bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

3 Aug 2009

Sekitar Gambar-gambar Demonstrasi ISA, Untuk Apa? Angkara Siapa? Polis Bertindak? Yang Ruginya Siapa? Kesannya Kepada Negara? Adakah Ianya Berbaloi?

1)Untuk Apa? Inikah yang dimahukan oleh rakyaat jelata? Hero Jalanan? Pemimpin Jalanan? Apa faedahnya kepada rakyaat? Bila nama Negara tercalar dipersada antarabangsa, siapakah yang rugi? Sedarkah para penunjuk-penunjuk perasaan ini bahawa mereka sebenarnya "mensabotaj" maruah dan ekonomi negara?

Para penunjuk-penunjuk perasaan mula berarak. (Gambar Malaysiakini).

2)Angkara Siapa? Inikah Tok Dalang Tok Dalangnya?


Antara Ketua-ketua Pembangkang Yang dilihat Bergabung Bersama-sama Penunjuk-Penunjuk Perasaan. (Gambar Malaysiakini). Mereka ini kah "Mastermind" Demonstrasi ini?

3)Polis Bertindak Untuk Mematahkan Demonstrasi.

Polis Anti Rusuhan Melontarkan Gas Pemedih Mata Apabila Penunjuk-Penunjuk Perasaan Engan Bersurai. (Gambar Malaysiakini).


BERSURAI..Pasukan FRU melepaskan "water canon" kepada kumpulan anti-ISA di hadapan Kompleks Sogo.--foto THE STAR Oleh: RAYMOND OOI

Polis Pencegah Rusuhan cuba menyuraikan penunjuk-penunjuk perasaan, menggunakan "water canon". (Gambar Malaysiakini).


4)Yang Ruginya Siapa? Perlukah ini semua? Perbincangan mengenai penambahbaikan kepada Akta ISA akan dibincangkan di dalam Sidang Dewan Parlimen yang akan datang. Mengapa tidak mengikut saluran dan masa yang sesuai?

Penunjuk-penunjuk perasaan bertempur dengan Polis Pencegah Rusuhan. (Gambar Malaysiakini).


Penunjuk-penunjuk perasaan bertempiaran lari untuk mendapatkan perlindungan. Kesian, perlukah adegan bak filem perang ini di Malaysia? (Gambar Malaysiakini).


5)Kesannya Kepada Negara? Ekonomi ? Perlancongan? Hotel? Syarikat Penerbangan? Shopping Complex? Peniaga Kecil? Adakah runtuhnya ekonomi dan maruah negara akan menyenangkan rakyaat?




Sepasang pelancong barat sedang mengambil gambar dikawasan Dataran Merdeka. Adakah mereka ini akan datang jika mereka tahu Malaysia sebenarnya "tidak aman"? (Gambar Malaysiakini).

Kedai-kedai terpaksa ditutup untuktujuan keselamatan apabila penunjuk-penunjuk perasaan mula berarak. Siapakah yang rugi bila ekonomi negara "terhenti" ?(Gambar Malaysiakini).



Orang ramai terperangkap di dalam Kompleks Pertama apabila premis itu terpaksa ditutup ekoran kekecohan yang berlaku ketika perhimpunan haram membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri di Kuala Lumpur, semalam. Bila nama Negara tercalar dipersada antarabangsa, siapakah yang rugi? (Gambar Utusan Malaysia Online).




6)Adakah Ianya Berbaloi? Ditangkap polis? Badan Gatal-gatal? Mata Pedih? Mengamal Budaya Samseng? Wajarkah kita "berjihad" Menentang Kerajaan? Ada alasan yang kukuh ke? Adakah itu "jihad" atau "memberontak"? Jika mahu berjihad pergilah ke Palestine....Di dalam Islam hukum memberontak boleh dihukum "bunuh".

Menanam budaya "Samseng" dikalangan generasi muda? (Gambar Malaysiakini).



Antara yang tumpas. Berbaloikah perjuangan mereka? (Gambar Malaysiakini).




7)Siapa yang Untung? "Political Millage" Buat Siapa? Mengapa perlunya diadakan demonstrasi sedangkan Akta Isa sedang dikaji semula? Sebahagian rumah banglow Pemimpin Pakatan Rakyaat. (Sumber; Blog SuaraDemokrasi-Malaysia, Link;http://sd-malaysia.blogspot.com/)


"Istana" Baru DSAI, dianggarkan bernilai RM 7 Juta.


