bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

29 Nov 2017

Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah - Hannah Yeoh Perlu Lebih Berhati2!!!



Hannah Yeoh sewajarnya tak perlu campur tangan.

Ianya boleh dilihat seolah2 cubaan mencampuri menangguk di air yang keroh dalam isu kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah. Apatah lagi beliau dilihat begitu sinonim dengan dakyah gerakan Kristian di Malaysia. Jestru sewajarnya beliau biarkan sahaja pihak2 berwajib untuk menjalankan tugas2 mereka.

Memang kita orang Islam pun kekadang rasa X puas hati sebab kes kebakaran sekolah Maahad Tahfiz apabila ianya di lihat sering berulang.

Apapun kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah pada 14 September lalu, seramai 23 pelajar termasuk dua guru pusat tahfiz tersebut terbukti adalah perbuatan khianat.

Selain daripada itu beliau harus sedar bahawa Institusi Tahfiz lebih bersandarkan kepada sumbangan wakaf dan tidak berorientasikan keuntungan. Malah sesetengah Tahfiz tidak mengenakan apa2 bayaran untuk pelajar2 nya.

Kita bersetuju agar pihak kerajaan dan pengusaha2 Maahad2 Tahfiz untuk lebih menitik beratkan faktor2 keselamatan tettapi dalam masa yang sama pelajar2 dan ibubapa juga mempunyai pilihan malah bertanggung-jawab kepada diri sendiri untuk memilih pusat tahfiz yang selamat.

Malah jika konsep fardhu kifayah diambil kira, adalah menjadi tanggung-jawab semua individu2 muslim di Malaysia untuk sama2 menyumbang dan menyemarakkan institusi2 wakaf di negara ini dan bukannya hanya tertakluk kepada Maktab2 Tahfiz.

Jestru bagi penulis, terutamanya dalam kes Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah sewajarnya isu ini tidak dipanjangkan.

Jika isu keselamatan seperti ketiadaan jaga, pagar tidak dikunci mahu dijadikan isu, sudah pasti jika Maahad tersebut mempunyai dana yang mencukupi, pihak pentadbiran sekolah boleh menggaji pengawal2 dari syarikat berlesen untuk mengawalnya.

Apa yang lebih utama, adalah supaya rakyaat Malaysia lebih bermurah hati untuk menderma dengan lebih banyak agar institusi2 wakaf di Malaysia dapat berkembang maju dan institusi2 maahad tahfiz akan menjadi lebih selamat.

Sumber klik sini.

23 Nov 2017

Penurunan Petrol 8 Sen, Buktikan KPDNKK Tersilap Menaikkan Harga Petrol Pada Minggu Lepas???



Secara kiraan purata mingguan sepatutnya petrol X turun sehingga 8 sen untuk minggu ini. Menurut kiraan penulis sepatutnya penurunan sekadar 1.5 sen sahaja.

Mungkin KPDNKK telah tersedar bahawa kenaikan minggu lepas adalah suatu kesilapan.

Apapun, ini cuma anggaran penulis. Hanya KPDNKK yang mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.

Penulis cuma berharap agar KPDNKK lebih berhati2 di masa hadapan dan lebih telus.

Sekiranya kenaikan matawang Ringgit menyebabkan harga petrol yang diimport naik harga sewajarnya ianya dimaklumkan kepada rakyaat untuk makluman umum dan supaya tiada pihak2 yang tidak bertanggung-jawab dapat menangguk di air yang keruh.....

Berikut kiraan harga petrol untuk 22 November yang penulis anggarkan secara purata harga minguan terdahulu tolak harga purata mingguan terkini;



20 Nov 2017

Lagi Red Bean Army DAP - Kantoi Menipu???


Kenapa rakyaat Malaysia X serik2 kena tipu dan kencing dengan Red Bean Army?

Bagi yg Islam....kata nak tegakkan Hudud, amaran ayat2 Al Quran supaya selidik berita pun X nak ikut.....terus nak percaya berita fitnah.....

Suka sangat menyalahkan orang lain....

Buatlagi apa yg kita mampu dulu.....perubahan bermula dari diri sendiri.....

Berita sebenar klik sini;https://www.thestar.com.my/news/nation/2017/11/18/traffic-jam-in-china-behind-viral-posting-of-mass-desertion-of-cars-in-germany/

15 Nov 2017

Harga Minyak Mentah Turun Tapi KPDNKK Naikkan Harga Petrol - Sabotaj???

