Satu Perlawanan Epik yang bakal menjadi bualan selama beberapa dekat yang akan datang...
SINGAPURA 29 Nov. - Malaysia mempamer karakter hebat ketika membenam penyandang juara, Singapura 3-1 di Stadium Nasional, Kallang sebentar tadi untuk melangkah ke separuh akhir Piala AFF Suzuki.
Selepas kedudukan terikat 0-0 pada babak pertama, Malaysia tampil dengan aksi lebih kemas di separuh masa kedua dan berjaya membuka jaringan menerusi Safee Sali pada minit ke-61.
Bagaimanapun tuan rumah mengejutkan Harimau Malaya apabila berjaya menyamakan kedudukan, 22 minit kemudian selepas Mohammad Khairul Amri Mohammad Kamal menolak bola muntah yang gagal ditepis kemas oleh penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat.
Terdahulu sepakan percuma tersebut sepatutnya tidak diberikan kerana ulang tayang menunjukkan pemain Singapura yang memaut pemain Malaysia tetapi sebaliknya membuat simulasi seolah2 beliau dikasari.
Selain itu perlawanan ini banyak dicemari dengan simulasi2 pemain2 Singapura yang cuba menarik simpati pengadil daripada Oman.
Ketika permainan kelihatan hampir akan tamat dengan kedudukan 1-1, Mohd. Safiq Rahim menggembirakan penyokong Malaysia apabila meletakkan pasukan negara kembali di depan ketika menuju waktu kecederaan menerusi sepakan penalti selepas Amri Yahyah dijatuhkan pertahanan lawan dalam kotak penalti. Walaupun pemain2 Singapura mendakwa Amri tidak dapat menanduk bola hantaran silang tetapi hakikatnya beliu telah ditolak di dalam kotak penalti sehingga menafikan peluang pasukan negara untuk mendapatkan gol. Jika sebelum ini pengadil dari Oman dikecam oleh peminat2 tempatan kerana telah membuang Gary Steven Robart dalam perlawanan menentang Myanmar kini pastinya beliau dipuji kerana berani memberikan sepakan penalti kepada Malaysia dihadapan ribuan penyokong2 Singapura ketika masa permainan resmi berbaki kurang dari 2 minit.
Ketika Singapura ghairah untuk mencari gol penyamaan dengan semua pemainnya diarahkan naik ke kawasan padang pasukan negara, pasukan negara mengatur serangan balas dan pemain veteran, Indra Putra Mahyuddin menyempurnakan gol ketiga melalui sepakan leret "secukup rasa" ke arah pintu gol yang ternganga untuk kemenangan 3-1.
Malaysia melayakkan diri ke separuh akhir selaku naib juara Kumpulan B, mengiringi Thailand yang dinobat sebagai juara selepas menumpaskan Myanmar 2-0 dalam satu lagi perlawanan di Stadium Jalan Besar. Sumber TV 09, Foto (Kredit kepada "The Malaysian Insider") dan klik sini.
Walaupun berbagai helah yang diginakan oleh Singapura ketika perlawanan menentang Myanmar penyokong2 kita tidak dibenarkan menyeberang Tambak Johor, pemain2 negara tidak dibenarkan berlatih di Stadium Nasional Singapura selepas dua perlawanan awal bermain di stadium rumput tiruan, dalam perlawanan menentang Singapura ini pula cuma 2500 tiket diberikan untuk penyokong2 Malaysiam dan di dalam perlawanan tersebut pemain2 Singapura banyak melakukan simulasi kononnya mereka dikasari. Apapun perancangan Allah s.w.t melebihi percaturan mereka.
Sewajarnya AFC mengambil berat atas perkara2 ini dan tidak membenarkan Singapura menjadi tuan rumah di masa akan datang sekiranya mereka tidak berubah. Bahkan, apa logiknya perlawanan kejohanan yg besar dijalankan di atas padang sintetik dan mempunyai kapasiti penonton yang terlalu rendah iaitu sekitar 55,000 dan 8,000 penonton.
Tahniah buat skuad Harimau Malaya dan terimakasih rakyaat Malaysia di atas doa anda semua!!!
Teruskan doa dan sokongan anda kerana penulis percaya pasukan kita ini mampu untuk melangkah ke final dan seterusnya menjuarai Piala AFF untuk kali kedua!!!