bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

31 Jan 2012

Semasa Dalam Pakatan Dianggap Wira!!! Mengapa Bila Keluar Mereka Dihina???


Dahulu semasa Dato' Zul "mendakwa" anwar diracun mengunakan arsenik secara berperingkat-peringkat oleh kerajaan BN/Umno... Ramai yang percaya...

Ketika Dato' Zul memperdaya Yusuf Qardawi bahawa Anwar difitnah dalam Liwat II, ramai yang percaya...

Bakal disuntik virus HIV???

Anwar bakal dibunuh??? Gara-gara kes liwat II....

Isu sakit belakang??? Pendakap leher???

Bermacam-macam lagi lah isu-isu yang dimainkan.... Semuanya orang percaya...

Tetapi mengapa apabila apabila beliau berpaling tadah, kembali kepangkal jalan dan menceritakan semua tembelang tersebut adalah siri pembohongan dan fitnah yang diatur oleh Anwar... Mengapa rakyaat "berhenti" daripada mempercayai beliau???

Sewajarnya ini menjadi pedoman kepada kita supaya tidak terlibat dengan pembohongan dan fitnah kerana kerosakkan yang berlaku amat payah untuk diperbaiki... Sebagai seorang Islam dan juga manusia kita seharusnya hidup secara berperinsip dan tidak mudah hanyut oleh bisikkan syaitan.


Hasrat Pengunduran Hadi Sebab Tertekan Dek Karenah PKR dan DAP???


Siapa pula yang bakal meninggalkan ataupun mengikuti hasrat Hj Hadi selepas ini???

Ustaz Nasha??? Pasti Pas akan kata beliau adalah seorang pemimpin yang "kecewa" sebab telah gagal untuk mengekalkan jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan yang lepas.

Ustaz Azizan??? Beliau kemungkinan akan dipecat, jika melihatkan kepada tekanan yang beliau hadapi sekarang ini....

Nasrudin Tantawi.... Beliau pula dilihat sebagai pemimpin yang kecewa selepas Pas tidak "segarang" dan "seislam dahulu". Bahkan "berkahwin" dengan PKR, Pas dilihat bagai telah "redha" dengan kekejaman Yahudi terhadap rakyaat Palestine.

Bagaimana pula jika Dato Dr Haron Din juga akan meninggalkan Pas? Mungkankan mereka akan melebel bahawa beliau telah nyanyuk??? Siapa tahu?? Ye tak???

Pada pandangan penulis jika tekanan daripada PKR dan DAP berterusan, pengunduran golongan pro ulamak daripada Pas bakal tidak dapat dielakkan...


Anwar Diintip Agen Perisikkan Asing???




Apa akan jadi jika pelaku video seks di atas sememangnya Anwar???

Apa akan jadi sekiranya bukti2 salah laku beliau telahpun berada dalam simpanan agen-agen rahasia asing???

Tidakkah Malaysia bakal tergadai???

Jangan tersilap memilih dalam PRU 13 nanti!!!!

Isu Auku - Mahu Mahu Jatuhkan Azizan Ataupun Sekadar "Menutup" Isu Songlap Tanah Wakaf"""


Komen Isac;

Satu lagi bom asap???

Ataupun projek serampang dua mata???

"Melenyapkan" seorang pemimpin pro ulamak dalam pas dan dalam masanya yang sama cuba untuk "menutup" isu "merompak" tanah wakaf???

Tanah Madrasah Salihiyah iaitu sebuah tanah yang diwakafkan oleh pemiliknya untuk didirikan madrasah tersebut bakal dirampas!!!

Tanah tersebut yang dikatakan telah diserahkan kepada syarikat pemaju yang ada kaitan dengan parti pembangkang artikel berkaitan klik sini..

Mengapa Pas membiarkan diri mereka bersengkokol dengan perkara sebegini??? Pas sudah tiada maruah??? Ataupun "belang" mereka yang sebenar telah ditunjukkan???

30 Jan 2012

Dr Aziz Bari Marah Guna AUKU - Azizan Kata, Ada Aku Kisah???


Itulah jawapan Datuk Azizan bila pakar perlembagaan menegurnya supaya mematuhi buku "Jingay"....

Iya lah.... Dr Aziz Bari tu siapa???

Presiden Pas??? Bukan.

Mursyidul Am Pas??? Bukan.

Ketua Umum PKR??? Pun bukan.....

Kalau semua orang perlu beliau layan.... Macam mana hendak memerintah Kedah....

Sabar Ustaz Azizan.... Baru Datuk tahu, jadi kerajaan ni bukan mudah...

Kalau dahulu asyik membangkang sahaja....

Apapun penulis memang respect pada MB Kedah ni.

29 Jan 2012

Halang Hadi Berundur - Adalah Usaha Anwar Untuk Terus-terusan Mempergunakan Pas???


