bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

31 May 2018

Siapa Kata "Mat Jenin" X Boleh Berjaya???


Bayangkan bermula dengan hanya menjual 5 ekor ayam proses Pn Suciati Saliman Riyanto Raharjo yg ketika itu masih bersekolah akhirnya dapat memenuhi impiannya untuk membina dan mewakafkan sebuah masjid pada waktu umurnya menjauhkan 66 tahun.

Subhanaullah...Alhamdulillahirabllialamin....Lahawlawala kuwataillah billah hilaliyil azim....

Siapa kata angan2 Mat Jenin X boleh jadi kenyataan, asal sahaja disertakan dengan semangat yg kental, usaha yg gigih dan doa yang ikhlas, Insyallah kita akan berjaya....

Masjid yg dibina nya pula bukan calang2....

Alhamdulillah....


Sumber klik;
https://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/berjaya-bina-masjid-hasil-menjual-ayam/

30 May 2018

Hanya Pemimpin2 Berjiwa Besar Mampu Memaafkan Lawan....




Bab ni penulis nak puji Tun M dan TPM baru, DS Dr Wan Azizah. Pemimpin2 berjiwa besar!!!

Kita sepatutnya boleh memaafkan kawan dan lawan. Apa lagi apabila Bersatu dan PKR pun sebenarnya berasal dari UMNO. Lupakan persengketaan dulu, kalau Kak Wan boleh memaafkan Tun M sebab utama PKR ditubuhkan, X kan beliau X boleh memaafkan bekas2 anggota UMNO, ya tak. Sepatah kata DS Anwar, jika dia boleh memaafkan Tun M, mengapa kita tidak?

PRU dah lepas, ini masanya untuk rakyaat bersatu membina negara.

Penulis pun bukan membangkang semua apa yang kerajaan baru buat. Penulis cuma mahu menjadi pendesak agar semua menifesto yang djanjikan kepada pengundi2 ditepati untuk kepentingan semua rakyaat. Juga supaya masalah2 terdahulu sebagaimana sesetengah negeri pembangkang telah dinafikan pembangunan, dinafikan royalti, dinafikan lebuhraya dll tidak akan berlaku terutamanya apabila kerajaan baru ini mengaku memperjuangkan good governance, keadilan, trasparensi dll.

Mungkin yang X setuju pun....hanyalah DAP kerana Parti Bersatu mungkin akan menjadi lebih kukuh malah jika 54 ahli Parlimen Umno menyertaai Bersatu, DAP tidak lagi akan menjadi dominan dalam PH.

Buat anggota2 atat pemimpin Islam dalam PH pula, jika anda X bersetuju adalah wajar untuk bermuhasabah diri takut2 terbatal syahadah kita, kerana memutuskan silaturahim boleh membatalkan syahadah. Wallahualam.

Sumber klik sini. 

28 May 2018

Samun Petronas ??? - Modus Operandi Paksa TNB Beli Elektrik Dari IPP Berulang?


Ada org mendakwa, termasuk DS Anwar bahawa blackout yg melumpuhkan Semenanjung Malaysia pada tahun 1992 yang disebabkan grid elektrik terputus kononnya disambar kilat, sebenarnya adalah perbuatan khianat pihak2 yg mahu mewujukkan peluang supaya IPP mendapat peluang untuk membekalkan tenaga elektrik kepada TNB secara tetap samada unit2 elektrik tersebut digunakan ataupun tidak oleh pihak TNB, satu bayaran yg tetap tetap perlu dibayar untuk satu tempoh masa yang lama/konsesi malah mereka juga memaksa Petronas untuk membekalkan gas bersubsidi kepada mereka.

Penjanjian ini kononnya diperlukan bagi mempastikan kesinambugan pembekalan tenaga elektrik adalah terjamin apabila ada diantara janakuasa elektrik milik TNB gagal, mana2 talian grid tenaga rosak dan jika tenaga X mencukupi pada waktu2 puncak. Maka jika ini terjadi tenaga2 elektrik dari IPP2 ini akan menjadi bekalan sokong/kontigensi. Anehnya blackout pun telah jarang berlaku sebaik perjanjian ini termatri.

Ironinya ada yg mendakwa ianya sebenarnya hanyalah helah untuk mengkayakan orang2 tertentu.

Katanya modus operandi yang sama sedang digunakan oleh pihak yang berkepentingan untuk "merampas" Petronas daripada rakyaat Malaysia. Golden Goose yg selama ini begitu penting kerana memberikan kerajaan berpuluh2 billion setahun utk melaksana budget negara. Bayangkan apa akan jadi kepada negara yg telah kehilangan cukai GST Akan kehilangan sumbangan Petronas pula.

Maksudnya adakah pengumuman hutang negara melangkaui nilai RM 1 trillion hanyalah satu helah untuk mengabui mata rakyaat dan membolehkan kroni2 orang tertentu mengambil-alih Petronas.

Mana Rafizi ni? Tidur lagi ke?

Sumber klik sini;
https://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/gadai-petronas-untuk-tunai-janji-manifesto/

Sini;
http://keadilandaily.com/mobile/?post=13915

Dan sini;
https://en.m.wikipedia.org/wiki/Power_outages_in_Malaysia

27 May 2018

Harga Barang Naik Sebab Peniaga Sabotaj - Kenyataan Menteri PH ???


