bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

7 Aug 2009

Amanat Raja-raja Melayu. Jangan Mengata Orang Lain Rasuah, Kalau Sendiripun Sama!!!

7 Wasiat Raja-raja Melayu - Duli YMM Raja Dr. Nazrin Shah
06/08/2009 5:03pm
Dipetik dari Utusan Online

KUALA LUMPUR 6 Ogos — Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah hari ini mengingatkan rakyat khususnya orang Melayu mengenai tujuh wasiat Raja-Raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya.

Menurut baginda, wasiat yang disampaikan semasa Raja-Raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 ialah :-

1)Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia);

2)Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;

3)Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;

4)Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini;

5)Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan;

6)Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU;

7)Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.

(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Saraak).

Raja Nazrin Shah bertitah demikian semasa melancarkan tiga buku Allahyarham Prof Datuk Dr Syed Hussein Alatas, berjudul Mitos Peribumi Malas, Intelektual Masyarakat Membangun, dan Rasuah : Sifat, Sebab dan Fungsi, sempena Seminar Antarabangsa Legasi Pemikiran Syed Hussein Alatas yang bermula Selasa lepas di Dewan Bahasa dan Pustaka di sini.

Menurut baginda, wasiat sembilan Raja Melayu terdiri dari empat negeri Melayu bersekutu dan lima yang tidak bersekutu itu, disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat Melayu, yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu.

“Wasiat ini dihasilkan atas kehendak Raja-Raja Melayu untuk mengekalkan kesinambungan sejarah, kedaulatan, dan kuasa politik Melayu (yang terletak pada Raja-Raja Melayu) kepada kesinambungan kedaultan negara kepada Raja-Raja Melayu serta mendapat penerimaan rakyat melalui wakil-wakil sah yang mempunyai locus standi, maka Perlembagaan Persekutuan mempunyai fasal-fasal tertentu,” titah Raja Nazrin Shah, merujuk kepada Perkara 3 (1) (2) (3) dan (5); Perkara 11, Perkara 12; Perkara 38 (5); Perkara 152; Perkara 153 dan Perkara 181 (1).

Menurut Raja Nazrin Shah fasal-fasal ini memerlukan izin Majlis Raja-Raja Melayu untuk sebarang pindaan.

“Sempena ulang tahun kemerdekaan negara ke-52 pada 31 Ogos ini, sewajarlah fakta-fakta utama dalam perjalanan menuju kemerdekaan itu dipastikan tidak terpendam dari sejarah,” titah baginda.

Mengenai Syed Hussein Alatas, yang meninggal dunia kerana serangan jantung pada 23 Jan 2007, Raja Nazrin Shah bertitah bahawa Allahyarham sering membangkitkan mengenai kejijikan rasuah, dan dihuraikannya dalam buku tulisan beliau “Rasuah: Sifat, Sebab dan Fungsi.” “Walaupun ianya kotor dan jijik, ironinya semakin ramai yang berlumba untuk mendapatkan kuasa supaya berpeluang melakukannya, malah melakukannya dengan penuh tipu muslihat untuk terlepas dari undang-undang dan hukum dunia,” titah baginda.

Raja Nazrin Shah bertitah bahawa ramai yang bercakap tentang rasuah, malah seruan untuk memeranginya ada kalanya bergema lebih nyaring daripada kalangan mereka yang tidak bebas daripada melakukannya.

“Lalu tenggelamlah kesungguhan usaha untuk memerangi rasuah dalam retorik kepura-puraan. Akibatnya takhta runtuh, pemimpin jatuh, negara lebur dan rakyat melarat,” titah baginda.

Baginda bertitah rasuah berlaku di mana-mana termasuk di istana, dalam sektor awam, swasta, organisasi politik, malah dalam badan-badan agama, kerana rasuah merupakan candu yang mengasyikkan dan yang menanggung derita bukan dalam kalangan pengamal dan penerima rasuah.

“Sebenarnya rasuah merendahkan martabat seseorang insan ke taraf abdi, menjadikan insan hamba kepada harta, kepada kekayaaan, kepada kebendaan dan kepada jawatan yang diperoleh secara haram,” titah Raja Nazrin Shah.

