bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

3 Nov 2017

DAP Mahu Kurangkan Kakitangan Awam dan Menswastakan Industri Pendidikan Negara???

Berikut adalah perbandingan jumlah bajet untuk membayar gaji kakitangan awam di zaman Tun M dan di zaman DS Najib;




Bajet gaji kakitangan awam pada 2004, iaitu setahun (1) selepas Tun M bersara dari jawatan PM, adalah 19.1% x 109, 990 Juta = RM 21 Billion. Walaupun Tun M bersara sekitar Oktober 2003, tetapi bajet 2004 telah dibuat pada bulan Oktober 2003 jestru data2 ini boleh digunakan. Ataupun boleh diambil kira sebagai di zaman beliau.



Bajet gaji kakitangan awam pada 2017, iaitu 14 tahun selepas Tun M bersara dari jawatan PM pula (di zaman DS Najib), 29.7% x 260, 800 Juta = RM 78 Billion.

Kenaikkan bajet sehingga beberapa kali ganda ini bukan semata2 disebabkan oleh kenaikkan jumlah kakitangan awam tetapi majoritinya disumbangkan oleh pelarasan gaji yang diberikan oleh pihak kerajaan. Tanyalah mana2 kakitangan awam yang pernah melalui tahun 90an hingga kini.

Rasanya untuk mereka yang berumur 30an pasti ingat bahawa terdapat 2 kali kenaikan/pelarasan gaji yang tinggi untuk kakitangan awam, satu di zaman Pak Lah dan satu lagi di zaman DS Najib. Selepas itu ada juga beberapa kali kenaikan gaji yang membabitkan hanya unit beruniform dan kenaikan2 yang kecil untuk sektor awam.

Jika di zaman Tun M, gaji pegawai2 kerajaan memang rendah, kini ianya tidak lagi. Guru2 sekolah rendah yang dahulunya dibayar mengikut skim gaji kelulusan sijil maktab perguruan, kini semuanya telah dibayar dan diiktiraf mengikut skim gaji diploma sekurang2nya, malah guru2 juga telah disyaratkan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah kecuali jika mereka mengambil pilihan untuk bersara. Guru2 tadika Kemas juga telah dan sedang dinaikkan ke taraf diploma.

Gaji anggota unit beruniform juga kini agak selesa apa lagi buat mereka yang menggangotai unit2 elit seperti komando, gerak khas dll.

Malah majoriti guru2 berijazah dan pegawai2 kerajaan yang telah berkhidmat lebih 20 tahun kini boleh menikmati gaji dan elaun sekitar RM 10 ribu sebulan sesuatu yang mustahil untuk dinikmati di zaman Tun M, kecuali buat mereka yang menjawat jawatan pengarah.

Untuk rekod daripada 1.6 juta penjawat awam, seramai 570,000 adalah guru dan pensyarah, 350,000 lagi adalah kakitangan keselamatan seperti polis dan tentera manakala 250,000 lagi adalah kakitangan kesihatan.
Kakitangan pentadbiran yang mengurus 31 juta penduduk Malaysia hanya lebih kurang 400,000 (sumber MalaysiaGazette).
Umum tahu bahawa majoriti kakitangan awam terdiri daripada kaum Melayu/Bumiputera dan perjuangan kerajaan memperjuangkan nasib yang lebih baik buat mereka yang juga merupakan sebagai kaum majoriti di negara ini sebenarnya bukan sahaja membela nasib golongan pekerja di Malaysia secara khususnya malah membela majoriti nasib rakyaat Malaysia secara amnya kerana setiap keluarga pasti mempunyai anggota keluarga yang bekerja sebagai kakitangan awam. Jika dahulu kakitangan awam hanya mampu memandu kereta2 Proton Saga, kini ianya sudah kelihatan agak asing kerana kebanyakkannya memandu kereta2 berjenama import setidak2nya jenama dari Jepun mahupun Korea.

Jestru cakap2 DAP yang selalu menghentam kerajaan BN kerana sejak kebelakangan ini membelanjakan hampir 30% daripada bajet negara untuk gaji kakitangan sektor awam adalah sangat ironi kerana mereka seolah2 memusuhi kakitangan awam.

Dengan jumlah kakitangan pentadbiran awam sekitar 400,000 sukar untuk dikurangkan, nampak gayanya jika mereka akhirnya berjaya memerintah negara ini, jalan mudah untuk mengurangkan kakitangan sektor awam seperti yang mereka war2 kan adalah dengan menswasta sekolah-sekolah dan 20 IPTA serta lain2 pusat pendidikan negara seperti, Institiut Perguruan, Politeknik, Kolej2 Pendidikan Tinggi Mara, Giat Mara dll.

Adakah kita semua telah bersedia untuk menuju ke arah pendidikan swasta secara total???

Lebih ironi, ramai guru-guru dan pensyarah2 kita yang bijak pandai juga telah terpengaruh dengan hasrat untuk bertuankan DAP. Adakah anda semua pernah terfikir bahawa perkara ini akan berlaku di bawah pemerintahan mereka???

Fikir2 kan..... Jangan nanti bak kata pepatah, "yang dikejar tak dapat dan yang dikendong jatuh berciciran"...., "Mendengar guruh di langit, air di tempayan dibuang jangan !!!"

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3