Kenyataan X berapa nak cerdik?

Kalau dahulu kenyataan menteri2 BN selalu dimanipulasi oleh PH untuk dijadikan sasaran bagi mengundang kemarahan rakyaat.

Antara yg teruk dijadikan sasaran adalah Timbalan Menteri DS Ahmad Maslan. Sampaikan banyak kenyataan yg sengaja diada2kan dan direka walaupun dia X keluarkan statement tersebut.

Kononnya...pemimpin PH lah yg hebat sangat.....

Tengok apa dah jadi sekarang?

Selain menuduh peniaga2 kononnya Sabotaj kerajaan PH, Menteri ni seolah2 mengesahkan bahawa kenaikan harga barang2 dan taraf hidup selama ini yg diletakkan kesalahan di bahu DS Najib dan BN kerana memperkenalkan GST 6%, sebenarnya hanyalah tohmahan/fitnah PH untuk membangkitkan kemarahan pengundi2 terhadap BN dan DS Najib.

Bila Kerajaan PH Nak Tutup Kilang Lynas???

Bila nak tutup kilang Lynas???

Kata dulu merbahaya!!!

Siap demostrasi bagai.....Refrendum lah.....

Sekarang dah jadi kerajaan apa lagi? Tutup aje lah!!!

Kalau kerajaan pembangkang Pahang degil,    Buat lah apa yang patut....

Kerajaan Federal kan ada kuasa terutamanya apabila ianya melibatkan keselamatan rakyaat dan negara. Ya tak?

Jangan pulak cakap.....bantahan selama ini hanyalah sandiwara politik?




Sumber klik sini.

26 May 2018

Bila Kerajaan Roket Nak Jual Jet Yang Najib Beli???


Najib Beli Jet Yang Untung Siapa???

Untung jadi orang baru....

Ini yang barang kali orang cakap, sarung kaki aje....

Masa beli yang kena bedal Najib.

Hutang banyak yang kena bedal, Najib.

Yang melaram Jet adalah orang yang dulunya memprovok rakyaat supaya marah Najib beli jet.

Apa agaknya komen Dato' Dr MAZA.....Beliau juga pernah komen pasal jet tersebut ketika baru dibeli dahulu termasuk katanya tersilap fakta tentang interior design jet tersebut.

Kalau ikutkan Khalifah Umar Abdul Aziz, kereta kuda resmi yang mengambil baginda ketika perlantikan sebagai Khalifah, adalah di antara harta kerajaan pertama yang baginda lupuskan untuk mengelakkan pembaziran.... Segala hasil jualan dimasukkan ke dalam perbendaharaan negara. Apa komen YB Guan Eng pula pasal jet ni??? X nak jual untuk langkah berjimat cermat??? Dulu katanya nak mencontohi Khalifah Umar Abdul Aziz.....

Janganlah masa jadi pembangkang dulu bangkang kononnya membazir....sekarang bila dah jadi kerajaan semua dah mencongak masing2 nak melaram dengan jet tersebut.

Kalau nak berjimat, rasanya ini lah masanya. Apa lagi dengan harga getah yang dikatakan merudun dan rakyaat menderita.

Sumber klik sini.

23 May 2018

Kes 1MDB - Perlukan. Siasatan Suruhanjaya Diraja!!!!


Penulis bersetuju dengan pendapay MyNewsHub bahawa siasatan kes 1MDB wajar dilakukan oleh satu Suruhanjaya Ditaja supaya ianya bukan sahaja dapat bertindak secara adil malah juga kelihatan Adil.

Dengan cara ini, apa jua pun hasil siasatan 1MDB tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak kerana selain melantik Panel Suruhanjaya yg dilihat tidak memihak, Suruhanjaya berkenaan  juga akan melaporkan terus hasil siasatan kepada DYMMSPB Yang di-Pertuan Agong.

Jika sebelum ini siasatan yang telah  dilakukan oleh "orang2 Najib" dan ianya telah ditolak, janganlah membuang masa dan tenaga membuat satu lagi siasatan yg juga boleh diragui.

Sumber klik; https://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/isu-1mdb-kenapa-bukan-suruhanjaya-siasatan-diraja/

22 May 2018

Masa Untuk Kerajaan Baru Kotakan Manifesto dan Bukan Cari Alasan???

Sebenarnya rakyaat dah muak dgn politik.



Kerajaan baru sewajarnya kotakan janji2 dalam manifesto bukannya dilihat cari alasan untuk kambing-hitam kan Najib.

Macam mana hutang negara boleh jadi 1 Trillion Ringgit???

Nak check hutang negara boleh check di sini secara online. Interest nya dikira pada setiap saat.

https://www.nationaldebtclocks.org/debtclock/malaysia

Antara Berkin Hermes, 40 Kuda dan Suit BRIONI RM 24 Ribu Untuk Pembancuh Kopi??

Foto duit, jam tangan, bungkah emas Najib palsu???


Sumber klik sini.

Nampaknya status life style pemimpin2 Malaysia kita begitu tinggi sejak akhir2 ini....walaupun rakyaat katanya sedang terhimpit dek kenaikan taraf hidup.

