bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

31 May 2010

Rakyat Malaysia bersama konvoi ke Gaza selamat

Rakyat Malaysia bersama konvoi ke Gaza selamat

2010/05/31

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/RakyatMalaysiabersamakonvoikeGazaselamat/Article

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia yang menaiki kapal utama 'Rachel Corrie', satu daripada enam kapal dalam armada kapal kecil yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza, selamat, selepas tentera Israel menaiki kapal Turki bagi menghalang konvoi itu.

Al-Jazeera melaporkan sekurang-kurangnya 15 aktivis terbunuh dan ramai yang cedera apabila komando Israel menyerang kapal Turki yang mengetuai armada kapal kecil awal pagi ini.

"SMS dari Rachel Corrie -- Semua yang berada di atas kapal selamat. 1,000 batu dari Gaza," kata seorang pegawai dari Perdana Global Peace Organisation (PGPO) di sini.

Palestinians ride boats in Gaza waters as a flotilla of aid ships leaves for the blockaded territory (Photo AP)


Komen Isac;


Alhamdulillah....Apapun konvoi misi kemanusiaan ini sepatutnya memahami "tabiat" Yahudi. Mereka sememangnya tidak berhati-perut. Istiharkan sahaja perang jihad ke atas mereka...Bagi mereka (Yahudi) walaupun kita mengatakan ianya misi kemanusiaan, bagi mereka (Yahudi) ia adalah suatu provokasi...Contoh satu bangsa yang "super ultra kia su"!!!

PKR Hanya Bergantung Kepada Faktor Anwar, Kalau Anwar Memang Seorang "Peliwat" Macam Mana?

Faktor Anwar saja tidak cukup....
http://www.malaysiakini.com/news/133104
Salhan K Ahmad
Mei 30, 10
11:11am

'Faktor Anwar Ibrahim' sahaja tidak cukup dalam menarik sokongan daripada golongan muda, kata seorang perwakilan di Kongres Nasional PKR di Kota Bharu hari ini.

Farah Afzan Faridi yang membahaskan usul bertemakan Kepemimpinan Muda berkata golongan pengundi baru ini tidak mengetahui mengenai pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998.

"(Perlu kaji) Pengundi saluran 4, 5 dan 6 ini adakah mereka mengalami peristiwa 98 (pemecatan Anwar daripada jawatan timbalan perdana menteri)?"

"Kita tidak boleh anggap kekuatan kita adalah Wan Azizah dan Anwar Ibrahim sahaja," katanya

Farah Afzan juga menjelaskan, parti itu perlu mengetengahkan idea baru supaya dapat terus menjana "sumber kekuatan parti" itu.

"Kita perlu cipta idea baru untuk uruskan mereka kerana kecenderungan mereka berbeza.

"Mereka lebih terkini dengan AF (Akademi Fantasia), Mentor, tapi tidak terkini dengan politik Malaysia," katanya lagi.

Tambahnya, "konspirasi kedua" tuduhan liwat yang dihadapi ketua umum PKR itu juga digunakan oleh BN bagi mengeksploitasi keadaan tersebut.

Beliau seterusnya menuntut supaya parti itu segera menubuhkan program Universiti Politik Muda di negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat bagi membentuk pelapis kepemimpinan.

"Kalau BN boleh buat program BTN, kenapa kerajaan Selangor tidak boleh buat program untuk dedahkan proses demokrasi?" soalnya.

Pandangan ini disambut oleh seorang wakil AMK yang menyuarakan kebimbangan dengan tanggapan orang muda sebagai 'simpanan tetap' Pakatan.

Dalam ucapannya selepas itu, Amir Sari berkata perubahan patut dijalankan bagi mengelakkan undi golongan muda "tidak dicuri oleh Umno."

Tambahnya, pembaharuan perlu dicerminkan melalui perwakilan golongan muda dalam parti.



Komen Isac;

Bagaimana jika DSAI didapati bersalah dalam kes liwatnya dengan Saiful? Adakah PKR akan terus berkubur? Bagaimana pula dengan Pakatan Rakyaat? Adakah PKR masih akan terus mempertahankan DSAI? Bukti kesan "air mani" DSAI yang dijumpai dalam dubur Saiful, bukan sesuatu yang mudah untuk ditolak! Jika bukti DNA, mungkin boleh lagi ditepis sebagai perbuatan konspirasi kerana DNA amat mudah didapati. DNA boleh diambil daripada daki, peluh, air liur, rambut, cecair kemaluan dan darah seseorang.

Walaubagaimanapun "air mani" bukan mudah untuk diambil daripada seseorang kerana ia bukan seperti hingus yang dibuang merata-rata, rambut yang boleh gugur di mana-mana sahaja, darah yang boleh didermakan dan juga daki yang boleh diperolehi dari kolar-kolar baju.

Pemimpin-pemimpin, ahli-ahli maupun penyokong-penyokong tegar PKR seharusnya berfikir dengan lebih  mendalam bagai mana air mani tersebut boleh berada di dalam dubur Saiful, adakah ia juga suatu konspirasi?

Penulis tidak sabar untuk mengikuti perbicaraan kes liwat DSAI untuk mendengar komen dan soal-balas terhadap tuan doktor yang menjalankan pemeriksaan ke atas Saiful.

Lebih Ramai Pemimpin PKR Kena "Sindrom Down"???

Pemimpin PKR Melaka pun mahu lompat katak?

Saturday, 29 May 2010
http://www.themalaysianinsider.com/mobile/bahasa/article/pemimpin-pkr-melaka-pun-mahu-lompat-katak/
KOTA BARU, 29 Mei — Di tengah-tengah Kongres Nasional Keenam Parti Keadilan Nasional (PKR) yang menjadi tumpuan dengan isu lompat parti, seorang perwakilan selatan Semenanjung mencuri perhatian dengan mendedahkan terdapat sebilangan pemimpin PKR di Melaka yang berpotensi untuk keluar parti.

Apa yang menarik isu lompat parti di Melaka timbul walaupun PKR belum ada wakil rakyat di negeri itu.

Abdul Wahab Ibrahim dari Melaka dengan suara lantang menegaskan, majlis pimpinan Melaka telah menghantar laporan kepada pejabat Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail berhubung perkara itu.

Beliau yang merupakan perwakilan yang membahaskan ucapan dasar selepas sidang kongres ditangguhkan sementara untuk sesi minum petang menasihatkan Anwar yang juga Penasihat PKR agar berhati-hati.