Menurut baginda, rasuah adalah instrumen yang membunuh jiwa merdeka, pemikiran merdeka, sifat merdeka dan watak merdeka dalam diri seseorang insan yang terjebak dengannya.
— BERNAMA
Komen Isac;
Ketujuh-tujuh wasiat tersebut ada diterjemahkan ke dalam Perlembagaan Negara kita.
Dalam bab rasuah sendiri mau ingatlah.....Cakap banyak-banyak nanti orang marah. Jangan asyik nak "mengata" orang itu rasuah, orang ini rasuah sedangkan "kita" juga melakukannya.
Contoh paling jelas (ini ramai yang buat), bersedia untuk disaman jika kita memandu "laju", jangan kautim dengan polis dan lepas tu mengata polis ambil rasuah. (Memberi & menerima, sama-sama salah)
Kalau tidak mahu kena saman, memandu mengikut had laju. Jika perlu, keluar rumah lebih awal agar kita tidak perlu memandu laju.
Jika berpolitik, jangan demi untuk mendapatkan kuasa, kita kata "lawan" kita tu semuanya tidak boleh dipakai, tidak betul dan semuanya makan rasuah. Sedangkan semasa kita sama-sama di dalam satu "Barisan", kitalah "kepala"nya yang merasuah ahli-ahli kita sehingga nyaris-nyaris kita nak menjadi ketua "Barisan" tersebut.
Mengata orang memang sedap.....dan peringatan ini juga adalah untuk diri saya sendiri.

6 Aug 2009

"Pembunuh" Mendiang Teoh Beng Hock Telah Dikenalpasti ?


Sampel DNA lelaki tidak sama di pakaian Teoh
Ogos 5, 09 12:36pm

Dipetik dari Malaysiakini

Sampel DNA ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Tan Boon Hwa dan juruteknik Lee Wye Wing tidak sama dengan DNA yang ditemui pada belakang baju dan tali pinggang Teoh Beng Hock. Gobind Singh Deo, bertindak sebagai peguam pemerhati kepada keluarga mendiang, berkata demikian pada permulaan inkues menyiasat sebab kematian bekas wartawan itu. Tan dan Lee dilaporkan pada awalnya enggan memberikan sampel DNA mereka bagi membantu siasatan polis berhubung kematian penuh tanda tanya setiausaha exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, pada 16 Julai lalu. Kedua-dua lelaki itu kemudian menjelaskan mereka ada aral lain yang menghalang mereka menyerahkan sampel air liur - untuk ujian DNA - lebih awal.

Blog t4tbh.blogspot.com dilaporkan mendakwa Tan dan Lee dicurigai suspek pembunuh Teoh susulan keengganan mereka menyerahkan sampel DNA lebih awal. Inkues di depan koroner Azmil Muntapha Abas minggu lalu diberitahu bahawa lima sampel diambil daripada bahagian belakang blazer yang dipakai oleh Teoh pada hari kejadian dan hasil laporan menunjukkan terdapat dua DNA lelaki pada bahan bukti itu. Satu daripada DNA itu dikenal pasti sebagai DNA Teoh, yang berpadanan dengan spesimen darahnya, manakala satu lagi pemilik DNA yang tidak diketahui. DNA lelaki misteri itu turut ditemui pada bahagian tali pinggang yang dipakai Teoh, yang bercampur aduk dengan DNA mendiang. Teoh ditemui mati selepas memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di atas bumbung tingkat 5 Plaza Masalam, Shah Alam, yang menempatkan bangunan suruhanjaya tersebut. Kematiannya yang menimbulkan pelbagai persoalan, mendorong kerajaan menubuhkan inkues dan suruhanjaya siasatan diraja bagi menentukan kematiannya dan prosedur siasatan SPRM.
Komen Isac;
Secara lojiknya jika DNA kedua-dua mereka ini iaitu Tan Boon Hwa maupun Lee Wye Wing tidak sepadan dengan DNA lelaki yang tidak dikenali yang dijumpai pada jaket mendiang Teoh, maka tinggal lebih kurang 27 juta lagi rakyaat Malaysia yang mungkin terlibat dalam kes ini.
Memandangkan DNA yang dijumpai tersebut adalah lelaki dan nisbah penduduk lelaki dan wanita mungkin 50/50, maka kesemua 13.5 juta penduduk lelaki di Malaysia berkemungkinan merupakan "pemilik" DNA misteri tersebut. Ini adalah kerana DNA lelaki dan wanita adalah berbeza.
Jika dakwaan Gobind Singh Deo benar maka Tan dan Lee mungkin tidak terlibat sama-sekali dengan kematian mendiang Teoh. Jestru itu suspek yang terlibat dalam kes kematian Teoh dikenalpasti sebagai salah seorang daripada 13.5 juta rakyaat Malaysia dan ditambah dengan pelancong-pelancong dan pekerja-pekerja asing lelaki yang berada di Malaysia semasa kejadian.