"Istana" Tan Sri Khalid Ibrahim, Berapa Juta ????. Kerana Dasar DEB?




Istana Hinggap, LGE

H1N1 - Malaysia Catat Kematian Ke-6, Korban Mungkin Meningkat Kepada 28,000 Orang.


Ahad Ogos 2, 2009
Oleh G. MANIMARAN
Dipetik Dari mStar Online

PETALING JAYA: Negara merekodkan satu lagi kematian akibat wabak influenza A(H1N1) - yang kedua dalam masa 24 jam lalu, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican.

Dengan itu, jumlah korban telah mencecah enam orang di Malaysia setakat ini.
Mangsa keenam itu adalah seorang budak lelaki berumur 11 tahun, yang dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah, Johor pada 29 Julai lalu dengan simptom demam selama satu hari.

"Tiada simptom batuk dan lain-lain tanda-tanda gangguan pernafasan," kata beliau.

Berita penuh sila rujuk;




Hingga 28,000 di M'sia mungkin mati


Dipetik dari Malaysiakini
Aug 1, 09 8:03pm

Dianggarkan 5,500 hingga 28,000 rakyat Malaysia akan mati dalam wabak selesema A (H1N1) jika 20 peratus daripada 27.7 juta penduduk negara ini dijangkiti virus tersebut. "Daripada angka ini (5.5 juta orang dijangkiti), jika kita anggarkan kadar kematian antara 0.1 hingga 0.5 peratus, kira-kira 5,500 hingga 28,000 penghidap selesema itu akan meninggal dunia," kata presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).

Dr David KL Quek memetik unjuran yang dibuat pengarah penyakit berjangkit Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Tee Ah Sian dalam satu mesyuarat pasukan kebangsaan petugas khas menangani wabak itu, pada awal minggu ini.Dalam perkembangan terkini, kadar kematian di seluruh dunia meningkat daripada 0.4 kepada 0.66 peratus.Dr Quek mendedahkan maklumat itu dalam artikelnya "Flu measures: Confusion rather than non-compliance" yang diedarkan kepada beberapa media semalam.

Berita penuh sila rujuk;



Komen Isac;

Masih tidak kedengaran yang Pakatan Rakyaat peka dengan nasib rakyaat Malaysia yang terdedah kepada bahaya kehilangan nyawa oleh wabak ini.
Mereka lebih asyik menyuruh orang ramai menentang Akta ISA yang hanya menanti masa untuk dipinda atau ditambah baikan.
28,000 nyawa yang bakal menjadi korban ? Banyak tu!!!! Bayangkan yang datang demonstrasi memprotes ISA tu hanya berjumlah 15,000-20,000 sahaja, pun macam dah ramai...
Kalau 28,000 orang maksudnya lebih ramai dari itu yang bakal terkorban. Jika kita boleh memilih, cuma rakyaat Malaysia yang membuat onar sahaja yang akan terkorban lain lah pulak ceritanya....Aman Malaysia ni...:)

2 Aug 2009

Nasib Melayu di Bumi Melayu, Terhempit Walaupun Masih Mejoriti - Angkara Siapa?



Dipetik Dari Utusan Malaysia Online

Oleh: Dr. Mohd Ridhuan Tee
Penulis ialah Pensyarah Kanan,
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

Saya tidak menafikan bahawa kematian Teoh Beng Hock perlukan kepada pembelaan. Saya amat mengalu-alukan keputusan Kabinet untuk menubuhkan satu inkues dan Suruhanjaya Bebas Diraja untuk menyiasat dan menentukan punca kematian Beng Hock.

Siasatan yang telus dan rapi mesti dijalankan tanpa rasa takut agar dapat memuaskan hati semua pihak, apatah lagi pihak keluarga dan parti pembangkang yang begitu bersungguh-sungguh dalam isu ini.

Namun, saya merayu, semua parti berkepentingan, supaya bersabar menunggu sehingga siasatan selesaikan dijalankan. Di kala itu, kita akan mengetahui apa yang benar, apa yang salah dan siapa yang benar dan siapa yang salah. Selepas itu juga, kita boleh bercakap dan berkokok berpuas-puasnya mengenai perkara ini.