“Yang selalu tikam kawan ini, kawan (sendiri). Jadi Datuk Seri (Anwar) kena hati-hatilah. Kita sayang Datuk Seri ini, kita tak larat (dengan isu lompat),” kata beliau.



Komen Isac;

Itu kata-kata Zuraidah......Nak marah, marah dia.... Kepada "Suara Rakyaat Kunak" engkau percayalah dengan DSAI tu 100%, dah kena tipu berkali-kali pun masih lagi nak percaya....

30 May 2010

Mugillan Bakal Presiden MIC Yang Baru???



Sehingga jam 2.15 petang...baru-kira-kira lebih 2,000 orang berada dalam dewan Pusat Konvensyen The Mines,Seri Kembangan dekat Kuala Lumpur .Dewan berkenaan boleh isi lebih 5,000 orang.Penganjur GAS anggar 15,000 orang hadir. (Agendadaily)



Komen Isac;

Kalau dilihatkan kepada sambutan konvensyen iaitu 3 kali ganda daripada sasaran awal iaitu 5 ribu kehadiran, ada harapan Mugilan akan "merampas" tahta Presiden MIC.  Samada Mugilan akan berjaya atau tidak, ia bergantung kepada ahli-ahli dan penyokong-penyokong MIC. Tepuk dada tanyalah selera, jika mahukan pimpinan yang baru, inilah masanya untuk bertindak... Adakah Palanivel akan menggigit jari, sama-sama kita nantikan...


Kerajaan Pulau Pinang Bakal Menutup Semua Operasi Sport Toto, Magnum dan Lain-lain Permis Maksiat???



Lim Guan Eng, ada berani ka???

Kerana Suami, Kak Wan Azizah Berbohong Lagi???

29 Mei, 2010 14:35 PM
Retorik Lompat Parti Dibayar RM2 Juta, Kontrak Tetapi Tiada Laporan SPRM Dibuat PKR


KOTA BAHARU, 29 Mei (Bernama) -- Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengekalkan sikap retorik mereka dengan masih belum membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan pemimpin mereka yang lompat parti dibayar RM2 juta dan kontrak oleh pihak tertentu.

Sebaliknya Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata pihaknya akan mengambil sikap mendedahkan kepada umum berhubung bayaran dan perjanjian kontrak yang didakwa ditawarkan kepada pemimpin mereka tanpa mengambil inisiatif untuk membuktikannya di mahkamah melalui siasatan SPRM.

"Setakat ini tidak ada. Banyak fail belum disiasat (SPRM). Belum ada laporan dibuat," katanya pada sidang media selepas merasmikan kongres nasional PKR di sini pada Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas lanjut dakwaannya dalam ucapan perasmian pada kongres itu bahawa beberapa pemimpin pakatan pembangkang termasuk PKR yang melompat parti dibayar RM2 juta dan dijanjikan kontrak.







Komen Isac;

Tahun 1998, Kak Wan Azizah kata DSAI ketika di dalam tahanan diracun Arsenik oleh Kerajaan BN ...Tambah Kak Wan lagi beliau takut suami mungkin akan disuntik pula dengan virus HIV.... Rakyat bangun berdemo di jalanraya-jalanraya...Kerajaan dituduh "ingin membunuh" DSAI....Tetapi setelah lebih 10 tahun peristiwa tersebut DSAI masih sihat walafiat...masih "gagah" jika nak dibandingkan dengan Saiful.

Kali ini Kak Wan bawa cerita pula pemimpin-pemimpin yang keluar Parti Keadilan Rakyaat "dirasuah" RM 2 Juta dan juga diberikan kontrak lumayan....Kamu semua ahli PKR dan rakyaat Malaysia masih tak serik-serik dan nak percaya juga???

Kata-kata Kak Wan Azizah pada tahun 1998, "Berat badan semakin susut, tidur makin tidak nyenyak, kadang-kadang mengigau sampai tendang pintu , ingatkan dinding lif. Rambut semakin gugur kerana arsenik dan kerisauan. Rambut putih disapu dakwat hitam, tetapi terlupa nak sapu pada janggut yang sudah putih. Nasi sesudu pun tak mampu habiskan. Dia sedang beransur hilang dan lenyap secara perlahan-lahan dari muka bumi ini kerana termakan sumpahan".




Kalau tanya penulis, "kawan dah serik...."

Zuraidah Juga Bakal Menjadi Budak Sindrom Down???

Mei, 2010 14:29 PM
Wanita PKR Sifatkan Anggota Keluar Parti Seperti Budak Sindrom Down
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newspolitic.php?id=501792

KOTA BAHRU, 28 Mei (Bernama) -- Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat(PKR), Zuraidah Kamaruddin pada Jumaat mengakui parti itu melahirkan 'anak tidak cukup bulan' menyebabkan ada yang terencat akal lalu bertindak keluar parti.

"Kita akui, Keadilan sebuah parti baru dan melahirkan anaknya sebagai pemimpin yang tidak cukup bulan. Mana-mana pemimpin yang berjaya dan kekal dalam parti adalah anak istimewa, dan mereka (yang) lompat parti sebagai kanak-kanak yang menghidap sindrom down atau terencat akal," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Keadilan Wanitake-6, di sini, sebagai mengulas pergolakan dalam PKR yang menyaksikan ramai pemimpin dan wakil rakyatnya bertindak keluar parti.

Zuraidah berkata keadaan itu berlaku kerana PKR sebuah parti baru yang cuma berusia 10 tahun.

Beliau juga mengakui jumlah cabang Wanita PKR yang berjaya mengadakan mesyuarat agung berkurangan kepada 106 sahaja tahun ini berbanding 206 pada tahun lepas.

Bagaimanapun perkara itu katanya berpunca daripada usaha pemutihan parti.

-- BERNAMA--



Komen Isac;

Pertama, mengapa mahu "menghina" kanak-kanak sindrom down??? Mereka tidak meminta untuk dilahirkan sebegitu? Bukankah ini bermaksud "mengumpat" dan "mencerca" Allah s.w.t? Sebab Allah s.w.t yang mencipta dan mentakdir kejadian mereka begitu!!! Waliyazubillah....

Adakah Zuraidah beranggapan beliau lebih baik dan lebih bijak daripada Professor Dr. Chandra Muzaffar, Dr Hailaili, Lokman Nur Adam dan Ezam? Jestru beliau boleh melebelkan mereka ini sesuka hati?