Baru2 ini heboh rampasan beratus2 beg tangan Berkin Hermes yang kononnya milik isteri mantan PM, walaupun rampasan tersebut sebahagiannya adalah daripada premises milik orang lain.

Sebelum in pula seorang lagi Mantan PM era tahun 80an - awal 2000 katanya memiliki sehingga 40 ekor Kuda baka baik. Klik sini. Beliau telah mendermakan semua cenderamata yang diterima semasa bersara jawatan PM kepada pihak muzium, tetapi nampaknya barangan berharga X pulak diserahkan sekali? Jangan lah marah.....Saya tanya sahaja....Tak kan tanya pun X boleh???

Malah seorang Mantan TPM yang baru2 ini mendapat keampunan penuh untuk satu kes liwat pula, pernah menghadiahkan suit Brioni (blazer dan seluar) yang berharga RM 24 ribu  kepada seorang pembantu peribadi (merangkap Cofee maker).

Wow!!! Dahsyat kan.....

Sumber klik sini.

21 May 2018

Kabinet Baru Bukan Sekadar Perlu Bersih Tetapi Juga Perlu Kelihatan Bersih?

Pakatan Harapan yang selama ini kononnya memperjuangkan sebuah kerajaan yg bersih, mengamalkan good governance, transparency dll perlu dilihat seperti tidak akan mengotakan apa yg mereka janji dan perjuangkan. 

Jangan sampai ia dilihat tidak menghiraukan rungutan rakyaat. Era 80an - 2000 telah berakhir.

"Rakyaat are watching and not hesitate to punish the ruling party".

Perlu diingat hargailah majoriti Yang diberikan. Malah dengan hanya memenangi 122 berbanding 222 kerusi Parlimen  yang dipertandingkan, kedudukan PH sebenarnya amat rapuh dan bila2 masa sahaja tampuk pemerintahan boleh bertukar tangan sekiranya ada anggota2 parlimennya yang melompat parti.

Jestru calon2 Menteri yang terpalit dengan siasatan rasuah ataupun disyaki terlibat dengan rasuah wajar membersihkan dahulu tuduhan2 tersebut sebelum dibenarkan mengangkat sumpah jawatan menteri kabinet.

Perlu juga diingat, membersihkan pertuduhan2 perlulah dibuat dengan transparent, ggod governance, menggunakan "rules of law" dan bukan dilihat dengan hanya menggugurkan pendakwaan kerana disebabkan kuasa memerintah telah beralih parti ataupun dilihat mengenakan tekanan terhadap Hakim2 yang bertugas.

Jika ini tidak dilakukan dengan betul berdasarkan "rules of law", apa bezanya Pakatan Harapan  dengan dakwaan mereka terhadap BN. Kalau sama, 2 X 5 atau lebih teruk kenapa perlu untuk menukar kerjaaan terdahulu?




Foto2 di atas hanya lah gambar hiasan yg penulis jumpa di Google.

Jangan nanti ada yang beranggapan menteri2 kabinet sengaja dibiarkan mempunyai kes2 tertentu supaya senang untuk dikawal sebagaimana yang didakwa oleh DS Anwar dan Dato' Ezam sejak tahun 1998 lagi.

Mungkin pengundi2 muda X tahu hal  ini tetapi generasi yang melalui kisah pemecatan DS Anwar dan Gerakan Reformasi dahulu pasti boleh mengimbau kenangan lama.

20 May 2018

Mufti Wilayah Nasihat Netizen Jangan Aibkan Mantan PM ?



Itu nasihat Sohibus Samahah Mufti....terutama dalam  puasa ni kenapa sengaja nak tambah dosa kering....Kalau betul DS Najib bersalah biarlah mahkamah yg memutuskan dan mengambil tindakan.

Ini kita maki dia berbakul2 yg entah ya dan bukan buat "menguruskan" pahala puasa kita aje...

Kalau X betul dah fitnah pulak lagi satu hal....

Ini nasihat Mufti.....Korang nak dengar atau tidak suka hati.....kubur masing2.....Yang penting kita dah nasihat.....Tapi kalau X nak dengar....suka hati lah.....

Jangan nanti korang desak pecat Mufti ni pulak..... Dalam sejarah memang ada Mufti, Ketua Hakim dan Hakim2 yg pernah dipecat.....

Sumber klik sini;
https://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/mufti-wp-tegur-netizen-suka-aib-najib-sekeluarga/

19 May 2018

Adakah Harga Rumah Akan Melambung Seperti di Penang dan Selangor???




Umum tahu di bawah pentadbiran PH, harga rumah melambung2 di Penang malah pendekatan kerajaan negeri yang seolah2 kurang perhatin di dalam menyediakan rumah2 mampu milik buat rakyaatnya walaupun dalam masa yang sama, katanya banyak tanah2 milik kerajaan negeri telah dijual kepada pemaju2 besar membuatkan penulis tertanya2 apakah hasrat YB Zuraida iaitu calon Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Federal untuk menambah rumah2 mampu milik untuk bumiputera di kawasan2 bandar ini akan berjaya.

Tambahan pula di negeri Selangor iaitu negeri di mana tempat yang beliau wakili, diskaun 10% untuk bumiputera dan 5% untuk non-bumi telah lama dimansuhkan.

