Penulis amat2 bersetuju dengan cadangan Tok Pa. Mengapa dalam situasi pasca banjir besar masih belum dipulihkan....Kita perlu membazir menghabiskan belasan juta RM untuk menganjurkan PRK DUN Cempaka???
i) Sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, beliau lebih maklum situasi semasa.
ii) Kesan banjir besar yang lalu masih amat terasa. Adalah lebih baik wang untuk menganjurkan PRK yang boleh mencecah sehingga belasan juta RM (termasuk kos keselamatan) digunakan untuk membantu membangunkan semula negeri Kelantan.
iii) Bantuan ikhlas Kerajaan Pusat pastinya akan terkesan kepada hati rakyaat, jika tidak semua sekurang-kurangnya mereka yang terlibat dalam banjir besar yang lalu.
iv) Di Kelantan, majoriti DUN adalah dimenangi oleh PAS, jestru jikapun UMNO/BN memenangi DUN Cempaka, apa yang boleh UMNO/BN perbuat dalam masa terdekat??? X ada apa2....
v) Sentimen Tok Guru pun masih panas, pemergian beliau masih ditangisi, penulis tak fikir UMNO/BN dapat mengubah mentaliti pengundi dalam masa terdekat.
vi) Pendekatan kerajaan negeri yang kini dilihat "lebih mesra" Kerajaan Pusat wajar digunakan dengan sebaik-baiknya untuk membangunkan negeri Kelantan yang sememangnya merupakan negeri yang paling mundur di Semenanjung Malaysia.
Penulis berharap kerjasama di antara Kerajaan Negeri Kelantan dan Kerajaan Pusat akan dapat dipereratkan dan diperhebatkan lagi atas dasar Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Atas dasar Melayu/Bumiputera dan atas dasar sesama Islam.
Sesuatu yang amat malang jika disebabkan angkara politik, sikap keras kepala dan pergeseran Kerajaan Negeri Kelantan dan Kerajaan Pusat menyebabkan negeri Kelantan terus-terusan terpinggir dari arus pembangunan. Apa lagi, kerana negeri Kelantan majoriti anak negerinya adalah kaum Melayu/Bumiputera yang merupakan penduduk jati dan kaum majoriti di Malaysia. Sementelah lagi majoritinya beragama Islam.
Jika Pulau Pinang yang majoritinya rakyaatnya bukan bumiputera, itu pun boleh kita bangunkan dengan pesat dan diberikan berbagai bantuan serta kemudahan mengapa tidak Kelantan???
Jestru Kerajaan Negeri Kelantan dan Kerajaan Pusat perlulah berlapang dada....mengenepikan persengketaan lama, demi kebaikan rakyaat, negeri dan negara.
Sudah sampai masanya Kerajaan Negeri Kelantan dan Kerajaan Pusat berganding bahu untuk membangunkan negeri Kelantan.
Banyak hasil bumi dan projek2 berdaya maju yang boleh dijalankan di Kelantan yang bukan sahaja boleh merancakkan ekonomi, mewujudkan peluang2 pelaburan dan pekerjaan, meningkatkan taraf hidup rakyaat, membangunkan negeri dll. Di antara contohnya adalah seperti berikut;
- Pembangunan bandar secara lebih sistematik.
- Pembangunan industri perlancongan kerana lokasi strategik segitiga utara. Pantai2 yang cantik pulau2, memancing, sukan laut, skuba dll.
- Pelancongan hasil perusahan batik, tenunan songkit dll.
- Pelancongan hasil makan laut seperti keropok, ikan bilis, sotong kering ikan kering dll.
- Perlancongan perubatan, perbanyakkan hospital2 kerajaan/swasta untuk perubatan penyakit2 kronik seperti diabetik, stroke, jantung dll. Berdasarkan pemerhatian penulis, ramai rakyaat Kelantan menderita penyakit2 tersebut tadi. Hospital2 sediada sentiasa penuh. Ianya samada kerana faktor genetik mahupun tabiaat pemakanan maka hospital2 sediada X mampu menampung pesakit2. Pusat2 penyelidikan juga boleh ditubuhkan untuk menjalankan penyelidikan. Bila hospital2 di sini menjadi pakar di dalam penyembuhan penyakit2 di atas, ianya boleh dibuka kepada pelancong2/perubatan dari Thailand dan negara2 di utara Kelantan yang juga mempunyai masalah yang sama.
- Industri Perlancongan berdasarkan sejarah. Pendaratan tentera Jepun ke Tanah Melayu yang mendarat di Pantai Sabak pada 8 Disember 1941, dan selepas penenggelaman Kapal2 perang Repulse dan Prince of Wales di pantai timur Semenanjung (berdekatan negeri Pahang) pada 10 Disember 1941, adanya terowong Jepun Palekbang Tumpat, bekas2 kubu Jepun dll.
- Industri perlancungan berdasarkan pengajian Islam/sekolah2 pondok yang banyak terdapat di negeri tersebut.
- Pentadbiran sistem pertanian/perladangan dangan kawasan tanahnya yang luas.
- Mewujudkan industri2 yang sesuai dan kilang2. Dapat mewujudkan peluang2 pekerjaan.
- Menggunakan tenaga buruh/kerja yang ada dengan berkesan. Mengurangkan penghijrahan belia2 Kelantan keluar dari negeri Kelantan.
- Membina ladang2 penternakan ayam, kambing dan lembu dan menjadikannya sebagai pembekal daging segar negara.
- Membangunkan loji pendaratan/penapisan minyak di Tok Bali. Bakal menarik pelabur, mewujudkan peluang2 pekerjaan, merancakkan pembangunan dll.
- Boleh mewujudkan industri hiliran minyak/gas seperti plastik, baja dll.
- Mempercepatkan pembinaan Leburaya Kuala Krai ke Kota Baharu agar hasil bumi nya dapat diedarkan ke kawasan2 lain di Malaysia.
- Pembinaan Pelabuhan Darat untuk kegunaan musim moonsun/tengkujuh.
- Pembinaan pelabuhan petrochemikal/liquid bulk dan pelabuhan kontena/dry bulk untuk kegunaan diluar musim tengkujuh.
- Dan lain-lain.
Buat Kerajaan Pas Kelantan dan Kerajaan Pusat, tepuk dada tanya Selera!!!
Jika GAM dan kerajaan Indonesia boleh berdamai dan mengembeling segala kuderat dan sumber yang ada untuk membangunkan semula Banda Aceh selepas ditimpa Tsunami, mengapa Kerajaan Pas Kelantan dan Kerajaan Pusat yang ditunjangi oleh orang2 Islam tidak boleh mengambil tindakan yang sama untuk membangunkan Kelantan???
Inilah masanya buat anak-anak Kelantan yang berada di dalam pentadbiran kerajaan negeri maupun di peringkat persekutuan dan di luar kerajaan untuk bersuara!!!
Mengapa kerana politik sempit, Kelantan perlu tertinggal daripada arus pembangunan???
Tidak kira salah siapa??? Kerajaan Negeri maupun kerajaan Pusat??? Biarlah sejarah mengajar kita untuk lebih hormat-menghormati, bersatu-padu dan bantu-membantu bukan sahaja sesama manusia, malah sesama Islam!!!
Semoga tahun 2015 akan menjadi titik-tolak permufakatan buat Kerajaan Pas Kelantan dan Kerajaan Pusat untuk memajukan Kelantan dengan jaya!!!
Allah Hu Akbar!!! Allah Hu Akbar!!! Allah Hu Akbar!!!