DATUK Seri Anwar Ibrahim dan PKR ternyata berjaya mencetuskan tembok perbezaan dalam kalangan pemimpin Pas.Tidak mengambil kira contoh-contoh terdahulu yang banyak, kontroversi peletakan jawatan Adun PKR Kajang, Lee Chin Cheh yang baharu beberapa hari ini sahaja sudah cukup untuk membahagikan Pas kepada dua blok.
Blok yang berasa parti itu dikhianati oleh Anwar dan PKR diketuai Ketua Penerangan Dewan Ulama, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus; Ahli Parlimen Temerloh yang juga bekas Ketua Pemuda, Nasrudin Hassan dan Pengarah Pilihan Raya Pemuda Pas, Mohd Sany Hamzan.Bagi kumpulan ini, tindakan PKR yang dimulakan dengan peletakan jawatan tanpa sebab yang wajar oleh Chin Cheh dan disusuli pula dengan sidang media mengumumkan Anwar akan bertanding pada PRK kerusi Dun berkenaan tidak seharusnya berlaku.
Ia bukan sahaja berkait dengan tindakan mengetepikan Pas yang tidak diajak berbincang sebelum keputusan mengenai perkara itu dibuat.Malahan ini dianggap penghinaan terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang bersetuju Khalid dilantik ke jawatan Menteri Besar Selangor selepas PRU13.Khairuddin menuntut kerusi MB dikembalikan kepada Pas yang lebih berhak.
Selain itu, perbuatan mengosongkan kerusi tanpa sebab yang munasabah sekali gus memerlukan suatu pilihan raya kecil diadakan dengan kos jutaan ringgit jelas adalah pembaziran wang rakyat, apa yang sering dijadikan modal oleh PR untuk menyerang Kerajaan BN.
Sumber klik http://www.sinarharian.com.my/mobile/politik/pas-jangan-jadi-lebai-malang-1.246204
Komen Isac;
Kalau dilihatkan kepada kedudukan Pas, di Penang dan Selangor ADUN mereka tidak layak pun jadi exco agama.
Sementara di Selangor dimana jumlah Adun mereka lebih ramai berbanding PKR dan sama banyak dgn DAP, pun PAS dinafikan hak untuk jadi MB.
Malah apabila timbul masalah dalaman falam PKR membabitkan perebutan kerusi MB Selangor, pandangan Pas lansung tidak diminta dan PKR bertindak seolah2 kerusi MB Selangor adalah hak mutlak mereka.
Pertanyaan penulis, dengan kedudukan Pas umpama melukut di tepi gantang dalam PR, boleh ke Pas berbuat sesuatu apabila PR memenangi PRU 14 kelak?
Terutama jika jika kekal di dalam PR? Hakikatnya sekiranya Umno masih lagi wujud, walaupun BN mungkin kalah dlm PRU 14 nanti tetapi Umno mungkin akan kekal sebagai parti yang mempunyai MP teramai.
Bila PR menang dalam situasi ini MP Pas masih akan kekal minoriti kerana apa yang berlaku pertambahan kerusi adalah di pihak DAP yang berjaya merampas kerusi calon2 Cina dari komponen2 BN yang lain termasuk di Sabah dan Sarawak.
Jika ini berlaku, apa yang mampu dilakukan oleh Pas? Jangankan jadi PM, jawatan menteri agama pun orang PKR akan bolot. Dapatkah ketika itu Pas menegakkan Hudud??? Mempertahankan kalimah Allah dan membenteras gerakan memurtadkan Melayu??? Menentang Pluralisasi agama?
Bak kata pepatah, nasib orang Melayu pada masa itu ibarat, "Bagai nasib Pak Kaduk, ayamnya menang kampung tergadai".
posted from Bloggeroid