Jika senarai bekas-bekas pemimpin PKR yang meninggalkan parti ini semakin hari semakin panjang, tidakkah ianya seperti mahu "memberitahu" kita akan sesuatu yang tidak betul tentang PKR? Antara nama-nama pemimpin-pemimpin PKR yang telah meninggalkan parti; 

1. Dr. Chandra Muzaffar (Timbalan Presiden Parti KeAdilan Nasional)

2. S. Nalla Karuppan (Ketua Bahagian PKR Kepong)
3. Ezam Mohd Nor (Ketua Pemuda PKR)
4. Anuar Shaari (Setiausaha Anwar Ibrahim)
5. Fairus Khairuddin (ADUN Penanti – Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang)
6. Zahrain Mohd Hashim (Ahli Parlimen Bayan Baru)
7. Zulkifli Noordin (MP Bandar Baru Kulim)
8. Zainur Zakaria (Bekas peguam bela Anwar, AJK Parti KeAdilan Nasional)
9. Ruslan Kassim (Ketua PKR Negeri Sembilan dan juga Ketua Penerangan PKR)
10. Nell Onn (Ketua Wanita Parti KeAdilan Nasional)
11. Jeffrey Kitingan (Naib Presiden PKR)
12. Marina Yussuf (Naib Presiden Parti KeAdilan)
13. Lokman Noor Adam (Setiausaha Angkatan Muda Keadilan)
14. V. Arumugam (ADUN Bukit Selambau)
15. Mohd Radzi Salleh (ADUN Lunas)
16. Badrul Hisham Abdullah (ADUN Pelabuhan Kelang)
17. Tan Tee Beng (Ahli Parlimen Nibong Tebal)
18. Sallehudin Hashim (Setiausaha Agung PKR)
19. Dr Halili Rahmat (Bendahari PKR Hulu Selangor)
20. Muhammad Zahid Md Arip (Naib Ketua Pemuda PKR)
21. Mohsin Fadzli Samsuri (Ahli Parlimen Bagan Serai)
22. Hamdan Taha (Timbalan Pengarah Pilihanraya Keadilan)
23. Dr Abdul Wahid Ahmad Suhaimie (Pengerusi Perhubungan Keadilan Pahang)
24. Jamaludin Abu Hassan (Pemangku Ketua PKR Padang Serai)
25. Mohd Hanafiah Man (Ketua Pemuda Keadilan Perak)
26. Fakhrul Azman Abu Bakar (Exco Pemuda Keadilan)
27. Shamsul Bahari Shamsuddin (Exco Pemuda Keadilan)
28. Rosli Mohd Johar (Naib Ketua Pemuda Keadilan Wilayah Persekutuan)
29. Zainuddin Awang (Exco Pemuda Keadilan Terengganu)
30. Datuk Bujang Ulis (Keadilan Sarawak)
31. Rusli Mohd Shariff (Naib Ketua Pemuda Keadilan Negeri Sembilan)
32. Jeffry Nizam (Exco Pemuda Keadilan Pahang)
33. Jamaluddin Mohd Radzi (ADUN Behrang)
34. Kapten (B) Mohd. Osman Jailu (ADUN Changkat Jering)
35. Tan Wei Shu (ADUN Bakar Arang)
36. Soraya Sulaiman (Ketua Penerangan Wanita PKR)
37. Roshanita Mohd Basir (Timbalan Ketua Wanita PKR Bahagian Bagan Serai)
38 .Datin Saidatul Badru Tun Said Keruak (Naib Presiden PKR) – Updated
39. Wan Khairul Ihsan Wan Ahmad (Ketua AMK Kelantan)
40. Muhammad Ezri Zainal Abidin (Setiausaha AMK Kelantan)
41. Wee Choo Keong (Ahli Parlimen Wangsa Maju)

Ada di antara mereka di atas ini adalah merupakan  pemimpin-pemimpin yang sama-sama "mengasaskan" Parti Keadilan, takkanlah tindakan mereka meninggalkan parti yang mereka tubuhkan dibuat semata-mata atas dasar "suka-suka" atau "dibeli"???

Penulis percaya, suatu hari nanti apabila kebenaran "diperlihatkan" oleh Allah s.w.t. di hadapan Zuraidah, diapun pasti akan meninggalkan PKR serta Pakatan Rakyaat.

Adakah waktu itu Zuraidah akan mengaku bahawa dia "kurang akal"??? Mudah-mudahan Zuraidah kembali ke pangkal jalan, amin...





29 May 2010

Wakil PKR Yang Berpaling Tadah Kini Jutawan - Benar Atau Satu Lagi Pembohongan DSAI???

Anwar dedah 'wakil paling tadah' jadi jutawan
Mei 28, 10 2:59pm

PKR hari ini berkata parti itu mempunyai 'bukti kukuh' bagi menyokong dakwaan bahawa ahli parlimen mereka yang berpaling tadah disogok sekurang-kurangnya RM2 juta dan ditawarkan kontrak kerajaan yang bernilai jutaan ringgit.

Ketua Pembangkang, datuk Seri Anwar umum yang juga ketua umum PKR berkata pendedahan serta bukti yang bakal dikemukakannya akan menunjukkan rasuah politik yang diamalkan oleh pemimpin Umno dan agen-agennya.

“Kami masih menunggu reaksi mereka sebelum mendedahkan maklumat kepada umum. Yang pasti, keterangan tersebut jelas menggemparkan dan akan membuktikan rasuah politik pimpinan Umno dan agen mereka.



Komen Isac;

Lagi suatu pembohongan??? Kalau ada bukti keluarkanlah.....Penulis masih menunggu "Pembongkaran besar" yang dijanjikan DSAI sepanjang kempan PRK di dua Bukit (Selambau dan Gantang) dan juga PRK Batang Ai.

Penulis juga masih menunggu pendedahan bukti-bukti penyelewengan oleh pemimpin-pemimpin BN yang berjumlah "6 kotak" yang telah diwar-warkan sejak lebih 10 tahun dahulu??

Begitulah juga halnya dengan janji-janji pendedahan lain yang pernah dilaungkan oleh DSAI, pertanyaan penulis, mana dia?

Adakah kerana seperti kata Tun Mahathir, "Melayu mudah lupa" maka sewenang-wenangnya DSAI mahu "mengkelentong" kita semua, dengan harapan kita akan lupa setelah beberapa hari kemudian?

"Trick" tersebut mungkin boleh digunakan kepada penyokong-penyokong tegar  PKR dan Pakatan Rakyaat, tetapi bukan kepada rakyat Malaysia.

Jika ada bukti sila buat laporan polis dan kemukakan segala bukti kepada SPRM!!!



