bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

31 Jul 2013

Pemilihan Kepimpinan DAP dan PKR Diseliputi Penipuan - Apa Kata BERSIH???

Siasatan ROS terhadap penyelewengan pengiraan semula undi bagi pemilihan jawatankuasa pusat parti DAP yang diadakan Januari lalu mendapati beberapa perkara yang masih tidak terjawab dan tidak jelas.

Dalam pengiraan semula tersebut, kita telah menyaksikan penambahan dan pengurangan jumlah undi yang begitu drastik bagi beberapa individu serta tidak menepati hukum kebarangkalian matematik. Selain itu, DAP juga masih tidak mampu memberi jawapan kepada ROS tentang kenapa 753 orang yang layak mengundi tidak mendapat notis pemilihan.
ROS setakat ini tidak berpuas hati dengan penjelasan DAP sekali gus membuktikan bahawa DAP telah menipu ahli-ahlinya sendiri dalam pemilihan CEC.

Tindakan DAP memanipulasi undi CEC mengundang pandangan sinis rakyat. Kita sedia maklum bahawa ‘ketelusan’ dan ‘kecekapan’ menjadi slogan utama parti itu dalam menentang Barisan Nasional. Kononnya, BN tidak cekap dan tidak telus dan hanya DAPlah yang paling cekap dan telus. Malah, DAP juga telah mempertikaikan keputusan PRU-13 lama sebelum PRU tersebut diadakan lagi atas alasan BN tidak telus.

Untuk itu, DAP telah bekerjasama dengan BERSIH untuk ‘membersihkan’ sistem PRU, kononnya.

Ironinya, pemilihan DAP sendiri terbukti tidak bersih, tidak cekap dan tidak telus. Dan imej ini akan terus kekal terpahat di dahi DAP sekiranya parti ini tidak bijak menangani isu ini.

Sumber klik sini.


Komen Isac;

Malah jika pembaca2 masih ingat... Pemilihan pucuk pimpinan PKR dahulu pun penuh dengan kekecohan... Bergaduh...Baling kerusi..pengundi2 hantu...Mengundi lebih sekali... Malah selain mengundi lebih sekali... Jumlah yang keluar mengundi cuma 10% berbanding bilangan ahli yang didakwa sekitar 400 ribu orang...

Bersih yang "kotor" dan penipu....

Suaram Main Wayang Lagi - Tolak Jasbir Tetapi Senyap Altantunya Tidak Pernah Hadiri Perbincangan?

Suaram mendesak Jasbir melangkah setapak lagi dan mendedahkan maklumat terperinci berhubung perolehan, peranannya memuktamadkan rundingan dan kenapa dia dikeluarkan daripada rundingan.

"Kenapa menteri pertahanan ketika itu (Datuk Seri) Najib (Razak) melihat patut campur tangan dan menolak ke depan rakan lamanya Abdul Razak untuk mengetuai rundingan?" kata anggota sekretariat Cynthia Gabriel (kanan) dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Artikel penuh klik 'Rakan Najib tolak Jasbir dari rundingan Scorpene' - Malaysiakini

Komen Isac;

Hakikstnya walaupun selama in SUARAM mendakwa Altantunya memainkan peranan besar dalam rundingan jual-beli kapalselam Scorpane, sebaliknya mendiang tidak pernahpun menghadiri perbincangan dan proses jual-beli!!!

Jelas menunjukkan SUARAM sememangnya memfitnah dan menipu!!!

Published with Blogger-droid v2.0.10

30 Jul 2013

Sebenarnya Ada Atau Tidak Ahli/Pemimpin Pas Berfahaman Syiah???

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS) mendakwa akan menyingkir ahli2 parti yang terlibat dengan fahaman Syiah. 

Sebelum ini PAS dilihat tidak mahu mengaku dan menolak ada pemimpin2 dan ahli2nya yang terlibat dengan fahaman tersebut...