Mana ada parti politik di dunia ini di mana presidennya terpaksa menerima bulat-bulat arahan daripada penasihat parti (Mursyidul Am) ???

Nik Aziz dilihat dah macam raja zaman dahulu. Apa sahaja katanya adalah suatu tidah yang tidak boleh disanggah.

Beruntunglah Anwar kerana Hj Hadi ni adalah jenis orang yang "taat" dan tidak suka membantah... Jestru apa sahaja yand dibisikkan oleh Anwar ke telinga Nik Aziz pasti akan ditaati dan dituruti tanpa ada bantahan.

Jestru disebab beliau sendiri tidak perlu "berfikir" sangat untuk parti, kerana belum tentu akan dipersetujui oleh Mursyudul Am nya. Maka tidak hairanlah jika Hj. Hadi semakin kerap dilihat "tertidur"....


TG Nik Aziz Bakal Mengundur Diri Dalam PRU 13???


Apabila TG Haji Hadi melahirkan hasrat beliau untuk tidak bertanding dalam PRU 13 nanti, belau mungkin sengaja mahu menunjukkan "Jalan Keluar" buat TG Nik Aziz agaknya.

Hj Hadi yang baru mencecah 63 tahun pada tahun ini pastinya jauh lebih muda berbanding Nik Aziz yang berumur 81 tahun dan selalu kelihatan uzur dan perlu dipapah untuk ke mana-mana....Berita penuh klik sini klik sini.

Mungkin beliau  juga sebenarnya "telah jelak" dengan sikap Nik Aziz yang terlalu mengikut telunjuk Anwar sehinggakan golongan "Pro Ulamak" dalam Pas semakin terpinggir....

Jestru dengan pengundurannya nanti pasti pastinya akan diikuti oleh ramai lagi dari golongan "Pro Ulamak"  dan yang tinggal hanyalah mereka yang pro Anwar yang bukan daripada latar belakang agama dan lebih banyak pula dikaitkan dengan aktiviti-aktiviti tidak sihat seperti "mengganggu isteri orang", "rasuah", "pengamalan seks bebas di terminal bas dan dalam keretapi" dan lain-lain.

Bila ini berlaku, "Parti Islam Semalaysia" bukan hanya tinggal pada nama bahkan memberikan imej yang buruk kepada Islam!!!. Dan akan berkubur dengan sendirinya....

Sokong Gay/Lesbian - Kalau Tidak Berada-ada Masakan Tempua Bersarang Rendah???


Mengapa Majlis Peguam beriya-iya sangat cuba untuk "menghalalkan" kelucahan melampau/seks oral dan juga seks luar tabii (amalan seks lesbian/homoseks) secara suka sama suka???

Memandangkan Majlis Peguam dilihat condong menyokong Pakatan Rakyaat, adakah usaha mereka ini bermaksud mereka seolah-olah yakin dan percaya bahawa "ketua" mereka akan sekali lagi didakwa atas kesalahan yang sama???

Dan cara ekspress melepaskan diri adalah dengan meminda undang-undang???

28 Jan 2012

Gara-gara Demam "K-Pop" Indonesia Beli Kapal Selam Baru Dari Korea Selatan???

Klik sini. Korea Selatan menandatangani perjanjian bernilai AS$1.1 bilion (RM3.48 bilion) untuk membekalkan tiga kapal selam kepada Indonesia, mengalahkan Perancis, Jerman dan Russia kerana ia turut menawarkan pertukaran teknologi, menurut pegawai, semalam.

“Korea Selatan mempunyai teknologi terkini dan mereka bersifat terbuka untuk melakukan pertukaran teknologi sementara negara lain yang membida projek itu hanya berminat untuk menjual kapal selam,” kata jurucakap Kementerian Pertahanan, Hartind Asrin.

Menurut Kementerian itu, Korea Selatan telah memenangi tender mengalahkan Perancis, Jerman dan Russia, dalam satu perjanjian eksport senjata yang terbesar pernah dibuat.

Di bawah perjanjian itu, syarikat Indonesia, Penataran Angkatan Laut (PAL) akan dibenarkan memerhatikan bagaimana dua kapal selam berkenaan dibina dan memasang kapal selam ketiga di Indonesia.

“Dua kapal selam akan dibina di Korea Selatan dan ketiga dibina di kilang PAL yang terletak di Surabaya di Jawa Timur,” kata Hartind.

Ia merupakan perjanjian pertahanan penting antara kedua-dua negara.

Mei lalu, syarikat Korea Aerospace Industries (KAI) yang di bawah kerajaan Korea Selatan, bersetuju untuk mengeksport 16 jet pelatih Eagle supersonik T-50 yang bernilai AS$400 juta (RM1.27 bilion) kepada Jakarta.

