bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

31 Mar 2012

"Rasuah" Syurga - Nik Aziz Naik Angin !!!

Nik Aziz marahkan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang menemplak Pas kerana saban PRU akan menjanjikan syurga bagi mereka yang mengundi mereka. Artikel penuh klik sini.

Satu perkara yang jelas, Syurga Allah s.w.t. bukan milik Pas.

Adakah Pas benar2 memperjuangkan Islam??? Jika jawapanya 50/50, apa bezanya syurga yang dijanjikan oleh Pas berbanding syurga yang dijanjikan oleh agama-agama lain???

Penulis harap ahli2 dan penyokong2 Pas tidak bertaklik secara membabi-buta.




30 Mar 2012

Masak!!! Petrol Naik 55 Sen Mulai Bulan Depan!!!


MARAH... Kenaikan harga minyak menyebabkan rasa kurang senang rakyat sehingga tercetusnya tunjuk perasaan. Di Jakarta, Indonesia penunjuk perasaan melakukan demonstrasi dan meruntuhkan pagar Parlimen negara itu sebagai tanda protes mengenai cadangan menaikkan harga minyak sebanyak Rp1,500 (55 sen) mulai bulan depan.


Komen Isac;

Itu di Indonesia. Kita di sini sewajarnya lebih bersyukur....

29 Mar 2012

Isu Dua Bekas Exco Kedah Masih Belum Selesai???

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah 1 Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata setakat ini beliau masih belum menerima apa-apa surat berhubung pelantikan semula sebagai exco kerajaan negeri selepas tempohnya tamat secara rasmi pada 7 Mac lalu.

"Saya belum terima surat memaklumkan lantikan dan angkat sumpah (sebagai exco) setakat ini.

NONE"Jadi, belum ada apa-apa kenyataan yang boleh saya buat. Terimakasih," katanya menjawab soalan Malaysiakini melalui satu kiriman SMS semalam.

Artikel penuh klik sini.


Komen Isac;

Lamanya nak lantik??? Diam tak diam dah dekat sebulan arahan Jawatankuasa Pemandu Pas dah buat keputusan agar kedua2 bekas exco in dilantik semula. Adakah ini bermaksud bahawa DS Azizan Razak membelakangkan arahan jawatankuasa tersebut ataupun "masalah" sebenarnya masih belum selesai???

 

28 Mar 2012

Keadilan Cara Pakatan??? Speaker Jadi Master Mind??? Bias???


Speaker pun boleh jadi master mind buat mereka??? Bias??? Keadalian "berat sebelah" cara Pakatan Rakyaat!!! Sumber klik sini.

27 Mar 2012

Dr Hasan Ali Tanya Mana Azmin Dapat Duit Beli Saham, Mengapa Azmin X jawab???

Ye lah... Masa tu gaji Azmin cuma RM 2 ribu, tapi boleh beli saham bernilai berjuta2...

Siapa tak hairan....

Sumber klik sini.

26 Mar 2012

PKR Halang Ahmad Shabery ke Permatang Pauh - Anwar Semakin Gentar???

Kenapa takut ke???

Kalau Najib atau Mahyudin ke boleh lah nak takut...

Ini dengan Ahmad Shabery pun takut.....

25 Mar 2012

Gempar!!! Bukti Anwar Seorang Biseksual???


Nak cakap apa....

Bekas Setiausaha politik Anwar, YB Senator Ezam turut dakwa Anwar biseksual. Beliau berkata bekas bosnnya itu hingga ke hari ini tidak ambil langkah membatalkan perkara dalam keputusan bertulis tiga hakim ke liwat pertama dulu yang kata kejadian liwat berlaku.

Artikel penuh klik sini.

Kejantanan Anwar pastinya telah dibutikan kerana beliau mempunyai beberapa orang anak dengan Dr Wan Azizah.

Untuk membuktikan beliau bukan biseksual iaitu bukan peliwat, Anwar wajar menyaman mahkamah atau setidak2 nya meminta agar tanggapan para hakim mahkamah rayuan bahawa beliau sememangnya peliwat, kerana percaya kegiatan tersebut sememangnya berlaku dipadamkan daripada keputusan mahkamah rayuan.

Jika tidak batang tubuh Anwar akan selamanya terpalit dengan dakwaan biseksul dan beliau tidak akan mampu untuk menolaknya.

24 Mar 2012

Jika Pengundi Batang Ai Masih Pakai Cawat, PKR Pula Letak Calon Somalia di Terengganu???


Belum lagi bubar Parlimen nampaknya Pakatan dah mula berebut kerusi.

Itu satu mengapa dalam banyak2 negara dan perumpamaan lain, Hj Hadi mengibaratkan calon PKR dari Somalia???

Adakah kerana calon PKR ramai dari kaum India?

Adakah kerana parti PKR kuat "pusing"???

Nampaknya Hj Hadi ni memang tidak menjaga tutur-kata beliau, sebaik kekalahan di Dun Batang Ai pada tahun 2008 dahulu beliau pernah mengeluarkan kenyataan kontroversi dengan menyifatkan kekalahan Pakatan di sana adalah disebabkan oleh pengundi2 di Batang Ai masih lagi memakai cawat dan jestru mudah "ditipu" oleh BN.

Apa komen PKR tentang komen Hj Hadi ni???


23 Mar 2012

Ini Siapa Yang Baca Doa dan Siapa Pulak Yang Mengaminkan???


Nasib engkaulah labu.... Klik sini.

Azmin Belanja Sakan Duit Kerajaan Negeri Selangor???

Ubah-suai pejabat sampai RM 300 Ribu??? Boleh beli sebuah kondominium ataupun sebuah rumah teres dua tingkat.

Inilah rupanya pemimpin yang memperjuangkan rakyaat???

22 Mar 2012

Lynas Akan Dibatalkan - Najib.


Boleh batal... Tapi bagilah bukti yang saintifik. Jangan bagi alasan yang dimanipulasi seolah-olah kita ni semua pun bodoh macam dia jugak, klik sini.

Pakatan Tak Mahu ke Putrajaya???


Komen Isac:

Oh pandai!!!  Kalau negara dah bankrap X mahu....

