bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

20 Jan 2012

Sambung Pasal Anak Tak Dapat Masuk MRSM!!!


Terimakasih di atas komen-komen dan nasihat para pengunjung. Anak kawan lelaki. Tingkatan 1-3 beliau belajar  di sebuah SMK Bistari di negeri Johor.

Salah satu sebab beliau tidak dapat memasuki MRSM untuk ke tingkatan 4 adalah kerana beliau telah terpilih untuk memasuki Sekolah Menengah Sains Sembrong di bawah kawasan Parlimen Dato Hishammuddin Tun Hussein.

Selain itu soalan peperiksaaan pemilihan untuk kemasukkan ke MRSM juga bukannya mudah. Penulis sendiri pernah mengambilnya pada tahun 1979 tetapi gagal. :)

Sekarang ini kemasukkan ke SBP dan MRSM telah dipantau dan dikoordinasi dengan baik supaya tiada pelajar yang ditawarkan tempat di kedua-dua institusi sekolah berasrama tersebut.

Penulis bersetuju dengaan pandangan pembaca bahawa sekolah berperstij tidak akan menjamin kejayaan seseorang pelajar, walaubagaimanapun suasana yang kondusif pastinya akan membantu. Lagipun "exposure" di sekolah sebegini boleh membantu menyediakan seseorang pelajar menghadapi "dunia kolej" dan seterusnya "dunia pekerjaan" mereka nanti.

Apapun kadang-kadang apa yang dirancangkan tidak menepati selera kita, selain bersyukur dengan apa yang ada kita juga perlu untuk mensesuaikan diri dengan keadaan. Mungkin anak penulis tidak akan ke Sembrong.

27 comments:

  1. Kadang2, apa yang kita 'harapkan', Allah tak beri atas sebab tertentu yang hanya Dia tahu. dan hanya Dia sajalah yang Maha Mengetahui. Pasti ada hikmah..

    Tapi, Allah sentiasa memberi kita apa yang kita 'perlukan'. Jadi seharusnya kita sentiasa bersyukur dengan apa yang dikurniakan..

    Sekadar nasihat/pesanan untuk diri saya dan semua sahabat2..

    ReplyDelete
  2. ramai yang diterima masuk ke mrsm adalah terdiri drpd anak org2 PAS, boleh dilihat setiap lawatan i/bapa, mengambil anak, kereta ditampal dgn sticker PAS. bukti tiada unsur politik dlm pemilihan.

    ReplyDelete
  3. ramai yang diterima masuk ke mrsm adalah terdiri drpd anak org2 PAS, boleh dilihat setiap lawatan i/bapa, mengambil anak, kereta ditampal dgn sticker PAS. bukti tiada unsur politik dlm pemilihan.

    ReplyDelete
  4. ramai anak2 org PAS diterima. ini boleh dilihat setiap kali mereka datang mengambil anak, kereta dilekat sticker PAS kerana tiada kriteria politik dalam pemilihan.

    harap org PAS sedar

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang Pas ni berjaya melahirkan zuriat yang pandai pandai, macam bapa depa. Tahniah. Tak macam yang satu lagi tu, bapak borek anak rintek. He he...

      Delete
  5. Adik saya seramai 3 orang ( 2 Lelaki dan 1 perempuan), adik lelaki semuanya sekolah menengah biasa (SMK bandar darul aman) cuma adik perempuan ajer yang belajar di SMK Sultanah Asma Alor Setar, alhamdulillah..semuanya ambik cos Medical lepas habis SPM dengan keputusan cemerlang ( semuanya still belajar lagi di overseas, seorang di Moscow State Medical University, dan 2 adik lelaki ada di Jordan Sc and Tech. Univ, Jordan)...yang penting ialah kemahuan, usaha, doa dan tawakal...belajarlah dimana2 pun asalkan niat dan kesungguhan tu ada...tahniah sebb anak blogger bumiyang dapat masuk Boarding School.

