bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

30 Sept 2013

Trasformasi Karpal - Sehingga Hujung Nyawa Menuju ke Putrajaya???

Jika DSAI kecoh dikaitkan dengan pembedahan plastik, suntikan botox, vitamin C dll kerana penampilan terbarunya kelihatan lebih muda 10-15 tahun serta tiada lagi tanda pingmentasi/tompokan dimuka.... Gara2 masih mahu memburu jawatan PM dalam PRU 14 pada 2018 dan 2023...

Rakan sekutunya pula yang telah menjangkau umur 73 tahun ini pula telah menyatakan pendirian tidak akan bersara selagi PR tidak berjaya menakluki Putrajaya...

Bakal menjangkau usia 78 tahun pada PRU 14 dan 83 pada PRU 15.

Masih tidak mahu bersara???

Inilah pemimpin anda yang kononnya tidak mengamalkan nepotism...

Berkuasa sehingga ke hujung nyawa dan anak2 nya semua sama2 berkongsi kuasa dalam DAP.

Penyerang Liverpool Luis Suarez Memeluk Islam???

SELEPAS menghabiskan tempoh digantung 10 perlawanan kerana bergaduh dengan pertahanan Chelsea, Branislav Ivanovic pada April lalu, penyerang Liverpool Luis Suarez nyata mempamerkan aksi cemerlang ketika pertemuan menentang Sunderland awal pagi tadi (waktu Malaysia).

Ini kerana, dua gol yang dijaringkan beliau berjaya membantu Liverpool untuk menewaskan The Black Cats 3-0 di Stadium Of Light.

Perginya Tan Sri Azizan Pemimpin Pas Pro Perpaduan???


Antara ucapan Allahyarham Tan Sri Azizan kepada penyokong2nya sebaik selepas kemenangan PR dalam PRU 12 "Jangan gembira sangat kerana parti yang kita kalahkan juga sebuah parti Melayu/Islam"

Mungkin kerana sifatnya yang "berjiwa" Melayu itulah sehingga menyebabkan pemimpin2 kanan PR buan Melayu tidak menghadiri pengkebumiannya pada 26 September lalu.... 

Allahyarham sememang seorang pemimpin yang menolak "dendam lama" Pas terhadap Umno. Lihat sahaja bagaimana beliau boleh berbaik dengan pemimpin2 dan bekas pemimpin tertinggi Umno. 

Ketegasannya untuk menolak Buku Jingga mungkin tidak diketahui ramai...

Sumber klik sini.

Foto (kanan): Majlis pengebumian Tan Sri Azizan Razak di Kedah. Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 26 September, 2013.

Boleh tahan ramai yang hadir walaupun pemimpin2 "besar" PR tak datang...



Tahlil
Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir (dua, kanan) mengaminkan bacaan doa pada Majlis Tahlil Bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak di Masjid Zahir di sini hari ini. Majlis tersebut anjuran Pejabat Menteri Besar Kedah turut disertai lebih 100 rakyat negeri ini. - Foto Bernama

Published with Blogger-droid v2.0.10

29 Sept 2013

Keputusan CEC DAP - Undi Zairil Khir Johari Bin Abdullah Naik 827 Undi???

Wow!!! Bukti ahli DAP yang majoriti berketurunan Tionghua sudah merima orang Melayu untuk jadi pemimpin mereka???

Walaupun Zairil sebenarnya bukan "Melayu" sebenar???

Jika dalam CEC 2012 beliau dikatakan mesuk ikut "pintu belakang", apa pula muslihat Guan Eng untuk menggandakan undi terhadap Zairil???

Isu Isteri Mat Yo Dengan Pak Guard - Nurul Izzah Tumpang Glamour???

Anak bapak....

Sebagaimana DSAI semasa dalam kabinet yang pandai meletakkan dirinya untuk medapat publisiti...

Hari2 masuk akhbar dan televisyen....

Program kemeterian lain pun katanya dia akan tumpng sekaki untuk menonjolkan diri di kalangan  pemimpin2 dan ahli2 parti malah juga kepada rakyaat jelata... Seolah2 iatu semua idea dan usaha beliau kerana cuba untuk membayangi pengaruh Tun Mahathir sebagai persediaan menjadi PM...