Adakah ini bermaksud, Mat Sabu dan rakan2 cuma bole mentadbir negara sekiranya kaya-raya dan kalau negara miskin mereka tak mampu untuk memakmurkannya???

Agak pelik bunyinya, "seperti ada udang disebalik batu" pulak....


Sedangkan Umno mentadbir negara sejak merdeka di mana pada masa tu pemimpin negara cuma ada gigi dengan lidah aje... Rakyaat nak jarumpun tak pandai... Tapi Alhamdulillah dengan berkat pertolongan Allah s.w.t. dan sedikit kepakaran yang ada, kita mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan jiran2 kita, malah jauh lebih baik.

Adakah ini bermaksud Pakatan sememangnya tidak berkebolehan??? Jika dilihat kepada negeri Selangor yang terpaksa menggadai lepas satu-satu bangunan2 milik kerajaaan negeri, ianya sesuatu yang tidak memeranjatkan.

21 Mar 2012

Gempar!!! Tahap Radiasi Bukit Merah Tak Selamat!!! Batalkan Projek Lynas???

Dakwa beliau, bacaan berhampiran tapak kilang adalah sekitar 0.19 microsievert setiap jam manakala bacaan berhampiran tapak pelupusan sisa pula berjumlah kira-kira 0.2 microsievert bagi setiap jam.

Kedua-dua bacaan, jika dihitungkan kepada bacaan asas tahunan, adalah di luar tahap selamat iaitu pada 1 milisievert setiap tahun seperti yang dinasihatkan oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB), kata Tan.

Artikel penuh klik sini.
 
Komen Isac:
 
Nampaknya Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) ni bodoh tahap "GABAN"!!!!
 
Kalau setakat tak pandai dalam ilmu "Fizik" penulis tak kisah sebab, bukan semua berpeluang memasuki aliran sains untuk belajar Fizik. Al maklum radiasi nukear adalah salah satu cabang ilmu Fizik...
 
Ini matematik mudah pun dia tak tahu....
Kalau purata selamat tahunan adalah pada ukuran 1 milisievert setiap tahun bagaimana mungkin bacaan 0.19 dan 0.2 milisievert  di bekas tapak kilang dan kawasan pelupusan akan melebihi tahap selamat purata tahunan???
 
Nama pun purata, takkan lah bila dia dah mencampurkan semua bacaan yang diambil tidak pula dibahagikan dengan jumlah bilangan bacaan???
 
Secara asasnya untuk mendapatkan bacaan purata, jumlah semua bacaan yang diambil hendaklah dibahagikan dengan jumlah bilangan bacaan!!!
 
Rasanya kalau setakat purata yang mudah, budak sekolah rendah tahun 3 pun dah belajar!!!!
 
Hakikatnya bacaan radiasi di Bukit Merah tu adalah 80% lebih rendah daripada bacaan selamat yang dibenarkan!!!




Pembangkang Tolak Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Projek Lynas Kerana Takut Tembelang Pecah???


Selalunya kalau ada apa-apa isu yang membabitkan kerajaan, sibuklah pembangkang ni nak tubuhkan Jawatankuasa Diraja kononnya untuk mencari kebenaran.... Ini bila kerajaan ajak tubuhkan "Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Projek Lynas", untuk mengkaji masalah sebenar mereka menolak pulak!!!

Adakah mereka takut tembelang mereka akan pecah???

Puas Mengkritik Mahkamah Malaysia - Kini Karpal Pertikai DAP Pula???

Kebiasannya beliau mengkritik mahkamah sekiranya memberikan keputusan yang tidak menyebelahinya.

Sekarang ni dengan Jawatan kuasa Tatatertib DAP pun dia X puashati...

Dah buang tebiat ke apa???

Ataupun adakah pemimpin2 DAP yang lain pun sebenarnya dah meluat dengan tingkah-laku beliau???

Apa macam "macha" masih X nak angkat kaki ke??? Sumber kik sini.

Mensabotaj Ala Komunis???Chua Jui Meng Sabotaj Ekonomi Johor???

Kalau dahulu pengganas komunis yang kerjanya mensabotaj ekonomi negara.

Menyerang sesebuah kawasan untuk menakut2 kan rakyaat, agar pelabur tak datang melabor.

Propaganda, menghasut rakyaat menentang kerajaan, mensabotaj rel keretapi, membakar kampung2, balai2 polis dan lain2 lagi.

Sekarang bekas Menteri Kerajaan Persekutuan yang "kecewa" kerana telah dipinggirkan kerana faktor usia dan bekas ahli partinya tidak lagimahukan dirinya, mengambil tindakkan yang "sama" dengan pengganas komunis dalam mensabotaj ekonomi Johor.

Bayangkan jika pelaboran RM 60 billion yang dicadangkan oleh Petronas di Johor itu dipindahkan ke luar negara gara2 penduduk tempatan "termakan" hasutan beliau??? Pun nanti dikatanya BN tak pandai memerintah kerana kehilangan pelaboran tersebut.

Inilah manusia yang lebih bahaya daripada ular berbisa.

Adakah dengan terbinanya loji-loji penapisan di Kertih, Miri dan Melaka ianya mengganggu aktiviti pertanian penduduk setempat? Sendiri mau ingat lah...Sumber klik sini. Yang jelas Kertih dan Sungai Udang pesat membangun kerana "jasa" Petronas dan rakyaat serta negeri2 tersebut bertambah makmur.

20 Mar 2012

Anwar Saman Nalla RM100 Juta - Kebenaran Bakal Tersingkap???

Semoga kebenaran akan diketahui kelak, samada Nalla ataupun Anwar yang menipu!!!

Rakyaat perlu mengetahui kebenarannya walaupun ianya melibatkan kegiatan seks peribadi Anwar. Rakyaat wajar mengetahui sekiranya pemimpin mereka pengamal seks songsang apa lagi dia dalam sebuah negara yang majoriti rakyaatnya beragama Islam dan Islam merupakan agama rasmi.

Belum Jadi PM PKR Dah Amalkan Kasta???