KPDNKK ni buat lawak atau apa??? Macam mana boleh jadi macam ni??? Macam nak sabotaj kerajaan aje.... Yang pelik nya....khabar angin Ron 95 akan naik 7 sen telah tular di media baru dan gadget2 sejak hari Isnin lagi sedangkan ianya sepatutnya harga purata minggu lepas tolak harga purata minggu ini. Macam mana siang2 dah tahu harga minyak nak naik???                                                                                                                                                                                      Penulis rasakan seperti ada sesuatu yang X kena. Ataupun KPNKK ikut harga minyak mentah mana mana ni???  Kalau dilihatkan graf WTI mahupun Brent, terendnya sama aje...minggu ni menurun. Mengapa pulak harga petrol dan disel di Malaysia naik??? Agak2 lah Bhai......                                                                                                                                        DS Najib kata jangan "friendly fire", habis kalau macam ini X kan X boleh nak ditegur tak boleh nak di tanya?????                                                                                                                        Kan bagus kalau KPDNKK boleh terangkan kepada rakyaat macam mana di buat kiraan......

Anggaran kiraan petrol seperti di bawah;

Sumber harga minyak mentah secara online klik sini.

Ron 95 naik 7 sen 16 Nov, klik sini.

Setakat pukul 10 malam website KPDNKK masih belum update harga petrol untuk tengah malam ini (16/11/2017), klik sini.

14 Nov 2017

Lagi Pemakan Dedak Pembangkang Sebar Fitnah Petrol Akan Naik 7 Sen Minggu Ini???


Telah heboh disiarkan di media2 baru dan di gadget2 melalui Whatapps, Telegram, Twitter dll. bahawa petrol akan naik 7 sen lagi minggu ini.....

Pemakan dedak Pembangkang tak habis2 sebar fitnah bahawa petrol akan naik 7 sen pada minggu Ini!!!

Kaki fitnah betul!!! Mungkin mereka ni semua orang DAP.....Kalau orang Islam mereka X akan buat perkara sebegini....


Cerita pasal rasuah pembangkang, cerita pasal kegagalan kerajaan Pulau Pinang menangani banjir, cerita pasal cucu Tun M tidur dengan anjing, cerita pasal anak-cucu Tun M hidup bermewah2, cerita pasal pemilihan jawatankuasa pusat DAP tetap dimenangi oleh calon2 yang terpalit dengan isu rasuah dan lain2 kepincangan pembangkang tenggelam dgn isu yang nampaknya memang sengaja di ada2kan!!!! Untuk memancing kemahiran rakyaat....

Yang ironinya.....setiap kali fitnah sebegini dikeluarkan rakyaat menjadi marah dan memaki2 kerajaan......

Tetapi yang peliknya selepas tengah malam hari Rabu, apabila harga petrol X dinaikkan pun.......tiada seorang pun yang memarahi/memaki pembangkang dan bertanya mengapa mereka menyebar fitnah.....Adakah rakyaat  memang suka ditipu dan diperdaya oleh fitnah??? 

Pada minggu berikutnya pula fitnah2 sebegini akan sentiasa diulang2 dan di recycle.....

Rakyaat seperti X serik2 untuk ditipu oleh pencacai2 Pembangkang yang kononnya suci X diberi makan dedak walaupun sedikit hari dulu....bekas ahli DAP pernah membocorkan rahasia tentera cyber DAP (Red Bean Army) dibayar sekurang2nya RM 5 ribu sebulan.

Sebagai panduan rakyaat supaya tidak mudah tertipu dengan fitnah pembangkang berikut adalah cara kiraan mudah untuk menganggarkan kenaikan/penurunan harga petrol untuk sesuatu minggu;

Sepatutnya ianya dikira berdasarkan purata harga minyak mentah/crude oil (setong) sepanjang minggu dan ditolak dengan purata harga bagi minggu sebelumnya dan dibahagi dengan 200 liter kerana jumlah setong/barrel = 200 liter. Tetapi untuk lebih mudah, penulis hanya tolak harga minyak mentah setong pada setiap Selasa dan ditolak oleh harga minyak mentah setong pada hari Rabu minggu sebelumnya seperti di bawah;

Sumber klik sini.(data online)

Jadi macam mana yang katanya harga petrol nak naik lagi 7 sen seliter??? Fitnah telah di sebar seawal hari Isnin (13 Nov) lagi, bahawa petrol akan naik lagi 7 sen??? Setakat hari ini (sekitar pukul 1:00pm), harga minyak mentah setong untuk 14 Nov pun masih pun belum dikeluarkan lagi di link di atas, jika setakat semalam, tiada kenaikkan ketara dicatatkan. Malah jika harga terus setabil pada hari Rabu nanti penulis percaya petrol tidak akan naik malah mungkin akan berlaku sedikit penurunan mungkin sekitar 1 sen.

Mungkin sudah sampai masanya pihak kerajaaan/menteri mengeluarkan ramalan/forecast harga petrol berdasarkan trend permintaan agar rakyaat lebih bersedia dan tidak termakan dengan hasutan dan fitnah pembangkang!!!