Samada kerajaan Federal dan negeri2 di bawah PH ini akan mengekalkan pembinaan rumah2 PR1MA, PPA1M  dan rumah2 mampu milik dan rumah murah buat rakyaat masih menjadi persoalan.

Cuma harapan penulis dan selari dengan harapan rakyaat Malaysia sudah tentu kami mengharapkan kerajaan baru ini akan memberikan sesuatu yang lebih baik untuk rakyaat Malaysia berbanding kerajaan2 yang terdahulu.

Ini kerana janji2 perlu ditepati dan "Rakyaat is watching".

Sumber klik sini.

18 May 2018

Kerajaan Tidak Bijak Jika Pengembalian GST Kepada SST Tidak Dibuat Serentak?


Ketika pertukaran SST kepada GST dahulu ianya dibuat secara serentak. Ramai yg meramalkan harga barang sepatutnya turun memandangkan kadar SST lebih tinggi iaitu sekitar 10-15% berbanding 6% untuk GST. Cuma berbanding cukai SST tidak semua barang dikenakan cukai, cukai GST pula dikenakan kepada hampir semua barangan dan perkhidmatan kecuali barangan makanan mentah dan petrol Ron 95.

Walaupun begitu GST telah menyebabkan kenaikan inflasi dan kenaikan harga barang kerana peniaga2 mengambil kira cukai GST yg dikenakan terhadap mereka walaupun cukai tersebut akhirnya dipulangkan semula oleh pihak kastam kepada mereka selepas penghantaran penyata setiap 3 bulan.

Tambahan pula pengguna2 terpaksa menyerap 6% cukai walaupun untuk makan di restoran yang mempunyai turn over 500k dan ke atas pun cukai akan dikenakan, sesuatu yg tidak dikenakan semasa perlaksanaan SST.

Pada pandangan penulis jika pertukaran tidak dilakukan serentak....harga barang tidak akan turun apabila GST dimansuhkan tetapi harga barang mungkin akan dinaikkan pula oleh peniaga2 dan pemborong apabila SST diperkenalkan semula.

Sesuatu fenomena yg biasa kita lihat berlaku apabila golongan peniaga2 mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang2 di atas sesuatu isu. Jika ini berlaku maka rakyaat akan terkena tempiasnya iaitu kenaikan berganda.

Maka ketika itu nanti piapa pula yang kita mahu salahkan kerana DS Najib dan barisan kabinet dahulu sudah tiada lagi untuk dikambing-hitamkan.

Demi kesejahteraan rakyaat, penulis berharap, cetusan penulis ini akan diberikan perhatian.

Sumber klik sini. 

16 May 2018

Anwar Belum Tentu Jadi PM ke 8???


Mungkin sememangnya tidak ditakdirkan DS Anwar akan menjawat jawatan PM.

Sebelum tahun 1998 ketika DS Anwar menjadi TPM dan merangkap Menteri Kewangan....Kedua2 bekas menteri kewangan ini....iaitu Tun Daim dan DS Anwar dikatakan saling bermusuhan di antara satu sama lain kerana jawatan Menteri Kewangan selain boleh mengkayakan kroni masing2 sememangnya satu jawatan yang amat berpengaruh....

Katanya masa itu...kroni2 Tun Daim telah diketepikan oleh DS Anwar kerana beliau melebihkan kroni2nya.

Benar atau tidak perkara itu tapi itulah yang diperkatakan.....

Jestru jika benar apa yang diperkatakan oleh Tun Daim di Singapura.....ianya akan membenarkan berita pertembungan kedua bekas Menteri Kewangan ini sebelum ini.

Sumber klik sini.

15 May 2018

Guan Eng Belum Tentu Akan Dilantik Menteri Kewangan???




MMMM.......

Tun M ni memang sangat bijak berpolitik walaupun umurnya telah mencecah 93 tahun.

Memang hebat!!! Calang2 orang memang akan tewas dek kelicikkan dan kehebatan beliau.

Tengku Razalieigh, TS Musa Hitam, Tun Abdullah, DS Anwar dan DS Najib semua pun pernah tewas kepadanya.....

Memang Tun M seorang ahli politik terhebat sepanjang zaman. Selain pertembungan setiap 10 tahun berikut yang dimenanginya. Beliau juga pernah dikaitkan dengan antara penyebab perletakkan jawatan Tungku Abdul Rahman dan Dato' Hussein Onn.

1988 -  Tun M Vs Tengku Razalieigh - Pemenangnya Tun M. 
1998 -  Tun M Vs Tun Abdullah - Pemenangnya Tun M. 
2008 -  Tun M Vs DS Anwar - Pemenangnya Tun M. 
2018 -  Tun M Vs DS Najib - Pemenangnya Tun M. 

Sumber klik sini. juga klik sini.

Pengundi2 Cina X Akan Undi MCA dan Gerakan Lagi???


Nampaknya permainan politik DAP menjadi.....

