Hajat terakhir Chin Peng
Low Chia Ming
Nov 29, 2009 2:18pm
Ini bumi yang ku pijak, bumi yang mana langitnya ku junjung. - Pendesak Supaya Manifesto PH Dlm PRU 14 DiTepati!!!
Kemaskini 5.02pm Satu blog pro-PAS, yang mendakwa seorang bekas calon parti itu "berkonspirasi" menjatuhkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, mempunyai saksi-saksi berwibawa untuk mempertahankan artikelnya. Penulis blog Malaysia Waves Abdul Rahman Abdul Talib - yang sering membongkar pergolakan dalaman PAS - berkata, saksi-saksi yang memberikan maklumat kepadanya mempunyai akses langsung kepada "minit-minit mesyuarat PAS Selangor"."Saya ada saksi-saksi. Dan saksi-sakti itu memberitahu perkara-perkara yang diminitkan dalam mesyuarat PAS negeri," katanya kepada Malaysiakini hari ini.
Artikel penuh sila layari http://www.malaysiakini.com/news/118284
Komen Isac;
Dah lama sangat penulis dengar gosip ini...Kalau nak kata tak betulpun orang tak akan percaya...Begitulah bahayanya mulut manusia, bila diperkata berulang-ulang kali orang akan terus percaya.
Cuma bagi penulis, jika betul ada konspirasi mahu menjatuhkan beliau, pengkonspirator berkenaan tidak handal, kerana sehingga sekarangpun masih belum berjaya.
Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata, perkara tersebut telah diputuskan dalam mesyuarat exco di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK)di sini pada Rabu. Dr Halimah berkata perkara tersebut dibuat kerana kajian yang telah dijalankan mendapati kursus BTN yang dijalankan mengandungi ‘indoktrinisasi’ Kerajaan Barisan Nasional yang agak rasis dan seolah-olah memecahkan penduduk-penduduk pelbagai bangsa dan agama di negara ini. Antara IPT yang terlibat adalah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Universiti Industri Selangor (Unisel) dan Kolej Inpens.
Komen Isac;
Kerajaan Selangor takutkan bayang-bayang sendiri? Penulis pernah mengikuti kursus motivasi BTN di era sebelum dan semasa DSAI menguasainya. Sekali pada tahun 1986 dan sekali lagi pada tahun 1988. Tiada perbezaan yang ketara cuma semasa di zaman DSAI ada diselitkan "Qiamullail".
Selibus lainnya adalah sama, iaitu menyedarkan anak bangsa agar tak ditelan oleh kerakusan bangsa lain. Penulis tidak nampak ianya sesuatu yang melampau atau berbau perkauman. Fungsi BTN juga adalah memberikan kursus kepada semua rakyaat Malaysia (tidak kira bangsa) yang mahu melanjutkan pelajaran ke luar negara dengan biasiswa kerajaan dan juga pegawai kerajaan yang baru memasuki perkhidmatan. Tujuannya adalah agar mereka memahami sejarah kewujudan Malaysia dan menyintai negara ini. Adakah ini salah?
Menurut pemerhatian penulis, BTN yang sejak di zaman DSAI menjadi TPM dikuasai olehnya, telah menjadi lumpuh sebaik selepas beliau dipecat. Ini adalah kerana pegawai-pegawai ini telah sama-sama keluar dari BTN sebagai protes. Tempoh 10 tahun tanpa BTN (yang agerasif) yang membantu membentuk warga Malaysia yang taat kepada negara, telah melahirkan lebih ramai anak-anak muda yang buta sejarah. Apabila BTN hendak dihidupkan semula di zaman DSN, DSAI dan kroni-kroninya melemparkan tohmahan yang bukan-bukan.
Inilah cara DSAI berpolitik, melemparkan tuduhan kepada pihak musuh politiknya sedangkan kesalahan tersebut "dia" sendiri yang buat. Ini tidak menghairankan kerana sebelum inipun dia menuduh Tun Mahathir mengkayakan kroni-kroni Tun, walhal perkara yang sebenarnya dialah yang mengkayakan kroni-kroninya sendiri.
Berpuluh penyokong Hindraf berhimpun di KLCC pagi ini untuk menyertai mogok lapar bagi mengingati ulangtahun kedua perhimpunan raksasa 25 November. Dengan diketuai oleh aktivis Hindraf S Jayathas, mereka tiba di pintu masuk KLCC pada kira-kira jam 9.10 pagi. Enam belas orang daripada mereka memakai baju-T Hindraf berwarna oren. Kebanyakan mereka turut memakai lencana anti-ISA.