Syarikat Daewoo Shipbuilding dan Marine Engineering akan membina kapal selam itu di mana kapal yang pertama dijangka tiba di Indonesia pada 2015 dan ketiga dibina pada 2018. - AFP -22/12/2011


Komen Isac;

Indonesia memang telah lama mempunyai beberapa kapal selam di dalam armada lautnya yang besar...

Mungkin senada dengan demam "K-Pop", Malaysia juga boleh mencontohi Indonesia.

Mahasiswa "Lemah" Sesuai Menjadi "Perkakas" Anwar???


Mengapa pelajar-pelajar "cukup makan" ini lebih suka mencari perhatian dengan berdemo di jalanan berbanding tekun belajar menuntut ilmu di kampus-kampus???

Adakah kerana pelajar-pelajar yang lemah ini mudah ditipu dan dilembukan???

Ye lah... Belajar pun X pandai sangat.... Tapi gilerkan glamour....

Nak menyanyi masuk Akedemi Fantasia, suara macam katak panggil hujan...

Nak masuk Raja Lawak, buat lawak hanya diketawakan....

Elak Disoal-Balas Dalam Kes Liwat, Anwar Tetap Mahu Berdebat Dengan Najib???


Kalau pada pandangan penulis, Anwar ni tak ubah umpama "tong kosong". Walaupun beliau sememangnya pandai berhujah dan mempengaruhi fikiran orang dengan janji-janji retorik, fitnah dan tohmahannya tetapi ianya tiada menberi apa-apa manfaat kepada rakyaat dan negara. Bahkan boleh mengundang malapetaka!!!

Mengapa Anwar tidak berani untuk berhujah dengan disoal balas oleh pihak pendakwaan dalam kes Liwat II, sebaliknya berhujah tanpa boleh disoal-balas dengan melontarkan segala macam fitnah dan teori konspirasi???

Yang menghairankan "ulamak tersohor" Tuan Guru Nik Aziz juga hanyut "dijual hidup-hidup"!!!

27 Jan 2012

Begitu Hinanya Pas Sehingga Tidak Layak Menduduki Kerusi Exco Agama Islam???


Apa hak Azmin hendak menjaga tepi kain Pas??? Adakah Nik Aziz bukan sahaja takutkan Anwar malah juga takutkan kepada Azmin???

Apa pula hak Azmin untuk menghina Dr Hasan Ali??? Sungguh teruk Dr Hasan dihina bukan sahaja oleh pemimpin parti Pas malah oleh pemimpin-pemimpin PKR.

Suatu hakikat yang pahit untuk ditelan, komponen parti-parti Pakatan Rakyaat sememangnya memandang hina pemimpin-pemimpin Pas dan sebab itulah di negeri-negeri di bawah pimpinan Pakatan di mana Ketua Menteri maupun Menteri Besarnya bukannya dari Parti Pas seperti di Pulau Pinang dan Selangor, exco Agama Islam pun tidak layak untuk dijawat oleh wakil Pas!!!

Ahli-ahli dan penyokong-penyokong Pas wajar membuka mata!!! Kenali siapa musuh kita sebenar!!!

Pembersihan Pro Ulamak Daripada Pas??? Mari Kita Lihat Siapa Yang Kena???


Kalau tiada sesuatu langkah diambil, alamat seorang demi seorang pro ulamak dalam Pas bakal diketepikan...Walaupun penyingkiran mereka dinyatakan atas bermacam-macam alasan, yang pasti bukan mudah untuk menolak khabar angin bahawa geng "Anwarinas" sedang menguatkan cengkaman mereka dalam Pas...

Masa Untuk Khalid Melampias Dendam Kesumat Terhadap Hasan??? Inilah Parti Islam...

Hasan juga berkata jenama kuasa ketiga itu masih belum ditentukan, namun beliau akan bergabung dengan wakil rakyat bebas yang lain, dengan menawarkan manifesto bersama walaupun tidak mempunyai parti sendiri.

Mengulas kenyataan itu, Khalid berkata, beliau juga tertanya-tanya siapakah lagi yang masih menyokong ADUN Gombak Setia itu, terutamanya di dalam PAS.

"Kalau dia ramai teman-teman yang sokong dia, seharusnya dia dapat pencalonan untuk jadi calon di Gombak Setia," kata Khalid lagi.

Tambahnya, Hasan juga sebelum ini termasuk dalam senarai 'top five' dalam senarai 18 pemimpin tertinggi untuk bertanding dalam jawatankuasa PAS pusat.

pkr taman ehsan selayang ceramah 020810 hasan ali"Dalam pemilihan tahun lepas, dia turun ke nombor dua tercorot. Kalau betul ramai sokong dia, kenapa perkara itu berlaku? Sepatutnya dialah yang dapat undi paling banyak," katanya lagi.

