bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

30 Apr 2015

PRK Permatang Pauh - Wan Azizah Wakili Pas Tapi Tolak Hudud???



Aneh bukan.....

Secara dasarnya Azmin dan Anwar tidak menolak GST!!!

PKR pula secara kolektifnya menolak Hudud!!!

Tiba2 kerana akibat tiada bahan kempen .......Wan Azizah terpaksa gunakan bahan tolak GST sebagai bahan kempen.

Apapun dalam masa yg sama beliau tetap tolak Hudud.

Hipokrit atau tak takutkan murka Allah s.w.t.???

posted from Bloggeroid

29 Apr 2015

PRK Permatang Pauh - Gempar!!! Wan Azizah Tarik Diri???

Dulu masa letak jawatan 2008...alasannya kata nak jaga cucu....

Eloklah tarik diri aje....

Umur pun dah semakin bertambah....Dah 7 tahun....Cucu pun dah bertambah tu....

Sumber klik sini.

27 Apr 2015

Guan Eng Setaraf Menteri BN - Naikkan Tarif Air Sebab Nak Elakkan Pembaziran???

Bila Menteri BN kata ....Subsidi gula dikurangkan sebab nak jaga kesihatan rakyaat....supaya X kena penyakit2 kronik seperti diabetik, sakit jantung, darah tinggi, buah pinggang, buta dan lain2.....pembangkang2 memainkan sentimen untuk memperlihatkan seolah2 pak2 menteri BN seperti orang bodoh atau cuba untuk memperbodoh2kan rakyaat.

Apabila menteri2 BN mencadangkan makanan lain kerana harga ayam naik, mencadangkan ke hospital2 kerajaan jika tidak mampu ke hospital swasta, mengatakan harga barang naik bukan sebab GST.....

Kononnya pak2 menteri BN tidak sensitif masalah rakyaat....kononnya mereka X perihatin....

Bila hutang negara meningkat mereka  menuduh konon berlakunya kitirisan....Mana mungkin negara yang kaya dengan sumber semula-jadi seperti Malaysia boleh mempunyai hutang sehingga beratus billion.

Jadi apabila Pulau Pinang sebuah negara di Khatulistiwa yang mempunyai purata hujan tahunan yang tinggi, malah mendapat bekalan air mentah yang murah dari negeri Kedah terpaksa meningkatkan tarif air sehingga hampir 17%, atas alasan mahukan rakyaatnya berjimat di dalam penggunaan air, adakah ianya sesuatu yang logik???

Kalau anda kata 2 X 5, so buat apa nak tukar??? ;)

Sumber klik sini.

Akibat Gila Kuasa - Permatang Pauh Bakal Bakal Terpinggir Lagi???



Jika wakil rakyaat yg dulantik hanya mahukan jawatan dan sebaliknya kebajikan
pengundi2 diserahlan kepada Umno/BN apa lah ertinya......

X cukupkah Kajang sebagai saksi?


posted from Bloggeroid

26 Apr 2015

Golongan Pertengahan Menikmati Pengurangan Cukai Individu Sehingga RM 19,350 Kerana GST???

Dalam pembentangan belanjawan yang lepas Kerajaan Malaysia menerusi menteri kewangan merangkap PM iaitu DS Najib, telah mengumumkan pengurangan kadar cukai individu dan perniagaan untuk cukai taksiraan tahun 2015 sebagai langkah persediaan perlaksanaan GST pada 1 April 2015 yang lalu.

Melalui perbandingan di bawah pengurangan cukai individu yang bakal dinikmati adalah di antara RM 50.00 sehingga RM 19, 350.00 bagi pendapatan bercukai di antara RM 10,000 sehingga RM 400,000 setahun.


Walaupun pengurangan pembayar2 cukai yang berpendapatan RM 3,000 sebulan mungkin rendah iaitu skitar RM300-RM 450 tetapi mereka menikmati BRIM 1M yang bernilai sehingga RM 950.00 setahun.