Mereka merancang untuk mengadakan mogok lapar selama 18 jam sehingga 4 petang selaras dengan tuntutan 18 perkara kepada kerajaan bagi menangani masalah masyarakat India di negara ini."Tuntutan 18 perkara itu bertujuan untuk menangani masalah kemiskinan tegar di kalangan masyarakat India di Malaysia. "Tidak ada panduan dan peluang bagi masyarakat India, maka ramai yang terbabit dalam jenayah. Kerajaan tahu mengenai masalah itu tetapi tidak mengambil sebarang tindakan," kata Jayathas. Kira-kira 24 orang anggota polis kelihatan memantau keadanManakala pihak pengurusan KLCC telah meminta kumpulan tersebut supaya tidak duduk kaki lima kerana ia menganggu perniagaan di situ.
http://www.malaysiakini.com/news/118291
Komen Isac;
Mengapa nak bikin kecoh kenapa nak salahkan pemimpin semata-mata? Kalau mengikut perkapita pendapatan penduduk negara ini, penduduk berketurunan India menduduki tempat kedua di belakang kaum Cina dan penduduk peribuminya (Melayu) pula berada di tempat ketiga selepas kaum India.
Macamana kaum India yang kononnya tertindas di negara ini, kedudukkan ekonominya jauh lebih baik dari kaum peribumi yang merupakan kaum terbesar dan pemerintah di negara ini? Bagaimana pula kaum yang kononnya tertindas ini juga mempunyai begitu ramai dikalangan mereka yang merupakan golongan professional seperti, peguam, doktor, jurutera dan lain-lain?
Adakah itu semua juga salah kerajaan? Jika langsung tiada peluang untuk mereka bolehkah mereka yang berjaya ini berjaya? Mengapa pula sehingga ke hari ini ada sahaja orang-orang India dari tanah besar India yang ditangkap kerana memasuki negara ini tanpa permit kerja yang sah? Mengapa orang-orang India di Malaysia pula mengadu kononnya mereka dipinggirkan? Adakah jika orang-orang India di India, miskin dan melarat maka kerajaan Malaysia juga bertanggung-jawab?
SHAH ALAM – Pas berhadapan laluan sukar untuk memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh, Kedah disebabkan Kota Siputeh itu adalah kubu kuat UMNO/Barisan Nasional (BN). Pengarah Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail berkata, selain kubu kuat, pemilihan calon sebutan ramai, Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir juga menyebabkan Pas berhadapan masalah meraih kemenangan di kawasan tersebut. Menurutnya, Pas dan parti gabungan Pakatan Rakyat (PR) yang lain iaitu PKR dan DAP tidak harus memandang remeh akan kelebihan UMNO/BN itu. “Jika Mukhriz calonnya, kita (Pas, PKR, DAP) perlu pandang serius sebab (Mukhriz) ada banyak kelebihan.
Selain mempunyai jawatan dalam kerajaan iaitu Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, (Mukhriz) dilihat sebagai tokoh yang tidak pernah menimbulkan sebarang kontroversi. “(Mukhriz) juga Ahli Parlimen Jerlun dan disegani semua penduduk di situ. Malah, kelebihannya sebagai anak mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bagaikan satu bonus kerana sebahagian anak-anak muda di situ melihat Tun Mahathir sebagai pemimpin di hormati,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam. Menurut Saifuddin, kelebihan parti kerajaan tidak bermakna Pas juga tidak miliki sebarang keistimewaan tersendiri. Katanya, kelebihan tunggal parti pembangkang adalah kejayaan menubuhkan kerajaan PR di Kedah. Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, walaupun DUN Kota Siputeh kubu kuat UMNO/BN, tidak bermakna Pas telah gagal sebelum berjuang.
PAKAR Patologi dari United Kingdom, Peter Venezis (kanan) tiba di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh awal pagi tadi untuk memeriksa mayat Teoh Beng Hock. - Foto Rosdan Wahid
Nov 22, 2009 12:07 pm
Komen Isac;
Tujuan penulis memuatkan posting ini bukannya mahu "melebel" Tok Guru Nik Aziz sebagai terpesong atau sesat, tetapi penulis hanya mahu mencari kebenaran dan menyeru agar kita semua kembali ke arah perpaduan umat Melayu/Islam dan juga sebagai warga Malaysia.