Korban H1N1 Meningkat Kepada 12 + 1 = 13 Orang.



Ogos 5, 09 2:43pm
Dipetik Dari Malaysiakini

Seorang lagi kanak-kanak, berusia 6 tahun, meninggal dunia 2.30 pagi ini di Hospital Batu Pahat akibat wabak selesema babi A (H1N1), menjadikan jumlah seluruhnya 12 orang meninggal dunia di seluruh negara sejak dua minggu lalu. Dua korban terbaru wabak tersebut yang dilaporkan sebelumnya terjadi di Melaka. Seorang lelaki 20 tahun dan remaja 12 tahun dari negeri itu - masing-masing menghidap lelah dan kegagalan buah pinggang - menjadi korban terbaru kes selepas kematian kanak-kanak tiga tahun disahkan akibat virus tersebut.Mangsa kesembilan Iffah Syazwina Samsuddin dilaporkan meninggal dunia pada 4.30 petang semalam di Hospital Melaka.Korban kelapan membabitkan seorang guru 51 tahun dari Kuala Selangor yang meninggal dunia Ahad lalu. Sekolah tempat guru itu mengajar ditutup pada 27 Julai.Setakat ini, 1,476 kes selesema A (H1N1) dilaporkan di seluruh negara, termasuk 16 kes terbaru termasuk kematian tersebut.



Komen Isac;

Terbaru seorang kanak-kanak di Pahang merupakan korban ke 13 (Awani 501 pukul 1:00am 6/8/09).

Saya masih lagi tertunggu-tunggu apakah saranan dan cadangan Pakatan Rakyaat di dalam menangani wabak ini. Maklumlah mereka kan ke pemimpin "pilihan" sebahagian daripada kita. Sebagai pemimpin "pilihan" tentu mereka banyak idea-idea yang bagus-bagus untuk diguna-pakai.


Tapi mungkin bukannya daripada deretan peguam-peguam hebat yang mereka ada kerana selalunya peguam yang handal hanya pandai bercakap dan memutar-belitkan fakta untuk memenangi sesuatu kes...Tetapi mereka kurang bijak untuk menangani wabak seperti H1N1 ini, yang penularan dan jangkitannya melibatkan virus yang agak "too scientific" buat mereka. Jangan marah para peguam PR ....:)








5 Aug 2009

Klip Video SPRM Mendera "Beng Hock" Sebelum Mendiang Dijumpai Mati - Suatu Lagi Fitnah Pembangkang?





SPRM sekali lagi cuba dikaitkan dengan isu "pembunuhan" mendiang Teoh Beng Hock oleh mereka yang tidak bertanggung-jawab dan sengaja mahu menangguk di air yang keruh. Kali ini clip video seorang lelaki yang sedang "disoal-siasat" dan dipukul bertubi-tubi dimuat-turunkan ke "utube" untuk mengelirukan orang ramai.

Penulis telah melihat klip video berkenaan dan berikut adalah antara pemerhatian dan pemahaman penulis terhadap klip video berkenaan dan hubung kaitnya dengan mendiang Teoh Beng Hock;


1)Link clip video berkenaan; http://www.youtube.com/watch?v=4O74PK4sowY


2)Gambar klip video tersebut kurang jelas kerana kualitinya yang kurang baik, membuatkan muka "pesalah" yang disoal-siasat tidak berapa jelas dan payah untuk mengenali siapakah beliau sebenarnya.


