah" kerana mewakafkan tanah untuk tapak pembinaan kuil hindu tersebut (sekiranya pembinaannya diteruskan).
Nasib baik Isac tak beli rumah dikawasan tersebut, keputusan ini yang dibuat secara tergesa-gesa dan hanya mengambil kira kepentingan politik iaitu sokongan daripada kaum India tanpa memikirkan sensitiviti orang Melayu dan hukumnya dari segi Agama Islam telah menyebabkan ketegangan yang sepatutnya boleh dielakkan.

"Pakatan Rakyaat" - Kerajaan Yang "Cakap Tak Serupa Bikin"

Dipetik dari Malaysiakini
PM: K'jaan Pakatan mula dipersoal rakyat
Sep 6, 09 6:26pm

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang kini dilihat mula dipersoalkan satu persatu oleh rakyat yang ternyata semakin sangsi dengan kewibawaan mereka mentadbir.Menurutnya, jika sebelum ini pembangkang dilihat amat mudah mempertikaikan kerajaan BN, kini mereka perlu sedar bahawa bukanlah mudah mentadbir seperti mana mudahnya mereka berjanji sesuatu kepada rakyat setiap kali menjelang pilihan raya umum."Sebenarnya bila mereka jadi pembangkang, amat mudah bagi mereka untuk mempertikaikan kerajaan BN, kononnya kita tidak berwibawa dan sebagainya."Hakikatnya bila kita (mereka) mentadbir, tidak semudahnya seperti mana sewaktu mereka lakarkan sewaktu mereka jadi pembangkang.
Beberapa kes yang berlaku ini (ketika ini) adalah disebabkan janji mereka buat sebelum pilihan raya dan juga kegagalan mereka untuk membuat keputusan yang tepat dalam keadaan setempat dan ambil kira masyarakat berkenaan," katanya.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai majlis dialog bersama penduduk Seksyen 23 berhubung cadangan pemindahan kuil dari Seksyen 19 ke kawasan perumahan mereka yang berlangsung dalam suasana kecoh semalam. Najib berkata apa yang berlaku itu jelas memperlihatkan kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang menghadapi pelbagai masalah dan mereka gagal menangani sesuatu isu yang berlaku."Kewibawaan kerajaan pembangkang di negeri yang mereka kuasai sudah dipersoalkan rakyat sendiri.


Berita penuh sila rujuk link; http://www.malaysiakini.com/news/112252



Komen Isac;


Sepanjang 17 bulan pemerintahan Pakatan Pembangkang ini terutamanya di negeri Selangor telah banyak membuka pekong mereka.


Kini rakyaat telah semakin sedar bahawa pemimpin-pemimpin "pilihan" mereka yang selama ini begitu pandai memenangi hati rakyaat dengan pidato-pidato retorik berapi-api mereka yang mengkritik dan menemplak kerajaan Umno/BN, sebenarnya hanya tahu menunding jari menyalahkan orang lain. Ibarat "Tong Kosong".
Apabila mereka telah mendapat peluang untuk memerintah di beberapa buah kerajaan negeri, prestasi mereka dilihat begitu hambar malah jauh lebih buruk dari kerajaan yang terdahulu.
Semakin lama mereka memerintah semakin banyak pekong mereka yang diketahui umum. Nantikan kupasan-kupasan pekong-pekong mereka diposting-posting yang akan datang.




5 Sept 2009

Kuil Hindu Ke Seksyen 23 Shah Alam - Apa Baik/Lebihnya Pakatan Pembangkang Dibandingkan Dengan Umno/BN?????

Dipetik dari Malaysiakini
Majlis dialog isu kuil di Shah Alam kecoh
Jimadie Shah Othman Sep 5, 09 10:58am



Foto:Gambar hiasan, inikah bentuk senibena kuil Seksyen 23, Shah Alam?



Majlis dialog antara kerajaan negeri dan penduduk Seksyen kecoh pagi ini - bermula dengan perang mulut antara lima penduduk yang melepaskan kemarahan mereka kepada anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Mereka bertindak demikian apabila anggota penguatkuasa berkenaan tidak membenarkan dua warga emas dari kawasan berkenaan masuk ke dalam dewan bankuet, MBSA, tempat majlis dialog itu diadakan.



Foto: Ataupun inikah bentuk senibena kuil Seksyen 23, Shah Alam Nanti di atas Tanah yang telah diwakafkan oleh penduduk-penduduk Sek 23?