Hukumlah mereka yang bersalah, tetapi jangan jadi Tuhan sebelum sesuatu perkara dibuktikan. Saya amat takut politik mahukan jadi Tuhan yakni dengan membuat andaian pelik-pelik, yang mana hanya Tuhan sahaja yang Maha Mengetahui sebelum sesuatu perkara dibuktikan.

Dalam menganalisis isu ini, saya teramat hairan kenapa tiga parti politik Cina, MCA, Gerakan dan DAP, serta parti pembangkang Melayu yang lain begitu bersungguh-sungguh membuat pelbagai andaian dengan menuding jari kepada pihak-pihak tertentu, tanpa menunggu keputusan siasatan.

Saya tidak menafikan ada yang tidak kena dengan cara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengendalikan kes ini. Namun, tindakan menuding hari ini seolah-olah memperlihatkan mereka mahu memenangi hati orang Cina, demi kepentingan politik. Lebih-lebih lagi parti-parti komponen seperti Gerakan dan MCA yang telah mula hilang kepercayaan orang Cina.

Ketua Wanita MCA mengeluarkan kenyataan lebih ekstrem mendesak Menteri Dalam Negeri supaya anak yang dikandung oleh teman wanita Beng Hock diletakkan status anak sah taraf dan bukan anak luar nikah. Sedangkan kita semua tahu bahawa mereka belum berkahwin secara rasmi atau telah bersekedudukan tanpa nikah. Bermakna, anak itu tetap anak zina atau anak luar nikah (anak tidak sah taraf). Berapa ramai lagi anak luar nikah yang ingin kita sahkan hasil daripada hubungan luar nikah ini.

Sedarkah Ketua Wanita MCA betapa ramai gadis-gadis Melayu Islam yang menjadi mangsa (bersekedudukan dengan pasangan Islam atau bukan Islam, sama ada secara paksa atau sukarela) melahirkan anak luar nikah tanpa dibinkan kepada bapa mereka? Kenapa MCA tidak memperjuangkan nasib mereka? Kenapa MCA tidak pergi berjumpa Menteri Dalam Negeri untuk mengesahkan semua hubungan sumbang ini? Apa pun jua punca kematian Beng Hock, hubungan yang haram tetap haram, ia tidak boleh disahkan, hanya kerana insiden ini.

Artikel Penuh Sila Rujuk Link;



Komen Isac;

Komen ikhlas seorang (muallaf) berketurunan Tionghua, Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah yang saya kira lebih "Islam" dan lebih bersemangat "Melayu" daripada kebanyakan dari kita yang dilahirkan sebagai "Melayu"/"Islam".
Mungkin kita terpegun bila melihat bagaiman seorang yang berbangsa Tiongha boleh membela umat Islam/Melayu dengan begitu tegas sedangkan ramai pemimpin-pemimpin pembangkang Melayu/Islam sendiri dilihat tidak segan silu menekan dan menggadaikan nasib bangsa dan agama mereka sendiri demi untuk "kuasa".
Allahyarham Tengku Abdul Rahman (Mantan Perdana Menteri Yang Pertama) pernah mengatakan bahawa beliau tidak pernah melihat suatu bangsapun di dunia ini yang begitu pemurah seperti orang Melayu/Bumiputera yang sanggup berkongsi negara mereka dengan bangsa asing.
Mana tidaknya jika kaum Ansar yang begitu dibanggakan oleh Baginda Rasullullah s.a.w. kerana sanggup berkongsi harta dan negara dengan kaum Muhajirin (dari Mekah), keduanya adalah berketurunan Arab dan memeluk agama yang sama. Tetapi kita di Malaysia, menerima bangsa-bangsa asing yang juga berlainan agama untuk sama-sama menjadi warga negara di bumi bertuah ini sehingga sanggup menukarkan nama "Semenanjung Tanah Melayu" kepada Malaysia.
Jestru itu jika sikap baik kita yang selama ini dilihat sanggup "ditolak dan beransur" apabila ditekan di tanah air sendiri diambil mudah dan terus dimanipulasi, percayalah suatu ketika nanti kaum yang ditindas itu pasti akan bangun untuk mempertahankan hak mereka.
Jestru itu kepada semua umat Islam/Melayu bangkitlah dan bersatu!!!!!
Melayu mengikut Perlembagaan Malaysia adalah Islam, mengamalkan budaya dan istiadat Melayu serta bertutur bahasa Melayu jestru itu, siapa kata mempertahankan Melayu itu bukan bermaksud mempertahankan Islam? Siapa kata memperjuangkan hak-hak DEB sebagai bertentanganan dengan "roh" Islam?