Kononnya RPK tak layak untuk berdebat dengan Anwar??? Dahulu semasa RPK sibuk menghebahkan fitnah pasal pemeriksaan dubur Saiful ....Pasal kaitan Najib dengan kes pembunuhan Alantunya, jangan kata PKR dan DAP, sesetengah pemimpin Pas pun sama naik menyemarakkan fitnah2 tersebut...

Adakah mereka menjangka RPK tidak setaraf dengan Anwar, tetapi setaraf dengan PM kita DS Najib???

Belum Berkuasa - Penentang DAP Dibelasah Hingga Parah di Kuching???


Sumber klik sini.

Kalau mereka berkuasa kelak, bagaimana lah gelagat mereka agaknya.

Penghapusan Cukai Pendapatan Golongan Pekerja???

Sambungan daripada bahagian satu klik sini.

Kerajaan sedang dalam proses penarikan secara berperingkat subsidi terhadap beberapa barangan kawalan.

Penyelarasan dan kenaikkan gaji kakitangan awam sejak zaman Pak Lah lagi dilihat antara langkah-langkah kerajaan di dalam menyediakan rakyaat menghadapi penarikkan balik subsidi barangan. Jestru tidakkah lebih 40 billion wang subsidi yang bakal dijimatkan nanti, pasti boleh menampung kekurangan dana kerajaan sekiranya cukai pendapatan golongan pekerja yang berpendapatan kurang daripada RM 200 ribu setahun???

Bahkan dengan kakitangan LHDN yang tidak perlu sibuk2 mengejar golongan pekerja pastinya jumlah kutipan cukai pendapatan daripada syarikat, pengusaha dan peniaga akan bertambah kerana segala "penipuan" dan ketirisan bakal dapat dielakkan.

19 Mar 2012

Demi Kuasa Politik, Pas Semakin Menyesatkan Umat Islam???

Presiden Pas kelirukan umat Islam: Mahmood Zuhdi
Wartawan Sinar Harian
19 Mac 2012

SHAH ALAM – Pakar akademik menyifatkan kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai urusan perniagaan boleh dilakukan dengan Yahudi akan memecah belah umat Islam.

Pensyarah Fakulti Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Datuk Prof Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid berkata, tindakan Hadi membuat perbandingan antara Yahudi sekarang dengan mereka yang hidup pada zaman Rasulullah SAW adalah tidak tepat dan ia lebih kepada motif politik.

Katanya, orang Yahudi pada zaman dahulu memiliki akhlak baik dan sanggup bekerjasama dengan pemimpin dan umat Islam berbanding sekarang.

“Apa dapat kita saksikan kini orang Yahudi membina penempatan­ haram selepas menghalau penduduk Palestin dari tanah air sendiri dengan bantuan Zionis. Bekerjasama dengan Yahudi bererti menyokong Zionis.

“Hadi tergelincir dari landasan Islam sebenar dan seolah-olah menggadaikan perjuangan Islam. Selama saya mengenalinya, Hadi tegas dan kenapa tunduk pemimpin sokong musuh Islam,” katanya.

Beliau yang juga Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berkata, Ahli Parlimen Marang itu mengeluarkan kenyataan­ sekadar menyedapkan mulut dan mengambil hati pemimpin tertentu.

Menurutnya, Hadi perlu memperjelaskan perkara sebenar dan tidak gentar kenyataan pemimpin tertentu yang menyokong Yahudi atau Zionis.

Sebagai ulama, Hadi perlu bercakap benar walaupun ia pahit dan tidak gentar sokongan politik untuk pilihan raya akan datang semata-mata demi perjuangan agama.

 
Komen Isac;
 
Yang jelas, sejarah telah membuktikan bahawa ketiga-tiga kaum Yahudi yang kononnya "baik" dan taat setia kepada "Piagam Madinah" ini juga akhirnya telah diperangi dan dihalau keluar daripada kota Madinah kerana telah mengkhianati perjanjian yang disepakati.
 
Alangkan perjanjian dengan Rasulullah s.a.w. pun mereka khianati, siapa Hj Hadi yang mereka (Yahudi) ini akan taat??? Adakah beliau lebih hebat daripada baginda Rasulullah s.a.w. ???








Debat RPK Vs Anwar Penting???


Kedua-duanya selalu dikatkan dengan isu-isu kontoversi yang diragui kesahihannya.

Selalu menggunakan "Pengakuan Bersumpah" RM 2.00 untuk mempertahankan hujah mereka di dalam melontarkan tuduhan kepada musuh mereka ataupun untuk mendapatkan populariti.

Bagus juga jika dua orang yang selalu memfitnah dan mentohmah kerajaan BN ni dah bertelagah sesama mereka... Kalau tidak kita asyik nak "melayan" karenah dia orang ni aje....

Tetapi kalau ditanyakan kepada pendapat peribadi penulis, kedua-duanya tak boleh nak hendak kita percayai...

Seperti Pepatah, "Hanya Pencuri Yang Boleh Menangkap Pencuri"???


Mungkin ada benarnya....

Anwar "takut" bertentang mata dengan RPK dalam majlis forum.

Takut RPK membuka "pekung" beliau??? Sumber klik sini.

Asobiyyah kah Aku Kerana Mempertahankan Melayu???

BAPA saya namanya Mat Jahya bin Hussin. Ibu saya Naimah binti Jaafar. Jelas Melayu kedua-duanya. Sementara itu walaupun saya dinamakan sempena sebuah kitab agung karya Al Hafiz Ibnu Hajar (w.852H) iaitu Fathul Bari Syarh Shahih al-Bukhari, kemudian saya telah menyambung pengajian di Madinah dan kemudian ke Jordan; saya berguru dengan puluhan ulama Islam, sering mengenakan jubah, berjanggut, memakai kopiah, membaca kitab-kitab tulisan Arab dan boleh berbahasa Arab; itu tidak menjadikan saya sebagai Bangsa Islam. Malah wujudkah istilah Bangsa Islam?

Fathul Bari Bin Mat Jahya tetap Melayu walaupun saya melakukan pembedahan plastik!

Lantas apakah perasaan saya untuk mencintai bangsa saya, upaya membantu bangsa ini agar maju dan berjaya, menyedarkan kaum saya yang terlupa, mempertahankan hak mereka sebagai empunya tanah pusaka; segala usaha saya ini dikatakan sebagai asabiah?