Dalam pemilihan parti pada 3 Jun itu, Hasan (kanan) berjaya merebut keanggotaan dalam jawatankuasa pusat dengan kedudukan di tangga ke-16, dengan kemenangan tipis 437 undi.

Khalid juga mendakwa, Hasan bukan saja telah "mengelilingi diri dengan orang Umno" selepas Mac 2008, malah turut mengenepikan orang PAS yang banyak membantu beliau ketika kempen pilihan raya.

Artikel penuh klik sini.



Komen Isac;

Suatu perangai yang tidak wajar dipertontonkan oleh seorang pemimpin sebuah part Islam iaitu menyerang dan memperlekeh "musuh politik" yang telah dipecat dari parti.

Ironinya pemimpin yang dipecat itu dilihat lebih banyak mempertahan dan memperjuangkan Islam bukan sahaja berbanding orang yang mencercanya bahkan berbanding parti Islam itu sendiri.

Apa Jadi Pada Jam Omega Yang Diambil China Doll???




Anwar dan tiga jam tangan yang berbeza... Orang-orang kaya sememangnya biasa memiliki barangan mewah yang melebihi dari satu....

Tak sabar nak tunggu untuk melihat jam tangan yang diambil oleh "China Doll" dijadikan tatapan umum. Ye lah...

Sebagai rakyaat negara ini kita juga perlu mengambil tahu samada khabar angin tentang kehidupan "seks liar" calon PM sekiranya Pakatan Rakyaat memenangi PRU 13 nanti adalah benar atau sebaliknya.

26 Jan 2012

Mengapa Pas Tak Bela Guru Ini???


26 JAN. 2012: Seorang guru Sekolah Jenis Kebangsaan Pasir Puteh, Yek Hock Soon, dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan 7 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu kerana merogol dan mencabul anak muridnya pada 2009. - UTUSAN/ROSNI MASRI.

Mengapa Pas tak tanya cukup ke saksi??? Beliau dibicarakan di mahkamah seksyen kerana bukan beragama Islam. Mengapa Pas tak minta beliau dibicarakan di mahkamah syariah??? Di zaman Rasullullah s.a.w. mana ada diskriminasi??? Majlis Peguam??? Ambiga??? Takcakap apa pun???

PKR Bakal Anjurkan Satu Majlis Wan Azizah Peluk Samsidar???


Bagus jugak tu... Boleh menangkis khabar angin yang selama ini mendakwa "hubungan" mereka berdua "renggang" sebab Samsidar adalah "kekasih gelap" Anwar.

Mungkin kerana PKR pun sudah lama terkenal sebagai parti "anak-beranak", apa kata jika naikkan Samsidar sebagai seorang lagi Naib Presiden PKR???

Gempar!!! Rosmah Memang "Belanjakan" RM 325 Ribu Untuk Beli Pakaian???

Pereka Australia Nafi Dedah Perbelanjaan Rosmah

PETALING JAYA: Pereka Australia, Carl Kapp pada Rabu membuat penjelasan mengenai dakwaan bahawa Datin Seri Rosmah Mansor membelanjakan A$100,000 (kira-kira RM325, 000) di Sydney semasa lawatannya ke sana baru-baru ini dengan 'kumpulan yang agak besar'.

Kapp menerusi kenyataannya menjelaskan, pembelian yang dibuat oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak itu dibuat bersama kumpulannya termasuk mereka yang terlibat dengan Festival Fesyen Islamik di mana beliau menjadi penaungnya.

"Saya ingin menjelaskan mengenai kenyataan saya berhubung kunjungan klien saya ini, saya tidak pernah nyatakan jumlah sebenar yang dibelanjakan di kedai saya.

"Pihak Datin Seri rosmah datang ke kedai kami dalam kumpulan yang besar dan semasa kunjungannya, pihak beliau termasuk kenalannya, pengerusi dan penganjur Festival Fesyen Islamik telah membuat pembelian berasingan dan pelbagai.

"Saya percaya Datin Seri Rosmah adalah penaung kepada festival fesyen itu," katanya menerusi kenyataan kepada Malaysiakini.

Komen Isac;

Orang homoseks ni sememangnya tidak boleh dipercayai agaknya. Ukwah mereka untuk "menyokong" rakan sealiran sememangnya begitu kuat...

Rupa-rupanya yang berbelanja RM 325 Ribu tu adalah kumpulan yang terlibat dengan "Festival Fesyen Islamik", pergi ke butik bersama-sama dengan Rosmah. Mak ai. Maksudnya lain kali kalau Nik Aziz menjadi PM, dan ketika beliau melawat ke luar negara bila isterinya shopping dengan ahli-ahli muslimat Pas yang lain maka kesemua jumlah pembelian tersebut bolehlah diandaikan isteri Nik Aziz yang beli. Mana punya Journalis lah agaknya ni ye??? Cap Ayam agaknya. Patutlah beliau pernah tersenarai sebagai antara 10 journalis paling teruk di Australia.