3)Untuk rekod mendiang Teoh Beng Hock memakai kemeja biru, berseluar putih dan berkasut hitam ketika sampai di bangunan SPRM.



4)Untuk rekod juga, semasa mayat mendiang Teoh Beng Hock dijumpai, beliau masih mengenakan kemeja biru, berseluar putih dan berkasut hitam.



5)Walau bagaimanapun lelaki yang disoal-siasat di dalam klip video tersebut sebaliknya dilihat memakai kemeja putih, berseluar hitam dan berkasut cokelat.


6)Pakaian orang-orang yang memukul lelaki yang sedang disoal-siasat tersebut juga lebih mirip uniform pengawal keselamatan. Uniform SPRM adalah seperti gambar dibawah.





7)Jika anda dengarkan betul-betul percakapan lelaki-lelaki (yang dipercayai sebagai pengawal keselamatan tersebut) ketika menyoal-siasat dan memukul "pesalah" mereka ada beberapa kali mengatakan bahawa "pesalah" tersebut telah mengganggu "isteri orang".


Saya kira analisis dan permerhatian saya ini akan dapat membantu anda membuat penelitian dan penilaian sendiri. Yang pentingnya di sini bukti-bukti tersebut telah membuktikan bahawasanya SPRM sekali lagi telah difitnah dan dijatuhkan hukuman sebagai "bersalah" membunuh mendiang Teoh beng Hock walaupun penyiasatan dan Inques sedang berjalan.


Bila manusia lebih percayakan kepada fitnah dan perspektif (apa yang mereka tanamkan dipemikiran mereka) inilah jadinya. Ianya akan memudahkan mereka yang tidak bertanggung-jawab maupun pengkhianat untuk melaga-lagakan dan memperbodoh-bodohkan kita.


Penulis berharap pihak polis akan menyasat siapakah dalang yang menyebarkan fitnah ini dan akan membawa mereka ke muka pengadilan. Bagi penulis kita akan mudah ditipu jika kita suka menyangka buruk terhadap orang lain dan itulah yang disemai dan dibaja oleh pihak pembangkang di pemikiran rakyaat Malaysia terutamanya sejak tahun 1998. Kerana dek hasutan jahat pengkhianat itu juga negarawan ulung Tun Mahathir Muhammad berundur dari menerajui negara ini dan ramai di antara kita yang bertepuk tangan.


Wahai bangsaku sedarlah sebelum terlambat!!!!!


4 Aug 2009

H1N1 Telah Meragut Korban Yang Kelapan - Tetapi Pakatan Rakyaat Masih Lagi Berpeluk Tubuh Dan Sebaliknya Mendedahkan Rakyaat Untuk Dijangkiti?




Dipetik dari Malaysiakini
Ogos 3, 09 11:17am

Penyakit Influenza A (H1N1) meragut korban lapan, membabitkan seorang guru yang berusia 51 tahun dari Kuala Selangor. Guru berkenaan meninggal dunia semalam. Sekolah tempat guru itu mengajar ditutup pada 27 Julai lalu.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, mangsa yang mengalami radang paru-paru yang teruk akibat H1N1, meninggalkan dunia jam 11 malam tadi.Mangsa pada mulanya mendapatkan rawatan di klinik swasta pada 27 Julai dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada 30 Julai. Mangsa semakin teruk dan dimasukkan ke unit rawatan rapi di Hospital Seremban semalam.

