Persoalan ii penulis petik dari whatapps group.
"Kenapa kata begitu, antara Lee Kuan Yew byk mengikut atau
mengkaji apa yg dilakukan oleh Israel (Yahudi). Contohnya, Israel adalah
pengeluar rokok terbesar di dunia tetapi 99% rakyat Israel tak merokok.
Ini kerana hasil kajian, rokok akan menghasilkan rakyat yg 'dungu' dan
berpenyakit.
Sebab itu Singapura melayani rakyatnya yg
merokok seperti rakyat kelas kedua. Langkah itu berjaya mengurangkan
perokok di kalangan rakyat Singapura. Sebab itu saya tidak menghalang
kerajaan Malaysia menaikkan harga rokok kerana ia bagus utk rakyat
memikirkan kembali utk berhenti merokok.
Ok tak
mengapa...jgn gaduh2. Ye lah Jews bergabung dgn East Jews (bangsa China
terkenal juga dgn jolokan East Jews kerana kepintaran mereka) kita
terbang ke Korea...Kenapa saya pilih Korea? Korea adalah negara yg jauh
lebih mundur dari Malaysia dan pada tahun 1980 ekonomi negaranya sama
dgn kita.
Very good write up pls read this without prejudice.
"KAMU MELIHAT KEBENARAN, KAMU TAHU KEBENARAN TAPI KAMU TETAP MEMILIH KEMUNGKARAN"
Mengapa Malaysia semakin lama semakin tertinggal ???
ANTARA MALAYSIA & SINGAPURA & KOREA SELATAN
Bismillahirahmanirahim.
Saya menulis analisis ini bukan atas kepentingan peribadi. Sebab saya
bukanlah org politik, Ketua Cawangan atau JKKKK. Saya juga bukan ahli
mana2 parti samada yg berhaluan kanan atau kiri. Saya menulis utk org2
susah...utk diri saya alhamdulillah cukuplah sekadar kehidupan sementara
di dunia ini.
Oleh itu sudi kiranya sahabat membacanya
tanpa mengira fahaman politik kalian. Bacalah dgn hati terbuka.
Mengkritik kerajaan yg ada bukan bermakna benci tetapi mahukan kerajaan
kembalikan peranan asalnya utk rakyat teramai ini....terima kasih.
Berdasarkan
kenyataan bapak2 Menteri itu, sakit hati tak bila baca kenyataan mereka
yg bergelar Menteri apabila ditanya oleh rakyat. Pastinya tergurisnya
hati mereka yg telah memberi undi atau kepercayaan utk mereka. Selepas
diberi kepercayaan mudah sahaja jawab mereka..."Kalau tak suka...". Jadi
eloklah kita panggil mereka ini "Menteri kalau tak suka".
Saya
ingin bertanya kpd anda, jika mereka ini menjadi ketua negara Singapura
pada tahun 1965 selepas dipisahkan dari Malaysia, apakah yg akan
berlaku? Tidak mustahil akan berulang kembali seperti sejarah Sultan
Sulu, jual sahaja kpd Inggeris. Kerana apa saya kata demikian...kerana
mereka tidak berwibawa utk membela nasib rakyat.
Jadi
di sini mari kita buat perbandingan di antara Malaysia dan Singapura dlm
pelbagai sudut. Singapura selepas berpisah dgn Malaysia dlm sengketa
politik hanyalah sebuah pulau. Singapura bernasib baik kerana mempunyai
seorang Ketua Negara yg diiktiraf dunia sebagai antara insan 'genius' di
dunia. Saya bukan pemuja Lee Kuan Yew tetapi jujur ada perasaan kagum
kewibawaanya.
Bayangkan di'nyah'kan dari Malaysia
menjadi sebuah negara yg kecil tanpa minyak dan yg terpenting tanpa air.
Nak buat apa??? Kuan Yew bertindak pantas...pertama apa yg dilakukan
olehnya ialah menghapuskan rasuah dalam agensi2 kerajaan. Beliau tahu
dgn rasuah negara ekonomi sesbuah negara akan hancur. Kemudian dia
memulakan ekonomi pasaran bebas.