Kejadian itu berlaku kira-kira jam 10.30 pagi. Difahamkan sebuah rumah hanya dibenarkan menghantar seorang wakil sahaja, tetapi warga emas itu dipercayai mengikuti anaknya ke situ. Bagaimanapun, selepas lima minit berlaku pertengkaran tersebut, dua warga emas itu dibenarkan masuk. Sejurus kemudian, berlaku kekecohan kedua apabila beberapa penduduk bertindak menghalau keluar empat anggota unit amal PAS yang berada di dalam dewan tersebut kerana mereka bukan penduduk Seksyen 23. Kira-kira 250 penduduk dari Seksyen 23 menghadiri majlis dialog berhubung isu bantahan penduduk terhadap keputusan untuk memindahkan sebuah kuil dari Seksyen 19 ke tempat mereka.

Ketika itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan ADUN Batu Tiga, Rodziah Ismail sedang masuk ke dewan. Sejurus selepas itu, beberapa penduduk bertindak menghalau keluar seorang wanita yang membawa kamera dan mengambil gambar mereka yang hadir di dalam dewan tersebut. Selepas itu, apabila pengerusi majlis menyebut nama menteri besar dan ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad disebut, ada penduduk yang mengeboo mereka. Majlis bermula dengan Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mazlan Md Noor memberi taklimat mengenai kuil di Shah Alam dan rancangan awal mengenai pemindahan kuil dari Seksyen 19 itu. Bagaimanapun, taklimat sering diganggu oleh penduduk yang tidak puas hati dengan isu tersebut.

Komen Isac;


Orang dah mengamuk baru nak dibagi taklimat.....Ingat apa, mentang-mentang depa memerintah negeri ni, depa boleh buat negeri ni macam mak/bapak dia orang yang punya????
Apalah salahnya kalau berbincang dulu, bukan tak bagi nak buat kuil ke, gereja ke, wat ke, tokong ke atau apa-apa lagi ke....Tapi tengoklah kesesuaian lokasinya. Kawasan penduduk Melayu 80%, yang dibuatnya kuil hindu tu apa hal? Ini lah Pakatan Pembangkang yang kononnya "pandai", menjaga kepentingan rakyaat, dan bla...bla...bla...
Dah tu bincang pun tak mahu. Setahu sayalah, mana ada dalam "building by law" kerajaan tempatan kena sediakan tapak tanah untuk rumah-rumah ibadat selain daripada untuk buat Masjid. Walaupun bagi kes ini ianya untuk tujuan pengalihan, tetapi mengapa perlu tapak rezab masjid yang menjadi sasarannya. Bukan ke rezab masjid selalunya besar? Raya Hindulah macam ni....
Dari sudut lain penduduk-penduduk Melayu di Seksyen 23, Shah Alam ni sebenarnya "membiayai" tapak tanah kuil tersebut. Sudah tentu pihak pemaju sebenarnya telah mengagih-agihkan kos tanah tapak rezab masjid tersebut kepada pembeli-pembeli rumah di Seksyen 23.
Maksudnya penduduk-penduduk di sana membuat amal jariah menanggung kos rezab tapak masjid yang kini telah ditukarkan kepada tapak kuil hindu....Dapat pahala jugak ke? Khalid & Khalid sila jawab. Dah macam mubaligh hindu pulak dia orang ni punya sumbangan....
Apa kata kalau kuil hindu tu dialihkan sahaja bersebelahan rumah Tan Sri Khalid Ibrahim ataupun rumah YB Khalid Samad? Menarik jugak tu...
Jika pembinaan kuil tersebut di sana sudah tidak dapat dielakkan seperti mana perobohan "Kampung Buah Pala" janganlah pulak nanti kuil hidu di Seksyen 23 itu meniru bentuk sinabina kuil Khajuraho, di Utar Predesh, India yang penuh dengan patung-patung manusia yang sedang melakukan berbagai-bagai "aksi/teknik berhubungan seks" sudah lah Labu.....
Kawan tak sanggup nak masukkan gambar-gambar tu kat sini, sesiapa yang berminat bolehlah lihat sendiri di link berikut;

Soalan Isac, apa lebihnya Pakatan Pembangkang ini jika nak dibandingkan dengan pemerintahaan Umno/BN ? Rasanya lagi teruk ada....

Satu Lagi PRK, Pilihlah Calon Terbaik & Utamakan Calon Pilihan Akar Umbi - Jangan Biarkan Pisang Berbuah Berkali-Kali :)

Dipetik dari Agendadaily
Bagan Pinang:ujian getir BNSeptember 5, 2009 : 05.55 AM--->