Dalam hampir kebanyakkan rakyaat mengeluh dengan perlaksanaan GST kerana lebih banyak barangan yang dikenakan cukai berbanding sistem cukai SST tetapi hakikatnya walaupun semua pengguna tidak akan dapat lari daripada membayar cukai GST, tetapi sebenarnya kerajaan telahpun memberikan subsidi mahupun insentif di dalam bentuk BRIM 1M ataupun melalui pengurangan cukai ndividu.

Tetapi telah menjadi resam dunia, apa yang didapati secara percuma kita akan kurang menghargainya.

Apapun penulis merasakan perlaksanaan GST masih boleh diperbaiki di mana pihak kerajaan boleh mengecualikan beberapa lagi barangan keperluan seperti pampers bayi dan pampers dewasa kerana ianya menggalakkan pengwujudan masyarakat yang bertanggung-jawab yang menyayangi anak2 dan golongan tua.

Malah makanan seperti tempe dan tahu yang mungkin merupakan alternatif protien kepada sesetengah golongan miskin wajar dikecualikan daripada GST!!!

25 Apr 2015

LHDN Sabotaj Kerajaan Malaysia???



Berhati2!!! Walaupun website LHDN menunjukkan kadar lebih rendah untuk pendapatan bercukai anda tetapi caj yang ditetapkan secara otomatik ketika anda  mengisi borang cukai LHDN secara online mungkin lebih tinggi.

Penulis menghadapi sendiri masalah ini. Walaupun pendapatan bersih yang dikenakan cukai sekitar RM 84,000.00 di mana sepatutnya ianya tertakluk di bawah sela pendapatan RM 70 -100 ribu dengan pendapatan selepas RM 70 ribu pertama cuma dikenakan cukai 21%, sebaliknya caj cukai yang dikenakan oleh LHDN adalah sebanyak 24%. Ianya sepatutnya adalah untuk pendapatan bercukai di dalam sela RM 100 - 150 ribu.



Dalam keadaan rakyaat merasa agak terhimpit dan tertekan dengan kenaikkan kos sara hidup yang semakin meningkat, harga petrol yg tinggi, nilai ringgit merosot, kuasa membeli semakin berkurangan serta perlu membayar GST, mereka pasti akan lebih sensitif apabila ada di antara jabatan/pegawai kerajaan yang melakukan kesalahan seperti ini.

Harapan penulis agar Kementerian Kewangan, DS Najib, DS Husni dan Datuk Ahmad Maslan dapat mengambil tindakan proaktif untuk memperbetulkan kesilapan ini.

Jangan disebabkan kesilapan orang tertentu kerajaan yang akan di persalahkan.

Rujukkan klik


UCAPAN TERIMAKASIH DAN PERMOHONAN MAAF BUAT LHDN DI ATAS MAKLUM -BALAS PANTAS YANG TELAH MEREKA BERIKAN.

Tarif cukai pendapatan 2015 dan 2014 sebenarnya ada  perbezaan kerana terdapat sedikit pengurangan disebabkan rakyaat bakal dikenakan cukai GST bermula 1 April 2015 yang lalu. (Sila rujuk komen2 yang ditinggalkan untuk artikel ini).

Senarai tarif cukai pendapatan untuk tahun 2014 adalah seperti di bawah;



Penulis sekali lagi memohon maaf kepada pihak LHDN di atas ketelanjuran penulis menuduh tanpa membuat siasatan terperinci terlebih dahulu. 

Penulis juga ingin mengucapkan ucapan terimakasih di atas pertimbangan yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia terhadap penurunan tarif cukai pendapatan kerana telah mengambl-kira cukai GST yang dikenakan. Teimakasih sekali lagi!!! 

Datuk Ahmad Maslan Tak Menipu Bila Mengatakan Dengan GST Harga Barangan Sepatutnya Lebih Murah???


Ye lah....dari segi matematik....jika berdasarkan kepada cukai 10-15% (SST) ditukar kepada 6% (GST) memang lah harga barangan sepatutnya jauh lebih murah. 