Timbalan Pengerusinya, Ashiq Elahi dilaporkan Sinar Harian berkata, kenyataan tersebut menggambarkan bahawa parti itu sekadar melepaskan batuk di tangga dalam usaha menepis dakwaan pimpinan parti itu terlibat dengan fahaman Syiah.

“Beliau (Tuan Ibrahim) mengatakan bahawa pihaknya sendiri mempunyai sistem pemantauan dalaman yang bergerak aktif bagi memastikan seluruh ahlinya tidak terbabit dalam aktiviti seumpama itu (Syiah).

“Persoalannya, setakat mana aktifnya sistem ini sedangkan sebelum ini Ketua Syiah Kedah, Abdullah Hassan sendiri mengakui ada ahli Pas yang menjadi Syiah. Jadi, kenyataan beliau hanyalah retorik,” katanya pada sidang media di Hotel Darulaman, semalam.

Sekejap nafi ada ahli/pemimpin terlibat....sekejap nak singkir...sekejap kata ada....

Mana satu yang betul??? Ada atau tak ada???

Artikel penuh klik sini.

29 Jul 2013

Gempar!!! Rekod Perjalanan Alatantunya di Perancis Juga Telah Dipadam???

Aneh bukan Altantunya yang dikatkan oleh SUARAM dan blog2 anti kerajaan Malaysia dengan rundingan pembelian kapal selam Scorpane sebenarnya tidak pernah memasuki negara Perancis sepanjang rundingan pembelian Scorpane berlangsung.

Dalam satu dokumen rasmi Perancis yang diberikan kepada NST, polis Perancis menyebut dengan tegas bahawa Altantuya tidak pernah memasuki Perancis dari 1999 hingga 2006, tahun di mana dia meninggal dunia.

Adakah ini bermaksud, pihak berkuasa Perancis juga terlibat membunuh Alltantunya sebagaimana SUARAM mengaitkannya dengan DS Najib?

Artikel penuh klik Scorpene dan kisah dongeng Altantuya... | Nasional

Published with Blogger-droid v2.0.10

28 Jul 2013

Apa Hubungan Syiah Dan Pas???

Artikel penuh klik Nasional - Sinar Harian

Seperti yang diduga, Pas pasti akan menafikannya....

Tapi kalau benar ada di antara pemimpin Pas yang berfahaman Syiah...

Mereka rasakan bahawa fahaman mereka tidak salah apa yang nahu ditakutkan?

Jika mereka mengucap 2 kalimah syahadah yg sama....iaitu bersaksi hanya Allah swt satu2 nya tuhan yg wajib disembah dan  nabi Muhammad saw sebagai pesuruhnya...

Percaya kepada rukun iman yg 6....

Amalkan rukun Islam yg 5....

Tiada satu ulamak Islam di dalam dunia pun yang boleh "mengkafirkan " mereka!!!

Published with Blogger-droid v2.0.10

Adakah Jalan Cerita Uthaya Akan Sama Dengan Anwar???

Sumber klik Hindraf protes jika Uthaya tak dibawa ke hospital - Malaysiakini

Sakit belakang? Slip disk? Cuma X mintak pergi Jerman....

Kerusi roda...

Skrip yang hampir sama....

Published with Blogger-droid v2.0.10

27 Jul 2013

Isu Pelajar Makan Dalam "Tandas" - Satu Lagi Fitnah Red Bean Army???

Faktanya, kantin sekolah sedang di naik-taraf....

Tempat "ganti" yang digunakan juga bukannya tandas, sebaliknya adalah bilik persalinan...

Malah ianyanya telah dipersetujui di dalam menyuarat dengan ahli jawatankuasa PIBG.

Jestru siapa yang berbohong???

Buat ibu-bapa yang menolak keputusan tersebut, lain kali pastikan anda pergi ke mesyurat PIBG dan bertanding merebut jawatan ahli jawatankuasa maupun YDP nya.

Berita penuh klik sini.

26 Jul 2013

Sorotan PRK DUN Kuala Besut - Penyokong2 Pas Macam Budak X Sekolah???