Sebagai seorang yang beragama Islam kita perlu mempunyai ilmu untuk menilai sesuatu perkara samada ianya benar atau salah. Mungkin sebagai orang biasa, ilmu kita tidaklah sampai ke tahap boleh membuat ijtihaj, untuk dijadikan ikutan/panduan oleh orang ramai, tetapi sekurang-kurangnya biarlah ilmu kita itu mencukupi untuk pedoman diri sendiri dan keluarga.
Memang merupakan sesuatu yang amat sensitif bila kita mengkritik ataupun memperkatakan tentang "kesilapan" yang dilakukan oleh seseorang Ulamak/Tok Guru. Sebagai masyarakat Timur dan telah terdidik untuk sentiasa menghormati dan tidak meragui golongan ini, kita sememangnya terbelenggu untuk sentiasa patuh/taat kepada mereka. Walaupun ada hadis yang mengatakan, "Ulamak adalah perwaris para nabi", kita jangan lupa bahawa mereka juga tidak maksum. Jestru itu ilmu adalah penting supaya kita tidak bertaklik secara membuta tuli, jika golongan ini tersilap maka kita tegurlah dengan berhemah dan hikmah.
Perlu ditekan disini, menuruti/mematuhi golongan Ulamak/Tok Guru juga bukannya bermaksud kita perlu percaya/mengikuti mereka secara "totok"/membuta tuli. Dalam Rukun Iman yang enam, tak dimasukkan supaya kita percaya kepada Ulamak/Tok Guru secara hakiki. Bila ini dilakukan tanpa ilmu maka jadilah kita seperti pengikut-pengikut "Rasul Melayu", "Ayah Pin" dan lain-lain, waliyazubillah...
Jestru itu harapan penulis, agar lebih ramai para Ulamak Pondok, menegur kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh pihak pembangkang mahupun kerajaan. Rakyaat Malaysia terutamanya berketurunan Melayu/Islam sememangnya perlukan bimbingan mereka ini. Mereka ini selain berilmu dan boleh berijtihaj sudah pasti dilihat sebagai golongan yang tidak memihak di dalam kemelut perpecahan yang melanda kita sekarang ini.
Mudah-mudahan kita akan mendapat pemeliharaan Allah s.w.t. dan bagi sesiapa yang telah tersilap, kembalilah ke pangkal jalan. Jangalah kesilapan itu membuatkan kita tersesat lebih jauh. Penulis mengharapkan agar Ulamak Pas, Ulamak Umno dan Ulamak Pondok dapat duduk berbincang agar segala kekusutan dapat dilerai. Lakukanlah ia sebagai suatu tanggung-jawab demi perpaduan umat dan semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t.
Klik 2 X Pada Gambar Untuk Besarkannya.
Bekas Setiausaha Sulit Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari menunjukkan resit bukti pembelian saham semasa mengadakan sidang media berkenaan pembelian saham bernilai RM8.5 juta oleh Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman di sini, hari ini. Anuar yang tiba pada jam 11.45 pagi ini di JSJK menyerahkan salinan dokumen asal tentang pemilikkan saham berkenaan dengan ditemani beberapa anggota Permuafakatan Ummah (Pewaris) dan Badan Amal Tarbiah Sejagat (Batas). -- fotoBERNAMA
Anuar, 40, yang turut menyerahkan salinan dokumen asal berhubung perkara itu kepada polis membuat laporan pada pukul 11.45 pagi di Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) di Bukit Aman, di sini. Anuar, yang pernah bertugas dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim selama dua tahun bermula 1996, telah diiringi beberapa anggota Permuafakatan Ummah (Pewaris) dan Badan Amal Tarbiah Sejagat (Batas).
Ketua pembangkang hari ini mencabar kerajaan supaya menyiasat semua akaun miliknya bagi membuktikan beliau mempunyai sumber kewangan meragukan sehingga mencecah beberapa bilion ringgit. Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bahawa sebelum inipun akaunnya telah disiasat tetapi tidak ada apa yang dibutikan. "Sebaliknya media yang dikuasai oleh kerajaan telah berterusan menyebar fitnah bahawa saya mempunyai RM3 bilion dalam akaun hasil daripada akuan berkanun bekas penolong gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid," katanya di Dewan Rakyat ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2010 di peringkat jawatankuasa hari ini.