Tetapi.......kita juga perlu mangambil kira beberapa perkara seperti berikut;

1) SST X semua barangan yang kena tax.....Sebaliknya dalam GST cuma keperluan asas aje yang X kena, majoriti kena tax. Barangan yang lain semuanya kena tax.

2) Peniaga2 pulak ramai yang memang suka mengambil kesempatan. Lihat sahaja apabila harga petrol/diesel dinaikkan, harga barang pasti akan naik tetapi sebaliknya jika petrol/diesel turun harga barangan pun X turun harga malah kadang2 tetap naik. Jestru X boleh nak salahkan kerajaan sepenuhnya di atas kenaikkan harga barangan.

3) Walaupun cukai 6% boleh dituntut semula dari kastam tetapi para peniaga masih perlu melabur kepada softwares/hardwares untuk perkiraan dan resit GST. Pastinya ramai peniaga yang akan mengalihkan kos2 tersebut kepada pengguna. Ini belum termasuk lagi kos interest terhadap cukai 6% yg mereka terpasa dahulukan sementara menunggu tuntutan dipulangkan. Buat peniaga2 ini semua adalah sebahagian daripada kos perniagaan dan bukannya bersifat peribadi.

4) Tetapi bagi sesetengah peniaga yang pro pembangkang pula, tak perlulah disebut kaum mana yang mereka wakili, kerana nanti mereka akan melebel penulis sebagai rasis pula. 

Bagi mereka inilah peluang terhidang untuk membangkitkan dan menambah kemarahan orang ramai terhadap kerajaan. GST talah dijadikan sebagai alat berkempen dan untuk memancing undi....Mereka sememangnya sengaja mahu membakar perasaan dan sentimen agar penguna2 yang majoritinya adalah pengundi2 dlm PRU 14 nanti tidak teragak2 untuk memenangkan parti yang mereka sokong.....

Walaupun kerajaan mungkin tidak bertindak bijak apabila memperkenalkan GST pada waktu in, para penggua dan pengundi2  perlulah bijak apabila menggunakan kuasa mereka di dalam memilih kerajaan. Dengan hutang negara yang semakin meningkat dan pendapatan Petronas sebagai penyumbang kepada budget negara semakin menyusut GST pastinya antara jalan keluar yang sememangnya diperlukan oleh negara pada ketika ini.

Malah perancangan GST sebenarnya telah dibuat oleh kerajaan sejak DSAI masih lagi di dalam kerajaan dan memegang jawatan TPM/Menteri Kewangan.

Adakah mereka mahukan sebuah kerajaan yang ikhlas dan jujur di dalam membangunkan negara ataupun mereka mahu mereka yang hipokrit???

Soalan penulis adakah anda pasti GST akan ditarik balik jika pun Pakatan Rakyaat memenangi PRU 14 nanti???

Adakah janji2 mereka dalam PRU 13 dahulu telah mereka kotakan???

Ataupun adakah manifesto mereka tidak boleh dipegang kerana bagi mereka, "Manifesto bukan janji!!!"

Jesteru sebagai pengundi2 kita perlulah mengundi dengan bijak dan tidak membiarkan keputusan kita dipengaruhi dengan sentimen dan hasutan yang merugikan!!! 

24 Apr 2015

PRK Permatang Pauh - Pengundi2 Mahukan Seorang Penipu?



Foto (sebelah) tiada kena mengena dengan artikel berikut;

Wakil rakyaat yang pernah meletak jawatan MP Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada Anwar.

Yang pernah memfitnah kerajaan meracun Anwar dengan racun arsenik?

Juga pernah memfitnah Kerajaan Malaysia dengan mengatakan kononnya Anwar akan disuntik dgn virus HIV?

Menipu berkaitan jam omega suami?

Menipu akan ancaman bunuh di terima Anwar sehinggakan beliau terpaksa bersembunyi di kedutaan Turki?

Tak tahu lah apa lagi yang pernah ditipunya....

Pengundi2 Permatang Pauh perlu membuat keputusan!!!




posted from Bloggeroid

Haram Mengundi PKR di PRK Permatang Pauh!!! Apa Jadi Dengan Tahaluf Siyasi PAS???