Sekiranya apa yang saya usahakan ini dikatakan haram dan berdosa, bawakanlah dalilnya. Persoalan yang ingin ditanya adalah: Apakah mencintai bangsa sendiri itu haram? Apakah berusaha untuk memajukan bangsa sendiri itu keji? Apakah mempertahankan harta pusaka bangsa sendiri itu sebuah dosa?

Kalam Allah atau hadis mana yang dijadikan sandaran untuk mengharamkan perbuatan ini? Atau orang yang mengharamkannya hanya sekadar membawa ayat al-Quran secara umum tetapi dipusingkan maknanya agar bersesuaian dengan selera mereka?

Sekiranya semua itu haram, kenapakah Allah SWT mewujudkan kita dalam rupa dan warna yang berbeza sehingga menamakan sahabat Nabi SAW sebagai Muhajirin dan Ansar di dalam al Quran? Juga sehingga Rasulullah sering menyandarkan nama bangsa kepada para sahabatnya.

Rasulullah SAW bersabda: "Suku Quraisy, Suku Ansar, Muzainah, Juhainah, Aslam, Ghifar dan Asyja'; mereka ialah para penolongku dan tidak ada seorang penolong pun bagi mereka selain Allah dan Rasul-Nya". (riwayat Muslim).

Ironinya para sahabat tidaklah memandang panggilan suku itu sebagai asabiah seperti yang kita fahami hari ini. Makanya apakah kita lebih alim daripada sahabat, dan apakah kita lebih mulia daripada Rasulullah SAW untuk mengelak mencintai suku sendiri?

Rasulullah SAW mencintai Bani Hasyim. Bahkan Rasulullah sendiri berbangga dan mencintai sukunya.

Dalam sebuah hadis sahih, baginda bersabda: "Sesungguhnya Allah telah memilih daripada Bani Ismail iaitu suku Kinanah dan daripada Bani Kinanah, iaitu suku Quraisy, daripada suku Quraisy, terpilih Bani Hasyim. Dan Allah memilihku daripada Bani Hasyim" (riwayat Muslim).

Apakah Rasulullah SAW asabiah? Lantas Rasulullah menyuruh umat Islam untuk mencintai Bani Hasyim dan Ahlul Bait dengan berkata: "Demi Dzat yang jiwaku ada di tangan-Nya, mereka tidak beriman sehingga mereka mencintai kalian (Bani Hasyim) kerana Allah dan kerana mereka itu (Bani Hasyim) ialah kaum kerabatku."

Apa yang saya tuturkan di atas adalah kecintaan Rasulullah SAW kepada sukunya dan perintah beliau untuk mencintai Ahlul Bait yang beriman. Namun hadis yang akan saya nukilkan di bawah, sekali pandang seperti Rasulullah SAW seorang "rasis". Baginda seperti merendahkan martabat Bangsa Habsyah dalam hadis mentaati pemimpin:

"Dengar dan taatilah, walaupun yang menjadi pemimpin kamu adalah hamba berbangsa Habsyi..." (riwayat al-Bukhari).

Kalau mengikut pemahaman umum yang selalu digembar-gemburkan maka kita akan berkata bahawa Rasulullah SAW melakukan asabiah kerana mengagungkan Bani Hasyim dan menghinakan Bangsa Habsyah!

Namun apakah benar pemahaman seperti ini? Pasti pemahaman seperti ini adalah batil kerana kita - Muslim - beriman bahawa manusia yang paling adil ialah Rasulullah SAW. Rasulullah adil kepada Bani Hasyim dan adil kepada Bangsa Habsyah.

Makna Asabiah

Lanjutan daripada itu, apakah makna sebenar asabiah jika mencintai bangsa sendiri, menolong memajukan bangsa sendiri, mempertahankan hak bangsa sebagai waris tanah pusaka; dihitung sebagai hal yang dibolehkan?

Jawapannya telah Rasulullah SAW rungkaikan ketika seorang sahabat bertanya soalan yang hampir serupa. Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW: "Adakah termasuk perbuatan asabiah apabila seseorang itu mencintai bangsanya? Rasulullah menjawab: Tidak, tetapi asabiah itu ialah orang yang menyokong (menolong) kaumnya melakukan kezaliman". (riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)

Fahamlah kita bahawa dikatakan asabiah adalah apabila kita bersekongkol dalam melakukan kejahatan yang dilakukan oleh kaum kita. Kita membela mereka ketika kita mengetahui kaum kita melakukan penindasan. Juga kita mendiamkan atau enggan menjadi saksi ketika kaum kita diadili dan didakwa atas sesuatu kesalahan. Inilah asabiah yang sebenarnya.

Kerana bagi siapa yang cerdik dan bijak, pasti mereka mengetahui bahawa bangsa Arab yang menghuni di dunia pada tahun kenabian sangatlah mencintai bangsanya dan sangat kuat ikatan kesukuan. Malah para ilmuan sosiologi dan antropologi akan mendapati bahawa mereka saling membantu untuk memajukan bangsa mereka.

Hal ini cukuplah kita nyatakan bahawa Uthman r.a. melantik para pembesarnya daripada Bani Umayyah sehinggakan kaum Khawarij dan kaum sesat menghina malah menggerakkan massa agar membunuh beliau atas fitnah kononnya melakukan nepotisme.

Malah Uthman r.a. dikatakan melakukan korupsi apabila memberikan khumus (1/5 harta rampasan perang) kepada Abdullah Bin Sa'ad Bin Abu Sarah, Mirwan bin Al Hakkam dan Al Harits Bin Al Hakam yang merupakan Bani Umayyah dan saudara beliau.

Namun Uthman r.a. terlalu jauh daripada tuduhan keji tersebut. Murrah bin Ka'ab ra berkata:" Aku mendengar daripada Rasulullah SAW ketika baginda menyebut tentang fitnah yang akan terjadi di tengah-tengah umat Islam.