Polis "Fobia" Untuk Lepaskan Tembakan???Menyebabkan Suspek Penjenayah Terlepas???

Kumpulan samun berbalas tembak dengan polis

2010/05/28

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kumpulansamunberbalastembakdenganpolis/Article

KUALA LUMPUR: Satu kejadian kejar dan berbalas tembakan berlaku antara polis dan sekumpulan lelaki dipercayai penyamun di antara kawasan Jinjang dan Kepong di sini awal pagi ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata sebelum itu, sebuah kereta peronda polis yang sedang melakukan rutin rondaan harian pada jam kira 4.15 pagi di satu kawasan di Jinjang, terserempak dengan sebuah kereta Waja yang dinaiki dua lelaki dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, setelah arahan memberhentikan kenderaan gagal dipatuhi, kereta terbabit memecut laju dan suspek kemudian melepaskan satu das tembakan ke arah polis tetapi tidak mengenai sasaran.

"Polis kemudian membalas dengan melepaskan satu das tembakan ke arah kereta terbabit namun suspek dapat meloloskan diri.

"Kereta itu kemudian ditemui di satu kawasan di Jalan Metro Perdana Barat 3, Kepong," katanya kepada Bernama menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini hari ini.

Beliau berkata, kereta terbabit dilaporkan hilang di Puchong dua hari lalu dan polis percaya kumpulan penjenayah itu adalah berbahaya dan terbabit dalam beberapa kes samun bersenjata api di Kepong. - Bernama


Ini pula di Shah Alam,

Suspek curi kereta cuba rempuh polis

28/05/2010 2:55pm
SHAH ALAM 28 Mei – Polis terpaksa melepaskan tiga das tembakan terhadap seorang suspek mencuri kereta selepas dia cuba merempuh anggota polis di Kampung Jawa di sini tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Md. Yusof berkata, kejadian berlaku pukul 12.30 tengah malam ketika anggota polis terbabit cuba menghalang lelaki itu daripada melarikan diri menaiki sebuah kereta Proton Saga yang dipercayai dicuri. – Utusan



Komen Isac;

Penulis percaya beberapa insiden "tembak-menambak" yang berlaku baru-baru ini di mana pihak polis dipersalahkan, telah memberikan kesan kepada emosi dan prestasi pihak polis. Dalam kedua-dua kes di atas mereka dilihat agak keberatan untuk menggunakan senjata api, samada ia baik untuk kesejahteraan rakyaat dan negara secara jangka panjang, hanya masa yang akan menentukan.

Bayangkan jika dalam kes di atas, seorang suspek telah mati ditembak, sementara "rakan subahat"nya pula dijadikan saksi oleh Pakatan Rakyaat, sudah tentulah beliau (rakan subahat suspek)  akan mengatakan kepada pihak media bahawa pihak polis telah menyalah-gunakan kuasa dan mereka (suspek) sebenarnya tidak bersalah.

Itulah rentetan hidup seorang anggota polis sejak akhir-akhir ini, sudahlah nyawa mereka ibarat "telor dihujung tanduk",  tanpa penghargaan setimpal, malah intergriti dan maruah mereka juga "diinjak-injak".

Adakah Pakatan Rakyaat membenci pihak polis sebab ia mewakili "Institusi Melayu"??? Apapun tindakan mereka (Pakatan Rakyaat) di dalam "mempopularkan diri" janganlah sampai isu ini menjadi isu perkauman,  kerana pasukan polis di Malaysia dianggotai oleh majoriti kaum Melayu/Bumiputera...Semua pihak perlu berhati-hati menangani isu ini kerana selain daripada ianya sangat sensitif, ia juga akan memberi kesan kepada prestasi pasukan polis secara menyeluruh, kerana fungsi mereka pastinya pudar tanpa rasa hormat dan kerjasama masyarakat.

Pesawat Masa Depan??? Sempat kah Kita Merasainya???



GAMBAR fail menunjukkan pesawat X-51A Waverider (dalam bulatan) berada di bawah sayap B-52 Stratofortress pada 9 Disember 2008.

6 Kali Kelajuan  Bunyi
WASHINGTON – Sebuah pesawat ujian milik Tentera Udara Amerika Syarikat (AS), X-51A Waverider mencatat rekod dunia penerbangan supersonik selepas ia terbang selama enam minit pada kelajuan Mach 6 atau enam kali kelajuan bunyi iaitu kira-kira 7,416 kilometer sejam.

Tentera Udara AS melaporkan di laman webnya bahawa X-51A berlepas dari sebuah pesawat pengebom berat, B-52 Stratofortress di pesisir pantai selatan California kelmarin dan ia memecut hingga Mach 6 selama 200 saat sebelum hilang momentum menyebabkan ujian itu ditamatkan.

“Kami benar-benar teruja kerana ujian tersebut mencapai kejayaan dengan perubahan daripada penggunaan pesawat enjin kipas selepas Perang Dunia Kedua kepada enjin jet,” kata Pengurus Eksperimen Program X-51A, Charlie Brink.

Rekod sebelum ini cuma 12 saat. – AP



Komen Isac;

Ini baru prototype...Bayangkan akan datang kita boleh terbang dengan kelajuan 6 mach (7,416 kilometer sejam). Rata-rata pesawat-pesawat jet pejuang sekarang cuma boleh mencapai kelajuan sekitar 3 mach.

Dunia memang dah nak kiamat agaknya...Sila ke blog "Rajahmas" klik sini.

Vell Paari, Begitu Mudah???Selepas Mencerca & Menuduh Yang Bukan-bukan, Cukup Dengan Sekadar Mohon Maaf?

Vell Paari mohon maaf kepada PM, TPM, Umno

2010/05/28

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/VellPaarimohonmaafkepadaPM_TPM_Umno/Article

KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC, S Vell Paari, hari ini memohon maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kerana menuduh Umno adalah punca kepada konflik dalaman parti komponen Barisan Nasional (BN) itu.

Vell Paari yang juga anak kepada Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu, berkata berdasarkan perkembangan semasa, adalah jelas bahawa Umno tidak terbabit dengan kewujudan Gerakan Anti Samy Vellu (GAS).

“Ramai pemimpin Umno sebelum ini dengan jelas menyatakan pendirian mereka bahawa parti (Umno) itu tidak menggalakkan atau bekerjasama dengan bekas Timbalan Ketua Pemuda MIC, V Mugilan, dalam apa cara sekali pun.