Baru nak sedar???

Dah terantuk, baru nak tergadah???

Bila kita tak cerdik....Memang akan selalu kena tipu.....

Sumber klik sini.

23 Apr 2015

PAS Boikot PKR di Permatang Pauh - Bukti Hadi Anak Jantan???


Selama ini PAS tergamak melabel Umno sebagai Kafir apabila di lihat seperti tidak menyokong Hudud yang dicadangkan PAS.


Kini apabila rakan sekutu mereka, Anwar Ibrahim secara tarang-terangan bertegas PKR menolak Hudud, PAS dan akan bertindak-balas dengan memboikot PKR di dalam PRK Permatang Pauh, pastinya ianya membuktikan bahawa PAS konsisten di dalam usaha mereka menegakkan Hudud. Syabas TG Hj Hadi!!!

Sumber klik sini.

21 Apr 2015

Mengapa Anwar Mahu Guna Mahkamah Dalam Kes Liwat Beliau Tapi Tolak Hudud???

Pelik bukan???

Seolah2 cuma mahu berselindung....

Nak mengelak hukuman...

Inikah pemimpin yang kononnya mahu memartabatkan Islam???

Pemimpin Muslimah yang kononnya menonjolkan peribadi dan maruah Islam dengan bertudung litup???

Jangan sesekali dibiarkan Islam disalah-tafsir angkara perbuatan rakus sesetengah umatnya yang hanya pandai berpura-pura....

Sumber klik sini.

20 Apr 2015

Alfonso De AlBurke Pernah 3 Kali Melakukan Cubaan Untuk Menculik Jenazah Rasullullah???

Tengoklah mcm mana orang Kafir bekerja.....Mereka bagus dalam perancangan...ada strategi jangka pendek dan panjang malah ada misi dan visi. Begitu hebat dalam perlaksanaan....

Berapa kerat dari kita yg tahu bahawa Alfonso De Alburke yang menakluki Melaka 1511, telah berperang dengan dunia Islam sejak sebelum menyerang Melaka lagi. 

Betapa mendalam dan bencinya beliau kepada Islam. Malah selepas menawan kota Melaka beliau telah menakluki Kota Aden di Yaman, selepas itu beliau meneruskan pelayaran ke Jeddah dan telah melakukan 3 kali percubaan untuk menculik jenazah Rasulullah s.a.w. dari kota Madinah untuk di jadikan tebusan bagi tawar menawar dengan pemerintah Arab. Tetapi sebanyak tiga kali juga beliau gagal di sebabkan dibadai oleh ribut taufan. Ini menyebabkan beliau merasai bahawa Tuhan tidak merestui tindakan beliau itu. Pada 1515 beliau telah berjaya menawan Hormuz dengan bantuan 

Beliau juga pernah mencuba untuk memesongkan aliran sungai Nil, demi untuk mengkering-tanduskan bumi Mesir yang ketika itu berada di bawah pemerintahan empayar Uthamaniyyah, Turki. Pada 1521, seorang rakan Alfonso, António Correia, pula telah berjaya menakluki Bahrain. 

Betapa perancangan jahat mereka begitu tersusun dan terancang......

X hairanlah jika ada pihak yg mendakwa, Alfonso De Alburqe yang dicatatkan oleh sejarah sebagai mati di laut oleh angkara lanun pada 1515 sebenarnya telah mati dalam satu pertempuran dengan tentera kerajaan Islam Monghul di India kerana membalas perbuatan jahat beliau ke atas dunia Islam termasuk telah mengakibatkan kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka 1511.