KERETA yang membawa pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di serbu oleh penyokong PAS ketika membuat lawatan di pusat pembuangan undi di Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu, hari ini. - Foto Abdullah Yusof. Jul 24, 2013 3:10 pm

Apa yang berlaku dalam PRK2 yang lalu berulang lagi....

Dah macam ketika penyokong2 Pas menahan kereta rombongan diraja Perak selepas DS Nizar terpaksa turun daripada jawatan MB setelah kehilangan 3 kerusi DUN selepas PRU 2008 yg lalu....

Mengapa penyokong2 dan ahli2 Pas suka bersikap provokatif, ganas, bersangka buruk dan tidak dapat menerima qada dan qadar Allah s.w.t.?

Kononnya parti Islam....

Kononnya dianggotai oleh ramai cerdik-pandai...

24 Jul 2013

PRK DUN Kuala Besut - Alhamdulillah, BN Kekalkan Kuasa di Terengganu!!!

Sumber tidak rasmi melaporkan calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman memenangi DUN Kuala Besut dengan majoriti lebih besar berbanding Pilihanraya Umum ke-13

Tengku Zaihan (BN) mendapat 8288 undi dan  Che Long (Pas) 5696.

Dengan itu Tengku Zaihan dilaporkan menang dengan mendapat majoriti 2,592. Undi beliau lebih sedikit berbanding kemenangan calon BN, Allahyarham A. Rahman Mokhtar yang mendapat majoriti 2,434 undi dalam PRU 13 yang lalu.

Sumber klik sini.


Komen Isac:

Alhamdulillah.... Rakyaat Terengganu mahu terus kekal ditadbir oleh BN.

PRK DUN Kuala Besut - BN Bakal Menang Besar Sebab Pengundi Hantu Tak Boleh Mengundi???

Kalau Pakatan Rakyaat selalu menuduh/memfitnah BN selalu menggunakan pengundi2 hantu Bangladesh dan Indonesia untuk mengundi dalam PRU2 sebelum ini tetapi tidak pernah dapat membuktikannya...

Tidak menjadi salah rasanya jika kita tertanya2 adakah PR sebenarnya yang telah menggunakan pengundi2 hantu ( terdiri daripada pelacur2 wanita China) dalam PRU 13 yang lalu kerana jumlah pengundi2 Cina naik dengan begitu mendadak... 

Suatu yang pasti...PR terutamanya DSAI selalu menunding jari terhadap BN atas perkara2 bengek yang beliau sendiri lakukan bertujuan untuk mengalih perhatian rakyaat...

Lihat sahaja isu Kroni.... Yang dituduhnya Tun Mahathir dan BN... Hakikatnya di zaman beliau menjadi Menteri Kewangan dan TPM kawan2 serta kaum kerabatnya menumpag tuah dengan jutaan hingga berbilion projek dan saham terbitan awam menjadi habuan mereka...

BN mengamalkan Nepotisma, tetapi PKR, PAS dan DAP mengamalkan pendekatan parti anak beranak....

Akhbar media perdana berat sebelah.... Tetapi mereka selalu menggugut media...

BN pro Yahudi, sedangkan banyak kegiatan PR ditaja oleh dana Yahudi...

Pengundi2 hantu...Dalam pemilihan pucuk pimpinan PKR ahli boleh mengundi berkali2...

Pemilihan pucuk pimpinan DAP, mereka yang menentang pucuk pimpinan sediada disisihkan....

23 Jul 2013

Lagi Fitnah Umno hadap Calon Pas DUN Kuala Besut???

Hanya Allah yang mengetahui samada ianya benar2 sms dari Che Long ataupun fitnah...

Kalau ditanyakan kepada penyokong2 tegar Pas, pasti mereka dengan sepontan akan mengatakan ini satu lagi kerja jahat Umno....

Nasihat penulis kepada Che Long, jika ianya benar... Tarik diri aje lah....