Jika sebelum ini Umno  sejak 40 tahun kebelakangan ini seolah2 X membenarkan portpolio Menteri kewangan dipegang oleh MP dari MCA ataupun Gerakan, malah dalam era Tun M dan DS Najib, jawatankuasa Menteri Kewangan Pertama dipegang sendiri oleh PM disebabkan ianya penting dan sensitif kerana melibatkan perbendaharaan negara.... dan ada menteri2 Kewangan dahulu yg menggunakan pengaruh utk menjatuhkan PM.....Tiba2 sekembalinya Tun M ke jawatan PM ke 7, beliau telah memberikan jawatan tersebut kepada DAP, parti yg dimusuhinya sejak lebih 60 tahun dahulu.....

Kalau macam ini.....MCA dan Gerakan memang X ada  peluang lagi untuk menagih undi kaum Cina.

Sumber klik; https://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/lge-kewangan-muhyiddin-kdn-mat-sabu-pertahanan/

14 May 2018

Tun M - Negarawan Berjiwa Besar Perlu Menyatukan Negara!!!


Orang kata Tun M kini sudah banyak berubah.....

Sudah jauh lebih baik....Jika sebelum ini pihak pembangkang yang sentiasa dibelasah polis kerana demonstrasi jalanan, kini bersama2 dengan Tun M membentuk Kerajaan Federal.

Dulu DAP yang dilabel rasis kini Lim Guan Eng bakal menjawat jawatan Menteri Kewangan

Bukan lagi diktaktor, X pecat Ketua hakim dan hakim2, X pecat Mufti seperti ketika memerintah selama 22 tahun dahulu, dah X ISA kan pembangkang, dah X lebihkan Kroni, media yang bebas, X zalim, akan bebaskan Anwar dll....
Penulis cuma berharap samada Tun M ataupun DS Anwar nanti dapat menunjukkan sikap pemimpin berjiwa besar dengan menerima kesemua MP dan Adun pembangkang untuk menyertai PH. Sama-sama kita wujudkan negara tanpa bangkang dan kita bangunkan negara ini sama2. Bina negara tanpa pembangkang.....Kita saling bermaafan.....Bagi contoh yang baik kepada generasi muda.....

Bak kata pepatah...."upama biduk lalu kiambang bertaut".

Jika ini boleh dilakukan dengan memgenepikan sikap ego, dendam kesumat dan kepentingan peribadi, negara bangsa yg lebih aman, bersatu dan maju akan dapat direlisasikan.

DS Najib Banyak Bawa Kebaikan Kepada Kelantan???

Foto: Bekas PM yg Pernah Membela Nasib Rakyaat Kelantan.



Umum tahu cuma bermula di zaman pemerintahan Pak Lah dan DS Najib baru banyak projek2 pembangunan Federal yg telah dan sedang dilakukan di negeri Kelantan seperti pusat pentadbiran Tunjung, pembesaran lapangan terbang Sultan Ismail, Jambatan Baru Sultan Yahya Petra, Lebuhraya LPT, Lebuhraya Kuala Krai ke KB, ECRL dll.

Adakah rakyaat Kelantan yg selama  ini seolah2 dinafikan hak pembangunan negeri yg sewajarnya oleh Kerajaan Federal iaitu sebelum zaman Pak Lah dan DS Najib menjadi PM akan dialami sekali lagi??? 

Nampaknya bukan sahaja hak royalti minyak/gas makin kabur malah pembangunan semasa juga mungkin terbantut??? 

Apa kata Dato' Husam Musa yg sebelum ini memperjuangkan royalti petrol/gas Kelantan?

Sumber klik; https://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/tak-akan-biar-usaha-majukan-pantai-timur-digagalkan/

13 May 2018

Sanggupkah Kerajaan Negeri Sarawak Digelar Pembelot?

Nak buat mcm mana.....

Itulah hakikat dalam politik.....

Penulis faham dilema yg sedang dihadapi KM Sarawak ketika ini.... Ditelan mati emak dan diluah mati bapak....

Untuk setia dengan BN, bermaksud tiada peruntukan untuk pembangunan.....Lebuhraya Pan Borneo bakal berkubur dan rakyaat Sarawak bakal menderita sekurang2 nya untuk tempoh 5 tahun mendatang.

Tentunya Sarawak yg menerima pembangunan pesat di bawah pentadbiran DS Najib X mahu momentum pembangunan ini terhenti. Bayangkan jika pembinaan Pan Borneo dihentikan oleh kerajaan pusat?



Sumber klik sini; https://www.mynewshub.cc/terkini/ph-tak-tutup-pintu-kepada-pembelot-tetapi-ada-syarat/

Negeri2 Pembangkang Bakal Dianak-Tirikan Sebagaimana Era 80/90an???


Dengan Kedah telah termasuk di bawah kerajaan PH.....Keseluruhanya ada 7 negeri berada di bawah pentadbiran mereka iaitu Johor, Melaka, N9, KL, Selangor, P. Pinang dan Kedah.

Sabah dan Perak pula diberitakan sudah berjaya menarik beberapa Adun pembangkang untuk menyertai PH bagi membentuk kerajaan, selain Johor dan Kedah terdahulu dari ini juga membuka pintu utk Adun melompat. Samada wujud unsur2 rasuah atau tidak, Kita serahkan kepada SPRM untuk menyiasat.