Teruk sungguh bahan rujukkan Pakatan Rakyaat ni.... Tahap langkang!!!









Pas Bakal Kekalkan Kelantan Dalam PRU 13??? Apa Kata Rakyaat Kelantan???

MOHD ZAILANI ABD RAHMAN
January 25, 2012

KOTA BHARU - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yakin Pas akan mengekalkan tampuk pemerintahan di Kelantan meskipun mendapat tentangan Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Mursyidul Am Pas itu berkata, beliau yakin keupayaan pemimpin Pas Kelantan yang sentiasa berusaha gigih walaupun berdepan dengan BN yang diketahui mempunyai sumber kewangan yang besar dalam usaha mereka merampas negeri ini.

“Boleh jadi kerana mereka ada duit banyak, maka mereka bercakap demikian, kami di Kelantan ini juga berusaha menentang sekeras-kerasnya Umno demi mempertahankan Kelantan ini,” katanya kepada media selepas melepaskan rombongan Kelantan Ride di pekarangan Kompleks Darul Naim, di sini hari ini.

Kelmarin, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika melakukan lawatan ke Kelantan, yakin BN mampu merampas kerajaan Kelantan dari Pas yang memegang tampuk pemerintahan lebih 20 tahun.


Komen Isac;

Pengundi-pengundi di Kelantan wajar menolak Pas yang dilihat gagal memegang amanah untuk membangunkan Kelantan selepas 21 tahun pemerintahan mereka.

Sampai bila masalah air mahu dideritai bersama???

Bagaimana pula dengan masalah sosial??? Walaupun digelar serambi Mekah, masalah Aids, penyalahgunaan dadah dan pelacuran tidak mencerminkan "gelaran" tersebut???

Bagaimana pula dengan umur TG Nik Aziz yang telah menjangkau 81 tahun, adakah ianya sunnah Rasullullah??? Memerintah pada usia yang sebegitu lanjut??? Fikir-fikirkan...






Sebagai Pemimpin Yang Kononnya Mewakili "Rakyaat", Adalah Wajar Penghakiman Liwat I & II Dijadikan Tatapan Umum!!!



KUALA LUMPUR: Penghakiman bertulis berhubung pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan masih belum siap, kata peguam Karpal Singh.

Karpal berkata perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh setiausaha hakim perbicaraan kes berkenaan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat pertanyaan tentang penghakiman itu kepada setiausaha hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini hari ini.

Kata peguam bela utama Anwar itu, seseorang hakim perbicaraan perlu memberi asas penghakiman bertulis dalam tempoh lapan minggu daripada tarikh notis rayuan difailkan, seperti yang disebutkan dalam Surat Pekeliling Ketua Hakim Negara.


Komen Isac;

Bukankah sebagai pemimpin "Anugerah Tuhan" yang kononnya mewakili rakyaat... Segala penghakiman bertulis beliau untuk liwat I & II juga wajar diberikan salinan pada setiap orang rakyaat??? Bahkan untuk video seks yang dikaitkan dengan beliau juga wajar ditatapkan kepada rakyaat untuk membuat keputusan.

Agar rakyaat juga boleh membuat keputusan ke atas keputusan Mahkamah Persekutuan semasa membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat Azizan pada tahun 2004, bila Mahkamah menegaskan “walaupun kami menemui bukti untuk mengesahkan Anwar & adik angkatnya Sukma terlibat dalam kegiatan homoseksual dan terdorong untuk mempercayai perbuatan liwat terhadap Azizan memang berlaku, tetapi Mahkamah hanya boleh mensabitkan Anwar & Sukma jika Pendakwaraya berjaya membuktikan kes tanpa sebarang keraguan”.


Untuk berlaku adil rakyaat juga perlu mendengar dari kedua-dua belah pihak dan melangkapkan diri dengan bukti-bukti yang selengkap dan sewajarnya.



25 Jan 2012

Liwat II: Cuba Nafikan Rayuan Saiful Sebab Nak Jimatkan Wang Rakyaaat???


Foto dinukil dari sini.

Pelik bunyinya apabila kes tersebut sebelum ini telah dengan sengaja dilewat-lewatkan melalui 69 penangguhan  dan 38 kali rayuan oleh tertuduh.

Adakah keadilan hanya penting buat Anwar dan kepada orang lain ianya boleh dinafikan???

Najib dan Anwar Tak Perlu Berdebat - Cuma Perlu Bersumpah Muhaballah???


Ada yang mencadangkan mereka berdua berdebat....

Kalau setakat padai "kelentong" nak buat apa???