    ReplyDelete
  6. Tahniah anakanda dapat tawaran ke SBP. Semuga berjaya .... inshaallah.

    ReplyDelete
  7. Interview 1979? sama la kita.

    Tak berjaya? sama la kita.

    Anak lelaki pun tak dapat sama la kita.

    Saya memang tahu jika pelajar dah terima SBP maka MRSM ditolak secara automatik tetapi utk program Ulul Albab (tahfiz) dikecualikan.

    Maka anak saya pun terima la tawaran SBP Rawang tempoh hari dan dalam masa yg sama hadir temuduga MRSM Gemencheh.

    Lebih 1200 pelajar ditemuduga bagi mengisi 180 kekosongan!

    Keputusan sudah diketahui. Anak saya pun macam bapak dia jugak la. Gagal.

    Takpe, takde rezeki di situ. Lagipun anak saya sudah mula belajar di Maahad Tahfiz di Jasin.

    Dalam pada itu anak saya juga ditawarkan program Ulul Albab di IMTIAZ Melaka. Alhamdulillah. MRSM pun ambil modul daripada IMTIAZ Terengganu yang diilhamkan Idris Jusuh.

    IMTIAZ Melaka pula dibina di tanah yang diwakaf oleh Zahid Hamidi.

    CUMA, saya ralat sikit bila dapat tahu petang tadi, apabila anak saya menerima SBP Rawang maka secara automatik dia ditolak daripada MRSM. Padahal taklimat sebelum ini menjanjikan sebaliknya.

    Tak pe lah. Yang penting dia berpeluang mengikuti program Ulul Albab.

    ReplyDelete
  8. mmg anak org pas ramai masuk mrsm. teringat satu perisriwa ketika lagu negaraku dimainkan. seorang bapa dgn muka yang berlagak nak mampus langsung tak mahu berdiri. semua orang pandang dia tapi dia buat muka " ada aku kesah ". klau boleh tapis la ckit supaya tmpat camni tak jadi sarang diaorang. kita ni jujur la sangat ikut prosedur tp kita jugak yg dimaki hamunnya

    ReplyDelete
  9. Ingin saya lontarkan senario ini. Kami Melayu, seperti saya, anak2 saya bersekolah di SJKC, mendapat pencapaian terbaik di dlm UPSR (7A), tetapi, tidak layak utk memohon sebarang asrama penuh kerana semua peluang hanya terbuka utk pelajar2 dari SK, atau SRA. Bila masuk je angka giliran online, terus direject kerana dari SJK! Kami rasa didiskrimanasikan. Mengapa ada kuota 10% utk bukan bumiputera di MRSM, sedangkan BUMIPUTERA yg belajar di SJKC tidak diberikan peluang ini. Walau bagaimana pun, saya percaya, rezeki ada di mana2 jika niat kita baik dan rajin berusaha. Pintu SMJKC sentiasa terbuka utk pelajar seperti ini. Mengapa kami belajar di SJKC? Banyak sebabnya yg saya tak dapat cerita di sini. Lagipun, 1Malaysia maa...

    ReplyDelete
  10. Anak saya dari SJKC mendapat 5A 2C (C bahasa cina)berjaya mendapat tempat di MRSM Serting dibawah program IGCSE. Cuma SBP beliau tidak berjaya kerana factor bukan dari SK. Saya rasa peluang pelajar dari SJKC masuk MRSM masih ada JIKA pelajar aktif di dalam ko-kurikum dan akademik.

