bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

17 Feb 2011

Sampai Bila Agen Menggangu-gugat Kestabilan Negara Mahu Dibiarkan Menjadi "Hero"???

Kerajaan digesa dakwa, saman Tony Pua


KUALA LUMPUR 1 Feb. – Kerajaan didesak supaya mendakwa Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua di bawah Akta Hasutan kerana memfitnah Kementerian Pertahanan dalam isu pembelian Kapal Tempur Pesisir (LCS) sehingga menimbulkan perasaan benci di kalangan rakyat kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Pada masa sama, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir menggesa Kementerian Pertahanan dan ATM memfailkan saman fitnah terhadap wakil rakyat DAP itu kerana sudah jelas segala tuduhan yang dilemparkan dalam isu LCS adalah satu pembohongan.

Katanya, tindakan tegas itu perlu diambil memandangkan peluang sudah diberi kepada Tony untuk mendedahkan bukti penyelewengan seperti yang didakwa kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tetapi sehingga kini beliau gagal tampil dengan sebarang bukti.

Sambil menyifatkan Tony contoh pemimpin DAP yang pengecut kerana hanya berani menabur fitnah, beliau mahu pihak yang cuba mempolitikkan isu pertahanan berdasarkan fakta yang salah tidak dibiarkan kerana ia boleh menjejaskan keselamatan negara.

“Kerja DAP dan Tony Pua inilah...mengkritik dan memfitnah tanpa sebarang bukti. Bila dicabar kemukakan bukti penyelewengan kepada SPRM tiba-tiba menyembunyikan diri, tetapi sebelum ini bukan main lantang bersuara seolah-olah dia jaguh dalam aspek pertahanan tetapi hakikat sebenar cukup memalukan.

ARTIKEL PENUH KLIK SINI.


Komen Isac;

Kalau di Republik Singapura, Tony Pua mungkin dah muflis kerana disaman berjuta-juta Dollar Singapura oleh kerajaan negara itu...

Jika di negara yang mengamalkan fahaman komunis pula, mungkin beliau sudah mati dihukum tembak kerana dituduh mengkhianati negara....

Kerajaan Malaysia terutamanya KDN perlulah mengambil tindakkan lebih tegas dan tidak membiarkan diri mereka di perkotak-katikkan oleh anasir-anasir yang tidak bertanggung-jawab... Secara dasarnya DAP juga perlu dipertanggung-jawabkan di atas tindakan "pengkhinatan" oleh Tony Pua ini...

2 comments:

  1. Kerajaan Malaysia tidak berani bertindak ke atas pemimpin pembangkang kerana takut kalah dalam PRU akan datang....

    ReplyDelete
  2. Sesuatu yang juga menjadi pertanyaan pada gua dan mungkin ramai diluar sana.

    Amaran dan peringatan dari KDN yang kerap kedengaran sudah bagaikan rhymes dan music utk tidurkan bayi sahaja..[ a toothless tiger].

    ISA ..stays sebab rakyat yakin dengan penggunaan dan peruntokan tersebut [Peace & Harmony].

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3