Kenapa tak bersumpah muhaballah sahaja??? Najib dah bersumpah beberapa kali!!!

Anwar bila lagi??? Tak kan lah kita nak biarkan Malaysia diperintah oleh seorang yang kaki liwat dan kaki pompuan???

Sebelum pergi lebih jauh, bukan kah lebih elok "dibersihkan" segala macam tuduhan yang sudah terpalit???

Adakah Perlantikkan Dr Rani Sebagai Exco Tidak Diperkenan DYMM Sultan Selangor???


Kalau ya pun apa yang hendak dihairankan...Daripada tiga nama calon yang katanya diserahkan untuk persetujuan DYMM Sultan Selangor, nama Dr. Rani tidak terpilih. Walaupun hanya sebagai Exco Hal-Ehwal Istiadat Melayu pun tak layak???

Ayahanda DYMM Sultan Selangor pernah bertitah calon yang dipilih bukan sahaja perlu bersih tetapi mesti juga kelihatan bersih.

Memang pelik jika Pesuruhjaya Pas Negeri Selangor tidak terpilih. Apapun ianya adalah hak mutlak baginda Sultan Selangor untuk mengambil apa juga keputusan.

Yang pasti ianya suatu tamparan yang hebat buat Dr Rani dan juga Pas, kerana dilihat mempunyai seorang Pesuruhjaya negeri yang tidak "credible".

24 Jan 2012

Walaupun Anwar Tidak Mengaku, Tapi Capok di Muka Kelihatan Sama???






Bukankah lebih baik untuk beliau bersumpah muhaballah ??? Supaya kekusutan berpintal in terlerai...

Apa Motif Majlis Peguam Malaysia Menyokong Homoseksual, Lesbian dan Seks Bebas???


Adakah mereka juga sememangnya mengamalkan seks bebas??? Jestru perlakuan seks bebas dan songsang secara suka sama suka sanggup mereka sokong dan mendesak agar digubal undang-undang untuk menghalalkan perlakuannya???

Maksudnya anak2 gadis kita boleh disetubuhi dengan bebas asalkan mereka berusia lebih 16 tahun atas dasar suka sama suka??? Bahkan anak-anak lelaki kita juga??? Hubungan seks rambang yang menjurus kapada penyakit aids juga bakal dibolehkan???

Tidakkah kita sebenarnya menjurus kepada penyakit masyarakat yang kronik??? Kembali ke zaman jahillyah??? Bukan setakat mengamalkan seks songsang, malah ianya akan menggalakkan kelahiran anak-anak tidak sah taraf  dan merosakkan keturunan manusia. Anak anak yang lahir tanpa bapa atau tidak dapat dipastikan siapa bapa mereka....

Kalau PKR Memerintah Malaysia Selama 54 Tahun Sebagaimana BN, Parti Pembangkangpun Bakal Lenyap???


Mana tidaknya, selain bakal disaman beratus-ratus juta mereka yang tidak "sealiran" dengan mereka pasti akan disekat memasuki negara ini ataupun terus dilucutkan kerakyaatan mereka. Sesuatu yang bukan mustahil jika disandarkan kepada cadangan Feekah (S/U Khalid). Baru menguasai Selangor sudah mahu menghalang Ibrahim Ali daripada memasuki Selangor gara-gara kritikan yang sedikit pedas tetapi suatu kenyataan yang berlaku di negeri Selangor!!!

Bayangkan selama ini pemimpin-pemimpin Pakatan tidak putus-putus memfitnah dan menabur tohmahan terhadap pemimpin-pemimpin BN tanpa mengemukakan apa-apa bukti yang nyata. Yang pasti sekiranya mereka ini diambil tindakkan sebagaimana yang diusulkan oleh Feekah, pastinya kerajaan BN akan dituduh dengan bermacam-macam  tuduhan dan penghinaan seperti tidak adil, tidak telus, zalim, menindas, kononnya takut kepada kebangkitan rakyaat dan lain-lain lagi.

Mudah-mudahan rakyaat akan membuka mata....

Ketangkasan PDRM - Drama Tebusan Selama 5 Jam Berakhir, Kanak-Kanak Selamat!!!


KANAK-kanak perempuan yang menjadi tebusan seorang lelaki kurang siuman hampir lima jam di rumah keluarganya di Lorong Raja Muda Musa 6, Kampung Baru, Kuala Lumpur dibawa keluar selepas polis berjaya menumpaskan lelaki berkenaan. - Foto Mohd Yusni Ariffin. Jan 23, 2012 6:47 pm (Berita Harian)

PDRM begitu tangkas dan hebat, kanak-kanak yang dijadikan tebusan dapat diselamatkan.

23 Jan 2012

Guan Eng dan Keluarga Bercuti ke Itali Menaiki Kelas Business, Singapore Arlines???