1 Aug 2009

PAS, Kami Tidak Provokasi Pro-ISA/Keadilan Ala DSAI Demonstrasi Jalanan?



Dipetik dari Malaysiakini



Kemaskini 3.20pm Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) tidak pernah mencabar mana-mana pihak bagi mewujudkan ketegangan dalam demonstrasi menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) esok, kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub."Saya hendak mengulas kenyataan polis semalam bahawa dua kumpulan saling cabar-mencabar. Saya tidak tahu (perkara itu).

"Saya rasa, sepanjang sidang media, ceramah atau sebarang sebaran yang kita keluarkan atas nama GMI, kami tidak pernah menggunakan kata-kata yang mencabar mana-mana pihak. "Jadi tidak timbul masalah mengatakan kedua-dua pihak ini saling cabar-mencabar," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS di ibu negara hari ini.

Turut hadir dalam sidang media itu, Ketua Muslimat PAS Nuridah Salleh (kanan) dan Setiausaha Pemuda PAS Kamaruzaman Mohamad (kiri).Sambil menayangkan laporan Berita Harian hari ini yang berjudul 'Dua kumpulan saling mencabar', Salahuddin berkata, berdasarkan rekod terdahulu, pakatan pembangkang mempunyai pengamalam menganjurkan perhimpunan aman. Tambahnya, ia terbukti dalam perhimpunan menuntut pilihanraya bersih pada November 2007 dan perhimpunan menuntut pemansuhan dasar pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), Mac lalu. Salahuddin mengulas kebimbangan polis terhadap kemungkinan berlaku ketegangan dalam demonstrasi esok akibat provokasi daripada dua kumpulan berbeza – GMI dan kumpulan penyokong akta itu Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris).

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar hari ini dilaporkan berkata, berdasarkan pemerhatiannya, sudah wujud unsur hasutan dan provokasi di antara kedua-dua kumpulan terbabit. Sebagai pemimpin kanan PAS, Salahuddin juga menjamin perhimpunan esok akan berlangsung secara aman kerana ia telah dirancang sejak setahun lalu. "Saya sebagai chief commander ingin perjelaskan bahawa himpunan esok akan diadakan secara aman. Notis ini telah kita berikan kepada rakyat Malaysia enam bulan lalu. "Kalau ada pihak kata kita sengaja cari sebab bertembung dengan kumpulan satu lagi (Pewaris dan pro-ISA), saya ingin katakan, kita merancang program ini setahun lalu," katanya.Pemimpin atasan Pakatan Rakyat, termasuk penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, tokoh DAP Lim Kit Siang dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan menyerahkan "deklarasi rakyat" kepada pihak Istana Negara.

Perarakan ribuan penyokong pembangkang dan 83 NGO bersama Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), yang menganjurkan perhimpunan itu, bergerak mulai jam 2 petang dan dijangka sampai sejam kemudian di Lebuh Raya Mahameru. Sementara kumpulan penyokongnya pula akan berhimpun di Padang Merbok, sebelah Bank Negara, dan Pasar Seni pada masa yang sama sebelum bergerak ke Dataran Merdeka dan kemudian ke Istana Negara bagi menyerahkan memonrandum kepada Yang di-Pertuan Agong.


Komen Isac;

Memanglah mereka kononnya tidak berniat mencabar mana-mana pihak....

Yang mereka cuba buat, hanyalah cuma untuk mendapatkan sokongan politik dan menunjukkan kepada khalayak bahawa, kerajaan Umno/BN zalim dan menekan rakyaat. Harapan mereka dengan pertembungan demi pertembungan penyokong-penyokong mereka dengan pihak polis dalam siri demonstrasi yang mereka anjurkan akan menzahirkan rasa simpati orang ramai terhadap Pakatan Rakyaat.

