(GAMBAR atas) pemain negara kecewa selepas gagal melayakkan diri ke pusingan seterusnya bagi perlawanan kelayakan Piala Dunia FIFA 2014 Zon Asia. (Gambar bawah) Pemain Singapura meraikan kejayaan mereka melayakkan diri apabila wisel penamat di tiup di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi. - FOTO Osman Adnan. Jul 28, 2011 11:39 pm
KETUA pasukan dan penyerang negara, Mohd Safee Sali dikawal ketat pemain pertahanan Singapura, Mustafic Fahrudin dalam perlawanan pusingan dan peringkat kedua kelayakan kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia antara Malaysia dan Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi. - FOTO Mohd Yusni Ariffin. Jul 28, 2011 9:47 pm
PULUHAN ribu penyokong Harimau Malaya memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyaksikan perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 antara Malaysia dan Singapura malam ini. - Foto Yazit Razali
Jul 28, 2011 9:10 pm
Wajah penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat menceritakan kesudahan perjuangan Harimau Malaya apabila seri 1-1 (agregat 4-6) dengan Singapura pada kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Nasional
Bukit Jalil, malam tadi.
Penyerang kembar kepada Safee Sali, pemain Harimau Malaya yang diketepikan kerana kecederaan Norshahrul Idlan Talha ditenangkan oleh isterinya ketika menonton perlawanan semalam dari bangku penonton.
Komen Isac;
Tahniah buat Singapura kerana berjaya melangkah kepusingan ketiga, walaupun kemenangan tersebut mereka perolehi hasil menggunakan 5 tonggak "import" dan "tipu-muslihat" iaitu melambat-lambatkan permainan... Apapun itu adalah strategi mereka, lagipun itulah kehidupan sebenar di luar sana, kita sendiri perlu bijak kerana "musuh" akan berbuat apa sahaja untuk "mengalahkan" kita. Jestru jangan alpa dan gunakanlah juga segala kelebihan yang kita ada, "tipu-muslihat", perancangan serta strategi yang ampuh untuk berjaya!!!
Buat Harimau Malaya, anda belum "cukup baik"!!! Itu adalah hakikat!!!
Datuk Raja Gopal juga wajar dipersalahkan, bukan bermaksud untuk digugurkan tetapi sebagai teguran.
Siri kelayakkan Piala Dunia bukannya seperti perlawanan Piala Suzuki AFF maupun kejohanan-kejohanan lain di mana perlawanan-perlawanan diatur secara liga. Sesuatu pasukan boleh melakukan kesilapan kerana peningkatan dalam perlawanan-perlawanan seterusnya berupaya menutup kesilapan terdahulu.
Tetapi kelayakkan Piala Dunia memerlukan pemain-pemain supaya sentiasa bersedia!!! Jika pembaca masih ingat, pada kelayakkan Piala Dunia 1990 di mana skuad kita telah mengalahkan Korea Selatan di Kuala Lumpur hasil jaringan Dollah Salleh melalui tandukkan, dalam perlawanan timbal-balik di Seol, Korea Selatan keseluruhan skuad yang kalah di Kuala Lumpur telah mereka gugurkan dan diganti dengan pemain-pemain lain. Hasilnya mereka menang dengan jaringan yang besar dan kita telah kempunan ke pusingan seterusnya.
Apabila jurulatih Ong Kim Swee "menunjukkan" kepada kita bahawa 9 pemain senior yang "diketepikan" dari skuad Nasional, telah bermain dengan baik untuk Pilihan Malaysia ketika menentang Chelsea tempohari, sewajarnya ia dijadikan berita baik buat skuad negara. Ini kerana mereka dilihat mampu mengisi kekosongan skuad Nasional sekiranya diperlukan. Walau bagaimanapun setelah melihat pertahanan pasukan utama negara "gagal" berfungsi dengan baik ketika menentang Arsenal, Liverpool mahupun perlawanan pertama menentang Singapura di Jalan Besar, kita masih tidak mahu belajar daripada kesilapan lalu.
Perlu diingat Muhammad Muslim, Fadli Sas dan Mahali Jasuli sebenarnya mungkin telah "burn out" kerana mereka telah tidak henti-henti bermain dalam Liga Malaysia, bersama skuad Olimpik mahupun pasukan utama Harimau Malaya. Jestru apabila tanda-tanda sebegini telah dilihat sewajarnya bekas pemain-pemain senior yang menunjukkan kesungguhan dan berada pada tahap prestasi baik seperti Nurhafiz Zamani Misbah, Subramaniam, Amri Yahya dan lain-lain bekas pemain senior lain, yang wajar diberikan peluang. Pemain yang tidak cergas sepenuhnya seperti Aidil (Zafuan Abdul Radzak) walaupun merupakan pemain paling berpengalaman skuad negara ketika ini, wajar direhatkan kerana sebarang kecederaan lain bakal menambah-burukkan kecederaan sediada beliau ia juga boleh merencatkan prestasi skuad negara.
Belajarlah dari kesilapan lalu, untuk lebih berjaya kita tidak boleh terlalu sentimental, sememangnya kita berterimakasih kepada jujulatih dan skuad yang telah membawa pulang Piala Suzuki AFF dan skuad yang memenangi pingat emas sukan Sea sebelum ini. Walaubagaimanapun perjuangan skuad Harimau Malaya bukan hanya terletak kepada skuad sediada, kini kita ada banyak pilihan pemain jestru gunakanlah peluang ini sebaik-baiknya. "Jangan dah terantuk baru nak tergadah".
Harapan penulis, jangan diulangi kesilapan yang sama, dalam skuad Olimpik Harimau Malaya!!! Harimau Malaya perlu bangkit!!!