Jika benar seperti apa yang dilaporkan, rakyaat wajar melihat betapa hipokritnya "Khalifah Omar Abdul Aziz" jelmaan Pas ini... Sumber klik sini.

21 Tahun Menjadi MB Harta Nik Aziz Boleh Menjangkau RM 20 Juta???


Sarapan pagi nasi berlauk dan ayam goreng RM 2.50, Air Milo RM 1.20. Total RM 3.70.




Tengahari, makan nasi bungkus semasa mesyuarat pentadbiran...Ditanggung beres... Ataupun makan di majlis-majlis jemputan formal.





Makan malam, makan di majlis-majlis kenduri.... Free.

Kalau hari-hari cuti tentu ada banyak jemputan kenduri juga....




Jestru, apalah nak dihairankan jika Nik Aziz memiliki beberapa puluh juta ringgit samada dalam bentuk tunai, hartanah ataupun harta-benda yang lain.

Yelah untuk menunaikan fardhu haji mahupun umrah sebagai ketua maupun pemimpin kanan kerajaan negeri selalunya sememangnya ada peruntukkan dan akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri maupun mendapat tajaan daripada mana-mana pihak.

Sudah 21 tahun beliau menjadi MB, sudah tentu telah banyak duit yang telah disimpannya. Kalau sebulan, gaji MP, Ahli DUN dan MB mungkin boleh mencecah nilai RM 30 ribu sebulan.

Itu semua belum termasuk elaun Pengerusi yang dipegang untuk syarikat-syarikat GLC milik kerajaan negeri Kelantan...

Wooo... Kaya....kaya....kaya... Kalau sebulan RM 50 ribu x 12 (bulan) x 21 (tahun) = RM 12.6 Juta. Kalau tolak perbelanjaan peribadi cuma RM 100 x 12 (bulan) x  21 (tahun) =  RM 25,200.00 sahaja sepanjang 21 tahun.

Patutlah beliau begitu sayang untuk lepaskan jawatan MB walaupun dah 21 tahun menjawat jawatan tersebut agaknya.... Jumlah asset di atas belum termasuk sekiranya beliau ada mewarisi harta pusaka maupun ada membuat pelaboran hartanah. Pastinya hartanah-hartanah tersebut telah meningkat harganya disebabkan taksiran nilaian semasa.... Kalau kena gayanya jumlah keseluruhan harta milik Nik Aziz mungkin boleh mencecah sekitar RM 20 Juta dan ianya bukanlah sesuatu yang mustahil.

Jika benar begitu, sebagai orang Melayu/Islam penulis pun tumpang gembira dan berbangga dengan beliau. Cuma harapan penulis semoga beliau dapat memberikan peluang kepada orang lain pula untuk menikmatinya. 21 tahun menjawat jawatan MB tu sememangnya suatu tempoh yang agak lama...

Belumpun Tawan Putrajaya - Belang Sebenar PKR Telah Semakin Kelihatan???


Berita penuh klik sini.

Bayangkan jika mereka berjaya merampas Putarajaya kelak, pasti "perpecahan" kerana berebut jawatan akan lebih dahsyat!!!

Inilah kononnya sebuah parti yang ihklas memperjuangkan hak rakyaat???

Ironinya mereka sebenarnya hanya memperjuangkan kepentingan "perut" masing-masing???

22 Jan 2012

Maklumat Tentang NFC Yang Didedahkan Oleh Rafizi Mungkin Palsu???


Mamat bekas pekerja NFC yang berikan maklumat kepada Rafizi (PKR) rupa-rupanya "kaki songlap" duit syarikat dan telah diberhentikan.

Jestru tidak menghairankan sekiranya "maklumat" yang diberikan lebih kepada cubaan untuk membalas dendam...

Apapun kita tunggu sahaja hasil siasatan SPRM.....

20 Jan 2012

Sambung Pasal Anak Tak Dapat Masuk MRSM!!!


Terimakasih di atas komen-komen dan nasihat para pengunjung. Anak kawan lelaki. Tingkatan 1-3 beliau belajar  di sebuah SMK Bistari di negeri Johor.

Salah satu sebab beliau tidak dapat memasuki MRSM untuk ke tingkatan 4 adalah kerana beliau telah terpilih untuk memasuki Sekolah Menengah Sains Sembrong di bawah kawasan Parlimen Dato Hishammuddin Tun Hussein.

Selain itu soalan peperiksaaan pemilihan untuk kemasukkan ke MRSM juga bukannya mudah. Penulis sendiri pernah mengambilnya pada tahun 1979 tetapi gagal. :)

Sekarang ini kemasukkan ke SBP dan MRSM telah dipantau dan dikoordinasi dengan baik supaya tiada pelajar yang ditawarkan tempat di kedua-dua institusi sekolah berasrama tersebut.