Pada ketika menyebut tentang fitnah ini, berlalu seorang lelaki yang bertutup kepalanya dengan kain. Baginda lantas bersabda: "Pada hari tersebut orang ini berada di atas petunjuk" … sambil menunjuk ke arah lelaki yang bertutup itu. (Murrah menyambung) Maka aku pergi kepada lelaki bertutup itu, ternyata beliau ialah 'Uthman bin 'Affan. Kemudian ketika wajah 'Uthman aku perlihatkan kepada Rasulullah, aku bertanya: "Orang inikah anda maksudkan?" Rasulullah SAW menjawab: "Ya." (riwayat Ahmad dan al-Tirmidzi)

Cuba kita fikirkan, sekiranya menantu Rasulullah SAW yang dijamin syurga juga dituduh asabiah, nepotisme dan korupsi kerana melantik beberapa pembesar yang berkebolehan daripada Bani Umayah, pasti usaha kerajaan untuk membangunkan bangsa Melayu dan mempertahankan hak mereka akan dikatakan sebagai "kerja dosa".

Wallahua'lam.
Sumber klik sini.
















18 Mar 2012

Berita Baik!!! Cukai Pendapatan Individu Bakal Dihapuskan Selepas PRU 13???

Ada logiknya!!!

Sekiranya kerajaan BN tidak mahu menggunakannya sebagai salah satu manefesto mereka dalam PRU 13 nanti, penulis percaya pihak Pakatan Rakyaat pasti meminatinya.

Di antara alasan2 penulis adalah seperti berikut;

1) Kakitangan awam yang sesetangah skala gaji mereka kini lebih tinggi berbanding kakitangan sektor swasta menikmati pengecualian cukai pendapatan untuk sesetengah elaun tetap mereka seperti elaun perumahan dan cola berbanding kesemua elaun kakitangan swasta dikenakan cukai. Adakah ini adil?

2) Pihak LHDN lebih tertumpu kepada golongan pekerja yang makan gaji sahaja, sebaliknya mereka yang bekerja sendiri "terlepas" begitu sahaja. Adakah ianya adil???

3) Ramai mereka yang bekerja sendiri dan golongan peniaga hanya mengemukakan cukai taksiran yang jauh lebih rendah berbanding perolehan mereka. Sebagai contoh, mereka yang berniaga kedai runcit dan golongan pekedai lain, klinik persendirian, peraih ikan, sayur2an malahan penjual di pasar2 malam dan penjual nasi lemak samada gagal mengemukakan taksiran cukai pendapatan mereka ataupun mengemukakan nilai pendapatan yang jauh lebih rendah.

Sebagai contoh, penulis pernah bertanyakan kepada sesetengah peraih sayur2an dan mereka mengaku boleh memperolehi jumlah keuntungan sehingga RM 50 ribu sepanjang bulan Ramadhan dan purata pendapatan bulanan biasa pula adalah sekitar RM 20-25 ribu. Ramai daripada mereka ini yang langsung tidak membayar cukai. Adakah pihak LHDN "mengejar" mereka??? Adakah ini adil buat golongan pekerja???

Bagaimana pula dengan golongan peniaga runcit yang kebanyakkannya dimonopoli oleh golongan Tionghua??? Adakah jumlah taksiran yang mereka kemukakan diselidiki oleh pihak LHDN???

Bagaimana pula dengan klinik2 swasta yang cuma mengemukakan taksiran pendapatan di antara RM 100-200 ribu setahun??? Adakah ianya diselidiki oleh pihak LHDN???  Bagaimana pula dengan pemilik2 restoran???

3) Golongan peneroka2 Felda dan Felcra yang dahulunya dikenali sebagai golongan "susah" kini telah memperolehi pendapatan sekitar RM 4-5 ribu ketika ladang2 mereka mengeluarkan hasil, adakah mereka ini membayar cukai pendapatan???

Jestru penulis berharap agar pihak kerajaan ataupun pihak Pakatan dapat mempertimbangkan cadangan penulis ini. Hapuskan sahaja cukai pendapatan untuk golongan pekerja dan individu dan sebaliknya tingkatkan penguatkuasaan oleh pihak LHDN untuk mempastikan golongan pengusaha dan peniaga supaya melaksanakan tanggung-jawab mereka.

Bayangkan telah berapa banyak wang yang sepatutnya dapat dikutip oleh negara sekiranya LHDN "mengejar" pengusaha2 dan pekedai2 ini berbanding mengejar golongan "pekerja"???

Selain golongan pekerja juga akan membayar cukai secara tidak langsung apabila mereka berbelanja, pihak majikan mereka juga tertakluk kepada cukai pendapatan. Jadi berapa kali kerajaan mahu mengenakan cukai??? Tidak kah ianya membebankan???

Bukankah lebih baik sekiranya segenap kakitangan dan sumber tenaga di LHDN dapat digunakan untuk mempastikan agar pihak majikan, pengusaha dan peniaga membayar cukai pendapatan mereka dengan sewajarnya??? Yang jelas jumlah mereka ini jauh lebih rendah berbanding jumlah golongan pekerja dan sewajarnya ianya lebih mudah untuk diperhatikan dan disiasat. Bahkan jumlah kutipan pula pastinya akan jauh lebih tinggi berbanding kutipan cukai terhadap golongan pekerja.

Sekiranya pihak kerajaan masih mahu mengenakan cukai pendapatan terhadap golongan pekerja, mungkin mereka yang berpendapatan RM 200 ribu  setahun dan ke atas sahaja yang perlu dikenakan cukai sehingga 23%/setahun dan cukai terhadap pekerja2 lain bolehlah dihapuskan. Sekiranya ini boleh dilakukan, mungkin jumlah kakitangan LHDN juga boleh diminimakan begitu juga dengan ruangan pejabat, bil lampu dan penghawa dingin yang diperlukan. Tidakkah ini akan menjadikan tindakkan "menang-menang" ???




Inilah Antara Sebab Mengapa Aku X Beli Kereta Ferari....



API marak membakar sebuah Ferrari di KM28.2 Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) berdekatan Mantin, Negeri Sembilan, pagi tadi. Pemandunya, seorang lelaki berusia lingkungan 50an, terselamat apabila segera memberhentikan kereta dan keluar sebaik menyedari ia terbakar. - Foto Dzulkeffli Mustapha.