Boleh jimat duit rakyaat...

Rakyaat pun tak payah susah2 nak keluar mengundi...

Masak!!! Musuh Lama DSAI Dilantik Ketuai Pendakwaan Rayuan Liwat II




Kalau boleh lantik "Sekutu" jadi peguambela...X kan nak lantik "musuh" jadi pendakwaraya X boleh???

Lihat sahaja Karpal Singh..dulu bukan main menuduh Anwar kaki seks dan liwat...Tetapi bila dah jadi sekutu Anwar dlm politik, habis segala tuduhan dan ludahnya dulu dijilat balik.

Siap dia boleh jadi ketua peguambela kepada Anwar sedangkan barisan peguambela2nya yg terdahulu telah melarikan diri.

Published with Blogger-droid v2.0.10

22 Jul 2013

Bekas Calon "Pil Kuda" PKR Saman Hadi???

Artikel penuh klik Tuduhan calon pil kuda: "Saya menderita akibat difitnah Hadi" | Muka Hadapan

Kesihan mamat ni....Tuduhan Hadi biarpun tidak spesifik tetapi memberikan kesan kepada pengadu.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Harimau Malaya Tak Setanding Dengan Chelsea.


http://www.sinarharian.com.my/arena-bolasepak/harimau-malaya/harimau-malaya-tersungkur-1-4-1.185147

SKUAD Kebangsaan nyata bukanlah lawan setanding bagi Chelsea apabila tewas 1-4 kepada kelab Liga Perdana Inggeris itu pada perlawanan persahabatan antarabangsa sempena Jelajah Asia 2013 di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Di hadapan 50,000 penonton, The Blues mempamerkan aksi kelas tinggi yang cukup berbeza dengan apa yang mereka pamerkan ketika menentang pilihan Thailand di Bangkok melalui tempo permainan yang lebih pantas dan tersusun yang membuatkan Harimau Malaya seolah-olah terpaku.

Malah dalam perlawanan itu, pasukan bimbingan Jose Mourinho jelas menepati ramalan apabila menguasai penuh perlawanan dan hanya memerlukan masa enam minit sahaja untuk membuka tirai jaringan menerusi Bertrand Traore.

Begitu pun, Harimau Malaya cuba memberikan sedikit ancaman pada pertengahan babak pertama dan mereka hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-22 namun K. Gurusamy terlepas peluang itu setelah bola percubaannya dalam kotak penalti sempat ditampan keluar oleh barisan pertahanan Chelsea.

Skuad Harimau Malaya sekali lagi tersentak dengan gol kedua anak buah Mourinho apabila jaringan daripada De Brunye yang melepaskan rembatan kencang dalam kotak penalti pada minit ke-29 berjaya menewaskan penjaga gol Mohd Faizal Marlias.

Sebaik sahaja jaringan itu, De Bruyne mengalami kecederaan dan terpaksa
digantikan dengan Islam Feruz.

Skuad Harimau Malaya masih tidak kenal erti putus asa dan cuba sedaya upaya untuk membolosi gawang lawan.

Penyerang kebangsaan Mohd Amri Yahyah mempunyai peluang untuk
merapatkan jaringan pada minit ke-35 tetapi tendangannya dari jarak 25 meter
dengan mudah diselamatkan oleh penjaga gol Mark Schwazer.

Sebelum perlawanan berhenti rehat, Chelsea terus memperkukuhkan kedudukan menerusi jaringan Romelu Lukaku pada minit ke-47.

Pada babak kedua perlawanan, permainan semakin rancak dengan skuad Harimau Malaya cuba melakukan serangan.

Namun, kelincahan pemain Chelsea nyata sukar digugat oleh pertahanan Malaysia apabila gawang tuan rumah sekali lagi dibolosi dan kali ini oleh Victor Moses pada minit ke-89 selepas Farizal gagal menampan keluar bola rembatan leret di dalam kotak penalti.

