Foto


"Close up" Menunjukkan imej dipercayai serpihan pesawat MH370 yang ditemuinya. - 












Foto
Foto WIVB

IMEJ menunjukkan eleman kimia yang dikesan syarikat berkenaan yang dipercayai pesawat MH370. - Foto FIRST ON 7
KUALA LUMPUR: Sebuah syarikat penerokaan maritim Australia mendakwa menemui serpihan bangkai pesawat yang kemungkinan MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu, iaitu di 5,000 kilometer dari lokasi pencarian sekarang di Lautan Hindi.

Syarikat GeoResonance dalam sebuah laporan oleh 7 News Australia dan Daily Mirror UK semalam, menyatakan mereka melakukan pencarian sendiri pesawat berkenaan sejak 10 Mac dan mengesan objek yang berkemungkinan bangkai pesawat di Teluk Bengal. 


Jurucakap GeoResonance, David Pope, berkata kumpulan penyelidiknya mengesan elemen di dasar lautan yang dikatakan konsisten dengan elemen pesawat.


"Teknologi yang kita gunakan asalnya direka untuk mencari kepala peledak nuklear, kapal selam. Pasukan kami di Ukraine memutuskan kita perlu mencuba dan membantu," katanya dipetik 7News.

Pencarian syarikat berpangkalan di Adelaide itu melibatkan kawasan seluas 2 juta km persegi di perairan di mana penerbangan pesawat itu dikatakan tamat di Lautan Hindi dengan menggunakan imej dari satelit dan pesawat.
Saintis syarikat berkenaan juga menumpukan usaha mereka di kawasan utara menggunakan lebih 20 teknologi menganalisis data termasuk reaktor nuklear.

Pope berkata, GeoResonance membandingkan penemuan mereka dengan imej yang diambil pada 5 Mac, iaitu tiga hari sebelum MH370 dilaporkan hilang, namum mereka tidak berjaya menjumpai apa yang telah dikesan di kawasan itu.

"Bangkai itu tiada di situ sebelum kehilangan MH370. Kami tidak kata ia sememangnya MH370, ia mungkin petunjuk baharu yang membolehkan kami melakukan tindakan susulan," katanya.

Sseorang lagi jurucakap syarikat itu, Pavel Kyrsa memberitahu beberapa elemen yang terdapat pada pesawat komersial telah dikesan di kawasan Teluk Bengal itu.

Katanya, unsur yang dikesan itu adalah unsur kimia yang digunakan pesawat Boeing 777 seperti aluminium, titanium, tembaga, aloi keluli dan bahan lain.

Terdahulu, dalam sidang taklimat bersama media di Perth semalam, Perdana Menteri Australia, Tony Abbott berkata kemungkinan penemuan serpihan pesawat di permukaan laut adalah tipis.

Abbot, misi pencarian kini telah memasuki fasa baharu di mana setakat ini, pencarian menerusi udara, permukaan mahupun dalam laut masih belum berhasil.

Katanya, misi pencarian baharu ini akan memberi fokus kepada satu kawasan yang lebih luas di dasar laut. 

Sumber klik sini.