Takdir Ilahi satu lagi kematian wakil rakyat dan kali ini melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional kawasan Bagan Pinang dalam Parlimen Teluk Kemang Negeri Sembilan, Allahyarham Azman Mohd Nor,54. Ini yang kedua bagi BN selepas Allahyarham Datuk Razali Ismail di Kuala Terengganu Januari lalu. Makanya selepas baru saja pilihanraya kecil di Permatang Pasir, Pulau Pinang berlalu juga kerana kematian wakil rakyat PAS, negara akan melalui pilihanraya kecil kesembilan selepas pilihanraya umum Mac 2008. Ini mencipta rekod kerapnya pilihanraya kecil diadakan dalam satu penggal. Ia bermula dengan kerusi Parlimen Permatang Pauh, Kuala Terengganu dan Bukit Gantang,kerusi DUN Bukit Selambau, Batang Ai ,Penanti,Manek Urai,Permatang Pasir dan menyusul Bagan Pinang, Selepas hanya berjaya mempertahankan DUN Batang Ai gagal Parlimen Kuala Terengganu yang melibatkan kerusi BN, Bagan Pinang pasti menjanjikan satu saingan yang sengit berentap dengan pakatan pembangkang. Bagi BN ia harus membuktikan pengaruhnya masih mantap dikawasan-kawasan yang dikuasainya. Manakala bagi pakatan pembangkang pastinya hendak tunjuk ia bukan saja jaguh menang di kawasan yang telah dimenanginya sewaktu pilihanraya umum lalu. Menurut kalangan pemerhati politik mahu tak mahu BN harus berhempas pulas pastikan kerusi Bagan Pinang dipertahankan. Ini lebih-lebih lagi memandangkan BN tidak mempunyai dua pertiga majoriti dalam Dewan Undangan Negeri. Di Negeri Sembilan BN kini menguasai 21 daripada 36 kerusi DUN. DAP pula 10 kerusi, PKR 4 dan PAS 1.



Jadual 1: Jumlah Kerusi DUN Dimenangi Oleh Parti-parti Yang Bertanding Dalam PRU 12.


Sewaktu pilihanraya umum Mac 2004, Allahyarham yang dapat 6,430 undi menewaskan calon PAS, Ramli Ismail 4,097 undi dengan majoriti 2,333 . Dewan Undangan Negeri yang terletak dalam kawasan parlimen Teluk Kemang mempunyai seramai 14,192 pengundi yang terdiri 66 peratus Melayu, 19.9 peratus India; 10.5 peratus Cina dan 3.5 peratus lain-lain kaum. Allahyarham Azman ialah Naib Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang. Ketua UMNO Bahagian itu ialah Tan Sri Isa Samad,Di kawasan Parlimen Teluk Kemang ada lima kawasan DUN. Selain Bagan Pinang yang dimenangi Allahyarham Azman, BN juga menang DUN Linggi tewaskan calon PAS. Tiga DUN lain di kawasan parlimen Teluk Kemang iaitu Chuah dimenangi oleh PKR, Lukut DAP dan Port Dickson PKR. Kawsan Parlimen dimenangi PKR- 4/9/2009.



Komen Isac;



Pertama takziah kepada keluarga Allahyarham Azman, atas kehilangan ini dan sama-samalah kita doakan agar rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh, amin. Kepada Pakatan Pembangkang, janganlah ghairah sangat nak PRK sehingga mengguris hati keluarga Allahyarham.



Kepada Umno/BN belajarlah dari kesilapan-kesilapan yang lepas. Bak kata Tun Mahathir, pada PRU 12 yang lalu BN hilang banyak kerusi dan negeri bukan kerana pembangkang kuat, tetapi kerana BN yang lemah.



Dalam 7 kekalahan BN di PRK yang lepas faktor calon memang banyak menyumbang. Dalam zaman teknologi yang serba canggih ini selain calon perlu mendapat "restu" akar umbi, calon tersebut juga perlu dari kalangan orang tempatan, "mesra rakyaat", bersih dan juga kelihatan bersih.



Mana-mana calon yang dilihat "kurang bersih" walaupun mungkin dari segi teknikal seperti saudara Rohaizat (Permatang Pasir) perlulah dielakkan. Carilah kekuatan calon-calon UmnoBN dari sekarang, agar ianya boleh diwawarkan/diekploitasikan semasa berkempen nanti.



Juga cuba kenali calon-calon lawan dan "kekurangan/kelemahan" mereka, sememangnya menelanjangkan aib orang adalah cara kempan yang tidak beretika, tetapi persediaan perlu ada untuk mengelakkan kita terjebak untuk kali kedua.


Perlu diingat perbezaan jumlah Kerusi DUN BN berbanding Pakatan Pembangkang 21/15 adalah kecil dan kekalahan di Dun Batang Pinang akan mengecilkan lagi jurang ini. Jestru itu sebarang kesilapan boleh mengundang kehilangan yang lebih besar lagi, iaitu kehilangan Negeri Sembilan kepada Pakatan Rakyaat.

Masih ingat Cubaan Rampasan Kuasa 16hb Sebtember? Kini, Pakatan Pembangkang sedang merancang untuk merampas Terengganu dan Negeri 9.

Motto mereka "Apa yang mereka buat semuanya halal, keluarkan fatwa baru jika perlu"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3