SEBUAH pacuan empat roda Jabatan Kesihatan Johor Baharu memasuki Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Kenanga, Tampoi, Johor hari ini bagi melakukan pemeriksaan setelah seorang pelajar lelaki sekolah itu meninggal dunia semalam akibat penyakit Influenza A (H1N1) atau selsema babi. Semalam, Mohamad Fakri Syah Rosli, 11, murid darjah enam sekolah itu meninggal dunia kira-kira 8 pagi, selepas tiga hari mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Aminah di sini. - foto BERNAMA (DIPETIK DARI mStar Online)

Korban ketujuh Influenza A (H1N1) - seorang ibu yang baru melahirkan anak sulungnya dua minggu lalu - juga meninggal dunia semalam. Wanita berusia 24 tahun itu adalah dari Miri. Bagaimanapun, anaknya dilaporkan selamat. Wanita tersebut meninggal dunia jam 4 pagi ini di Hospital Umum Miri.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Dr George Chan Hong Nam berkata, ia merupakan kes kematian influenza A (H1N1) yang pertama di Sarawak.Dr Chan yang juga pengerusi jawatankuasa bencana dan bertindak negeri berkata wanita terbabit disahkan positif H1N1 pada 17 Julai lalu, lapor Bernama.

"Wanita yang baru sahaja melahirkan anak pada 20 Julai lalu disahkan meninggal dunia jam 4 pagi ini bagaimanapun keadaan anaknya stabil," katanya kepada pemberita hari ini.Dr Chan berkata, setakat ini terdapat 110 kes jangkitan tempatan dilaporkan di Sarawak selain 25 kes import dan orang ramai dinasihati agar lebih mengutamakan tahap kebersihan masing-masing.Katanya setakat ini masih terdapat lima sekolah di Sarawak diarahkan tutup selain empat institut pengajian tinggi awam.Sementara itu, Kementerian Kesihatan melaporkan sehingga jam 8 pagi tadi, 17 kes baru dilaporkan - semuanya merupakan jangkitan tempatan.
Komen Isac;
Sehingga ke hari ini setelah wabak H1N1 telah meragut 8 nyawa, Pakatan Rakyaat masih dilihat tidak memperdulikan nasib rakyaat Malaysia.
Demonstrasi pada hari Sabtu yang lalu sebenarnya juga tidak perlu kerana akta ISA akan diperbahaskan di Dewan Rakyaat dalam sidang yang akan datang.
Mengumpulkan rakyaat berdemonstrasi sehingga 20,000 orang walaupun sasaran asalnya 100,000 orang sebenarnya (gagal dicapai) hanya mendedahkan peserta-peserta demonstrasi tersebut untuk dijangkiti wabak H1N1 ini.
Apa faedahnya demonstrasi anti ISA tersebut kepada rakyaat Malaysia? Sehinggakan risiko penularan wabak H1N1 langsung tidak diambil kira? Adakah "political millage" lebih penting dari nyawa mereka? Sudahlah tiada tindakan dan saranan yang mereka usahakan di dalam membantu kerajaan untuk membendung wabak ini, bahkan usaha dan tindakan mereka boleh membawa kepada mudarat yang lebih besar.
Bagaimana nanti jika ada di antara 20,000 orang penunjuk-penunjuk perasaan ini yang menjadi korban terbaru wabak H1N1 ini? Siapakah yang akan bertanggung jawab? Adakah kerajaan Barisan Nasional juga yang akan dipersalahkan? Kepada mereka yang menyertai demonstrasi ini dengan niat untuk "suka-suka", "sendiri mau ingatlah". Adakah risiko yang anda ambil itu berbaloi?
Kepada penyokong-penyokong tegar Pakatan Rakyaat yang mengikuti demonstrasi ini pula, apakah pengaruh akta ISA ini kepada hidup anda? Jika anda menjadi korban wabak H1N1 yang seterusnya gara-gara mengikuti demonstrasi ini, siapakah yang akan menyara keluarga anda?
Dalam keluaran yang lepas penulis ada menyelitkan sekiranya kita menurut unjuran WHO, wabak H1N1 ini boleh memakan angka korban sehingga 28,000 orang di negara ini. Jestru itu perhimpunan-perhimpunan yang berisiko seperti demonstrasi anti ISA Sabtu lalu sebenarnya patut dielakkan jika Pakatan Rakyaat benar-benar mengutamakan keselamatan rakyat Malaysia terutamanya penyokong-penyokong mereka sendiri kerana perhimpunan-perhimpunan seperti itu akan hanya meningkatkan jumlah korban wabak tersebut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3