Adalah sesuatu yang agak pelik dalam bola sepak Malaysia....
Biasanya kalau diikutkan rekod skuad bawah umur dan remaja kita dilihat lebih berjaya berbanding skuad senior negara....Tetapi apabila semakin dewasa dan mula menganggotai skuad senior ramai dari mereka yang dilihat seolah2 hilang punca apabila mewakili negara...
Macam2 andaian yang dikatakan bila memperkatakan prestasi pemain2 kita apabila mengganggotai skuad senior...Ada yang kata sebab "mabuk duit", tapi kalau nak dibandingkan dengan kelab2 besar dunia...X ada lah banyak mana...
Ada juga yang mengatakan kerana Malaysia tidak berpeluang bermain di pentas yang lebih besar seperti Piala Asia dan Piala Dunia ini telah membantutkan perkembangan pemain2 kita.
Mungkin itulah juga sebabnya mengapa jurulatih Dolah Salleh menamakan 7 pemain yang berusia 29 tahun ke atas dalam skuad edisi kali ini.... Ataupun pemain2 Otai kembali bermain bersungguh2 untuk menunjukkan bahawa mereka masih dipuncak prestasi. Apapun ada pemain-pemain kita yang penyertaan mereka ke dalam skuad senior pula agak lambat. Alex sekitar umur 27, tahun, Afif, 30 tahun dan Piya, 30 tahun. Adakah mereka ini bakal lambat pencen dari pentas antarabangsa? Hanya masa, prestasi dan jurulatih yang menentukannya. Siapa sangka Syukur Adan yang pernah tersisih 6-7 tahun dari skuad kebangsaan kembali mewakili negara dalam usia 32 tahun.
Setakat ini pendekatan Jurulatih Dollah seperti akan membuahkan hasil kerana mungkin mereka lebih matang dan telah masak dengan dunia glamour dan asam-garam dalam bolasepak.
Walau bagaimanapun perjalanan masih jauh kerana matlamat kita pada edisi kali ini adalah untuk bermain di pentas final setelah gagal dalam edisi 2012. Dalam lalupun dengan pasukan yang purata umur pemain2 lebih muda berbanding sekarang kita sebenarnya sampai ke peringkat separuh akhir.
Jestru masih banyak kerja-keras yang pemain2, jululatih dan peminat2 perlu buat serta lebih banyak doa yang perlu dipanjatkan....
Apapun selamat berjuang!!! dan semoga pasukan kita akan dapat menjuarai Piala AFF ini sekali lagi!!!