“Sehubungan itu, saya meminta maaf kepada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Umno berhubung kenyataan saya sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau sebelum ini menuduh Umno menggunakan "pembunuh politik" untuk memecahbelahkan MIC dan mendakwa kewujudan GAS mendapat restu daripada pemimpin tertinggi Umno.

Vell Paari berkata, beliau juga sudah menjelaskan pendiriannya itu Perdana Menteri yang juga Presiden Umno hari ini dan amat berharap semua pihak akan bekerjasama seperti biasa dalam satu keluarga BN.



Komen Isac;

Apalah nasib kita  kaum peribumi dan golongan majoriti di Malaysia? Kita sahaja yang perlu beralah, memberi dan terpaksa "beransur" apabila ditolak oleh orang-orang seperti Vel Paari. Kalau dahulu Umno sentiasa sahaja "beransur" kerana "ditolak" oleh orang-orang berketurunan Cinia dan DAP menjadi "Rajanya" kini orang-orang India sudah mula besar kepala!!!

Penulis tiada masalah dengan apa bangsa selkalipun, tetapi jika mahu dilayan dengan hormat, jangan berlagak sombong maupun kurang ajar!!! DS Samy X pandai ajar anak??? Opps...maafkan saya...

Orang tua-tua kata, hanya orang yang berjiwa besar sahaja yang selalu memaafkan orang lain... Tetapi kalau kurang ajar, macam mana kita nak maafkan???Penulis mencadangkan Umno menolak Vell Paari dan Mohan!!! Boleh menerima maaf mereka dengan syarat Vell Paari dan Mohan tidak akan berada dalam saf pimpinan MIC sampai bila-bila!!!


28 May 2010

Maklumat Tambahan Isu Tanah-tanah Milik KTMB, Dari Woodland ke Tg. Pagar!!! Penolakkan Pakatan Ada Maksud Tersirat???

 Jumaat Mei 28, 2010
Tidak Masuk Akal Anggap Tanah KTM di Singapura Milik Malaysia - Shahrir

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Shahrir Samad, anggota Parlimen Johor Baharu, berkata "langsung tidak masuk akal untuk menganggap" tanah yang menempatkan landasan dan stesen KTM adalah milik Malaysia sedangkan sebenarnya tanah itu dipajak daripada Singapura khusus bagi tujuan perkhidmatan kereta api yang dikendalikan KTM Bhd.

Menyambut baik perjanjian dua hala bersejarah yang dimeterai Malaysia denganSingapura pada Selasa bagi membangunkan bersama tanah Keretapi Tanah Melayu (KTM) di Tanjong Pagar, bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna itu berkata perjanjian itu mewujudkan keadaan yang memihak kepada KTM dan Malaysia.

"Bertukar-tukar tanah pajakan kereta api dengan tanah yang tidak memiliki potensi pembangunan dengan nilai setara tetapi dengan tanah yang memiliki potensi pembangunan bermakna KTM sebenarnya yang mendapat faedah daripada pertukaran itu," tegas Shahrir, yang terkenal dengan kelantangan dan pendirian tegasnya mengenai isu nasional, terhadap kritikan beberapa pemimpin pembangkang termasuk Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar melahirkan rasa kecewa dengan perjanjian yang dimeterai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien-Loong atas alasan ia dilakukan secara "tergesa-gesa" dan "tanpa butiran terperinci" yang akan menjejaskan kedaulatan dan kepentingan negara. Di samping melahirkan rasa khuatir bahawa nilai tanah Marina South dan Ophor Rochir yang diperolehi Malaysia sebagai pertukaran bagi tanah di Tanjong Pagar jauh lebih rendah, Anwar menggesa Najib membentangkan kertas laporan komprehensif pada sidang Dewan Rakyat bulan depan bagi memberikan penjelasan terperinci mengenai perjanjian itu.

Artikel penuh klik sini.



Komen Isac;

Ini adalah sambungan kepada posting yang terdahulu klik sini.

Seperti yang dinayatakan terdahulu perjanjian "pajakkan" tanah-tanah tersebut mensyaratkan kegunaannya hanya untuk trek-trek keretapi milik KTMB dan ada klausa didalam perjanjian pajakkan tersebut yang mensyaratkan penyerahan balik tanah-tanah tersebut kepada Republik Singapura sekiranya "tanah-tanah tersebut" telah tidak digunakan oleh KTMB.

Jestru itu sebenarnya keupayaan Kerajaan Malaysia untuk mendapat hak milikan 60% daripada projek pembangunan yang melibatkan tanah-tanah tersebut adalah suatu "perolehan" yang menguntungkan.

Apakah Pakatan Rakyaat, sebenarnya "cemburu" dengan hubungan baik Kerajaan Malaysia-Singapura? Mungkinkah khabar angin yang mengatakan Pakatan Rakyaat memperolehi "dana" dari "Singapura" untuk membiayai perbelanjaan kempen mereka pada PRU 12 yang lalu adalah benar?

Adakah dengan terjalinnya hubungan baik diantara Kerajaan Malaysia-Singapura akan bermaksud tiada lagi sumbangan dana yang bakal diperoleh Pakatan Rakyaat dari "Singapura" buat mereka menghadapi PRU 13 nanti???

Ataupun Pakatan Rakyaat sememangnya "hanya tahu" membangkang? Demi mencari populariti, sokongan dan kerana sifat dengki?

Beginikah Caranya PKR Hendak Memenangi Undi Melayu/Bumiputera???

'PKR kurang mesra Melayu'
Jimadie Shah Othman
Mei 26, 10
12:32pm
http://www.malaysiakini.com/news/132768

Pakatan Rakyat tidak harus rasa selamat dengan undi Cina, justeru mengambil mudah sokongan orang Melayu bagi memenangi pilihan raya umum yang akan datang, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, tambahnya, gabungan pembangkang - PKR, PAS dan DAP - tidak perlu mengambil langkah drastik bagi mendapatkan kembali sokongan Melayu, sebaliknya hanya memerlukan sedikit "penyelarasan".


Komen Isac;


Mungkin inilah caranya PKR hendak mendampingi dan menarik undi Melayu/Bumiputera??? Dengan menawarkan jawatan TPM kepada DAP (Lim Kit Siang)?

Bukankah ini juga suatu bentuk rasuah? Dalam usaha PKR  "membeli" undi pengundi-pengundi Cina? SPRM!!!!!!!!



Gempar!!! Ezam Mengaku Diperalat!!!! Siapa Yang Memperalatkan Beliau???


