Adakah mereka menjangkakan bawa Kerajaan Umno/BN tiada penyokong? Jika mereka boleh menganjurkan demonstrasi demi demonstrasi memprotes apa-apa dasar kerajaan dan menunjukkan bahawa mereka mendapat sokongan orang ramai, bukankah secara tidak lansung mereka sebenarnya mencabar penyokong-penyokong kerajaan?

Bukankan apa yang cuba mereka timbulkan sebenarnya adalah rampasan kuasa jalanan? Mirip apa yang dilakukan oleh angkatan pro keadilan di Thailand? Bagi saya itulah yang mereka (Pakatan Rakyaat) sebenarnya cuba lakukan. Mereka mengadakan demontrasi demi demontrasi dalam usaha untuk cuba membangkitkan penentangan rakyaat terhadap kerajaan. DSAI memang telah dikenali sebagai pelopor politik dan rusuhan jalanan sejak beliau menjadi pemimpin pelajar di universiti lagi.

Jestru itu tidak salah rasanya jika mereka (Pakatan Rakyaat) yang dilihat cuba mempolitikkan sesuatu isu, di pihak yang lain (penyokong-penyokong kerajaan) juga mengambil langkah yang sama dengan menganjurkan demonstrasi-demonstrasi untuk menyokong pula sesuatu dasar kerajaan. Walaupun ini dilihat akan mengwujudkan kekacauan jika kedua-dua kumpulan ini bertembung tetapi saya melihat ianya perlu demi untuk menghentikan "taktik kotor" mereka yang cuba merancuni pemikiran rakyaat yang kononya rakyaat adalah bersama-sama mereka (Pakatan Rakyaat).

Apabila ini berlaku maka kembalilah kita kepada undang-undang rimba iaitu "siapa kuat dialah kudrat". Untuk keamanan dan kebaikan semua pihak, maka saya kira siri demonstrasi-demonstrasi ini perlulah dihentikan kerana ianya lebih menyumbang kepada ketidakstabilan politik dan keselamatan negara. Pembangkang sepatutnya sedar bahawa bahana politik yang melampau akan memberikan kesan yang besar kepada semua jestru itu hentikanlah politik jalanan ini kerana kesan buruknya adalah terlalu buruk kepada semua.

31 Jul 2009

Dakwaan ‘kongsi gelap’ dalam kerajaan Selangor makin bergema…-Pakatan Rakyaat Perlu Menjawab Dakwaan Ini!!!!!


Dipetik dari Agenda Daily.



Jika tidak kerana kematian misteri Teoh Beng Hock,mungkin isu dakwaan yang mengaitkan ‘orang dalam’ pentabiran negeri Selangor dengan kongsi gelap kini menguasai pentas. Makanya hingga sekarang gema dakwaan Ahli Parlimen PKR Wangsa Maju,Wee Choo Keong adanya pejabat Exco Kerajaan Negeri dijadikan tempat pertemuan orang yang ada kaitan dengan perniagaan ‘bawah tanah’ masih belum terjawab. Wee yang sudahpun memberi keterangan kepada polis mengenai dakwaan itu tetap tidak berganjak sekalipun Exco Kerajaan Negeri DAP Ronnie Liu melenting minta beliau namakan siapa yang dimaksudkanya itu. Itu kisah pembangkang vs pembangkang lanjutan dari desakan Ahli Dewan Undangan Negeri PKR Azmin Ali agar jawatan Exco Kerajaan Negeri Selangor dirombak. Apakah ini semua ada kaitan dengan dakwaan terbaru Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo terhadap kerajaan negeri Selangor.


Bekas Menteri Besar Selangor Rabu membangkitkan dakwaan serius yang perlu dijawab oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim. Hal seperti ini tidak pernah terdengar semasa Selangor di bawah pentabiran Barisan Nasional dulu. Dr Khir mendakwa kebanyakan kegiatan mencuri pasir, perjudian, spa dan pelacuran di Selangor didalangi "gerakan bawah tanah" atau kongsi gelap. Lebih membimbangkan dakwanya kumpulan tersebut yang aktif membantu memenangkan orang politik yang dimaksudkannya itu pada pilihan raya lepas di negeri itu Kini sebagai habuan beliau mendakwa mereka diberikan akses untuk meneruskan kegiatan haram tersebut tanpa sekatan.