Cuma yg penulis nak tanyakan disini apakah pula nasib negeri2 di bawah kekuasaan pembangkang nanti akan juga dinafikan pembangunannya oleh Kerajaan  Pusat sebagaimana yg di alami oleh Kelantan sepanjang 22 tahun Tun M mengetuai BN???

Ataupun, adakah projek LPT 2 di Terengganu akan dihentikan sekali lagi sebagaimana yg berlaku selepas PRU10/1999 ?

Adakah royalti minyak Terengganu akan ditarik balik???

Yg jelas projek ECRL mungkin akan dihentikan sebagaimana yg diperkatakan oleh PH dalam kempen2 mereka.

Atau adakah mungkin pentadbiran Kerajaan Pusat yg dilihat agak mesra Kelantan di zaman Pak Lah dan DS Najib akan berakhir?

Mmmm....ada banyak kesan Pasca PRU 14 rupa2nya...

Seolah2 cerita wayang gambar yang baru sahaja bermula.

Apapun penulis berharap.....kerajaan baru yang selama ini mendakwa memperjuangkan transparency, equality, good governance dll. tidak akan mengulangi perkara2 di atas walaupun diketuai oleh seorang PM yang sama.

12 May 2018

Tun M Kotakan Janji - DS Anwar Bakal Bebas Selasa Depan!!!

Tahniah buat DS Anwar dan keluarga.

Sepanjang 20 tahun perjuangan  akhirnya kebebasan diperolehi daripada orang pertama yg menyumbat DS Anwar ke Dalam penjara.

Memang X sangka Tun M boleh berpusing 180 darjah. "Changed and  becoming totally a different person accept his cruelty to those who against him".

Sepanjang 20 tahun ini penulis pernah juga menyokong  DS malah juga pernah berada di sebelah kerajaan. Sukacita mengambil kesempatan ini untuk meminta maaf atas segala keterlanjuran samada semasa menyokong ataupun menentang.

Semoga sejarah tidak berulang.



Sumber klik sini; https://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/anwar-ibrahim-dibebaskan-dari-penjara-selasa-ini/

11 May 2018

Bila Dato' Husam Nak Pulangkan Royalti Petrol/Gas Kelantan???


Dulu semasa dalam PAS, beriya2 Dato' Husam nak tuntut royalti gas/petrol.... Tuduh Kerajaan Federal macam2.....

Penulis rasa sekarang lah masanya yang sesuai buat Dato' Husam kalau hendak mejadi rakyaat Kelantan yang berjasa....

Takkanlah nak tunggu  dapat memerintah Kelantan baru nak berjuang untuk mendapatkan royalti???

Lagipun Dato' Husam mungkin akan jadi sebahagian daripada Kerajaan Federal....Kalau X dapat jadi Menteri pun. Sama2 bertangung-jawab menjatuhkan BN.

Jangan sampai ada lagi yang akan didoakan supaya pecah perut pulak.....

Nengeri jugal tu.....


PAS Bakal Dibubarkan Jika Tubuhkan Kerajaan Campuran Dgn UMNO???

Hebat betul Read Bean Army main fitnah... Dah menang Putrajaya pun mereka masih X bercuti...Cyber Trooper BN pulak....mungkin sedang hilang punca....

Kenapa boleh tubuh  kerajaan campuran dgn PH tapi tidak dgn BN???

Takut sangat Islam bersatu????

10 May 2018

Pasca PRU 14: Mampukah Tun M Memperjuangkan Kepentingan Melayu/Bumiputera Dengan Kerusi Minoriti???







Penulis telah membuat sedikit analisis terhadap keputusan kerusi2 yang telah dimenangi oleh parti2 politik di dalam PRU 14 yang baru lalu dan ianya berdasarkan sumber maklumat yang diperolehi dari sini. 


Persoalan yang ingin penulis lontarkan ialah dengan kerusi Bumiputera/Islam hanya sekitar 47.54% daripada jumlah 122 kerusi parlimen kerajaan PH itupun termasuk Maria Chin Abdullah yang memenangi kerusi P105 Petaling Jaya. Jadi dengan kerusi Melayu/Islam yang rapuh akan mampukah Tun M memperjuangkan hak2 orang-orang Melayu/Bumiputera sebagaimana yang diperuntukan di dalam Perlembagaan Malaysia?

Suatu perkara yang amat menarik untuk kita ikuti.

Keputusan Resmi : Pakatan Harapan Bakal Ambil-Alih Putrajaya!!!



Tahniah penulis ucapkan buat PH dan Rakyaat Malaysia yang mengundi mereka.

Kekalahan ini walaupun pahit buat BN, sebenarnya menjadi bukti bahawa semua dakwaa  Yg dilemparkan oleh PH sebelum ini bahawa tiada pilihanraya yg adil di Malaysia ternyata tidak benar sama sekali.

Sekiranya Tun M dilantik semula sebagai PM, ianya ibarat sireh pulang ke gagang.

Semoga apa yg penulis ramalkan sebelum ini tidak menjadi kenyataan. Apapun sama2 lah kita ikuti perkembangan kerajaan baru ini dengan teliti.

Penulis hanya dapat berdoa agar negara dan rajyaat Malaysia akan sentiasa dipelihara oleh Allah SWT daripada segala unsur negatif dan ancaman jahat samada dari dalam dan luar negara.