Komen Isac;

Jika "diperalakan" demi agama, bangsa dan negara  demi  menegakkan  kebenaran,  apa pula yang kita nak takut sekiranya kita    dihina, difitnah, dimaki dan dicaci??? Kerana dalam menegakkan kebenaran jika ditakdirkan kita gugur sekalipun, syahid adalah ganjarannya...

27 May 2010

Pembongkaran Ezam!!! - Izzah Pula Kata Ia Suatu Pembohongan!!!!!

Ezam buat tuduhan jahat - Izzah
SHAH ALAM – Dakwaan Senator YB Ezam Mohd Noor yang mengatakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pernah memberitahunya Datuk Seri Anwar Ibrahim seorang peliwat disangkal sekeras-kerasnya oleh anak mereka, YB Nurul Izzah.

YB Nurul Izzah ketika dihubungi Sinar Harian berkata, tuduhan yang amat jahat seperti itu memang sudah dijangka keluar dari mulut Ezam yang sudah mendapat habuan Senator kerana menentang Anwar selama ini.

Katanya, pelantikan Ezam sebagai senator sebenarnya berfungsi sebagai pembuat pelbagai tuduhan dan kenyataannya di Kelantan malam kelmarin membuktikannya.

“Nasihat saya, teruskanlah dengan kerja jahat anda. Saya yakin anda akan mendapat balasan setimpal daripada Allah,” katanya.

Nurul yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, menegaskan, rakyat sudah faham dan boleh menilai sendiri kebenaran tuduhan yang dilemparkan Ezam kerana beliau sering menyerang Anwar dengan tuduhan yang tidak berasas.

“Rakyat Kelantan dan seluruh Malaysia bijak. Mereka boleh nilai aksi Ezam di atas pentas. Sudah dapat habuan, makin dahsyat tuduhan jahatnya,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Strategik PKR, Tian Chua mempertikaikan tuduhan Ezam kerana jika betul dakwaan tersebut, beliau sepatutnya sudah mendedahkannya sejak berada dalam PKR dahulu.

“Kita tidak perlu layan tuduhan ini. Saya dan beliau bersama-sama mempertahankan Anwar sejak dulu lagi. Ini bukan isu lagi sekarang.

“Ada banyak lagi isu lebih besar dari isu peribadi, contohnya seperti isu judi bola, isu tanah Keretapi Tanah Melayu (KTM) di Singapura dan pemberian telaga minyak Malaysia kepada Brunei,” katanya.

Malam kelmarin, di KOTA BHARU, Ezam ketika ceramahnya mendedahkan beliau pernah diberitahu tentang perlakuan negatif Datuk Seri Anwar Ibrahim itu dari isterinya sendiri, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Ezam berkata, beliau sanggup bersumpah dengan menjunjung al-Quran bahawa kenyataan tersebut dibuat oleh Wan Azizah sendiri ketika beliau masih bersama dengan parti itu sebelum ini.

“Saya cabar dia (Wan Azizah), dia boleh angkat al-Quran, dia boleh nafikan dengan mengangkat al-Quran dia tidak bagi tahu saya, tapi saya boleh angkat al-Quran untuk menyatakan orang yang bagi tahu kepada saya yang Anwar mempunyai penyakit dan perangai jijik itu tidak lain tidak bukan ialah isteri dia sendiri, Wan Azizah, ini cabaran saya,” katanya.






Komen Isac;

Untuk memudahkan rakyaat dalam menilai siapakah yang benar, kalau apa yang YB Senator Ezam telah perkatakan itu tidak benar, maka Kak Wan boleh menafikannya dengan bersumpah dengan nama Allah s.w.t., kan senang? Mengapa cuma nak menuduh orang lain berbohong? Mengapa tidak sambut cabaran Ezam untuk bersumpah?

Kebenaran perlu kerana kes ini melibatkan kepentingan awam dan kesucian agama Islam.

Subsidi Bakal Dikurangkan??? - Lebih Baik Naikkan Nilai Ringgit Malaysia!!!

Subsidi perlu dikurangkan perlahan-lahan, kata Dr Mahathir

Wednesday, 26 May 2010

http://www.themalaysianinsider.com/mobile/bahasa/article/subsidi-perlu-dikurangkan-perlahan-lahan-kata-dr-mahathir/


PETALING JAYA, 25 Mei — Subsidi perlu dikurangkan secara beransur-ansur dalam usaha kerajaan menambah baik kewangannya, kata mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini.

“Saya rasa lebih baik mengurangkan subsidi langkah demi langkah,” katanya apabila ditanya tentang langkah kerajaan untuk akhirnya menghapuskan subsidi yang semakin menjadi beban kepada kewangan kerajaan.

Sebelum itu, Dr Mahathir (gambar) merasmikan pusat 4S (jualan, perkhidmatan, sistem dan alat ganti) baharu Aiman Motor Sdn Bhd yang terletak di Petaling Jaya.

Menurut Unit Pengurusan Prestasi dan Penyampaian (PEMANDU), keseluruhan subsidi Malaysia bagi 2009 berjumlah RM74 bilion yang bersamaan dengan RM12,900 bagi setiap isi rumah.



Komen Isac;

Secara matematik, kerajaan akan mempunyai lebihan wang sebanyak RM 74 billion sekiranya semua subsidi yang diberikan ditarik balik!

Satu soalan penulis, adakah ianya termasuk subsidi yang diberikan kepada petani dalam bentuk bantuan baja, racun serangga dan kepakaran, juga subsidi untuk makanan binatang ternakan bagi para penternak? Selain itu ada berbagai-bagai lagi bentuk subsidi yang diberikan kepada industri pertanian dalam usaha kerajaan untuk mengawal harga barangan tersebut di samping menggalakkan para pengusaha menceburi bidang tersebut bagi mengelakkan kebergantungan kepada barangan import. Adakah ini semua juga akan ditarik balik?

Jika ya, pastinya harga semua barangan pertanian tersebut bakal naik.

Kerajaan juga perlu sedar, apabila semua subsidi ditarik balik, secara otomatik para pekerja akan memerlukan gaji yang lebih tinggi, dan harga barangan keluaran negara juga pastinya akan naik! Adakah dengan kenaikkan kos pengeluaran ini nanti bahan mentah dan barangan keluaran negara mampu bersaing di peringkat global?

Jika golongan pekerja, peniaga dan kakitangan kerajaan, mereka mungkin tidak akan terasa akan kenaikan harga barangan kerana gaji mereka juga bakal dinaikkan, tetapi bagaimana pula dengan orang-orang kampung? Orang asli dan juga petani-petani kecil yang sememangnya sejak dahulu tidak memperolehi subsidi? Jika barangan keperluan semuanya naik harga, tidakkah ini akan menyusahkan mereka? Bagaimana kerajaan mahu mengimbangi masalah ini?