Malah ada menteri2 terlibat yang merungut kerana "usaha keras" mereka seolah2 telah "dirompak" oleh DSAI...

Ironinya setelah mendapat faedah daripada media cetak dan media elektronik semasa beliau dipuncak kuasa dahulu, beliau kini tidak habis2 melebel media cetak dan media elektronik dikuasai kerajaan apabila beliau tidak lagi berkuasa....

Nurul Izzah pun saling tak tumpah seperti bapanya....Yang pandai "enter frame"...

Walau bagaimanapun penulis tak pasti samada foto di atas di ambil selepas ataupun sebelum kes yang melibatkan isteri Mat Yo.

Sumber foto klik sini.

Gagal Capai Matlamat!!! Akar Umbi Pas Setuju Supaya Tahaluf Siyasi PR Dikaji Semula???

KUALA LUMPUR 28 Sept. - Cadangan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib supaya mengkaji semula tahaluf siyasi dalam pakatan pembangkang perlu diperhalusi dan dipercepatkan oleh pemimpin tertinggi demi kepentingan parti tersebut.

Ahli Pas Cawangan Repuh, Arau, Hussin Hassan berkata, cadangan itu perlu dikaji semula untuk melihat apabila Pas berganding dengan DAP, adakah akan memberi jaminan bahawa mereka juga mementingkan Islam.

Pakatan Rakyaat Utamakan Chin Peng Berbanding Ustaz Azizan???


Inilah yang PR yang kononnya menghormati agama Islam....

Ironinya pemimpin2 utama beragama Islam juga dikatakan tidak ramai yang hadir...

Bagaimana boleh PR lebih menghormati petualang negara berbanding pemimpin mereka sendiri...

Adakah ini kerana Chin Peng berbangsa Tionghua dan Uztaz Azizan berbangsa Melayu dan beragama Islam???

28 Sept 2013

Tersalah Parking Kereta - Batman pun Pandai Minta Maaf???



Itu superhero....Adiwira pun pandai mintak maaf...

Sewajarnya kita janganlah menyombong diri....

Menyombongpun X ke mana perginya nanti...
bila mati nanti jadi makanan  cacing juga....


Published with Blogger-droid v2.0.10

Bukti DAP Parti Chauvanis Cina Atau Sememangnya Chin Peng Pengasas Sebenar DAP???

DAP dilihat lebih mengagungkan pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng berbanding pengasas sebenar parti itu, bekas Presiden Singapura, CV Devan Nair.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Alam Shah (DUN), M. Manoharan mendakwa, ini berikutan DAP sukar menerima kematian Chin Peng dengan dilihat begitu agresif mempertahankan ketua komunis itu berbanding pengasas DAP itu sendiri.

Malah, kata beliau, parti tersebut seolah-olah sudah ‘memadamkan’ Devan Nair yang juga merupakan bekas Setiausaha Agung parti itu.

Jelasnya, DAP tidak pernah memberi penghormatan dan penghargaan yang secukupnya kepada Devan Nair sehingga saat ini berbanding ‘pemimpin’ lain dalam parti.

Artikel pebuh klik sini.


Komen Isac:

Adakah "pilih-kasih" ini berlaku kerana Chin Peng adalah seorang yang berbangsa Cina/Tionghua jestru parti yang sememangnya majoriti dianggotai oleh orang2 Cina ini menyokong Chin Peng? 

Ataupun dakwaan bahawa DAP adalah "sayap" PKM dalam politik kepartian adalah benar dan Chin Peng merupakan pengasas DAP yang sebenar???

27 Sept 2013

Gempar!!! Ron 95 Bakal Naik Lagi 10 Sen menjelang Tengah Malam Ini???


Mungkin ianya sekadar mahu "menjual surat khabar"... Al maklum cerita panas....Tetapi itulah yang sedang ditwitkan diluar sana melalui apa juga gadjet2 canggih!!!

Tapi masalahnya rakyaat masih belum sempat "menyerap" kesan kenaikan harga barangan keperluan dan perkhidmatan akibat kenaikkan diesel dan Ron 95 baru2 ini...

Pada pandangan penulis sekiranya khabar angin ini benar ianya hanya akan menyebabkan rakyaat "naik minyak" dan bukanlah sesuatu yang dimahukan oleh parti pemerintah...