    ReplyDelete
  11. Anak saya dari SJKC mendapat 5A 2C (C bahasa cina)berjaya mendapat tempat di MRSM Serting dibawah program IGCSE. Cuma SBP beliau tidak berjaya kerana factor bukan dari SK. Saya rasa peluang pelajar dari SJKC masuk MRSM masih ada JIKA pelajar aktif di dalam ko-kurikum dan akademik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, anak tuan memohon secara biasa atau rayuan? harap dapat beri panduan kerana anak saya akan menduduki UPSR di SJKC tahun ini (2014). TQ

      Delete
    2. Salam , tuan bole cerita secara detail bagaimana anak tun dpt masuk mrsm dibawah program IGCSE? Anak sya asyik salahkan sya sebb bersekolah di SJKC... anak sya juga ada mngambil ujian UPKK dan SRA...harap email saya di zulhizani@yahoo.com

      Delete
  12. saya sedih anak saya 7A1B tak ditawarkan ke mrsm..

    ReplyDelete
  13. anak saya dapat 8a pmr,tak berjaya ke mrsm...sedih juga,tapi allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk anak kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 6 Feb. MRSM ada beri peluang membuat rayuan di web MARA. Cuba lah. Kadang2 ada MRSM yg baru buka, pwegambilannya lambat sikit. Saya dulu buat rayuan 2 x di website Mara. Akhir sekali daya tulis, SBP telah ditolak kerana nak masuk MRSM. Alhamdulillah MRSM JB baru dibuka. Register bulan Mac 2012. Sekarang baru lepas SPM.

      Delete
  14. 4 caw MRSM baru bakal dibuka tahun hadapan @ 2014 iaitu di Arau, Kuala Kangsar, Tg Karang & Semporna, Sabah. Mmg ada kuota bukan bumi tp kebanyakan pljr India yg masuk atau tiada sambutan. Jika permohonan ditolak, cuba buat rayuan kerana ada juga pljr yg tolak tawaran kemasukan intake yg pertama biasanya selepas CNY.

    ReplyDelete
  15. 4 caw MRSM baru bakal dibuka tahun hadapan @ 2014 iaitu di Arau, Kuala Kangsar, Tg Karang & Semporna, Sabah. Mmg ada kuota bukan bumi tp kebanyakan pljr India yg masuk atau tiada sambutan. Jika permohonan ditolak, cuba buat rayuan kerana ada juga pljr yg tolak tawaran kemasukan intake yg pertama biasanya selepas CNY.

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum, jangan kecewa jika anak tak dapat SBP atau MRSM, anak sulung saya lelaki dapat masuk SBP, anak kedua perempuan ,aktif kokurikulum dan koakademik,tak dapat masuk SBP tapi alhamdullillah dapat tawaran SMKA Maahad Hamidiah Kajang,syukur banyak-banyak , sekolah SMKA ini sebenarnya setanding dengan sekolah SBP dan juga MRSM.

    ReplyDelete
  17. ASSALAMUALAIKUM.. tumpang tanya.. kalau kita dapat tawaran SBP, tapi kita tolak, adakah kita masih berpeluang utk dapat MRSM? Mohon bantuan.. huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah boleh. Cuma, Keputusan Mara keluar cuma lambat seminggu atau 2 minggu selepas pendaftaran kemasukkan ke SBP. Jadinya panggilan pertama sure X dapat kecuali guna kabel. Anda boleh buat rayuan bila Mara buka utk buat rayuan. Bagilah alasan tolak SBP sebab nakkan Mara, X kan tak nak pertimbangkan pulak. Saya dahulu guna alasan ni berjaya!!!

      Delete
  18. Result rayuan mrsm 2016 dh kluar k blm...nak tahu .manala tahu ada harapan.huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Result bagi panggilan ke 2 dan ketiga sudah keluar.. boleh check di laman web...tk.

      Delete
    2. Result bagi panggilan ke 2 dan ketiga sudah keluar.. boleh check di laman web...tk.

      Delete
  19. Assalamualaikum.. pengalaman saya jika sudah dapat tawaran sbp, nama serta merta di tolak untuk ke mrsm. Tetapi boleh memohon rayuan ke mrsm. Sebelum itu, mohon surat pelepasan dari kementerian. Semoga dipermudahkan urusan.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3