Berhubung akuan berkanun Abdul Murad itu, Anwar berkata, Badan Pencegah Rasuah (kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) pada 1998 telah menjalankan siasatan tetapi telah ditutup oleh kerajaan pada masa itu. Abdul Murad dalam akuan berkanunnya antara lain mendedahkan, bekas menteri kewangan itu mengawal 20 akaun induk yang diuruskan oleh kroni-kroninya membabitkan aset, saham dan wang bernilai lebih RM3 bilion. BERNAMA
Komen Isac;
Wah garangnya DSAI...Memang dia tak bersalah ke? Memang betul duit RM 3 Billion tu semua fitnah ke?
Cuma yang penulis faham, daripada artikel di atas, Abdul Murad telah menyatakan wang berjumlah RM 3 Billion itu adalah di atas nama proksi-proksi DSAI dan dikawal di bawah 20 akaun induk. Pada kebiasannya para proksi akan memperoleh ganjaran, bersih di antara 10-20% daripada nilai asset/wang yang mereka diamanahkan. Kalau jumlahnya RM 3 billion, para proksi akan memperolehi sehingga RM 600 Juta.
Apa kata di bawah program memberikan perlindungan/kekebalan kepada para saksi, pihak berkuasa menawarkan sehingga 50% daripada nilai asset/wang yang mereka "jaga" bagi pihak DSAI sekiranya proksi-proksi ini bersedia mendedahkan penyelewengan tersebut. "Hadiah" 50% atau RM 1.5 Billion ini juga dicadangkan supaya dikecualikan daripada cukai pendapatan.
Jika sememangnya DSAI mempunyai proksi-proksi yang menjaga asset/wangnya yang bernilai sehingga RM 3 Billion, penulis percaya para proksi tersebut (jika ada) pasti tidak akan berfikir dua kali untuk mendedahkan perkara tersebut. Di pihak kerajaan pula selain daripada dapat menangkap "pengkhianat" negara, negara juga akan berpeluang mengambil semula sekurang-kurangnya RM 1.5 Billion harta negara yang telah diselewengkan.
Penulis berharap kerajaan akan melakukan cadangan ini dan bagi pihak DSAI pula, jika beliau sememangnya tidak bersalah, tiada apa yang hendak ditakutkan. Kesempatan ini juga boleh digunakan untuk membersihkan nama beliau.
Artikel penuh sila layari link;
Apa yang pasti, pencuri van itu telah membawa singa itu 'bersiar-siar' pada waktu malam. Bagaimanapun mereka meninggalkan van itu selepas melanggar satu petanda jalan. Mereka masih tidak menyedari kehadiran singa Caesar yang berada dalam van yang dicuri itu.
Kemudian, polis menggunakan trak untuk menunda van itu ke sebuah depoh berdekatan. Pihak polis juga tidak menyedari singa Caesar yang berusia lima tahun berada di dalam van itu.Penjinak singa yang dipanggil untuk menuntut balik Caesar bagaimana pun mendapati singa itu tidak cedera.
Sebelum itu, pemilik van telah menghubungi polis untuk memaklumkan kehilangan singa itu. Jurucakap sarkas Laurens Thoen memberitahu media bahawa tidak terdapat sebarang petanda pada van tersebut yang memberitahu ia membawa singa. Caesar dilaporkan berada dalam keadaan 'baik' dan dijadualkan akan membuat persembahan di Krefeld pada Jumaat.
Dalam dunia politik apa sahaja pun boleh berlaku...Cuma selalunya seseorang itu tidak akan sekali-kali mengistiharkan "perperangan" kepada musuh politiknya secara terbuka, kecuali mereka pasti dengan berbuat demikian mereka akan mendapat kelebihan (political millage), sengaja "menggertak" musuh ataupun mereka sebenarnya telah kehilangan sentuhan.
Sebagai contoh, lihat sahaja kepada kepada senario yang berlaku kepada Umno semasa DSAI masih lagi menganggotainya. Bagaimana Datuk Suhaimi (ketua pemuda) sekitar awal 80an kecundang kepada DSAI yang merupakan seorang muka baru, jatuhnya pemimpin-pemimpin berkarisma "Team Wawasan" seperti Tan Sri Rahim Thamby Cik dan Tan Sri Muhammad Muhammad Taib akibat "pembunuhan watak". Kegagalan Allahyarham Tun Ghafar Baba untuk bertanding mempertahankan jawatan Timbalan Presiden Umno kerana faktor "politik wang" dan berbagai-bagai isu dan fitnah terhadap batang tubuh Dato' Seri Najib sehingga ke hari ini. "Perperangan" yang sehingga kini masih tidak ada orang yang mengaku bertanggung-jawab, tetapi kita semua sedar siapa yang mendapat "keuntungan" darinya.