Apapun semoga jawapan twiter dari Datuk Ahmad Maslan di atas diharap akan dapat melegakan hati rakyaat Malaysia...

Jika benar terbukti...Kita kini sememangnya tidak boleh lari daripada fitnah...

Jestru jika ramai yang sebelum ini mencerca kerajaan yang kononnya menolak hudud kerana masih tidak melaksanakannya selepas 56 tahun merdeka....Seolah2 ianya semudah memetik jari...

Kononnya mereka lebih berpegang kepada tali Allah (Al Quran dan Al Sunnah)... Sewajarnya lah mereka ini selidiki dulu berita yang mereka terima sebagaimana anjuran Al Quran.

Bercakap memang mudah....Apa lagi apabila menunding jari dan menyalahkan orang lain....


Menghasut dan Tidak Patrotik - Tian Chua Bakal Didakwa di Mahkamah Tinggi???

Prlu dibicarakan, itulah keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Amelia Tee Abdullah berhubung percubaan Naib Presiden PKR Tian Chua mengugurkan tuduhan hasutan kes Lahad Datu terhadapnya.

Ahli Parlimen Batu tersebut sebelum ini menfailkan permohohan bagi membatalkan tuduhan mengeluarkan kenyataan menghasut berhubung isu pencerobohan Lahad Datu.

Perbicaraan kes tersebut akan bermula 16 dan 17 Oktober ini.

Bagaimanapun, peguam Tian Chua, Latheefa Koya memberitahu pihaknya akan membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah hari ini.

Pada 14 Mac, Tian Chua minta dibicarakan selepas membuat kenyataan yang mendakwa pencerobohan oleh pengganas bersenjata dari Sulu, di Lahad Datu merupakan satu konspirasi terancang oleh UMNO untuk mengubah perhatian dan menakut-nakutkan orang ramai.

Beliau berkata ia merupakan satu 'drama' oleh kerajaan untuk menakutkan rakyat dan mengalihkan perhatian terhadap Sabah, berbanding inkuiri Suruhanjaya Diraja mengenai isu projek IC.



Komen Isac;

Semoga kes ini akan membuka mata rakyaat Malaysia siapa PR yang sebenarnya...

Mereka tidak kira akan keselamatan negara dan kepentingan nasional.... Yang mereka pentingkan hanya berpolitik sepanjang masa....demi untuk "merampas kuasa" !!!

Pemimpin2 sebeginikah yang kita katakan lebih memperjuangkan kepentingan rakyaat dan negara???
 

Published with Blogger-droid v2.0.10

26 Sept 2013

Gempar!!! RM 940 Ribu Dibelanjakan Anwar Untuk 2 Kes???

Jika benar??? Banyaknya duit Anwar....

Itu baru 2 kes! Bagaimana pula dengan kes Liwat 1 & 2?

Berpuluh2 peguam telah mewakili beliau....Tak kan free?

Jestru persoalannya, dari mana beliau memperolehi wang untuk membayar semua perbelanjaan ini?

Sumber klik Anwar Bayar 2 Kes Mahkamah RM 940,000 ? | AIDC

Published with Blogger-droid v2.0.10

24 Sept 2013

Seorang Lagi Anggota Polis Terkorban - Di Mana Surendran, Latifah, Siva DLL ?

 Foto (kiri) Zaiton Ismail sedih sambil menyentuh kubur anaknya Allahyarham Koperal Zal-Azri Abdul Somad selepas pengebumian di tanah perkuburan Islam Jalan Gelugor, Georgetown awal pagi tadi. Turut sama isteri allahyarham, Atiqah Mohd Rusdi (kanan) dan anak sulungnya, Mohamad Habibullah Zai Asri. - Foto Bernama 



Foto (kanan) Jenazah Allahyarham Koperal Zal-Azri Abdul Somad tiba di perkarangan rumah ibunya untuk pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Gelugor awal pagi tadi. Anggota polis itu maut dipercayai dihentak batu semasa bergelut dengan penjenayah ketika melakukan serbuan dalam Ops Lejang di sebuah kilang besi buruk di Taman Teknoogi Cheng, Melaka semalam. - Foto Bernama  


Komen Isac:

Penulis berasa pelik, jika penjenayah mahupun suspek yang ditangkap ketika melakukan kesalahan meninggal dalam tahanan, begitu cepat peguam2 PR datang membela.