Walaupun perancangan jahat Alfonso di Semenanjung Arab gagal, tetapi kesatuan negara2 Eropah di bawah panji2 Perang Salib tidak berputus-asa meneruskan serangan mereka kepada dunia Islam. Selepas kekalahan empayar Uthamaniyyah dlm peperangan dunia pertama, dan selepas Empayar Uthamaniyyah tersebut runtuh dan Turki di ambil alih oleh Mustapa Kamal Antartuk, wilayah2 di bawah jajahannya di Asia dan Afrika telah terlepas kepada penjajah2 Eropah. Secara tidak langsung peperangan dan penaklukan yang sambung oleh Alfonso De Alburke telah diteruskan oleh negara2 Kristian dan akhirnya mereka telah berjaya meruntuhkan empayar dan kerajaan Islam Uthmaniyyah malah ramai berpendapat bahawa Mustapa Kamal Antartuk merupakan barua barat yang merosakkan Turki dari dalam

Yang peliknya dan seolah2 tidak pernah belajar dari sejarah, di Malaysia dakyah Kristian seolah2 dibiarkan menyusup masuk ke negeri Selangor tanpa halangan, di mana beberapa tahun dahulu exo agama Islamnya dari parti PAS yang cuba untuk membenteras kegiatan ini telah dipecat bukan sahaja daripada jawatan exco malah juga keahliannya daripada parti Islam tersebut.

Ke mana sebenarnya arah tuju Pakatan Rakyaat dan PAS??? Mengapa dibiarkan dakyah Kristian berleluasa tanpa sekatan sekatan di Selangor???

Dah macam kerabat Alfonso De Alburqe

Ironi bukan???

Sumber klik sini, sini dan sini.

19 Apr 2015

Mat Sabu - Pas Peroleh Kuasa Walaupun Gadai Hudud???



Yang penting dapat kuasa???

Walaupun sekutu menolak hudud dan mengamalkan dasar anti Melayu/Bumiputera....anti Islam yang penting dapatkan kuasa dulu dan singkirkan Umno.....

Sumber klik sini.

17 Apr 2015

DAP Dengki Ketuanan Melayu Dalam BN - Sebaliknya Tegakkan Ketuanan Cina Dalam PR???


Memang lah DAP "Tuan" dalam Pakatan Rakyaat....

Dah memang mereka majoriti....

Sendiri mau ingatlah.....

Sumber klik sini.

16 Apr 2015

Gempar!!! Nizar Bakal Masuk DAP???



Dengar khabar angin Nizar ni sepupu dengan Ngah dan Ngeh (DAP Perak)....

Jadi taklah pelik sangat pun kalau dilihatkan kepada situasi di sini.

Yang bawah ni sorang lagi yang berpotensi untuk jadi calon DAP....




15 Apr 2015

Perang Tun Mahathir Vs DS Najib Dah Tamat???



Jika benar Alhamdulillah.....Jika tidak semoga Allah S.W.T. gerakan hati2 mereka untuk berdamai. Ameen


posted from Bloggeroid

14 Apr 2015

Antara Jam Tangan Mahal Pak Menteri dan Suit Mewah Buat Pembantu Peribadi???


Kecoh kononnya beberapa pemimpin negara memakai jam berjenama yang berharga puluhan hingga ratusan ribu seutas.

Tapi jika nak dibandingkan dengan harga suit/blazer jenama Brioni  berharga mencecah USD7,700 atau bersamaan RM24,000.00 yang pernah dihadiahkan oleh Anwar kepada Saiful ....apa lah sangat ya tak...... Sumber klik sini.

Bayangkan jika ketua pembangkang boleh menghadiahkan seorang "coffee boy"  baju yang sebegitu mewah...... 

Apakah agaknya yang mampu dibeli untuk dirinya sendiri.....

13 Apr 2015

Standard Pemimpin Malaysia - PR Berpecah!!! Pemimpin2 Umno Pula Bergasak Sesama Sendiri???


Pemimpin2 Umno pun dah tunjuk belang masing2X!!!

Bila tengok lawan/PR dah lemah.....

Anwar dah masuk penjara....

Hj Hadi ditolak PKR dan  DAP....

PASMA dah nak ganti PAS....

Pemimpin2  Umno dah mula nak bergasak sama sendiri pula!!! 

Mungkin atas sebab nak rebut kuasa....

Kerana mereka sudah yakin siapa menerajui Umno akan jadi PM selepas PRU 14 nanti???

Nasihat penulis....

