bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

29 Nov 2017

Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah - Hannah Yeoh Perlu Lebih Berhati2!!!



Hannah Yeoh sewajarnya tak perlu campur tangan.

Ianya boleh dilihat seolah2 cubaan mencampuri menangguk di air yang keroh dalam isu kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah. Apatah lagi beliau dilihat begitu sinonim dengan dakyah gerakan Kristian di Malaysia. Jestru sewajarnya beliau biarkan sahaja pihak2 berwajib untuk menjalankan tugas2 mereka.

Memang kita orang Islam pun kekadang rasa X puas hati sebab kes kebakaran sekolah Maahad Tahfiz apabila ianya di lihat sering berulang.

Apapun kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah pada 14 September lalu, seramai 23 pelajar termasuk dua guru pusat tahfiz tersebut terbukti adalah perbuatan khianat.

Selain daripada itu beliau harus sedar bahawa Institusi Tahfiz lebih bersandarkan kepada sumbangan wakaf dan tidak berorientasikan keuntungan. Malah sesetengah Tahfiz tidak mengenakan apa2 bayaran untuk pelajar2 nya.

Kita bersetuju agar pihak kerajaan dan pengusaha2 Maahad2 Tahfiz untuk lebih menitik beratkan faktor2 keselamatan tettapi dalam masa yang sama pelajar2 dan ibubapa juga mempunyai pilihan malah bertanggung-jawab kepada diri sendiri untuk memilih pusat tahfiz yang selamat.

Malah jika konsep fardhu kifayah diambil kira, adalah menjadi tanggung-jawab semua individu2 muslim di Malaysia untuk sama2 menyumbang dan menyemarakkan institusi2 wakaf di negara ini dan bukannya hanya tertakluk kepada Maktab2 Tahfiz.

Jestru bagi penulis, terutamanya dalam kes Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah sewajarnya isu ini tidak dipanjangkan.

Jika isu keselamatan seperti ketiadaan jaga, pagar tidak dikunci mahu dijadikan isu, sudah pasti jika Maahad tersebut mempunyai dana yang mencukupi, pihak pentadbiran sekolah boleh menggaji pengawal2 dari syarikat berlesen untuk mengawalnya.

Apa yang lebih utama, adalah supaya rakyaat Malaysia lebih bermurah hati untuk menderma dengan lebih banyak agar institusi2 wakaf di Malaysia dapat berkembang maju dan institusi2 maahad tahfiz akan menjadi lebih selamat.

Sumber klik sini.

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3