Sebaliknya bila ada anggota2 tentera dan polis yang terkorban ketika menjalankan tugas mereka buat tak tahu sahaja....Malah ada di antara pemimpin2 PR yang sanggup melemparkan tuduhan, itu semua hanyalah sandiwara Umno....

Apa Kata Penyokong2 Pas Bila Hj Hadi Ditemplak Oleh "Orang Kuat" Anwar???

Aktivis politik, Hishamuddin Rais menerusi laman blognya, tukartiub, mengutuk Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang sebagai meroyan apabila pemimpin itu mengeluarkan kenyataan mahu bekerjasama dengan UMNO dalam pelbagai perkara demi membangunkan negara Malaysia.

Selain itu, Hishamuddin Rais dalam penulisannya juga mentertawakan tindakan Hadi yang memperjuangkan kerjasama dengan UMNO sekiranya diajak berbuat demikian.

Baru-baru ini, Hadi ada mengeluarkan kenyataan tentang kesediaan PAS untuk bekerjasama dengan UMNO termasuk berdialog bagi membincangkan pelbagai isu jika parti itu dipelawa.

Bagi Hadi, tidak ada perkara yang mendatangkan kebaikan kepada diri sendiri, agama, bangsa dan negara ini yang tidak dapat dibincangkan secara baik.

Artikel penuh klik Nasib Pas Bila Berkawan Dengan Sosialis Macam Hisamuddin Rais | MYKMU.NET: DEMI SEBUAH PERJUANGAN

Published with Blogger-droid v2.0.10

Apa Hubungan DAP Dengan Chin Peng???


Mengapa DAP beriya-iya memperjuangkan hak Chin Peng jika mereka tiada "kena-mengena" ??

Lebih menghairankan beberapa pemimpin2 DAP meghadiri upacara pengkebumian beliau di Thailand.....

Rujukan klik sini.

22 Sept 2013

BERSIH Perlu Telus - Perlu Berani Dedahkan Siapa Menaja Mereka???

Mudah untuk menunding jari mengatakan orang lain tak betul, tak telus, menipu dll...

Mungkin sebelum terus menunding jari NGO2 yang menunding jari seperti SUARAM dan BERSIH wajar memulakan ketelusan mereka dengan mendedahkan sumber2 kewangan  mereka perolehi dari dana2 asing serta memberitahu rakyaat Malaysia sebab-musabab dan agenda yang perlu mereka lakukan untuk memungkinkan mereka menerima dana2 tersebut?

Anda percaya agensi2  Yahudi dan Barat begitu mudah menyalurkan dana yang bernilai berjuta ringgit secara percuma???

Sumber klik sini.

Tak Pedulikan Nasihat Karpal - DAP Bapak Guan Eng Yang Punya???

AIDCnews – 21/09/13 – Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim dilaporkan Antarapos berkata pemilihan semula ahli jawatankuasa pusat (CEC) parti itu pada Ahad depan juga tidak sah kerana ia bercanggah dengan perlembagaan parti.

Menurutnya, pemilihan semula CEC parti seharusnya dilakukan menerusi Kongres Kebangsaan parti dan bukannya pada Kongres Khas pada 29 September ini seperti yang dirancangkan itu.

Ini kerana, katanya undang-undang tubuh parti itu menetapkan pemilihan CEC tidak boleh dianjurkan dalam mana-mana majlis lain.

Menurut perlembagaan DAP, Klausa 8, Artikel 6 dan Klausa 8, Artikel 8, menyatakan bahawa setiausaha agung seharusnya menghantar notis memanggil mesyuarat pemilihan sekurang-kurang 10 minggu sebelum kongres kebangsaan parti. 

Maka cadangan Karpal Singh selaku pengerusi yang mahu pemilihan diadakan pada November 2013 lebih tepat dengan cadangan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang berkeras mahukan 29 September.

Menurut Tunku Aziz, DAP seharusnya serik dengan keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang sebelum ini mengarahkan pemilihan CEC Disember tahun lalu diadakan semula, jika tidak mahu perkara yang sama berulang dan bakal menyaksikan pendaftaran parti itu terbatal.