Janganlah sekali lupa bidalan Melayu, "Pelanduk selalu terlupakan jerat, tetapi jerat tidak sesekali akan melupakan pelanduk".

Adakah kita mahukan peristiwa kejatuhan kegemilangan Melayu Melaka 1511 berulang???

Mahukah kita sebuah lagi negara "Singapura" terbentuk di Nusantara???

Waliyazubillah......

12 Apr 2015

Ahmad Maslam Memang Bangang???



Maaf Tok Mat...... Trick nak tarik pengunjung........

Kesian Tok Mat....kenyataannya selalu diputar-belit.....

Biasalah Tok.....Kalau bukan kaki putar-alam bukan Pakatan Rakyaat namanya......

Mengapa Tok Mat selalu jadi sasaran mereka???

Mereka sebenarnya takut denga kerdibiliti Tok Mat......

posted from Bloggeroid

10 Apr 2015

Mahfuz Guna Taktik Liwat 1 Untuk Kaitkan Najib Dengan Altantunya???

SHAH ALAM - Sirul Azhar Umar tidak tahu menahu malah tidak bersetuju sama sekali dengan tindakan pihak tertentu membawa ibunya, Piah Ahmad berjumpa Tun Dr Mahathir Mohamad, kelmarin.

Peguamnya, Hasnal Rezua Merican berkata, bekas koperal polis itu turut merayu kepada semua pihak supaya tidak mengeksploitasi kesnya untuk kepentingan mereka kerana itu boleh menjejaskan proses perundangan yang sedang dihadapinya di Australia.

Sumber klik sini.





Seolah2 ulangan pertemuan Tun Mahathir ketika bertemu Azizan pemandu DSAI sehingga mengakibatkan Anwar dipecat dari  semua jawatan dalam kerajaan dan parti pada tahun 1998.

Sumber klik;
http://www.anwaraidc.com/2011/10/penjelasan-dr-mahathir-tentang-salah-laku-moral-anwar/

7 Apr 2015

Bukti Machai Pakatan Rakyaat Kuat Fitnah!!!



Dah tentu2 pengumuman naik/turun petrol/diesel cuma dibuat pada setiap  1 haribulan pada setiap bulan.


Saman Aje Malaysia Insider Sampai Bankrap!!!



Tu je la..
1. maki / fitnah / buat salah
2. Rakyat jelata termakan hasutan
3. UMNO / Perkasa / org melayu desak ambil tindakan
4. Pelaku mintak mahap
5. Kes ditutup
6. Rileks jap kasi reda
7. Ulang balik point 1 dan seterusnya

Nukilan dari whatapps group.

Pakatan Rakyaat kononnya nak tiru sangat Singapura.....

Tapi marah pulak kalau mereka disaman sampai bankrap......
posted from Bloggeroid

4 Apr 2015

PRK Permatang Pauh - Tanpa PAS Dapatkah PKR Kekalkan Kerusi ???

Lim Kit Siang kata.....

Kalau tidak kerana sokongan undi Cina, pemimpin2 PAS X akan menang sebagaimana sekarang.... Jestru PAS hanya umpama, "melukut di tepi gantang".

Pemimpin2 nya nak menangpun harapkan sokongan undi Cina.....

Kononnya tanpa PAS, Pakatan Rakyaat sama sekali tidak tergugat....

Jestru PAS perlulah menggugurkan Hudud sebagaimana yang diarahkan oleh DAP....

Jadi apa kata PAS jangan turunkan jentera pilihanrayanya di PRK Permatang Pauh untuk bekerja buat PKR???

Apa kata sebaliknya kerahkan pula jentera pilihanraya, penyokong2 dan pengundi2nya menyebelahi calon Umno pulak....

Kita nak tengok ada atau tidak implikasinya...... Kita nak tengok benarkah apa yang dikatakan LKS bahawa tanpa PAS pun PR X ada masalah.....

Ada berani????

Sumber klik sini.

3 Apr 2015

Gempar!!! Berbelanja Tanpa Resit X Perlu Bayar GST??