Memang benar, pemberian subsidi yang tidak dikawal dengan baik, membuatkan kerajaan terpaksa berbelanja lebih kerana ianya disalah-gunakan oleh sesetengah golongan untuk "mengkayakan" diri sendiri...klik sini dan sini.

Jestru itu pihak penguatkuasa sepatutnya perlu lebih tegas di dalam menjalankan tugas mereka di dalam membasmi masalah ini dan bukannya menghapuskanya sama-sekali pemberian subsidi! Bagaimana pula dengan bantuan/subsidi kerajaan terhadap industri pembuatan? Adakah ini pun akan dihapuskan?

Pada pandangan penulis kerajaan boleh menggunakan kaedah serampang dua mata Kawalan terbaik untuk subsidi barangan keperluan adalah  dengan"menaikkan" nilai pertukaran Ringgit di pasaran dunia, apabila Ringgit "kukuh" dan tinggi nilainnya, semua barangan keperluan di dalam negara pastinya tidak lagi boleh diseludup sewenang-wenangnya ke luar sempadan, seperti ke negara Indonesia dan Thailand kerana harga barangan tersebut telah menjadi mahal , disebabkan tukaran matawang yang tinggi. Sebaliknya mungkin kita akan dapat lihat perkara sebaliknya pula yang berlaku, iaitu penyeludupan barangan keperluan daripada kedua-dua negera ini pula yang akan masuk ke negara kita.

Sebagai contohnya, jika nilai wang kita dinaikkan supaya pertukaran bagi 1 Ringit Malaysia = Dollar Singapura dan harga barangan kekal pada harga sekarang, secara tidak lansung barangan yang dahulunya bernilai RM 1.00 kini secara teorinya nilainya meningkat menjadi sekitarRM 2.34, Ini adalah kerana pada waktu sekarang tukaran Ringgit Malaysia berbanding Dollar Singapura  adalah RM 2.34 = SD 1.00 dan Berbanding USD, RM 3.29 = USD 1.00

Ataupun jika dahulu tepung yang bernilai RM 1.45 sekilo = USD 0.45, bila Ringgit disamakan nilai dengan Dollar Singapura, walaupun dalam negara harganya masih sama iaitu RM 1.45, tetapi harga tepung tersebut sebenarnya akan meningkat menjadi USD 1.03 sekilo. Pastinya subsidi yang diberikan oleh kerajaan juga akan dapat dikurangkan ataupun mungkin ditarik secara keseluruhan.

Kerajaan juga tidak perlu lagi memberi subsidi kepada barangan keperluan  yang lain (yang diimport ataupun hasil keluaran negara) seperti tepung gandum, susu, gula, minyak masak dan lain-lain.

Juga pastinya "pelancong-pelancong" negara-negara jiran juga tidak akan berani "menyeludup" petrol/diesel dari negara kita kerana harganya telah menjadi "mahal" bagi mereka. Bahkan jika mereka melancong ke negara kita, mereka akan pastikan bahawa tangki minyak kereta mereka penuh!

Untuk sektor industri pula, walaupun pemberian subsidi sumber tenaga, seperti diesel dan gas adalah perlu bagi merancakkan industri pembuatan dan mengurangkan kebergantungan negara terhadap barangan import, tetapi apabila nilai Ringgit telah meningkat lebih dua kali ganda, pastinya subsidi akan dapat dikurangkan dengan sendiri.

Jika ini dilakukan (menaikkan nilai Ringgit Malaysia) gaji pekerja juga tidak perlu dinaikkan kerana "kuasa membeli" kita akan menjadi lebih dua kali ganda!!! Dan kerajaan juga selain tidak perlu memberikan subsidi dan mereka akan mempunyai lebihan wang untuk dibelanjakan. 

Kita cuma perlu menetapkan semula harga barangan eksport kita supaya harga barangan dan komoditi tersebut masih berdaya saing di peringkat global!!!

Juara World Wrestling Federation pun Belum Tentu Berani Untuk Menjawat Jawatan Ini!!!!!



Nak tahu apa jawatannya??? Jadi tukang "geletek" seekor singa jantan...Anda bagaimana? Ada Berani??? Diberitakan, penjaga Zoo di Afrika Selatan ini seorang sahaja yang boleh berbuat demikian terhadap singa jantan tersebut, itupun kerana singa jantan berkenaan telah begitu mempercayai beliau.....

Silap-silap haribulan kena "ngap" terus tutup buku...


Tubuh Suruhanjaya Siasat 'Pengkhianatan' - Khalid Perlu Cermin Diri Sendiri!!!

Tubuh suruhanjaya siasat 'pengkhianatan'
http://www.malaysiakini.com/news/132818

Salhan K Ahmad
Mei 26, 10
4:47pm

Satu suruhanjaya diraja perlu dibentuk bagi menyiasat beberapa tindak-tanduk kerajaan yang didakwa sebagai pengkhianatan kepada negara.
Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata pengkhianatan kerajaan itu termasuk soal pemberian lesen judi bola sepak dan penjualan tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad di Singapura.

Khalid juga mahu supaya siasatan ke atas penyerahan dua blok petroleum di Sarawak kepada Brunei.

"Kena tengok siapa yang terlibat, apa hujah dan alasan mereka, kenapa mereka setuju dengan keputusan tersebut.


Komen Isac;

Khalid perlu cermin diri sendiri dahulu... Jika kesalahan Khalid dan Pas di dalam "menjual" kalimah "Allah" boleh diampunkan, oleh orang Melayu/Islam di Malaysia, mungkin beliau boleh untuk mempertikaikan Najib dan Pak Lah...

Jika Pas dan beliau Khalid berupaya "menghalang" penjualan arak di "oulet-oulet 7 Eleven" di dalam kawasan kediaman orang-orang Melayu di Selangor, barulah beliau ada hak! Jika Pas dan Khalid dapat menghalang pembukaan pusat-pusat perjudian, pelacuran dan hiburan di Selangor baik yang "halal" maupun haram, barulah beliau ada hak!



Penerangan berkenaan blok L & M yang telah diserahkan oleh Kerajaan Malaysia kepada Kerajaan Brunei sila klik sini dan sini.






Penerangan berkaitan penyerahan sebahagian tanah-tanah milik KTMB kepada Republik Singapura sila klik sini.