“Ini bagi membolehkan tempoh masa minimum 10 minggu diberikan. Jadi jelas, mereka ini tidak mempedulikan peraturan dan undang-undang. 


Komen Isac:

Nampaknya Guan Eng seperti beriaya-iya mahukan supaya ROS "mengharamkan" parti itu.

Tak tahulah samada kerana dia sememangnya mempunyai maksud yang tersirat ataupun sememangnya bodoh...

Nasihat Karpal yang sememangnya arif dengan selok-belok perundangan negara dan undang2 parti pun tak mahu didengarnya.

Sember klik sini.

21 Sept 2013

Gempar!!! Tolak Bajet 2014 - Ku Li Bakal Jadi PM ???

Ada desas-desus yang penulis dengar tetapi tidak dapat dipastikan samada ianya cetusan idea konspirasi daripada pengikut2 setia Ku Li yang mahukan beliau membuat "come back" di persada politik negara ataupun ianya cubaan daripada pengikut2 PR yang menyusup masuk ke dalam Umno.

Katanya jika BN gagal mendapatkan kelulusan dewan rakyaat dalam pembentangan bajet 2014 pada 25 Okt 2013 nanti dewan akan mengusulkan undi tidak percaya terhadap PM DS Najib dan mereka yang pro Ku Li dan MP2 pembangkang akan melantik Ku Li menjadi PM dan membentuk kerajaan campuran.

Nasihat penulis pastikan semua MP2 BN hadir pada hari yang tersebut termasuklah Pak2 Menteri dan Timbalan2 Menteri jangan ambil mudah kerana BN pun hanya menang dan membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.

Seingat penulis, dalam budget 2013 hari tu pun ianya hampir2 menjadi kenyataan...Jangan sampai pisang berbuah dua kali!!!

Buat penyokong2 Ku Li sudah2 lah....

Zaman Ku Li sudah berlalu...

Apa yang mampu dilakukan oleh seorang pemimpin yang berusia 76 tahun???

Bukankah lebih baik jika sekiranya Ku Li ada idea2 yang bernas berikan sahaja kepada DS Najib agar ianya dapat dimanfaatkan untuk agama, bangsa dan negara???

Ketua Publisiti MCA Yang Tak Berapa Cerdik?


Chin Peng menyebabkan kematian dan kecederaan kepada beribu-ribu anggota tentera, polis, HG dan rakyaat jelata di Malaysia.

Sebaliknya Allahyarham Dr Azahari dan Nordin Mat Top iaitu suspek pengganas dikatakan melakukan kegiatan militer mereka di luar negara atas dasar menyerang pengaruh barat yang selama ini menindas umat Islam dan mereka tidak pernahpun membunuh pasukan keselamatan maupun menginiaya rakyaat Malaysia.

Jadi di mana  persamaannya antara Chin Peng dan Allahyarham Dr Azahari dan Nordin Mat Top???



Published with Blogger-droid v2.0.10

Anwar Perlu Menjadi PM Malaysia Agar Tidak Senasib Chin Peng???

Dahulu Anwar sememangnya bercita2 besar untuk menjadi PM demi untuk memuaskan hatinya. Satu demi satu tangga kepimpinan Umno dinaiki samada dengan cara "bersih" ataupun dengan "menjatuhkan" lawan/penyandang jawatan.

Tetapi kini cubaannya untuk menjadi PM adalah semata2 untuk membersihkan namanya???

Jika tidak sampai bila2 nama beliau akan terpahat sebagai "peliwat" kerana ianya tercatat dalam keputusan mahkamah dan ianya tidak akan boleh dinafikan oleh sesiapa jua.

Pastinya Chin Peng yang mati dalam buangan dan akan terus di kenali sebagai pemimpin PKM yang ganas dan telah menyebabkan ramai rakyaat negara ini dibunuh tidak kira Melayu, India, lain2 bangsa tidak terkecuali keturunan Cina begitu merungsingkan beliau.

Chin Peng pasti tidak boleh menukar sejarah untuk membersihkan namanya....

Anwar semakin terdesak.... Waktu semakin suntuk buatnya!!!

Sumber rujukan, klik sini.



20 Sept 2013

Sampai Bila Keluarga Lim Mahu Menerajui DAP???