Penulis bersetuju dengaan pandangan pembaca bahawa sekolah berperstij tidak akan menjamin kejayaan seseorang pelajar, walaubagaimanapun suasana yang kondusif pastinya akan membantu. Lagipun "exposure" di sekolah sebegini boleh membantu menyediakan seseorang pelajar menghadapi "dunia kolej" dan seterusnya "dunia pekerjaan" mereka nanti.

Apapun kadang-kadang apa yang dirancangkan tidak menepati selera kita, selain bersyukur dengan apa yang ada kita juga perlu untuk mensesuaikan diri dengan keadaan. Mungkin anak penulis tidak akan ke Sembrong.

Nak Masukkan Anak ke MRSM Pun Susah Sangat!!!


Penulis mempunyai seorang anak tunggal.

Pada tahun 2008, keputusan UPSR beliau dapat 5A memohon memasuki tingkatan 1 di MRSM (2009), telah ditolak.
Tahun 2011, keputusan PMR mendapat 8A, memohon masuk ke tingkatan 4 di MRSM (2012) juga telah ditolak.

Apa komen pembaca???


Bagi Nik Aziz, PKR dan DAP Hanya Umpama Arab Jahiliyyah Bangsa Gasar Yang Tidak Bertamadun???


Mengambil sempena perjanjian Hudaibiyah di antara orang-orang Islam dengan Arab Jahiliyah... Apa yang orang Islam dapat? Faedahnya kepada umat Islam masatu cuma gencatan senjata, nak buat haji pun kena tangguh kepada tahun berikutnya...

Tapi pada jangka panjang berikut adalah di antara kebaikkan yang diterima oleh Islam;

-Berkembangnya syiar Islam.

-Kehidupan masyarakat aman dan damai.
-Pengiktirafan Rasulullah dan negara Islam di Madinah.
-Membuka jalan kepada pembebasan Mekah daripada Musyrikin Quraisy.
-Orang Islam dapat membuat perhubungan dengan kabilah Arab yang lain.

Mungkin semangat itu lah yang diambil oleh Nik Aziz.... Tapi senario di Malaysia sangat berlainan kerana negara ini sejak dahulu sememangnya diperintah oleh orang Islam. Perjanjian Pas dengan Pakatan sebenarnya lebih merugikan Islam samada pada masa sekarang apa lagi pada jangka panjang. Yang jelas, portfolio agama yang selama ini sinonim dengan  Pas pun telah dinafikan. Pas yang tidak bangga dilahirkan sebagai Melayu kini hanya menjaga adat-istiadat orang-orang Melayu. Fungsi kecil yang seperti merendah-rendahkan peranan Pas dalam pemerintahan negeri Selangor.

Jangan isu "merompak" wang zakat Selangor kembali berputik sudahlah. Apa tidaknya Baitulmal kini di bawah kuasa PKR.

Secara tak langsung juga, kepada Pas PKR dan DAP hanyalah ibarat Arab Jahiliyyah bangsa Gasar yang tidak bertamadun!!! Iaitu musuh yang nyata!!!

Nik Aziz kata, budak2 Melayu sekarang pemalas!!!


Ketua asyik tido..... Patutlah air paip kalau tak kotor... Paip tak keluar air....

19 Jan 2012

Shahrizat Saman Rafizi dan Zuraida RM 100 Juta - Jangan Guna Duit Zakat Selangor!!!


Bila seorang Menteri hal-ehwal agama mewakili Kerajaan Pusat yang disaman atas dasar tugasnya mendapat pembelaan daripada Baitulmal yang membiyai kos guaman, beliau dicerca kononnya beliau telah "merompak" duit zakat kerana kononny tidak termasuk di dalam 8 hasnaf yang boleh menerima zakat;

1. Fakir 5. Riqab                   5. Riqab


2. Miskin 6. Gharimin           6. Gharimin

3. Amil 7. Fisabillilah            7. Fisabillilah

4. Muallaf 8. Ibnu Sabil         8. Ibnu Sabil

Maklumat lanjut klik sini.

Ironinya sebelum ini kerajaan Selangor pernah mencadangkan supaya wang Baitulmal Selangor dapat digunakan oleh kerajaan negeri sehingga mendapat campurtangan DYMM Sultan Selangor.

Jangan mentang-mentang Dr Hasan Ali dah berjaya "disingkirkan", maka usaha yang "terhalang" sebelum ini akan cuba diteruskan, sudahlah.....




Punca Anak2 Melayu Malas Sebab Umno "Manjakan" - Depa Ni Pemalas, Salah Siapa Pulak???












Mengata orang memang sedap... Sendiri dek kerana asyik "tido", masalah air Kelantan selepas 21 tahun memerintahpun masih tak selesai-selesai....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3