11 Nov 2017

Selepas Najib dan Azmin Jual Negara Kini Giliran Trump Pula???


Bila Najib dapat perjanjian dagang dengan China, Tun M menuduh beliau cuba untuk menjual negara.....

Wal hal.....DS Azmin dan Guan Eng dua pemimpin negeri yg diperintah oleh pembangkang juga membuat urusan dagang dgn China......

Terbaru, Presiden Trump yg merupakan tokoh korprat yg disegani AS juga dilihat menjalin urusan perdagangan dgn China negara tembok besar itu dgn perjanjian yg mencecah nilaian RM 1 Trillion. Adakah ini bermaksud beliau sedang menjual AS??? Wah......dlm kata lain Tun M melabel Trump sebagai pengkhianat kepada rakyaat AS???

Harus ada yg diharamkan masuk ke AS selepas ini......

Tun M ni.....sudah2 lah.....

Sumber klik; http://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/perjanjian-rm1-trilion-as-china-siapa-jual-siapa/

7 Nov 2017

Setiap Tahun Pembangkang Recycle Tarif Elektrik Naik - Rakyaat Tetap Percaya???


Berita palsu ???? Berapa kali nak recycle???



Nak salahkan siapa???

Rakyaat sememangnya sensitif dengan kenaikan harga.....jestru apabila isu2 yang dilihat menghimpit mereka, selalunya mereka akan viralkan tanpa periksa.....

Sentimen melampaui kewarasan.....

Macam juga berita kenyataan Tun Daim, bahawa Malaysia akan bankrap pada bulan September....




Tahun depan mesti akan keluar lagi berita ni dan akan jadi viral....

Samada jentera propaganda pembangkang memang hebat.....

Atau mungkin siber trooper BN yang lembik....

Sumber klik sini.

6 Nov 2017

Banjir Besar Pulau Pinang - Peringatan Buat Guan Eng dan Kita Semua???



Guan Eng dulu pernah berkata Kerajaan Negeri Kelantan  sungguh memalukan, mcm X ada kerajaan Negeri, ketika menangani krisis dilanda Banjir Besar 2015....

Sumber klik sini. 

lagi Guan Eng kutuk Pas Kelantan, klik sini.


Ya lah.....memang lah kelam kabut.....banjir dari bahagian hulu yang luar biasa sesuatu yang X pernah berlaku sebelum ini....Memang lah kelam kabut......X ada pengalaman..... Bagus nya, ...supaya kita beringat dan X menggondolkan kawasan tadahan dengan bermaharaja lela....juga ingatkan kepada Allah SWT. Jangan takabur.......

Kini Penang pula mengalami banjir teruk....yang luar biasa......disebabkan oleh hujan dan ribut .......ianya juga suatu yang luar biasa.... nasib baik ianya X berlaku dalam pertengahan bulan Islam/kalender bulan ......Kalau tidak, pasti kesannya lebih buruk.... Jangan kata 80% tenggelam... mungkin lebih teruk.....

Jadi apa lebih nya yang Guan Eng dapat berbuat berbanding kerajaan negeri Kelantan 2015 yang lalu???  Cuma dapat meminta bantuan kerajaan Pusat???? 

Pas pun X memulangkan paku buah keras....Adab orang Islam.....

Kita orang Islam.....x macam tu.....kita pasti akan membantu dan percaya kepada qada dan qadar....

Selain itu kita juga percaya kepada balasan Allah SWT. Kerana mungkin bala kali ini juga sebagai peringatan supaya kita tidak takabur dan tidak menganjurkan parti arak sebagaimana yang dianjukan oleh kerajaan negeri Penang pada Oktober yang lalu....

3 Nov 2017

DAP Mahu Kurangkan Kakitangan Awam dan Menswastakan Industri Pendidikan Negara???

Berikut adalah perbandingan jumlah bajet untuk membayar gaji kakitangan awam di zaman Tun M dan di zaman DS Najib;




Bajet gaji kakitangan awam pada 2004, iaitu setahun (1) selepas Tun M bersara dari jawatan PM, adalah 19.1% x 109, 990 Juta = RM 21 Billion. Walaupun Tun M bersara sekitar Oktober 2003, tetapi bajet 2004 telah dibuat pada bulan Oktober 2003 jestru data2 ini boleh digunakan. Ataupun boleh diambil kira sebagai di zaman beliau.



Bajet gaji kakitangan awam pada 2017, iaitu 14 tahun selepas Tun M bersara dari jawatan PM pula (di zaman DS Najib), 29.7% x 260, 800 Juta = RM 78 Billion.

