bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

26 Apr 2015

Golongan Pertengahan Menikmati Pengurangan Cukai Individu Sehingga RM 19,350 Kerana GST???

Dalam pembentangan belanjawan yang lepas Kerajaan Malaysia menerusi menteri kewangan merangkap PM iaitu DS Najib, telah mengumumkan pengurangan kadar cukai individu dan perniagaan untuk cukai taksiraan tahun 2015 sebagai langkah persediaan perlaksanaan GST pada 1 April 2015 yang lalu.

Melalui perbandingan di bawah pengurangan cukai individu yang bakal dinikmati adalah di antara RM 50.00 sehingga RM 19, 350.00 bagi pendapatan bercukai di antara RM 10,000 sehingga RM 400,000 setahun.


Walaupun pengurangan pembayar2 cukai yang berpendapatan RM 3,000 sebulan mungkin rendah iaitu skitar RM300-RM 450 tetapi mereka menikmati BRIM 1M yang bernilai sehingga RM 950.00 setahun.

Dalam hampir kebanyakkan rakyaat mengeluh dengan perlaksanaan GST kerana lebih banyak barangan yang dikenakan cukai berbanding sistem cukai SST tetapi hakikatnya walaupun semua pengguna tidak akan dapat lari daripada membayar cukai GST, tetapi sebenarnya kerajaan telahpun memberikan subsidi mahupun insentif di dalam bentuk BRIM 1M ataupun melalui pengurangan cukai ndividu.

Tetapi telah menjadi resam dunia, apa yang didapati secara percuma kita akan kurang menghargainya.

Apapun penulis merasakan perlaksanaan GST masih boleh diperbaiki di mana pihak kerajaan boleh mengecualikan beberapa lagi barangan keperluan seperti pampers bayi dan pampers dewasa kerana ianya menggalakkan pengwujudan masyarakat yang bertanggung-jawab yang menyayangi anak2 dan golongan tua.

Malah makanan seperti tempe dan tahu yang mungkin merupakan alternatif protien kepada sesetengah golongan miskin wajar dikecualikan daripada GST!!!

6 comments:

  1. Kaedah pelaksanaan gst tidak diterjemah dgn betul. Sepatutnya begini (harga asal barang - sst) + gst. Apa yg berlaku ialah harga asal barang + sst + gst. Sebab itu harga barang mencanak naik. Kenapa kaedah asal tidak diimplimentasikan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tanya la pengilang/ pemborong kenapa tak minta semula cukai jualan 10% yang dikenakan keatas mereka. Setakat hari ni hanya 3 syarikat daripada 75 ribu syarikat yang layak menuntut kembali cukai jualan 10% (SST) sahaja yang berbuat demikian... takkan tu salah kerajaan juga kot????

      Delete
  2. Masalahnya bukan tentang GST tetapi harga barangan yang dinaikan sebelum perlaksanaan gst disebabkan tiada pemantuan harga oleh KPDNKK sebelum April 2015. Disamping itu penguna tidak diberi penerangan menyeluruh dalam bentuk yang mudah difaham ttg gst.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yang hang dok merepek ? ubat dah makan ke belum ? Yang semua syarikat telco pun mengenakan gst 6% jadi lebih tinggi dari cukai biasa yang dibayar sebelum ini jadi salah siapa pulak dalam hal ni ?

      Delete
    2. kalau ko beli topup rege rm10.60, tp dapat airtime rm11.00, tu nak kira untung @ rugi?

      Delete
  3. Cuba tanya pemborong + pengedar + peniaga..?

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3