Ha..ha.. ha... Bukan ketawakan pemilik kereta di atas tu... Tapi ketawakan diri sendiri sebab X mampu nak beli Ferrari... Berangan aje lah.... Setakat beli model kereta yang dijual di stesyen minyak Shell.

Semalam masa balik dari KL menghala ke Selatan, saya terpaksa masuk ke exit Bandar Putra, menuju ke Nilai 3 dan akhirnya masuk ke Lebuhraya LEKAS untuk mengelak "jem" akibat kemalangan lori yang menyesakkan Lebuhraya PLUS. Ada lah 2-3 kali memotong sebuah Ferrari Merah.... Dapat memotong sebab "lane" dia terhenti... Ferrari tu pun sama2 keluar ikut exit Bandar Putra tapi dia X ikut masuk ke Lebuhraya LEKAS.

Apapun Alhamdulillah saya dan keluarga selamat sampai walaupun agak lewat....

17 Mar 2012

Nik Aziz Saya Tak Ambil Duit Elaun!!!


Klik sini.

Mentadbir negeri X untung.... Masalah air pun tak boleh nak selesai2 walaupun dah lebih 21 tahun memerintah??? Kebajikan apanya??? Peluang pekerjaan untuk rakyaat pun tak ada...

Buat rakyaat, elaun sambutan raya bukan masalah kami...

Yang penting kerajaan wajar memakmurkan ekonomi negeri untuk kebajikan rakyaat jelata...

Ini sampai sendiri nak ambil elaun pun X ada duit , apa cerita???

15 Mar 2012

Kempen PKR Guna Dana dan Agensi Yahudi???


Wah dahsyat ni... Dah macam cite James Bond pulak...

Kalau dilihatkan kepada "video2" seks Anwar dan awek2 yang dikaitkan dengannya juga tidak terkecuali lelaki2 "manis".... Gaya "hidup" nya memang ada iras2 James Bond...

Buffet Sambut Harijadi PM - Makan Bunga???


Pakatan ni kalau nak memfitnahpun agak2 lah...

Buffet cuma RM 20,700.00 untuk 100 orang siap dapat makan makanan Jepun, kambing dari New Zealand, beli bunga pulak sampai RM 31,800.00......

Ni buffet ke atau makan bunga???

Asal jumpa bill aje diaorang ni sebat, logik atau tidak belakang cerita....

Duit Rakyaat Selangor dibazirkan Untuk Memfitnah Najib???

Guna wang rakyaat negeri Selangor untuk memfitnah PM???

Bukti Klik sini.

Apa tidaknya, gajinya dibayar oleh kerajaan negeri Selangor...

13 Mar 2012

Lynas - Termakan Hasutan Fauziah Membuktikan Rakyaat Malaysia Malas Membaca???

Kadar radiasi lebih rendah dari TV
Oleh HERMAN HAMID Gambar RUSHDI SALLEH

Kilang Lynas didapati bakal mengeluarkan radiasi yang rendah dan tidak mengancam penduduk sekitar.

MUNGKIN ramai yang tidak tahu dengan tidur bersebelahan seseorang selama lapan jam sehari untuk tempoh setahun boleh menyebabkan manusia terdedah dengan radiasi sebanyak 0.02mSv (milisieverts).Malah banyak lagi aktiviti yang menyebabkan pendedahan radiasi seperti dialami krew penerbangan yang selama setahun terdedah dengan radiasi sebanyak 9 mSv.

Ini bukan bermakna seseorang itu perlu tidur sendirian atau meletak jawatan sebagai pramugari hanya untuk mengelakkan daripada terdedah dengan radiasi dan seterusnya menghindari kanser. Seperti mana pil sakit kepala jenama terkenal, ia adalah ubat jika dimakan pada dos yang betul.

Sebaliknya boleh mendatangkan bahaya jika melebihi sukatan yang dibenarkan. Maka begitu juga dengan radiasi. Ia tidak akan menyebabkan seseorang mendapat kanser jika paras pendedahan berada pada tahap yang selamat. Malah, radiasi juga boleh disebabkan sumber semula jadi merangkumi matahari, udara, makanan serta unsur-unsur semula jadi bumi. Mengulas perkara ini, Pensyarah Program Sains Nuklear Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr.Ismail Bahari berkata, kerana maklumat yang salah masyarakat secara umumnya akan membayangkan radiasidengan kesan bom atom di Hiroshima, tragedi letupan loji nuklear Chernobyl dan terbaru di Fukushima. Hakikatnya kata beliau, pendedahan radiasi ada di mana-mana malah berada di dalam rumah juga membolehkan seseorang itu terdedah kepada radiasi. Kalau sebut radiasi, terbayang kemudaratan besar, teringat tragedi Chernobyl dan Fukushima. Itu tidak tepat.

Begitu juga dengan Lynas. Bila umum nak buat kilang proses nadir bumi, ada yang membantah dan paling dikesali segelintir pemimpin politik memutar belitkan rakyat,´ ujarnya yang merupakan Penasihat Keselamatan Radilogi Lynas. Apa yang ditegaskan Dr. Ismail itu berdasarkan kajian yang menunjukkan radiasi hanya membahayakan manusia apabila ia melebihi paras tertentu dengan 100 mSv boleh menyebabkan meningkatnya risiko mendapat kanser. Untuk terdedah kepada keadaan seperti itu amat jarang berlaku kecuali jika ada bencana seperti yang berlaku setelah loji nuklear Fukushima.Tambah Dr. Ismail, operasi Lynas hanya akan menyebabkan pendedahan radiasi kepada orang awam sebanyak 0.002 mSv setahun dan ia 10 kali lebih rendah berbanding pendedahan radiasi menonton televisyen selama empat jam sehari untuk tempoh setahun.

