bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

7 Sept 2011

Mat Sabu, Adakah Melayu Batu Kikir Juga Mahu Kamu Labelkan Sebagai Talibarut British???

Sejarah Peperangan Senapang & Parang 1946 di Pekan Batu Kikir yang terletak lebih kurang 16km dari Kuala Pilah dan 12km dari Bahau merupakan sebuah kampung tersusun pada awalnya.

Di pekan ini telah menyimpan satu sejarah yang masih belum dikenali secara meluas. Mengikut sejarah, terdapat satu peperangan yang agak menarik iaitu peperangan di antara masyarakat Melayu yang menggunakan senjata parang melawan pasukan Bintang Tiga yang menggunakan senapang. Walaupun senjata yang gunakan pasukan Bintang Tiga lebih baik berbanding dengan masyarakat Melayu pada ketika itu, tetapi kemenangan telah memihak kepada Masyarakat Melayu.

Peperangan ini menjadi satu sejarah yang mengambarkan semangat perjuangan masyarakat ketika itu menentang pasukan Bintang Tiga (Pengganas Komunis) yang menjadikan Gua di Simpang Pertang sebagai markas mereka. Peperangan ini berpunca dari peristiwa amuk di Padang Lebar berhampiran dengan Pekan Batu Kikir. Akhirnya peristiwa ini bertukar kepada satu peperangan yang dahsyat dan melibatkan banyak nyawa dari pasukan Bintang Tiga terkorban. Peperangan ini telah berlaku pada bulan November 1946.

Peristiwa ini perlu diteliti kerana ianya memberi pengajaran tentang kehidupan yang harmoni datang dari kepercayaan dari satu kaum kepada satu kaum yang lain untuk tingggal bersama dengan harmoni di dalam satu tempat. Sumber klik sini.


Komen Isac;

Jika peristiwa serangan terhadap Balai Polis Bukit Kepong, Mat Sabu melabel anggota2 polis, keluarga mereka dan orang kampung Bukit Kepong (HG) sebagai talibarut British dan sebaliknya Pengganas Komunis adalah wira kemerdekaan, apa pula yang mahu beliau katakan dalam insiden ini???

Orang-orang Melayu yang mementang Pengganas Komunis di Batu Kikir juga adalah talibarut British??? Hanya kerana mereka mempertahankan maruah agama, bangsa dan tanahair???

Insiden ini berlaku lebih awal daripada serangan terhadap Balai Polis Bukit Kepong (1950), iaitu setahun selepas Jepun menyerah kalah. Tanah Melayu pada masa itu masih lagi di bawah pentadbiran British

Jawab Mat Sabu, jawab???



Pas Semakin Berkocak??? Pas Lawan Pas???


Yang pasti JAIS berada di bawah kuasa kerajaan negeri, walaupun kerajaan negeri diketuai oleh Tan Sri Khalid Ibrahim daripada PKR tetapi exco yang bertanggung-jawab ke atas hal-ehwal agama adalah daripada Pas iaitu Dato' Dr Hasan Ali.

Bagi penulis ianya mudah, jika dah tak ada tauliah kenapa nak gatal2 bagi ceramah ataupun taskirah???

Sebagai wakil rakyaat/pemimpin, mereka ini haruslah menunjukkan contoh teladan yang baik kepada rakyaat dan janganlah sesekali melanggar peraturan dan  undang2...

Ini tidak, mereka sering kali bertindak seolah-olah mereka ni "above the law". Yang pasti, teruklah Dr Hasan Ali nak kena menjawab kepada pemimpin2 tertinggi PAS....


Gugur Mempertahankan Tanah Melayu Hanya Meletakkan Lt Adnan Saidi dan Rakan2 Sebagai Talibarut British???

Jika mengikutkan kepada definasi Mat Sabu/Pas bahawa Pengganas Komunis wajar diangkat sebagai pejuang kemerdekaan dan meletakkan anggota-anggota polis, keluarga mereka dan penduduk2 kampung yang cuba mempertahankan akidah, harta-benda dan maruah bangsa sebagai pengkhianat semata-mata kerana mereka senada dengan penjajah British untuk mempertahankan Tanah Melayu daripada fahaman Komunis, secara tidak langsung Mat Sabu/Pas juga meletakkan gugurnya Lt Adnan Bin Saidi dan rakan2 daripada Rejimen Askar Melayu dalam mempertahankan negara daripada tentera Jepun tidak lebih daripada gugurnya talibarut-talibarut British???

Sejarah Lt Adnan sila klik sini.

Memang sedih apabila ahli-ahli politik mentafsir sejarah negara berdasarkan kepentingan politik sempit masing2....

Mat Sabu harus bertaubat!!!

Mintak Mat Sabu Jawab - Siapa Bunuh Ketua Polis Negara Pada Tahun 1974???

Tan Sri Abdul Rahman Bin Hashim (17 Julai 1925 - 7 Jun 1974) adalah Ketua Polis Malaysia yang ketiga. Beliau menyandang jawatan tersebut sehingga ditembak mati oleh anasir Komunis di Kuala Lumpur pada 7 Jun 1974.

Sah Mat Sabu sememangnya buta sejarah!!!

Setelah 17 tahun merdeka tak kan masih lagi nak menyalahkan siapa sahaja yang dibunuh oleh Pengganas Komunis sebagai talibarut British???





6 Sept 2011

Nyawa Binatang Piliharaanpun Bernilai Apa Lagi Nyawa Anggota2 Polis di Bukit Kepong!!!

Reaksi pemilik haiwan peliharaan teraniaya ketika sidang media di Petaling Jaya semalam. Dua belas ekor kucing mati di sebuah pusat selepas ditinggalkan sempena cuti Aidilfitri.
- Foto Jack Ooi. Sumber Malaysian Insider.


Haiwan didera, pemiliknya menangis. Itu membuktikan bahawa masih ramai lagi rakyaat Malaysia yang berjiwa penyayang dan masih lagi waras akalnya... Penulis bersimpati dengan pemilik2 binatang2 piliharaan tersebut. Bahkan seorang sahabat Rasullullah s.a.w. pernah digelar dengan gelaran "bapa kucing" kerana sifatnya yang sangat suka dan memelihara banyak kucing.

Ironinya PAS yang sebelum ini mendakwa mereka adalah parti Islam boleh tersenyum sinis dan sebaliknya mengangkat pengganas2 komunis yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong sebagai wira negara selepas mereka membunuh dan membakar anggota2 polis yang telah mengorbankan nyawa mereka di dalam mempertahankan akidah dan keselamatan nenek-moyang dan negara agar kita boleh menikmati kehidupan yang selesa seperti yang dinikmati sekarang !!!



Antara pejuang-pejuang yang gugur di Balai Polis Bukit Kepong, mayat mereka dibakar. Gambar bawah kiri, Ching Peng - Setiausaha PKM di zaman tersebut.


Masihkah anda menganggap PAS sebagai sebuah parti Islam???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3