Akhirnya jaringan yang ditunggu-tunggu oleh seluruh peminat Malaysia tercapai jua pada masa kecederaan apabila Mohd Fadhli Mohd Shas memanfaatkan situasi kelam kabut di hadapan pintu gol Chelsea dengan tandukan cantik yang menewaskan penjaga gol nombor satu The Blues, Peter Cech.

Untuk rekod, pada tahun 2011, Chelsea menang 1-0 ke atas pasukan pilihan Malaysia.


Senarai pemain:

Malaysia:

Farizal Marlias, Mahalli Jasuli, Azizi Matt Rose, Asraruddin Putra Omar, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak, Norshahrul Idlan Talaha, Mohd Shakir Shaari, K. Gurusamy, S. Kunanlan, Mohd Amri Yahyah, Nik Mohd Shahrul Azim.

Chelsea FC:

Branislav Ivanovic, Micheal Essien, Bictor Moses, Wulfert Cornelis van Ginkel, Eden Hazard, Romelu Lukaku , Mark Shwarzer, John Terry, Nathaniel Chalobah, Ryan Dominic Bertrand , Bertrand Traore.

21 Jul 2013

Anwar Ibrahim Mengerjakan Umrah???

Kalau betul, apa yang hendak dihairankan....

Bukan sesuatu yang menghairankan buat mereka yang mengaku beragama islam...Menunaikan umarah.

Bahkan saban tahun berjuta orang Islam  berketurunan Iran/Syiah pergi menunaikan fardhu haji... dan beribu2 lagi mengerjakan umrah setiap hari...walaupun ramai yang mendakwa mereka "tidak islam"....

Adakah beliau sudah bertaubat??? Wallah hu allam.....

Yang jelas dalam foto di atas Anwar kembali mengenakan jam tangan sejak isu kontrovesi jam Omeganya "hilang" itdak lama dulu....

Sekali pandang, jam yang ditangannya itu serupa dengan jam yang pernah dipakainya dalam sesi ceramah di bawah.


20 Jul 2013

Bela Pasangan Seks Di Internet Bukti Singapura Lebih "Islam" Dari Pas???

Kes Alvin & Vivian : PAS Buka Ruang DAP Bersuara | AIDC

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Mariah Mahmud mahu isu Alvin dan Vivian dilaku secara adil sama seperti Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali dan Naib Presidennya Datuk Zulkifli Nordin yang didakwanya turut menghina agama.

Sangat ironi kerana pasangan seks di internet yamg dikenakan tindakan tegas oleh kerajaan Singapura atas kesalahan menyebar gambar seks mereka disamakan dengan perjuangan mereka menghina agama Islam di bulan Ramadan dengan perjuangan Ibrahim Ali yang membela Kalimah Allah.

Published with Blogger-droid v2.0.10

19 Jul 2013

Gempar!!! Tarik Balik Saman Terhadap Kickdifella - Langkah Awal Husam Masuk Umno???

Penat2 fail kes dan perbicaraan telah pun berlangsung pun... Tiba2 tarik balik dengan kos...

Adakah Husam yang "dibuang" Pas Kelantan kini tersedar akan "rupa" Pas yang sebenar???

Adakah ini langkah awal untuk beliau meninggalkan perjuangan parti Islam yang perkataan Islam hanya digunakan untuk mengabui mata rakyaat Malaysia yang beragama Islam???

Sumber klik sini.

17 Jul 2013

Bakal Banduan???

Mufti cadang 5 tahun penjara buat Alvin, Vivian - Malaysiakini

Nanti gunakan khidmat yang peguam handal2...

Dakwa gambar tersebut telah diubah dan diupload kan oleh individu yang tidak diketahui.... Lepas!!!

Bukan mudah jugak .....

Published with Blogger-droid v2.0.10

Calon Pas DUN Kuala Besut Kaki Rempit dan X Bayar Saman Trafik???


Dengan 54 saman trafik, calon Pas bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Azlan Yusof atau lebih dikenali sebagai Che Long boleh lah dianggap sebagai "Mat Rempit"...