Malah pendedahan radiasi kepada paru-paru apabila merokok sekotak sehari setiap hari selama setahun adalah 150 mSv atau 75,000 kali ganda lebih tinggi berbanding pendedahan radiasi daripada operasi Lynas. Ini adalah fakta berdasarkan kajian terperinci kita mengikut kaedah antarabangsa. Ia boleh dibuktikan. Namun setakat ini tidak ada satu pihak pun yang membangkang tampil menyanggah kajian ini secara saintifik. Mereka hanya asyik kelirukan rakyat mendakwa Lynas tidak boleh dibenarkan, tohmah mendatangkan bahaya kepada penduduk. Saya cabar kumpulan ini bawa mana-mana profesor dalam bidang sains nuklear yang boleh membuktikan operasi Lynas berbahaya, saya sanggup berundur,´ tegasnya.Malah tidak lama dahulu, Ahli Parlimen Pas, Dr. Che Rosli Che Mat yang juga ahli sains nuklear mengakui projekitu tidak berbahaya kepada kepada penduduk. Malah seorang lagi pakar kesan sinaran daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Dr. Tarmizi Ramli juga menegaskan Lynas tidak berbahaya. Ini yang saya katakan, masyarakat dikelirukan. Mereka bukan tidak ada informasi, tetapi telah dikelirukan oleh pihak yang berkepentingan. Ditanya mengenai dakwaan beberapa doktor perubatan yang bersama kumpulan itu membantah projek Lynas, Dr. Ismail berkata, beliau menyedari perkara itu dan pernah bertemu dengan doktor perubatan tersebut. Namun katanya, doktor-doktor itu termasuk seorang pakar mata tidak pernah tampilkan kajian menunjukkan kilang memproses nadir bumi seperti Lynas akan meningkatkan radiasi sehingga ke tahap memudaratkan.

Bidang ini tak perlu doktor nak tahu selamat atau bahaya. Kalau paras radiasi itu tinggi melepasi tahap-tahap tertentu, kita tahu ia berisiko kepada kesihatan. Namun jika nak tahu berapa paras pendedahan radiasi akibat sesuatu aktiviti, yang boleh bercakap adalah pakar radiologi biologi. Bukan doktor perubatan. Macam bahan kimia, kalau lebih ia beracun. Yang boleh tentukan takat mana beracun, takat mana selamat,bukan doktor tapi pakar toksikologi,´ katanya. Sains membuktikan radiasi ada di mana-mana termasuk ketika berada di dalam rumah. Sebab itu undang-undang tempatan mahupun antarabangsa menetapkan pendedahan radiasi kepada manusia tidak bolehmelebihi 1.0 mSv setahun manakala pekerja sinaran pula tidak melebihi 20 mSv setahun. Justeru, soalnya sama ada ia lebih had atau tidak. Untuk Lynas, jawapannya tidak. Lynas selamat. Pendedahan radiasi Lynas untuk orang awam selama setahun ialah 0.002mSv. Malah untuk mereka yang bekerja di kilang Lynas juga adalah 2 mSv sahaja, jauh daripada tahap bahaya´ jelas Dr. Ismail.

Menurut beliau, projek Lynas bukan pengalaman pertamanya berdepan dengan operasi kilang seperti itu kerana sebelum ini beliau juga pernah menjalankan kajian antaranya di daerah Kemaman berhubung operasi kilang memproses amang. Kilang itu telah wujud lebih 10 tahun. Namun tidak pun mendatangkan kemudaratan kepada penduduk dalam sekitar walaupun amang lebih tinggi radiasinya.

Begitu juga di Pulau Pinang, kawasan Stadium Bandar Raya mempunyai banyak tantalum yang mempunyair adioktif. Namun apakah pernah didengar yang ia mengancam kesihatan,´ soalnya.Pastinya kata Dr. Ismail, radioaktif dan radiasi itu wujud di sekeliling manusia. Namun jika ia berada pada tahaprendah maka ia bukan sesuatu yang membahayakan. Lynas sendiri menggunakan teknologi terkini dalam operasinya mengikut undang-undang antarabangsa dan Malaysia dengan mengambil kira semua keadaan bagi menjamin ia selamat kepada kesihatan awam, pekerja dan alam sekitar. Di Lynas, tak ada sebab ia akan mendatangkan kesan radiasi tinggi. Ini kilang kimia biasa bukan kilang nuklear. Ia juga tidak mempunyai tekanan. Maka ia tak akan meletup seperti didakwa. Bahan sisa Lynas sendiri mengandungi kadar radioaktif yang teramat rendah dan tidak berbahaya. Malah Lynas melalui makmal antarabangsa telah berjaya menurunkan lagi kadar radioaktif dalam sisa,´ katanya.

Shahrizat Bukan Letak Jawatan - Nik Aziz


Kata Nik Aziz, Shahrizat bukan meletakkan jawatan. Beliau cuma kata akan menamatkan penggal perkhidmatannya sebagai Senator. Dalam kata lain, kalau beliau tidak mengumumkannya, pada tarikh tersebut pun belum tentu Najib mahu mencadangkan perlanjutan perkhidmatannya kepada DYMM SPB YD Agong. Klik sini.

Orang tua ni kalau bercakap dah mengalahkan "lawyer"...

Mungkin apa yang Nik Aziz maksudkan, ialah beliau sendiri masih belum berniat untuk bersara sebagai MB Kelantan kerana telahpun melahirkan hasrat untuk bertanding dalam PRU 13 nanti. 

12 Mar 2012

Rentetan Pengerusi NFC Didakwa - Beribu-ribu Ekor Lembu Berpiket di Mahkamah???


Kalau Datuk Seri Dr Mohamed Salleh Ismail ni "Pengerusi" parti pembangkang/Pakatan, perkara di atas tu kemungkinan besar boleh berlaku...

Itulah senario di negera kita...

Kalau pemimpin besar Pakatan yang kena dakwa habis penyokong2 tegar akan mereka bawa ke Mahkamah untuk berpiket!!!

Kalau pemimpin tersebut didapat bersalah pulak, harus "terbalik" negara ini dikerjakan mereka.... Telah terpahat dalam lipatan sejarah...

Wan Azizah Akan Letak Jawatan???


Jangan haraplah...Pakatan ni, mana ada integriti dan harga diri...

Mereka cuma pandai menunding jari.... Telah didapati bersalah dan dipenjarakan pun mereka masih boleh buat muka "sardin"... Kononnya mereka tak bersalah... Yang salah ialah Umno/BN.... Semua tu alasan mereka adalah konspirasi...