Kenaikkan bajet sehingga beberapa kali ganda ini bukan semata2 disebabkan oleh kenaikkan jumlah kakitangan awam tetapi majoritinya disumbangkan oleh pelarasan gaji yang diberikan oleh pihak kerajaan. Tanyalah mana2 kakitangan awam yang pernah melalui tahun 90an hingga kini.

Rasanya untuk mereka yang berumur 30an pasti ingat bahawa terdapat 2 kali kenaikan/pelarasan gaji yang tinggi untuk kakitangan awam, satu di zaman Pak Lah dan satu lagi di zaman DS Najib. Selepas itu ada juga beberapa kali kenaikan gaji yang membabitkan hanya unit beruniform dan kenaikan2 yang kecil untuk sektor awam.

Jika di zaman Tun M, gaji pegawai2 kerajaan memang rendah, kini ianya tidak lagi. Guru2 sekolah rendah yang dahulunya dibayar mengikut skim gaji kelulusan sijil maktab perguruan, kini semuanya telah dibayar dan diiktiraf mengikut skim gaji diploma sekurang2nya, malah guru2 juga telah disyaratkan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah kecuali jika mereka mengambil pilihan untuk bersara. Guru2 tadika Kemas juga telah dan sedang dinaikkan ke taraf diploma.

Gaji anggota unit beruniform juga kini agak selesa apa lagi buat mereka yang menggangotai unit2 elit seperti komando, gerak khas dll.

Malah majoriti guru2 berijazah dan pegawai2 kerajaan yang telah berkhidmat lebih 20 tahun kini boleh menikmati gaji dan elaun sekitar RM 10 ribu sebulan sesuatu yang mustahil untuk dinikmati di zaman Tun M, kecuali buat mereka yang menjawat jawatan pengarah.

Untuk rekod daripada 1.6 juta penjawat awam, seramai 570,000 adalah guru dan pensyarah, 350,000 lagi adalah kakitangan keselamatan seperti polis dan tentera manakala 250,000 lagi adalah kakitangan kesihatan.
Kakitangan pentadbiran yang mengurus 31 juta penduduk Malaysia hanya lebih kurang 400,000 (sumber MalaysiaGazette).
Umum tahu bahawa majoriti kakitangan awam terdiri daripada kaum Melayu/Bumiputera dan perjuangan kerajaan memperjuangkan nasib yang lebih baik buat mereka yang juga merupakan sebagai kaum majoriti di negara ini sebenarnya bukan sahaja membela nasib golongan pekerja di Malaysia secara khususnya malah membela majoriti nasib rakyaat Malaysia secara amnya kerana setiap keluarga pasti mempunyai anggota keluarga yang bekerja sebagai kakitangan awam. Jika dahulu kakitangan awam hanya mampu memandu kereta2 Proton Saga, kini ianya sudah kelihatan agak asing kerana kebanyakkannya memandu kereta2 berjenama import setidak2nya jenama dari Jepun mahupun Korea.

Jestru cakap2 DAP yang selalu menghentam kerajaan BN kerana sejak kebelakangan ini membelanjakan hampir 30% daripada bajet negara untuk gaji kakitangan sektor awam adalah sangat ironi kerana mereka seolah2 memusuhi kakitangan awam.

Dengan jumlah kakitangan pentadbiran awam sekitar 400,000 sukar untuk dikurangkan, nampak gayanya jika mereka akhirnya berjaya memerintah negara ini, jalan mudah untuk mengurangkan kakitangan sektor awam seperti yang mereka war2 kan adalah dengan menswasta sekolah-sekolah dan 20 IPTA serta lain2 pusat pendidikan negara seperti, Institiut Perguruan, Politeknik, Kolej2 Pendidikan Tinggi Mara, Giat Mara dll.

Adakah kita semua telah bersedia untuk menuju ke arah pendidikan swasta secara total???

Lebih ironi, ramai guru-guru dan pensyarah2 kita yang bijak pandai juga telah terpengaruh dengan hasrat untuk bertuankan DAP. Adakah anda semua pernah terfikir bahawa perkara ini akan berlaku di bawah pemerintahan mereka???

Fikir2 kan..... Jangan nanti bak kata pepatah, "yang dikejar tak dapat dan yang dikendong jatuh berciciran"...., "Mendengar guruh di langit, air di tempayan dibuang jangan !!!"

2 Nov 2017

Penjarakan Ambiga Jika Terbukti Bersalah Memfitnah UMNO dan PAS!!!


Sarawak Report dah bukak mulut......Bahawa Ambiga yg punya angkara.....Apa lagi....kalau memang terbukti bersalah.....saman aje....sebagai pengajaran.

Apa lagi utk senior lawyer mcm Ambiga jangan ingat undang2 boleh  dimanipulasi.



Sumber klik; https://aidcnews.wordpress.com/2017/11/01/selamatkan-tun-m-clare-rewcastle-brown-ambiga-bersengketa/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3