Anda bayangkan
'genius' atau tidak manusia yg bernama Kuan Yew ini...negaranya tiada
air...tapi dgn air yg dibelinya dari Johor, dgn air itu juga dia membuat
duit utk negaranya berjuta juta ringgit setahun. Johor pula kaya dgn
air, dijualnya air tapi dibeli dgn harga lebih mahal daripada
Singapura...heeeeee....lucukan.
Bukan pada air sahaja
Kuan Yew lakukan tapi kpd minyak. Negara ini tiada minyak tapi dia
mengimport minyak utk ditapis dan dieksportnya kembali minyak dgn
keuntungan. Singapura juga menerusi dasar pendidikannya melahirkan
pekerja yg mahir utk ekonomi negaranya tidak seperti Malaysia yg
berminat mengimport tenaga mahir.
Kerana negara ini
hampir sifar rasuah, Singapura berjaya menyakinkan pelabur apabila lebih
3 ribu syarikat melabur ke sana. Tidak cukup dari itu bagi menambah
pendapatan negara, Singapura telah menjadikan negara sebagai sebuah
pusat kewangan dan teknologi tinggi wilayah. Kini jutawan2 dunia
terutama di rantau ini tidak perlu ke Switzerland lagi utk menyimpan
wang mereka.
Berbanding dgn Malaysia, kita sepatutnya
mampu mengatasi ekonomi Singapura. Kita mempunyai minyak, gas, kelapa
sawit, kayu jati, air (dijual kpd Singpaura) dan pelbagai lagi. Mengapa
kita tidak mampu menggunakan utk menjana ekonomi rakyat?
Kepimpinan
negara yg baik, pemimpin kena sentiasa memikirkan bagaimana utk
meningkatkan ekonomi rakyat dan bukannya membebankan rakyat. Contohnya
dgn sumber alam semujadi yg begitu byk Tuhan berikan, kerajaan terpaksa
mengambil subsidi rakyat malah duit rakyat utk dikenakan dgn pelbagai
cukai. Persoalannya ke manakah duit negara yg byk itu dibelanjakan???
Apa?...'Hidden
hand'...Ada teori mengatakan Singapura ketika dipisahkan dari Malaysia
mereka telah meminta nasihat daripada Israel utk membangunkan ekonomi
Singapura. Dlm erti kata lain Lee Kuan Yew bukan bertindak seorang diri.
Komen Isac:
Yg ni jawapan yg kawan dapat fikirkan,
Sejak sekian lama, pelabuhan Singapura merupakan pelabuhan Prima dan pelabuhan2 kita cuma sekunder port.
Semua Kapal2 super postpanamax cuma masuk ke Singapura... Kini kapal2 Superpost Pamnamax boleh membawa sehingga lebih 10,000 TEUs (ten equivalent unit). Satu kontena standard berukuran 20 unit kaki.
Kapal2 super postpanamax x masuk ke pelabuhan2 sekunder di Asia Tenggara.
Tetapi dengan adanya PTP kita telah sedikit sebanyak dapat memecahkan monopoli tradisi pelabuhan Singapura...
Perdagangan di dalam dunia bukan senang untuk kita pecahkan monopoli yang telah terjalin ratusan tahun...Malah sebahagian daripadanya juga samada mahu kita akui ataupun tidak berasaskan kepada konsi gelap.
Kapal2 lebih kecil akan masuk ke pelabuhan2 negara2 Asia dan bawa balik ke Singapura...Baik intuk eksport mahupun import. pelabuhan2 di sekeliling Singapura hanya merupakan feeder kepada pelabuhan Singapura.
Bayang setalah beberapa ratus tahun, barapa banyak Singapura telah mendapat nikmat daripada urusan import/eksport Asia Tengara dengan seluruh dunia.
Kita bertindak agak lambat sebab PTP cuma beroperasi sekitar awal tahun 2000.
Tetapi
berniaga pun umpama kongsi gelap kerana bukan mudah hendak memecahkan monopoli.
Buktinya masih banyak syarikat2 asing yang menjadikan Singapura sebagai
pejabat cawangan Asia Pacific mereka sejak turun temurun.