Pastinya ada sesetengah kedai mamak ataupun mana kedai2 lain yg mengutip GST .....tetapi ada yang X sampai pun kepada kerajaan.....

Penulis sendiri pun pernah mempunyai pengalaman di bengkel servis kereta...di mana gadis yg menerima bayaran mengatakan sekiranya resit diperlukan tambahan 6% bayaran diperlukan untuk sales tax.

Itu di zaman SST. Jadi penulis X terperanjat jika ianya masih berlaku sekarang/di  zaman GST.

Lebih ironi bila cukai GST dikutip tetapi ianya tidak sampai kepada kerajaan.

Telcos Sudah!!! Bank Bila Lagi???



Syarikat2 Telcos sudah bersetuju memberikan tambahan nilai 5% bagi setiap charge 6% GST.

Bank2 di Malaysia wajar mengambil tindakan yang sama dengan menyerap kos2 GST terhadap perkhidmatan yang mereka berikan terutamanya cukai GST 6% terhadap pengguna2 perkhidmatan MEPS.
posted from Bloggeroid

2 Apr 2015

GST Bukti Kerajaan BN Zalim???


Kenapa perlu kerajaan kenakan GST?

Sebab kerajaan zalim???

Negara dah nak bankrap ke???

Sebab banyak sangat bagi subsidi???

Kalau penulis cakap banyak nanti ada orang marah.....Tapi demi kebenaran cakaplah jugak....

Sebab sebenar kerajaan perlu adakan GST adalah kerana selama ini peniaga2 dan syarikat2 selalunya akan "under declare income" mereka supaya cukai perniagaan/koperat yang dikenakan terhadap mereka rendah. Atau dalam bahasa mudah, "lari daripada membayar cukai" ataupun kurang bayar cukai!!!

Saban tahun Kerajaan akan rugi berbilion ringgit!!! Tetapi kos pentadbiran semakin meningkat....Kos pembinaan infrastruktur and selenggara meningkat...Subsidi....meningkat sebab rakyaat semakin bertambah.....Jumlah kakitangan awah sahaja telah menjangkau 1.4 juta orang. Tetapi dalam masa yang sama ketirisan berlaku di dalam sistem kutipan cukai.

Jadi tidak hairanlah mengapa ada ura-ura daripada DAP bahawa mereka akan mengurangkan kakitangan awam sekiranya mereka mengambil-alih Putrajaya kelak!!!

Mungkin kerajaan Malaysia X cukup tegas!!! 

Sepatutnya kerajaan Malaysia perlu lebih tegas macam Kerajaan Singapura!!! 

Kena garang !!! Barulah rakyaat takut nak langgar peraturan.

Penjawat2 awam yang diberi amanah seperti incometax dan kastam perlulah buat kerja dengan lebih baik!!!

Tangkap dan hukum sesiapa sahaja yang membuat salah, lari daripada bayar cukai dan bukannya sekadar menangkap rakyaat biasa yang makan gaji dan ada slip gaji sahaja yang kena bayar cukai sebab mereka memang X boleh nak lari!!! 

Cuba gunakan kreativiti dan tumpukan kepada golongan2 yang berisiko tinggi lari daripada membayar cukai!!!

Walaupun kerajaan Singapura mengenakan GST, income tax juga kena bayar, mereka X perlu beri subsidi. 

Kerajaan Singapura kaya. Gaji Menteri2nya pun berjuta Dollar Singapura setahun. Mungkin itulah di antara faktur yang membuatkan mereka lebih maju berbanding kita dan rakyaat mereka begitu takut dan taat kepada pemerintah. Malah pemimpin2 pembangkang akan dipenjara, disaman sehingga bankrap dan dilucutkan kerakyaatan sekiranya melawan kerajaan.

Sewajarnya kita kena lebih tegas. X buat kerja ganti orang lain. Buat salah denda!

Juga banyak berlaku nya kegiatan "black ekonomi"....Mereka ni memang X bayar cukai!!! Kalau rakyaat perihatin....Mereka ini juga boleh ditangkap. 

