Dalam kelayakkan Piala Asia 2015 yang bermula Febuari depan, pasukan negara perlu mengalahkan Qatar, Baharin dan Yamen. Hanya juara dan naib juara sahaja yang akan layak ke pusingan akhir.
Meskipun pasukan di tempat ke 3 terbaik di antara 5 kumpulan juga layak, jangalah kita mahu sandarkan kepada nasib.
Walaupun Datuk K Rajagobal semacam ada magis kerana berjaya membawa pasukan negara menjuarai Sukan SEA 2009 dan Piala Suzuki AFF 2010 tugasannya kali ini bukannya mudah untuk dilepasi.
Lihat sahaja pasukan2 yang perlu kita kalahkan dan kedudukan ranking FIFA mereka. Satu hal lagi, pasukan2 yang kita bakal hadapi ini semuanya pasukan daripada Timur Tengah yang rata2 pemain2 mereka mempunyai kelebihan dari segi fizikal berbanding dengan pemain2 kita.
Nampak gayanya bukan senang nak lepas. Itupun ramai yang mahukan Rajagopal melepaskan jawatannya sekarang. Sesiapa yang hendak dilantik untuk menggantikannya sekarangpun mesti "cuak"...
Jestru penulis tetap percaya DRG masih lagi jurulatih yang paling sesuai menggalas tugas sebagai jurulatih kerana beliau lebih mengenali pemain2 negara dan sekiranya pertukaran dilakukan sekarang mungkin jurulatih yang baru tidak sempat untuk melakukan pembaikkan berbanding DRG.
Apapun walaupun misi ini nampak sukar, penulis berdoa agar Harimau Malaya mampu bangkit daripada kekalahan di Piala AFF, layak ke pusingan akhir dan seterusnya mara sejauh mungkin. Siapa tahu Harimau Malaya berada dipuncak prestasi di kelayakan Piala Asia nanti.
Sebahagian maklumat diperolehi dari sini.