Lebih teruk lagi beliau X endahkan saman2 tersebut....

15 Jul 2013

Tidak Cukup Klip Video Seks di Singapura - Kini Mempersenda Agama Islam Pula???

X habis2 memalukan negara...

Dah kena Tsunami Cina pun masih biarkan kepala kita ditijak2???

Bukan mahu mengapi2kan isu perkauman...

Cuma meminta kerajaan bertindak tegas terhadap mana2 inidividu yang boleh memudaratkan negara dan bangsa...

Apa komen Izzah???




14 Jul 2013

Indeks Jenayah Pulau Pinang Lebih Baik di Bawah Guan Eng?

Artikel penuh klik Berita Harian: Remaja maut, dua cedera ditembak dari jarak dekat di Butterworth

Dulu dia kondem Johor di luar negara....Konon X selamat berbanding Pulau Pinang.

Published with Blogger-droid v2.0.10

12 Jul 2013

Hadi Sedih Morsi Digulingkan Tetapi Bersengkokol Untuk Gulingkan Umno?

Sumber klik Sinar Harian

Himpunan Bersih!!!

16 September!!!

Blackout 505!!!

Itu bukan nsk menggulingkan kerajaan yg sah secara demonstrasi jalanan ke?

Published with Blogger-droid v2.0.10

11 Jul 2013

"Pembakaran Terbuka" - Yang Siapa pun Tak Berani Nak Saman???


GUNUNG berapi Popocatepetl mengeluarkan kepulan asap dan debu ke udara Puebla, kira-kira 80 km tenggara ibu negara Mexico. Pihak berkuasa Mexico meningkatkan tahap berjaga-jaga hari ini bagi menghadapi peningkatan tahap aktiviti letupan dan abu yang melanda Bandar Mexico. - Foto REUTERS Jul 10, 2013 8:02 am

Fenomena Alam...Tambahan pula jika ianya tidak berlaku ada kemungkinan bumi boleh meletup kerana tekanan lava panas di kerak bumi perlu "dilepaskan"/"'release" dari masa ke semasa....

10 Jul 2013

Kerajaan Rakyaat Songlap Tanah Tapak Masjid?

Sumber klik SYA : Kerajaan Selangor Lenyapkan 2.09 Ekar Tanah Pembinaan Masjid ? | AIDC

Published with Blogger-droid v2.0.10

Gempar!!! Rafizi Cuba Halang Penurunan Harga Kereta dan Fitnah Pengeluar Kereta???

Pelik manusia ni....

Hari tu dia yang beriya2 mahu turunkan harga kereta...

Bila dah turun...

Macam sakit hati pulak....

Mungkin sebab takut nanti dah tak ada modal untuk pilihanraya...

Itu satu hal...

Jangan sampai pula memfitnah syarikat pengeluar kereta turunkan gaji pekerja dan naikkan harga model2 kereta yang lain kerana mahu "menampung" kerugian daripada pengurangan harga yang telah diberikan oleh mereka....

Politik tu politik juga... puasa kena jaga pekerti...

Apapun jika perkara yang didakwa memang benar2 berlaku, berilah bukti agar kerajaan boleh bertindak.

Artikel penuh klik sini.

8 Jul 2013

Pemimpin Pilihan Rakyaat Malaysia Tang Kononnya Perjuangkan Transperensi dan Keadilan???

Pakatan Rakyaat berbelanja "sakan" sekitar PRK2 dan PRU2 yang lalu, dari mana dapat duit jika bukan kerana mendapat tajaan dana asing?

Menipu dalam mencapai matlamat mereka "16 September" terang2 "Blackout 505" rakyaat ditipu???

Pemilihan pucuk pimpinan parti PKR guna pengundi2 hantu... Begitu juga pemilihan pucuk pimpinan DAP!!!

Tidak mustahil perkara2 lain juga hanyalah tipu daya mereka seperti "Najib/Alantunya", Penafian Liwat 1, 2 dan video2 seks... Keterlibatan dalam pencerobohan Pangganas Sulu di Sabah dll...