Published with Blogger-droid v2.0.10

Anwar TPM Paling Bodoh Atau Cuba Meperbodohkan Rakyaat?


Keterangan DSAI yg mendakwa beliau langsung tidak mengetahui mengenai “Projek IC” sepanjang beliau menjadi Menteri Kabinet.

Ini menunjukkan dakwaan “Projek IC” ialah kekal sebagai dakwaan semata- mata tanpa bukti yang kukuh.

Keterangan DSAI mengenai tidak ada sebarang bukti yang kongkrit berkenaan masalah warga asing di Sabah dibangkitkan oleh pemimpin-pemimpin Sabah semasa beliau menjadi Menteri Kabinet ketika menjawab soalan panel RCI mengenai jika beliau sedar akan masalah ini, mengapa beliau tidak mengambil sebarang tindakan.

Gerakan Pembersihan DAP DaripadAnasir2 Anti Keluarga Lim???

Jestru nama2 berikut perlu dinyahkan;

  1. Teng Chang Kim – Selangor
  2. Chow Kon Yeow – Pulau Pinang
  3. Boo Cheng Hau – Johor
  4. Nga Kor Ming – Perak
  5. Ngeh Koo Ham – Perak
Maka sebab itulah LKS boleh bertahan lama...

Selama inipun pemimpin2 yang tidak sependapat diketepikan...

Mungkin kita akan teringat2 nama2 besar yang meninggalkan DAP..... dan  Tan Sri Lee Lam Thye adalah salah seorang daripadanya...

Sumber klik sini.



 

 

Anwar Kelihatan 20 Tahun lebih Muda???


Kulit muka yang tegang....Berbanding sebelumnya....

Mungkin benarlah sebagaimana kata Datin Wan Azizah, Anwar adalah pemimpin anugerah tuhan!!!

19 Sept 2013

Chin Peng Pejuang Kemerdekaan Sebab Serang Balai Polis Bukit Kepung???

Tak berapa lama dulu pemimpin2 PR galak termasuk Mat Sabu mengatakan Chin Peng adalah pejuang kemerdekaan dan sebaliknya anggota2 polis serta HG yang terbunuh dalam peristiwa Bukit Kepong dan ketika darurat adalah tali barut British.

Kini apabila keluar foto Allahyarham Tun Abd Razak pernah pernah berkhidmat sebagai pegawai pentadbiran Jepun (sebenarnya menjadi agen penyusupan Force 136 yang menentang pendudukan tentera Jepun di Tanah Melayu) mereka terus melebelkan Allahyarham Tun Abd Razak sebagai pengkhianat kerana kononnya menjadi talibarut Jepun.

Hai mengapa pula sekarang blogger2 pro PR ini dilihat "menyokong" British???

Adakah PR merupakan talibarut British dan bukannya Umno sebagaimana tuduhan yang mereka sering lemparkan???

Tidak hairanlah jika ada dakwaan bahawa Pas diasaskan oleh British....untuk memecah-belahkan orang Melayu.

Sumber foto klik sini. 


Pertahan Tun Mahathir Bukti Anwar Terlibat Projek IC Atau Memang Putar Alam???



PR dan NGO2 termasuk BERSIH yang sebelum ini begitu lantang menunding jari kepada UMNO dan Tun Mahathir kerana kononnya bertanggung-jawab memberikan kerakyaatan Sabah kepada pendatang tanpa izin untuk memenangkan BN dalam PRU-PRU yang lalu mungkin garu kepala mengapa pula DSAI dilihat seolah2 mempertahankan bekas mentornya, Tun Mahathir.

Adakah Anwar sedang cuba untuk "memenangi" hati Tun Mahathir supaya "menerimanya" semula sebagai calon PM untuk menggantikan Najib ataupun sebagaimana yang Tun Mahathir pernah katakan, sewajarnya Anwar tahu jika "Projek IC" benar2 pernah berlaku sebagaimana yang didakwa oleh PR dan beberapa NGO2 yang anti kerajaan. Jestru tidak menghentam Tun sebenarnya tidak "mendedahkan" dirinya sendiri???