Untuk menguatkan dakwaanya Dr Khir berkata, ketika beliau menjadi Menteri Besar, hanya 700 lesen premis perjudian, siber kafe dan spa diluluskan tetapi mengikut perangkaan Majlis Keselamatan Negara, Selangor kini dianggarkan mempunyai lebih 4,000 premis seumpama itu yang beroperasi secara haram. "Kalau melihat muka depan surat khabar hari ini, mungkin ada hubungan antara politician (ahli politik) dengan gerakan underworld (bawah tanah)...," katanya. Beliau menyatakan demikian kepada wartawan sebagai mengulas tajuk muka depan Utusan Malaysia "Kongsi gelap taja YB (Yang Berhormat) selepas melancarkan Kad E-Amal U-Pay oleh Yayasan Bakti Khidmat Masyarakat Malaysia (YBKMM) di Kuala Lumpur. Beliau turut mendakwa operasi rumah urut atau spa kini bukan sahaja tertumpu di kawasan pusat bandar malah di luar bandar. "Bukan di Puchong saja, malah di Sabak Bernam pun tumbuh, di Sungai Besar hari ini pun dah ada tiga pusat urut besar.


Saya tak tahulah kalau orang di Sungai Besar tu selalu sakit lutut. Sekincan pun dah tumbuh," katanya. Ini semua akan mendatangkan masalah sosial yang besar dan beliau mahu tindakan sewajarnya diambil pihak berkuasa. Dr Khir turut mempersoalkan mengapa hasil jualan pasir negeri Selangor hanya menyaksikan kemasukan RM4 juta sedangkan kerajaan pimpinannya dulu mensasarkan pendapatan RM200 juta setahun. Menurutnya, beliau bangkitkan semua ini hanya untuk menegur dan membaiki kelemahan kerajaan negeri dan bukan kerana cemburu. Selain itu,beliau juga berpendapat bahawa Selangor akan bankrap sekiranya usaha menarik pelabur di negeri itu terus gagal. Katanya, kerajaan negeri Selangor hanya mampu menarik kurang dari RM4 bilion pelaburan pada tahun lepas sedangkan semasa beliau menjadi Menteri Besar kerajaan negeri dapat menarik pelaburan RM11.8 bilion.


Sementara itu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang bercakap mengenai hal ini semasa sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat pasca-Kabinet bagi kementeriannya meminta pihak polis menjalankan siasatan rapi keatas dakwaan ini. Menurutnya jika dakwaan ini dibiarkan tergantung, ia bukan sahaja akan mencemarkan wakil rakyat tertentu malah turut akan mencemarkan kedudukan Dewan Rakyat, Dewan Negara dan DUN. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Mohd Bakri Zinin pula dipetik oleh Bernama sebagai berkata mana-mana pihak yang mempunyai bukti dan maklumat penglibatan individu atau kumpulan yang dikatakan mendalangi "gerakan bawah tanah" atau kongsi gelap yang terlibat dalam kegiatan haram seperti perjudian, spa dan pelacuran, diminta tampil memberikan maklumat dan bukti-bukti tersebut. Katanya maklumat itu diperlukan polis bagi menjalankan siasatan terperinci setiap dakwaan yang dikemukakan itu.


"Kita tidak boleh menyiasat jika ia hanya cakap-cakap kosong tanpa memberikan maklumat dan bukti yang kukuh. Mereka harus tampil membuat laporan agar kita siasat perkara itu," katanya. Mohd Bakri berkata polis sentiasa membuat pemantauan dan mengadakan operasi di premis-premis yang menjalankan perniagaan haram seperti pelacuran dan judi namun maklumat-maklumat baru diperlukan terutama bagi mengenalpasti lokasi-lokasi baru kegiatan tersebut. "Polis sentiasa memerlukan maklumat orang ramai dan daripada maklumat itu kita akan jalankan siasatan sebaik mungkin bagi mengenalpasti kumpulan-kumpulan yang terbabit yang mendalangi mana-mana kegiatan haram itu," katanya.-29/7/2009



Komen Isac;


Jika dahulu Pakatan Rakyaat selalu melemparkan tuduhan-tuduhan kepada kerajaan Umno/BN, kini kerajaan Pakatan Rakyaat Negeri Selangor memerlukan banyak masa untuk menjawab tududuhan/pertanyaan oleh bekas Menteri Besar selangor ini.


Rakyaat sedang menunggu, Tan Sri Khalid, apa komen anda?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3