Sebagai contoh, di bandar2 kecil, adakah penduduk tidak kenal siapa tokey judi kuda? Bapak ayam? Ah Long? Penyeludup??? Pengedar dadah? Gangster??? Pencuri subsidi diesel??? Menjual barangan bersubsidi kepada bukan kumpulan sasar???? Mungkin polis pun kenal mereka....

Tetapi kenapa X report dan tangkap mereka??? Takkan pentadbiran harian dan penguatkuasaan pun nak tunggu Pak Menteri??? 
Sejak sistem 2 parti diperkenalkan sekitar 2004, rakyaat kita semakin manja. Mentang2 ada sahaja pihak yang akan membela mereka demi survival politik.

Kena saman AES dan trafik pun X nak bayar.....ada sahaja yang membela.....Manja sangat orang2 kita dan kurang bertanggung-jawab. Tapi berangan-angan nak jadi negara maju....dalam masa yang sama mengharapkan orang lain jaga kebajikan kita....

Daripada pemerintah, pembangkang sampai lah ke rakyaat semua X boleh pakai!!!

Semua kena memainkan peranan....Baik pemerintah, rakyaat dan pembangkang. 

Pemerintah jangan boros dan dilihat boros!!! Juga kena tegas dan jangan "lembik"!

Rakyaat kenalah bekerja-sama dan menjadi "mata dan telinga" pemerintah supaya undang2 dapat dilaksanakan!!!

Kakitangan awam perlulah jalankan amanah! Bersedia untuk ditukar jika gagal!!!

Pembangkang pula, janganlah asyik kerjanya membangkang walaupun sesuat dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan adalah sesuatu yang baik!

Kita perlu bermuhasabah diri, untuk membina sebuah negara bangsa yang baik. Kita semua perlu berubah!!!

Lihat sahaja Singapura, mereka akan berbuat apa sahaja termasuk memencil dan mengenepikan sesetengah kaum, pemimpin2 pembangkang, termasuk menyinggung perasaan dan hak negara jiran demi membina sebuah negara yang kuat.

Kita X perlulah menjadi begitu "Kiasu" tetapi setidak2nya bersatulah untuk membina sebuah negara yang kuat dan bukannya berpecah belah!!!

Sebagai contoh GST tidak perlu, jika semua orang memainkan peranan masing2!!! Jika kakitangan awam yang bertanggung-jawab melakukan tugas mereka dengan baik dan jika rakyaat pula menjadi mata dan telinga pemerintah.



1 Apr 2015

Wayang Anwar di Penjara Dah Mula Balik???



Setakat ini empat orang doktor pakar disediakan untuk merawat Anwar.


Anwar telah diberi perhatian termasuk diberikan katil khas dan tandas duduk.

Ahli keluarga dibenarkan berjumpa Anwar setiap bulan manakala peguamnya pula pada setiap minggu.  



Sumber klik sini. 




Komen Isac;


Nampaknya pihak Kerajaan Malaysia masih X serik kena tipu dengan Anwar.

Sebagaimana yang Dato' Zulkifli bekas peguambela Anwar pernah nyatakan. Jangan percaya dengan tipudaya Anwar lebih2 lagi di dalam penjara...

Mengapa peguambela perlu berjumpa beliau seminggu sekali sedangkan kes beliau telah tamat???

Adakah kerana mereka ini menyampaikan maklumat ataupun strategi2 bagaimana mahu mengeluarkan taktik dan tipu-daya untuk memfitnah pihak penjara dan kerajaan???

Adakah peguambela2 dan keluarga mereka diperiksa???

Bukankan banduan tidak boleh berhubung secara fizikal dengan banduan???

Adakah pihak penjara menguat-kuasakannya???

Janganlan kesalahan yang berlaku sekitar hujung tahun 90an dan awal 2000 diulangi....

Dekat luar sihat siap boleh menari malah boleh "dot.dot.dot"... Baru masuk penjara beberapa hari macam2 cerita dan alasan dikeluarkan untuk meraih simpati...

Mengapa Anwar mendapat layanan istimewa berbanding banduan2 yang lain???


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3