Ataupun sememangnya "Projek IC" hanya satu lagi usaha Anwar untuk memburuk-burukkan kerajaan BN sebagaimana tuduhan2 PRU 13 yang lalu seperti dakwaan 40 ribu pengundi2 hantu Bangla dan "blackout" ketika kiraan undi yang kini telah terbukti hanyalah antara koleksi fitnah2 Anwar yang sememangnya selama ini galak "menipu" rakyaat demi untuk meraih simpati dan sokongan....

Ironinya, rakyat Malaysia tidak serik2 selepas ditipu Anwar berpuluh2 kali....
 
Published with Blogger-droid v2.0.10

Tanpa Anwar - Ke Arah Pilhanraya Bersih Dalam Erti Kata Sebenar???

Selama ini Anwar dan kuncu2 nya menuduh SPR sebagai alat kerajaan yang diterajui oleh BN, yang menyebabkan PRU di Malaysia tidak "BERSIH".

Tetapi kini terbukti Anwar yang sebenarnya "mengotorkan" PRU di Malaysia kerana segala "pembohongannya" berkaitan 40 ribu pengundi2 hantu Bangla dan "blackout" ketika kiraan undi diakui sebagai palsu oleh pemimpin2 PR sendiri...

Sumber klik sini.

Beliau sanggup memburukkan nama negara di mata dunia semata2 agar impiannya untuk menjadi PM tercapai!!!

18 Sept 2013

Demi Agama, Bangsa dan Negara Umno Sentiasa Bersedia Bekerjasama Dengan Pas.


Sumber klik sini.

Soalan penulis, jika benar2 berpegang kepada Al Quran dan Al Sunnah, bolehkah Pas menolaknya???

Dr. Ong Kian Ming Bersetuju Anwar Menipu Berhubung Isu Pengundi2 Hantu???


Sumber klik sini.

Tolak Pemerkasaan Melayu/Bumiputera - Pas Khianati Melayu???


Adakah Pas lebih rela melihat Melayu/Bumiputera "merempat" di tanah milik nenek-moyang mereka???

Sanggup membiarkan Melayu/Bumiputera terus-terusan tertinggal dalam segenap segi.

Ataupun adakah kerana  mereka dengki??? 

Kerana Melayu menjadi penyokong kuat BN.

Kerajaan Pusat yang ditunjangi oleh kerajaan Umno.

Jika nasib Melayu/Bumiputera terus dibela.... Pastinya peluang untuk Pas ke Putrajaya semakin tipis....


17 Sept 2013

Dalam Kisah Ramai Pemimpin PR Terima Chin Peng, Anwar Pula Mahu Disisihkan???

Bekas pegawai tinggi polis yang hidup di era 13 Mei mendakwa kejayaan pembangkang di era tersebut adalah gara2 mendapat sokongan anggota2 PKM yang telah menyusup masuk.

Jestru tidak hairanlah jika ramai daripada pemimpin2 parti pembangkang tersebut kini menunjukkan sokongan kepada Chin Peng sehingga sanggup digelar sebagai pejuang kemerdekaan dan sesetengahnya begitu taksub mahu membawa abu mayatnya untuk disimpan di negara ini selepas kematiannya pada 16 September 2013 yang lalu.

Ironinya sedang Chin Peng semakin diterima kini Anwar pula yang kelihatan semakin ditolak....

Sumber klik sini.

Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera - Buah Tangan PRU 13.


PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak melaungkan 'Hidup Melayu' dalam ucapannya pada Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera di Dewan Agung Tuanku Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, pagi ini. - Foto Effendy RashidSep 14, 2013 1:07 pm.


Komen Isac;

 Semoga ianya akan membuka mata Melayu/Bumiputera agar terus menyokong BN.

Apapun perlaksanaannya perlulah telus dan adil.



Published with Blogger-droid v2.0.10

16 Sept 2013

Pemimpin Pelajar Kebangaan Pakatan Rakyaat?

Ini yang anda semua bangga-banggakan?

Published with Blogger-droid v2.0.10

Menegakkan Benang Basah? Ubah Pas Dalam PRU 14?

IPOH – Muafakat politik Pas bersama PR dilihat banyak membantu melonjakkan rekod parti untuk memperbaiki kedudukan kerusi dalam pilihan raya, kata bekas Naib Presiden Pas Pusat, Ahmad Awang.

