Wow!!!
Lepas satu-satu institusi Kewangan negara yang diterjui oleh orang Melayu diserang???
Agak2 kalau bagi dekat Lim Guan Eng, selamat ke??? Baru jual tanah Taman Manggis pun urusannya dah amat meragukan.....
Itu belum lagi disiasat urusniaga mencecah RM 30 bilion tanah2 milik kerajaan negeri Pulau Pinang yang telah dijual oleh kerajaan pimpinan DAP sepanjang pemerintahan mereka daripada 2008 hingga kini.
Anehnya rakyat Malaysia yang kononnya bijak pandai....dan berpendidikan tinggi sering sahaja tertipu oleh balaci2 Pakatan...secara berulang-ulang kali. Lepas satu...satu...Walaupun isu2 sebelum ini terbukti sebahagian besarnya hanyalah mainan persepsi mereka....
Dalam kes di atas, KWSP kononnya telah memberikan pinjaman sehingga mencecah angka RM 440 billion kepada kerajaan pusat. Pada pandangan penulis, kalau betulpun bagus, juga sebab jika dipinjam daripada institusi2 kewangan luar negara seperti IMF ataupun negara2 yang kaya, selain perlu membayar interest, negara akan lebih terdedah kepada resiko tukaran asing matawang asing.
Apapun dalam mengurus dananya, KWSP diterajui oleh pakar2 luar dan asing, malah sesetengah tabungannya di "outsource" kepada pengurus dana kewangan luar negara demi untuk mempastikan pulangan yang dijamin kepada para pendeposit.
Pernah dengar pepatah ekonomi, "jangan simpan semua telor anda di dalam satu bakul yang sama" ??? Itulah yang biasanya dilakukan oleh pengurus2 dana kewangan dan KWSP tidak terkecuali.
Kilk sini untuk melihat, laporan penuh Laporan Audit Tahun Kewangan 2014 KWSP.
Dekat mana yang dikatakan KWSP telah memberikan pinjaman kepada Kerajaan sehingga RM 440 billion??? Dibawah item "Pinjaman" hanya sekitar RM 107 billion direkodkan. Sementara di bawah "Bon/Asset Pelaboran Dipegang Sehingga Matang" pula, hanya RM 199 billion yang direkodkan. Bond tidak boleh dikira sebagai pinjaman kerana ianya adalah instrumen kewangan yang perlu tebus semula apabila sampai tempoh matangnya. Malah, KWSP juga tidak tertakluk untuk membeli Bon/Sukuk yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia dan di dalam negara sahaja. Ianya boleh jadi juga termasuk Bon/Sukuk di luar negara ataupun milik konglemerat dalam negara seperti Petronas, TNB, TMB dan lain-lain.
Laporan kewangan di atas jelas menunjukkan bahawa daripada keseluruhan dana yang bernilai RM 645 billion pada tahun kewangan 2014, pelaboran KWSP majoritinya bukan dalam bentuk pinjaman kepada kerajaan. Laporan Kewangan Tahun Kewangan 2015 setakat ini masih belum di paparkan dalam website KWSP. Anda semua boleh menganalisisnya bila ianya dipaparkan kelak.
Sumber keuntungan KWSP untuk tahun kewangan tahun 2015 pula boleh dirujuk di sini.
Penulis suka untuk mencadangkan supaya pihak KWSP mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa sahaja yang cuba mahu mensabotaj reputasi KWSP kerana ianya boleh mengakibatkan hakisan kepercayaan rakyaat kepada KWSP yang bukan sahaja boleh menyebabkan keuntungan pelaboran KWSP tergugat malah ianya juga boleh meruntuhkan ekonomi negara.