8 May 2018

Agenda DAP Untuk Malaysian Malaysia Hanya Fitnah???


Kita biasanya kalau gu/puak kita...org lain tuduh melakukan sesuatu... atau pemimpin yg kita sokong. Kita akan terus akan kata ianya fitnah....

Walaupun kita tahu dasar2 DAP sebagai contoh....memang mcm tu.... Tetapi sesetengah kita masih nak mengambil risiko...

Sebaliknya kalau pemimpin2 yg kita X suka, org cakap sesuatu yg  buruk mengenai mereka, contohnya Najib, walaupun X ada bukti, kita dgn cepat akan meniyakannya....

Persis Saidina Abu Bakar r.a. yg mengiayakan apa sahaja yg dikatakan oleh Rasulullah s.a.w. 

Mungkin itulah "dosa" menjadi PM Malaysia. Sebab, sesiapa sahaja yg pernah menjawat jawatan tersebut pasti akan mengalami situasi yang sama, waima Tun M dulu sepanjang 22 tahun pemerintahannya X lekang dipandang dgn sinis dan hina. 

Dalam kes liwat Anwar misalnya, ramai terus mengambil pendekatan ianya fitnah, X boleh tuduh tanpa 4 saksi, ianya salah satu hukum Hudud dan pendakwan dan hukuman perlu berdasarkan kepada Al Quran. 

Tetapi dalam kes Najib/Altantunya orang2 yang sama bertindak double standard. 

Walaupun jenayah membunuh juga merupakan salah satu jenayah dalam Hudud, yang juga berkehendakan 4 orang saksi laki2.  

Secara sinisnya kawan terfikir.....adakah mereka ini diperlakukan sebegitu seolah2 samada kerana X membayar zakat fitrah atau X diakiqahkan semasa baru lahir.... Sehingga sewenang2 boleh diperlakuian begitu.

Astargfirullah hal azim.......

6 May 2018

Najb Vs Tun M - Kebaikan Yang Kita Terlepas Pandang???



 *PTPTN*
-Mahathir: interest 4%
-Najib : Interest 1%

*Zaman najib maintain bayar setiap bulan dapat potongan 10%, kalau langsai ptptn sekaligus dapat diskaun 20%*. First Class Degree tukar jadi biasiswa.

 *TOL*
-Mahathir: Tol naik 5% setiap 3 tahun
-Najib : Pembinaan highway pan borneo, highway KL-Kelantan melalui merapoh, highway bertingkat rawang semua bebas tol.

 *PENGANGKUTAN AWAM*
-Mahathir : Tambang ERL naik 10% setiap 5 tahun.
-Najib : kerajaan beri subsidi untuk  tambang MRT.

*ISA*
-Mahathir : 1200 orang ditahan bawah ISA
-Najib : Hapus ISA

 *HUTANG NEGARA*
-Mahathir: Sehingga 103%
-Najib: 54%

 *LEBUHRAYA PANTAI TIMUR*
-Mahatir: Menghentikan pembinaan LPT bila parti pembangkang perintah Terengganu dan Kelantan. Hampir menafikan pembanguan  di Kelantan samasekali sepanjang 22 pemerintahan.
-Najib: Mesra Melayu Kelantan. Beliau Meneruskan projek LPT ke Terengganu dan Kelantan. Juga membina highway Kota Bharu-Kuala Krai walau diperintah pembangkang.


 *CUKAI BARANGAN*
-Mahathir: SST 5% 10% 20%
-Najib: GST 6%

 *YURAN SEKOLAH*
-Mahathir: Ada yuran sekolah
-Najib: Yuran sekolah dihapuskan

 *BANTUAN SEKOLAH*
-Mahathir: Tiada
-Najib: Ada, RM100

 *BUKU TEKS SEKOLAH*
-Mahathir: Bergantung kepada pendapatan ibubapa. Ada pelajar perlu beli buku teks.
-Najib: Semua pelajar dapat buku teks secara percuma.

 *BR1M*
-MAHATHIR: Tiada
-Najib: Ada, sehingga RM2000

 *VOUCER BUKU UNTUK MAHASISWA*
-Mahathir: Tiada
-Najib: Ada, RM250

 *KLINIK BERGERAK 1MALAYSIA*
-Mahathir: Tiada
-Najib : Ada, bot dan bas

 *KLINIK 1MALAYSIA*
-Mahathir: Tiada
-Najib : Ada, bayaran RM1.

 *GAJI MINIMUN*
-Mahathir: Tiada
-Najib: Ada, RM1000

*GAJI KAKITANGAN AWAM*
-Mahathir: Rendah, Tun M dakwa jika gaji kakitangan Awam dinaikkan harga barang akan naik. Pegawai2 kerajaan hanya mampu memandu kereta Proton Saga.
-Najib: Naik beberapa kali sejak zaman Pak Lah sehingga pendapatan yang agak selesa sehingga ramai pegawai2 berijazah kerajaan yang mampu memlliki kereta2 import. Malah gaji kakitangan awam beruniform juga agak tinggi sehingga 2-3X ganda berbanding di zaman Tun M.