Beliau berkata, berbanding sebelum ini, Pas sudah menunjukkan pengaruh yang besar dalam sistem politik negara apabila mampu memenangi beberapa kerusi yang sebelum ini tewas.

“Jika dilihat dari sudut politik, Pas sebagai parti mempunyai tujuan untuk mengembangkan pemikiran, meraih kuasa dan salah satunya adalah melalui sistem pilihan raya sama ada di peringkat Parlimen atau Dun.

“Saya kira jika Pas tiada dalam PR, kita tidak mampu untuk meraih lebih banyak kerusi, seperti di Selangor, kita sudah menjadi sebahagian dalam pentadbiran,” katanya.

Artikel penuh Politik - Sinar Harian

Komen Isac;

Rakyaat kini bijak menilai. Jika tidak berubah pasti Pas akan diubah dalam PRU 14 nanti.

Published with Blogger-droid v2.0.10

14 Sept 2013

Trend Bela Penjenayah - Tapi Penjenayah Tak Pilih Mangsa!!!

Trend membela penjenayah semakin menjadi2 terutamanya apabila peguam2 PR selalu "masuk jarum" mengapi2 suasana.

Selain pihak polis perlu bertindak mengikut SOP, penulis berharap jangalah isu ini dijadikan sebagai isu perkauman sehingga menjadikan pihak polis sebagai sasaran.

Rakyaat perlu sedar penjenayah tidak memilih mangsa, jangan sampai dah terantuk baru nak tergadah.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sah DAP "Takut" Pemilihan Semula CEC - Bawa Kes Ke Mahkamah???

Patutlah sebelum ini ada desas-desus mengatakan DAP amat takut untuk mengadakan pemilihan semula CEC sebab "mereka" mungkin bakal kehilangan tampuk kekuasaan....

Terbaru, DAP Bawa Kes Pemilihan CEC Ke Mahkamah sebab tidak mahu adakan pemilihan semula... Berita penuh klik sini.

Adakah desas-desus memang benar???

Yang peliknya selama ini mereka lah "jaguh" yang menunding jari kononnya mahkamah Malaysia tidak telus dan dipengaruhi kerajaan BN...

Tapi bila tiada jalan keluar, mahkamah yang selama ini dicaci dan dihina itulah yang mereka cari!!!

13 Sept 2013

Halang Angkat Sumpah Kerajaan Baru Perak - Dipenjara 2 Tahun.

Saja cari pasal.....

Ironinya kerjaan yang mereka (ahli2 Pas) ini cuba pertahankan adalah kerajaan boneka DAP.

Takbir.....

Sumber klik Perhimpunan haram di Perak... 13 penyokong PAS dipenjara dua tahun | Muka Hadapan

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sukan Memupuk Perpaduan Negara Bangsa - Berpolitik Melampau Meruntuhkan Negara!!!

Pesta Bola Merdeka 2013- Keletah dua penyokong cilik Harimau Malaya ketika menyaksikan pertemuan Malaysia dan Thailand kelmarin. - Foto Sinar Harian Oleh SAFWAN MANSOR

 Baik untuk memupuk perpaduan Nasional dan semangat cintakan negara !!!





Sebaliknya mengheret kanak2 untuk meramaikan sokongan dalam kempen politik dan sessi demonstrasi oleh PR adalah sesuatu yang boleh merosakkan generasi muda.


12 Sept 2013

Raihan Bakal Cabar Sahrizat ???

Adakah Wanita Umno sudah bersedia untuk menerima seorang ketua baru???

Umum tahu seorang ketua bukan sahaja perlu bersih tetapi juga kelihatan bersih.


Tetapi di Malaysia, dalam abad ke 21 ini itu hanya terpakai jika anda menggangotai Umno ataupun mana2 komponennya...

Sebaliknya jika anda mewakili parti Pakatan Rakyaat anda akan terus dilihat  sebagai bersih, telus, jujur, tinggi moral dan mempunyai semua nilai2 murni yang lain.

Ironinya pemimpin2 ini akan tetap dipandang tinggi dan kononnya bermoral walaupun video salah-laku seksnya terbongkar satu demi satu...

Walaupun dalam video seks tersebut wajah pemimpin tersebut begitu jelas, rakaman video berwarna, sambil pelaku menebar seluar dalam miliknya.....

Sambungan artikel klik sini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3