Inikah pemimpin yang anda harapkan untuk memperjuangkan kepimpinan yang bersih daripada rasuah? Transperensi? Equaliti??? Bercakap bohong dan bila berjanji mereka mungkir???

Jestru... jangan terus ditipu!!!

7 Jul 2013

Apa yang Berlaku di Mesir Juga Sedang Berlaku di Malaysia??? Ibarat Pak Kaduk, Ayamnya Menang Kampung Tergadai!!!


VETERAN Umno Malaysia yakin terdapat kuasa asing di sebalik penggulingan Presiden Mesir, Mohamed Mursi dengan menggunakan tentera sebagai 'alat'.

Kuasa Barat seperti Amerika Syarikat (AS) selama ini tidak senang dengan Mursi yang datangnya dari Ikhwanul Muslimin.

Mursi dilihat sebagai tokoh Islam yang boleh mengancam kuasa Israel dan bersama Iran, Mesir dilihat berpotensi untuk menjadi kuasa tentera terkuat di rantau Arab.

Keadaan ini juga tidak disenangi oleh setengah negara Arab dan rantau Teluk.

Sementara itu, peranan Ikhwan dalam menjatuhkan rejim Muamar Ghadaffi di Libya, Tunisia dan Algeria dilihat sebagai ancaman kepada negara Teluk yang masih kuat dengan sistem berajanya.

Harga yang terpaksa dibayar oleh rakyat Mesir setelah Hosni Mubarak digulingkan.

Rakyat Mesir yang mimpikan satu negara makmur akhirnya berdepan dengan  masalah.

Industri pelancongan merudum. Harga barang naik melambung. Pengangguran bertambah dan lain-lain lagi.

Mereka yang bangga dengan Arab Spring akhirnya berkesudahan keluar dari mulut harimau masuk ke mulut naga.





Datuk Mustapha Yaakub, 
Setiausaha Veteran Umno Malaysia

. Sumber dan artikel penuh klik sini.


Komen Isac;

Lihat sahaja cara Pakatan Rakyaat yang boleh berbelanja "sakan" sekitar PRK dan PRU, jika bukan kerana mendapat tajaan dana asing?

Lihatlah dimana kedudukan Pas ketika ini. Pas yang ramai di antara kita harapkan akan lebih berjaya memertabatkan Islam berbanding Umno!!!

Lihat sahaja di Pulau Pinang, belum pun PR berjaya menawan Putrajaya, kedudukan pemimpin2 Pas di Pulau pinang hanyalah sebagai pembaca2 doa bila ada keraiyan yang melibatkan program2 kerajaan negeri.

Nak jadi exco kerekaan negeripun mereka tidak layak....

6 Jul 2013

DAP Betul!!! Ini Dia Bukti Syed Mokhtar "Monopoli" Kekayaan Negara???

Sorang aje orang Melayu yang dapat masuk top ten riches Malaysian....

Itupun terpaksa monopoli semua projek2 kerajaan...

Kalau X.... langsung satu pun X ada... Tan Sri Syed Mokhtar pulun semua...

Walaupun hakikatnya syarikat2 yang diterajui oleh Tan Sri bukan sahaja menggajikan pekerja2 dan pengarah2 Melayu tetapi ianya juga mengambil pekerja2, profesional dan pengarah2 daripada lain2 bangsa....

Orang2 Melayu terpaksa bergabung dengan diterajui oleh Syed Mokhtar untuk masuk senarai top ten riches Malaysian....

Apa lah yang DAP dok dengki sangat......

Parti racist memang macam tu...


5 Jul 2013

Barat Hanya Gunakan Ikhwanul Muslimin Untuk Jatuhkan Hosni Mubarak - Sejarah Berulang???