Ada yang gambar video lucah mereka telah tersebar sampai ke Jepun pun,  masih mampu buat" don't know" aje... Mana mungkin mereka mencontohi DS Shahrizat, klik sini.

Tapi rakyaat masih terus menyokong mereka???

Bagaimana dengan anda??? Rela terus-terusan ditipu???

Biarlah Si Luncai terjun dengan labu-labunya....

11 Mar 2012

Sah Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil Berundur!!!

UNDUR...Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengumumkan berundur jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada 8 April ini dalam satu sidang media, di Kuala Lumpur sebentar tadi. - Foto Rosdan Wahid.

PEKAN: Datuk Seri Najib Razak menanggap tindakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk meletak jawatan yang dipegangnya dalam Kabinet adalah keputusan yang betul dan tepat serta satu pengorbanan demi kepentingan kerajaan dan parti.

Perdana Menteri berkata, beliau amat menghargai pengorbanan dibuat Shahrizat dan berterima kasih atas keputusan yang dibuat Ketua Wanita UMNO terbabit. 

Komen Isac;

Bukan semua pemimpin yang mampu berbuat sepertinya. Syabas Datuk!!! Berundur  secara suka-rela agar skandal yang melanda keluarganya tidak merosakkan parti.

Ironinya ramai pemimpin2 Pakatan yang selalu menunding jari kepada pemimpin2 BN, apabila mereka sendiri telah terpalit dengan "skandal2" tertentu sehingga foto2 lucahnya terpampang sehingga ke majalah2 prono di Jepun, mereka masih tidak mahu mengaku salah, apa lagi mengundurkan diri.

Dasar Mengkayakan Kroni??? Anwar Bakal Dilantik Penasihat Ekonomi Kedah???

Dengar kata, pergolakkan dalaman kerajaan negeri Kedah yang diterajui oleh Datuk Azizan Razak adalah kerana beliau tidak memilih bulu di dalam menanugerahkan kontrak milik kerajaan negeri sehingga mahu melantik kontraktor yang ada kaitan dengan pemimpin Umno.

Mungkin dah sampai masanya Anwar dilantik sebagai penasihat ekonomi Kedah. Jika di Selangor RM 1, di Kedah bayar sekupang dua pun cukuplah kot...

Bukan nak bagi nasihat ekonomi sangat pun....Cuma nak pastikan semua projek2 kerajaan negeri akan "dibolot" oleh kroni2 mereka???

Cet!!! Dulu menuduh Tun "bela" kroni, sekarang siapa yang berperangai macam tu?

Pepatah orang tua2 kata, "anjing yang dia biasa makan najis, kalau x makan pun dia akan hidu jugak"....

10 Mar 2012

Perkasa Desak Nik Aziz Berundur!!!

Gesaan yang masuk akal... Klik sini.

Jika 21 pemerintahan beliau ketika kuderat dan akal masih cergas dan cerdas pun tidak mampu untuk  melakukan banyak kebaikkan kepada rakyaat dan negara, apalah yang kita boleh harapkan apabila usia telah sebegitu lanjut menjangkau 81 tahun ditambah pula bila kuderat dan kecerdasan telah semakin dimamah usia...


Lagi Foto Guna Teknik "Super- Imposed"???


Yelah sekarang ni kan banyak sangat propaganda yang menggunakan teknik fotografi ini untuk menjatuhkan musuh2 politik mereka....

Yang pasti anjing dengan kucing pun dah "berdamai" tapi umat Melayu pula asyik berpecah-belah dengan mendabik dada bahawa mereka "lebih Islam" berbanding puak yang satu lagi... Memberikan peluang kepada musuh2 mereka yang sebenar mengambil peluang daripada situasi ini.

9 Mar 2012

Tak Mahu Bubarkan DUN Kelantan - Bukti Nik Aziz Lebih Percayakan BN???


Apa komen anak LKS si LGE tu pulak???

Sah Parlimen Bubar???

PRU 13 semakin dekat???

Bubar Perlimen???

Penyelesaian isu pelarasan gaji kakitangan awam menghangatkan lagi ramalan ini.

Biarlah Pakatan Rakyaat dengan ramalan2 mereka...

Pembatalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) setelah kerajaan mendapati berlakunya "kesilapan besar" dan "ketidak-keseimbangan" nya yang seolah2 "melebihkan" pegawai2 peringkat atasan, wajar diberikan pujian kerana sanggup mengakui kesilapan mereka.

Walau bagaimanapun "pegawai2" yang bertanggung-jawab melakukan rombakan/penyelarasan tersebut juga perlu bertanggung-jawab!!!

Adakah ini sebagai satu usaha sesetengah mereka "mensabotaj" kerajaan BN, dari dalam???

Adakah ini sengaja dilakukan oleh pegawai2 tinggi yang mahu gaji mereka dinaikkan sekali ganda??? Sehingga menaikkan kemarahan kelas pekerja pertengahan dan bawahan yang mewakil majoriti kaki-tangan awam???

Menteri dan kementerian terbabit juga wajar mengambil tanggung-jawab!!!

Pengajara kepada isu ini penulis percaya bahawa kelulusan (SBPA) telah diberikan hanya berdasarkan kepada peratusan keseluruhan kenaikkan semata2 dan sebaliknya ianya tidak dilihat secara terperinci kenaikan mengikut gred. Pelarasan gaji yang sepatutnya "mengembirakan" kakitangan awam telah menjadi "racun" kepada ketidak puas-hatian mereka kepada kerajaan.

Pelarasan gaji kakitangan awam sebenarnya baru sahaja dilakukan pada 2007 di zaman Pak Lah dan jika ianya tidak dilakukan sekarangpun penulis percaya kakitangan awam masih boleh bersabar. Tetapi gara2 penambah-baikan yang dilakukan secara sambil lewa oleh pegawai2 dan kementerian yang berkaitan usaha "mengambil hati ini" sebaliknya telah hampir2 membuatkan BN kehilangan Putrajaya.

DS Najib wajar mengambil pengajaran daripada isu ini, jangan terlalu percayakan menteri2 anda!!! Mungkin pengstrukturan semula kabinet wajar dilakukan serkiranya PRU hanya akan dilakukan pada awal 2013.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3