 *BAKI SIMPANAN PETRONAS*
Mahathir: RM30 bilion
Najib: RM128 bilion

*KENAIKAN PENCEN*
Mahathir: Tiada
Najib: Ada, 2% setiap tahun.

*RUMAH PENJAWAT AWAM*
Mahathir:Tiada
Najib: Ada, Rumah penjawat awam 1 Malaysia (PPA1M)

*RUMAH UNTUK RAKYAT*
Mahathir:PPRT
Najib:PPRT, SPNB (gaji bwh RM3000 & ada tanah, kerajaan subsidi RM25 ribu), SPNB Plus (gaji RM3000 keatas dan ada tanah), PR1MA (gaji bawah RM10,000)

*TAJA RAKYAT TUNAI HAJI*
Mahathir: Tiada
Najib : Ada, 1000 orang ditaja untuk tunai haji pada setiap tahun secara percuma ditaja oleh 1MDB.

*BANTUAN MUSIM TENGKUJUH*
Mahathir :Tiada
Najib : Ada, RM600 untuk 3 bulan kepada 440 ribu penoreh getah.

*SKIM ELAUN SARA HIDUP NELAYAN*
Mahathir : Tiada
Najib : Ada, RM300 sebulan...


Adakah Orang-orang Melayu/Bumiputera Telah Bersedia Diperintah DAP???




Secara logiknya kalau diikutkan kepada pembahagian kerusi, jumlah kerusi MP Islam sudah boleh membentuk majoriti mudah iaitu 60%. Apapun disebabkan oleh politik kita terpisah....

Dlm keputusan PRU 2013 yang lalu, MP PR = 40% dgn 22% daripadanya bukan Islam.

Ianya  statistik yang menakutkan kerana jika MP BN bukan Islam melompat sebanyak 11% pun Pakatan Rakyaat ketika itu sudah boleh mendapat simple majoriti.dgn jumlah kerusi dominan bukan Islam mewakili 33% dan Islam 18%. Bayangkan pula sekiranya kesemua 16% yang melompat??? Kerajaan yang ditunjangi oleh MP bukan Islam akan terbentuk. Boleh kah Islam terus dimertabatkan dan hak keistimewaan org Melayu/Bumiputera terus terjamin???

Dijangkan statistik di atas akan berterusan dalam PRU 14 nanti. Bayangkan jika semua kerusi Pas dimenangi oleh Pan, Orang Melayu pulak memang susah untuk meninggalkan Umno/BN.  2018 DAP bakal bertanding di 47 kerusi Parlimen......bayangkan kalau DAP menang lebih banyak kerusi atau kesemua kerusi yang ditandinginya. Pengundi2 Cina memang majoriti mengundi DAP, iadi ianya tidak mustahil buat DAP untuk menunjangi kerajaan. Calon DAP pula cuma Dr Aziz Bari aje yg Melayu......

Sebuah kerajaan  yang ditunjangi oleh parti bukan Islam memang "within reach" sekiranya Melayu/Bumiputera terus berpecah. Adakah kita sudah bersedia untuk itu??? Sebuah negara asal yang penduduk asal dan majoritinya Melayu/Bumiputera diperintah oleh sebuah kerajaan yang ditunjangi oleh kaum pendatang dan bukan beragama Islam???

Kita bukan bercerita tentang rasis, tetapi kekhwatiran kita adakah DAP boleh berlaku adil terhadap kaum Melayu/Bumiputera??? Boleh kah DAP memertabatkan Islam? Membangunkan ekonomi Melayu yang masih berada  pada takuk sekitar 20%??? Adakah DAP akan bertindak double standard seperti yang berlaku di Pulau Pinang? Di mana gerai2 milik orang2 Melayu katanya dirobohkan? Tiada rumah2 murah untuk rakyaat miskin? Tanah2 milik kerajaan negeri dijual sewenang2 kepada pemaju2 untuk dibina rumah2 dan kondominium2 mewah sehingga orang2 miskin terpinggir dan terpaksa tinggal di luar Pulau Pinang. Adakah DAP akan mempertahankan instititusi Melayu seperti Mara, Felda, Felcra dll yang selama ini telah banyak membantu orang2 Melayu/Islam??? Adakah pinjaman/biasiswa mara untuk pelajar2 Melayu/Bumiputera akan dikekalkan? Adakah sekolah2 berasrama yang selama ini dipenuhi oleh anak2 Melayu bumiputera seperti Sekolah Men. Sains, MRSM, SMKA, Maahad dll akan dikekalkan dan mendapat bantuan penuh kerajaan? Adakah UITM, kolej2 professional mara, giat mara akan beroperasi dan mendapat bantuan kerajaan? Adakah pelajar2 Melayu/Bumiputera akan dapat memenuhi kuota di IPTA2 milik kerajaan? Atau kemasukkan hanya berdasarkan merit semata2? Bagaimana pula dengan jawatan2 penting dalam sektor Awam? GLC2?

Adakah kita telah bersedia untuk bersaing tanpa bantuan kerajaan??? Mungkin sebahagian dari kita ya. Tapi bagaimana dengan anda???

Jestru sebelum mengundi Pakatan Harapan, tepuk dada tanya selera!!!

Semoga Allah SWT memelihara kita semua dan negara Malaysia!!! Ameen







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3