Mearsk dan Evergreen antara pengusaha2 kontena besar yang kita telah berjaya membawa mereka berpindah ke PTP.
Penulis pernah menonton satu documentari yg menunjukkan kononnya Lee Kwan Yew memajukan Singapura dari sebuah perkampungan nelayan.
Kononnya
selepas berpisah dgn Malaysia. Polis yg menjaga beliau pun adalah ihsan
Malaysia....Nak tunjuk dia miskin. Tapi selepas tu beliau berjaya menjadikan
Singapore sebuah pelabuhan entraport dengan tangannya sendiri.
Isu air. Ianya ditandatangani
sejak zaman British. Sebab itulah Kedah perlu meneliti kontrak air dgn
Penang kerana sejarah mukan akan berulang.
Kepala hotak dia...
Singapura sudahpun menjadi sebuah pelabuhan entraport semenjak Raffles "membuka" Singapura pada 1819....
Sejak
itu ia langsung tidak menoleh ke belakang dan terus pesat membangun... Semasa di dlm Malaysia pun pemimpin2 kita masa i
tu tidak terfikir mahu membina pelabuhan prima lain disebabkan kita dah ada Singapura...Siapa sangka pulau yang terletak pelabuhan antara terbaik di dunia milik Tanah Melayu sejak ratusan akan terlepas begitu sahaja.
1963-1967
pun bukannya suatu tempoh yang lama. Kita terus menambah pembangunan di Singapura yang telah
sediada rangkaian perniagaan dan pelabuhan dengan dengan pelabuhan2
utama dunia . Yg sebelum tu telah establish sejak beratus tahun.
Kenapa
kita X bangunkan pelabuhanan2 lain setaraf Singapura selepas itu?
Sebabnya kita X
jangka Singapore akan terlepas begitu sahaja...
Lagipun bukan mudah nak
dapatkan tempat yg strategic dari segi pelayaran, terlindung dari
monsoon, dan boleh occupy drought super pospanamax sedalam 16-20m pada
setiap masa dan kos yg besar.
Kalau kita kaji sejarah. Inggeris buka Pebabuhan Singapura sebab nak lawan pelabuhan Melaka yang ketika itu dibawah kuasa Belanda.
Yang terbaik
jika kita buat masa ini kita dapat buat terusan di segenting Kara dan buat pelabuhan
di sana secara usaha-sama dengan kerajaan Thailand.
Ianya akan mengurangkan masa pelayaran kapal2 dagang dan boleh pecahkan
monopoli dgn senang. Kerana ianya boleh mengurakan masa pelayaran kapal2 laut yang sudah pasti akan mengurangkan kos. Jika ini dapat dilakukan kita akan dengan mudah dapat memecahkan monopoli pelabuhan Singapura.
Tulisan2 sebegini yg cuba merendah2kan
pemimpin kita dan mahu menonjolkan LKY kononnya pemimpin2 Cina lebih
baik jestru serah pemerintahan negara kepada DAP.
Masa
sekolah lagi penulis memang minat sejarah tentang pelabuhan, bili bekerja pernah terlibat dengan kajian hidrulic dan EIA yang melibatkan pembinaan pelabuhan baru dan juga pernah terlibat dan berpeluang dalam pembinaan PTP.
Walaupun pada waktu itu setakat jurutera cabuk. Kawan tertanya2 kenapa kita ada tempat yg cantik boleh sedikit sebanyak
mengugat Singapura, tetapi kita baru start buat hujung 90an...
Sebelum itu kita lebih tertumpu di Pasir Gudang tapi ternyata PTP lebih stratigik.
Tulisan di atas penulis kira cuba mengaggong2kan LKY dan mahukan kita serahkan pemerintahan negara ini kepada DAP kononnya supaya lebih maju.
Apapun sebelum berbuat demikian fikirlah apa yang terjadi kepada orang Melayu di Selatan Thai, Filipina, Singapura juga kepada golongan minoriti Islam yang diperintah oleh orang2 kafir!!!
Andah mahu memperjudikan nasib anak-cucu kita???
Jangan sesekali kita terpedaya dengan propaganda red bean army!!!