Rampasan Kuasa Tentera Gulingkan Presiden Morsi


AIDCNews – 04/07/13 – Tentera Mesir telah menggulingkan presiden negara dipilih rakyat, Mohamed Morsi dalam satu rampasan kuasa penuh pada pukul 7 malam, semalam, lapor guardian.

Pada awal petang semalam, seorang pembantu presiden memberitahu Guardian bahawa Morsi masih bebas, namun pada lewat malam Rabu jurucakap Ikhwan Muslimin berkata Morsi ditahan oleh pihak berkuasa di lokasi yang tidak diketahui. Artikel penuh klik sini.


Komen Isac;

Penulis pernah diberitahu oleh seorang ustaz yang mengajar ketika di bangku sekolah dahulu iaitu sekitar 80an.... Anwar Sadat pernah menggunakan angota2 Ikhanul Muslimin untuk mengalahkan  tentera Israel dalam "Perang Arab Israel" sekitar tahun 60an.

Selepas mencapai kemenangan, anggota2 Ikhwanul Muslimin telah ditangkap dipenjarakan dan ada yang "dihilangkan'... 

Akibatnya peperangan selepas itu, dengan kuasa Allah s.w.t. tentera2 persekutuan Arab tidak lagi berjaya menewaskan Israel sebaliknya banyak wilayah2 mereka yang ditakluki Israel hingga sekarang.

Kini sejarah berulang....

Barat membantu rakyaat Mesir untuk menjatuhkan Hosni Mubarak yang talah berkuasa sejak lebih 30 tahun yang lalu. Samada disengajakan ataupun tidak Ikhwanul Muslimin sama2 menyumbang ke arah itu. 

Kini apabila telah "mencapai kemenangan" menjatuhkan Hosni, Ikhwanul Muslimin sekali lagi disingkirkan.

Penulis agak keliru apabila perkara ini berlaku dahulu. Bagaimana mungkin US dan Barat seolah2 menyokong Ikhwanul Muslimin...

Kini segalanya jelas....Ikhwanul Muslimin sekali lagi terpedaya....


4 Jul 2013

Pas Setuju Dengan DAP, Jika Salah Seorang Ibubapa Memeluk Islam Anak Tetap Kafir?

Artikel penuh klik Pertukaran Agama : DAP Dakwa PAS Lebih Moderat | AIDC

Itulah yang Guan Eng maksudkan!!! Sebab  menurut perlembagaan kedua2 Ibubapa perlu membenarkan sorang anak dibawah umur memeluk Islam. Jestru jika hanya salah-seorang ibubapa yg memeluk Islam pasti sianak akan dapat penentangan jika dia juga mahu memeluk agama Islam.

Anehnya Pas setuju dengan DAP.

PAS liberal.  PAS boleh!!!

Published with Blogger-droid v2.0.10

3 Jul 2013

Anwar Tarik Balik Saman Fitnah Terhadap Hamzah Yang Sebelum Ini Mendakwa Isterinya "Diganggu" Anwar???



Berita penuh klik sini.

Tidak Mengaku Anti Islam Tetapi Teresa Tolak Islam Sebagai Agama Rasmi Malaysia???

Mmmm... 

Cakap berbelit-belit...

Dah majoriti penduduk negara yang asalnya milik orang Melayu/Bumiputera ini beragama Islam... Apa masalahnya???

Pengakuan Teresa membuatkan penulis tertanya2 adakah khabar angin yang mengatakan DAP sedang berusaha menjadikan agama Kristian sebagai agama rasmi negara adalah benar???

Artikel penuh  klik sini.

2 Jul 2013

Sekejap RM 3 Billion Sekejap RM 300 Juta??? Ada Bukti Ke Tak???

Cakap lah apapun....

Walaupun ada bukti....

Penyokong2 PR tak akan percaya....

Artikel penuh klik sini. 

1 Jul 2013

Pas Bakal Pecat Mat Sabu???

Masalahnya... Berani ke???

Dinafikan jadi exco agama di Pulau Pinang pun X berani angkat muka...

Artikel penuh klik sini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3