Jestru itu apa yang hendak dihairankan dengan "perang" lama yang baru kini nak diistiharkan? Cuma mengikut pepatah lama, "sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua".
Janganlah nanti DSAI senasib dengan pencuri-pencuri van seperti artikel di atas, yang tersilap memilih "mangsa". Tetapi mereka masih lagi dikira bernasib baik kerana sedar akan kesilapan mereka dan berhenti sebelum terlewat. Jika tidak, pasti ada yang dibaham dek Singa. DSAI pula bagaimana? Adakah beliau akan terselamat
Seorang wakil rakyat Pakatan Rakyat hari ini menyelar kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana mengatakan Umno tidak terlibat dalam perarakan kepala lembu di Shah Alam akhir Ogos lalu. Wakil DAP Kota Alam Shah, M Manoharan berkata menteri besar tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan tersebut kerana "mengetahui Umno memang terlibat dalam perarakan tersebut". "Saya tak setuju bila menteri besar kata Umno tidak terlibat, saya tahu Umno terlibat dalam perarakan kepala lembu," katanya ketika membahaskan bajet 2010 di DUN Selangor hari ini.
Manoharan yang tidak membuktikan bagaimana beliau mengetahui perkara itu, juga berkata, Khalid tidak sepatutnya membebaskan pihak terbabit daripada tuduhan berkenaan kerana kes tersebut masih dibicarakan di mahkamah. "Kes masih ada di mahkamah. Ini subjudis, macam mana beliau boleh ‘clear' (lepaskan) mereka daripada tuduhan?" soal Manoharan. Dalam ucapan sulungnya di dewan tersebut selepas dibebaskan awal Mei lalu daripada tahananan ISA, Manoharan juga mencadangkan penubuhan jabatan hal ehwal orang India dalam pentadbiran negeri berkenaan.
Minta tambah exco
"Saya cadangkan ini supaya kita tidak hilang sokongan kaum India yang ada di Selangor sebab Hindraf telah menyebabkan orang India berjaya menentang Umno, tapi penghargaan sewajarnya tidak diberikan," katanya. Jelasnya, kerajaan juga sepatutnya memberi penghargaan kepada orang India di Selangor dengan memberikan dua jawatan exco kepada wakil kaum berkenaan. "Tapi yang diberi hanya satu. Yang diberi (pun) adalah portfolio ladang, jaga ladang dan kesihatan, satu portfolio paling teruk," katanya yang merujuk kepada portfolio wakil Pandamaran, Dr Xavier Jayakumar.
"Saya tak tahu sama ada exco atau menteri besar ada kumpulan pemikir, kerana kumpulan pemikir Hindraf telah berjaya mengumpul orang India dan berarak. "Jika MB ada kumpulan pemikir, saya harap kumpulan pemikir itu bekerja keras untuk pastikan tidak hilang sokongan orang India di Selangor," katanya.
Komen Isac;
Tak tahu pulak Manoharan ni ada ilmu ahlul nujum. Serba-boleh rupanya mamat sorang ni. Beliau ini rupanya "teringin" nak jadi exco...Yalah...dah berjuang berhabis-habisan mengerahkan orang-orang berketurunan India untuk berdemo, sehingga beliau sendiri ditahan...Jadi dia mahukan bahagiannya...Pemimpin yang mengharapkan balasan?
Kenapa Tan Sri Khalid tak lantik sahaja dia ni untuk menjadi "Penasihat Ekonomi Ke 2" negeri Selangor? Bagi dia gaji RM 0.50 sebulan...Bukannya apa dia ni kan lawyer, seperti DSAI juga, dia ni bukannya tahu sangat untuk pasal mentadbir ekonomi negeri. Jadi sama macam DSAI juga, kalau nantinya ekonomi negeri Selangor semakin terlungkup pun orang tak boleh nak salahkan mereka...bayaran ciput.....Jangan marah ya Tok Nujum Manoharan....
Nama Manoharan ni dekat-dekat dengan Manohara kan? Dia orang ni ada kena-mengena ke?......
SHAH ALAM, Nov 13 - Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dilantik sebagai penasihat ekonomi kerajaan Selangor dan untuk tugasnya itu beliau akan dibayar gaji RM1 sebulan.
Demikian umum Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim ketika menggulung perbahasan belanjawan Selangor 2010 doi Dewan Negeri Selangor hari ini. Katanya, perlantikan Anwar akan merangsang dan menjana pertumbuhan ekonomi negeri.