Koleksi Foto-foto "Lelaki Melayu" Terhebat??? Apa Kata Parpu Kari? Apa Kata CCZ? 10 Budak Hitam?












"Ganteng" gitu... Tapi kalau tanya CCZ, mesti dia kata  Mat Sabu lagi ganteng...........Kalau tanya kepada Parpu Kari, pula mesti mata dia  berbulu.... Sebaliknya jika tanya kepada "10 Budak Hitam" mesti dia mengiayakannya.... :)... Sekadar mencuit hati....

Kalau ditanya pada tuan punya badan, apa pulak komennya ye???

26 May 2010

Lagi Pembongkaran Ezam; Demi Agama, Bangsa & Negara, Beliau Tinggalkan PKR...

Jika Penyerahan Blok L & M Dikatakan Sebagai "Penghianatan", Bagaimana Pula Dengan "Penyerahan" Tanah-tanah Milik KTMB (di Tg. Pagar) Kepada Singapura?

Hayat Stesyen KTM di Tangong Pagar, Singapura sampai 1 Julai 2011

Mulai 1 Julai tahun depan mereka yang naik keretapi ke Singapura hanya setakat Woodlands saja dan tidak lagi sampai ke Stesen Keretapi Tanjong Pagar di republik itu seperti sekarang.

Persetujuan ini dicapai dalam pertemuan Datuk Seri Najib Tun Razak dengan rakan sejawatnya Lee Hsien Loong di Singapura Isnin.Sebuah syarikat usahasama kedua negara akan membangunkan semua tanah milik Keretapi Tanah Melayu (KTMB) di negara itu.

KTMB ada tanah seluas 271 hektar di Singapura.Selain di Tanjong Pagar ia terletak di Kranji,Woodlands dan tiga keping tanah tambahan di Bukit Timah.

Stesen Keretapi Tanjong Pagar yang berusia 78 tahun terletak tidak jauh dari pusat bandar yang nilai hartanahnya sangat tinggi.

Tanah yang akan dikosongkan itu akan dimajukan oleh sebuah syarikat usaha sama Malaysia-Singapura dikenali M-S Pte Ltd yang akan ditubuhkan sebelum 31 Dis tahun ini.

Syarikat itu melibatkan Khazanah Nasional Berhad dari Malaysia yang akan memegang 60 peratus kepentingan, dan Temasek Holdings Limited, cabang pelaburan kerajaan Singapura, yang akan memegang baki 40 peratus ekuiti dalam syarikat usaha sama itu.

Menurut satu kenyataan bersama pertemuan Najib dan Lee banyak berkisar kepada Perkara-perkara Dipersetujui (PoA) mengenai tanah KTMB di Singapura yang menjadi penghalang kepada hubungan baik antara kedua-dua negara.

Tanah-tanah yang dimajukan itu boleh ditukar, berdasarkan nilai masing-masing, dengan tanah di Marina South dan Ophir Rochor di sini.



Komen Isac;

Siapa nak jawab? Berbanding dengan Blok L & M yang sebenarnya lebih hampir dengan negara Brunei, tanah-tanah dalam rezab KTMB ini dah tentu "terang-terang" milik negara. Jadi mengapa perlu kita berkongsi 60:40 dengan kerajaan Singapura?

Kita perlu melihat sesuatu isu itu dalam konteks yang menyeluruh, konteks "menang-menang" dan jangan dipengaruhi oleh emosi...

Menurut perjanjian yang telah termaktub sejak sekian lama, sekiranya KTMB tidak lagi menggunakan tanah-tanah tersebut, maka ianya perlu diserahkan kembali kepada Kerajaan Singapura. Sebab itulah juga tanah-tanah ini telah menjadi isu sensitif sejak beberapa lama.

Sebab itulah mengapa Kerajaan Singapura pada suatu ketika secara halus cuba untuk mengalihkan "CIQ" daripada Tanjung Pagar ke Woodlands. Sejak sekian lama pula Kerajaan Malaysia telah berusaha sedaya-upaya untuk "mengekalkan" tanah-tanah tersebut sebagai milik negara dengan mengekalkan Stesen keretapi dan "CIQ" di Tanjung Pagar.

Bagi mereka yang berfikiran dangkal,  pasti akan mengatakan penyerahan 40% hartanah "milik" negara kepada Kerajaan Singapura adalah merupakan suatu bentuk "pengkhianatan", tetapi jika diteliti, hak milikan tersebut hanyalah bersifat sementara, iaitu selagi tanah-tanah tersebut digunakan oleh KTMB, jika tidak, ia perlu dipulangkan semula kepada Kerajaan Singapura.

Jestru itu pada pandangan penulis, seperti "penyerahan" blog L & M kepada Brunei yang akhirnya Petronas diberi peluang untuk terlibat dalam eksplorasi minyak di kawasan tersebut secara 50/50, keputusan untuk "berkongsi" tanah-tanah milik KTMB tersebut dengan Republik Singapura adalah keputusan "menang dan menang" sebab kita tidak kehilangan 100% hak milikan terhadap tanah-tanah tersebut kerana kita masih memiliki 60%  daripadanya dan dalam masa yang sama juga berpeluang untuk terlibat di dalam projek pembinaan di Republik itu, yang sudah tentu akan memberikan pulangan yang lumayan. Jika dibiarkan tanah-tanah tersebut terbiarpun sudah pasti ianya tidak akan menguntungkan mana-mana pihak, kerana mengikut perjanjian, walaupun kita memiliki tanah-tanah tersebut, kita tidak boleh membangunkannya selain daripada untuk kegunaan KTMB.

Penulis berpendapat, memandangkan Kerajaan Singapura begitu berkehendakan agar tanah-tanah di kawasan ini dipulangkan kepada mereka untuk dibangunkan, alangkah baiknya jika Kerajaan Malaysia menggunakan kesempatan tersebut sebagai "barganing power" dalam menaikkan "tarif air" mentah yang sejak berapa lama telah dijual ke Republik tersebut dengan harga yang begitu murah.


Berikut adalah artikel versi Utusan Malaysia;

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0525&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

“Kita mencapai banyak persetujuan termasuk dalam isu tanah Keretapi Tanah Melayu Bhd. (KTMB), kemudahan air yang terkandung dalam Perjanjian Air 1961, mengurangkan kadar tol di Lebuh Raya Laluan Kedua, meningkatkan lagi perhubungan antara Singapura dan Malaysia dan beberapa lagi,” katanya, yang jelas gembira dengan persetujuan yang dicapai dengan Najib. – Utusan





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3