30 Nov 2009

Sifat "Kiasu" - Tetap Mahu Pulang Ke Malaysia Walaupun Secara Haram ,Tetapi Tetap Engan Minta Maaf!!!

Dipetik Dari Malaysiakini
Hajat terakhir Chin Peng
Low Chia Ming

Nov 29, 2009 2:18pm



"Saya tidak ada niat lain. Saya berharap dapat pulang untuk berdoa untuk ibubapa dan saudara saya yang sudah pergi. Itulah pengharapan saya selagi masa masih ada,” katanya.Chin Peng berkata beliau bersedia untuk bertemu dengan Datuk Seri Najib Abdul Razak berhubung perkara itu apabila perdana menteri melawat selatan Thai bulan depan.Bagaimanapun, Chin Peng, yang berasal dari Sitiawan, tidak bersedia untuk memohon maaf di atas perjuangan bersenjatanya.Ditanya sekiranya beliau sedia menimbang berbuat demikian sebagai 'tiket' untuk pulang, beliau termenung sejenak dan dengan tegas berkata 'Tidak'.
Artikel penuh sila layari link;
Komen Isac;
Satu lagi contoh sifat kiasu...... Sememangnya kesebaran kita sentiasa diuji dan perasaan kita diinjak-injak. Bagi penulis dia (Chin Peng) boleh dibawa pulang jika dia sedia untuk dibicarakan di Mahkamah, itupun jika beliau mempunyai kad pengenalan Malaysia? Jika tidak tak perlu dilayan...

Dr. Porn Bantu "Larikan" RPK ?


Menurut blog "Adi Jagat Putra" Raja Petra ak RPK melalui laluan haram ke Thailand dan dari sana beliau menaiki pesawat ke Melbourne.
Kalau pada pendapat penulis ianya tidak menghairankan, kerana tentu sekali beliau mendapat pertolongan dari sekutu mereka di sana, jangan Dr. Prontip sudahlah...Sememangnya kawalan disempadan kita pun tidak begitu ketat. Kalau di Sungai Golok senang sahaja nak menyeberanginya. Penulispun pernah melalui pos Bukit Kayu Hitam tanpa pasport.
Berkenaan dari Thailand menuju ke Melbourne pula, undang-undang negara tidak membenarkan seseorang warga negara mempunyai dua (2) kerakyaatan dalam sesuatu masa, RPK yang ibunya orang Wales pastinya tidak ada sebab untuk memiliki pasport Australia. Memang pelik bukan? Tetapi untuk mendapatkan cop imigresen Thailand pada pasport kita sememangnya mudah iaitu semurah RM 2.00.

29 Nov 2009

Konspirasi Jatuhkan MB Selangor - Cerita Dah Basi...

'Ada bukti konspirasi jatuhkan MB S'gor'
Jimadie Shah Othman Nov 25, 09 11:19am



Kemaskini 5.02pm Satu blog pro-PAS, yang mendakwa seorang bekas calon parti itu "berkonspirasi" menjatuhkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, mempunyai saksi-saksi berwibawa untuk mempertahankan artikelnya. Penulis blog Malaysia Waves Abdul Rahman Abdul Talib - yang sering membongkar pergolakan dalaman PAS - berkata, saksi-saksi yang memberikan maklumat kepadanya mempunyai akses langsung kepada "minit-minit mesyuarat PAS Selangor"."Saya ada saksi-saksi. Dan saksi-sakti itu memberitahu perkara-perkara yang diminitkan dalam mesyuarat PAS negeri," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Artikel penuh sila layari http://www.malaysiakini.com/news/118284

Komen Isac;

Dah lama sangat penulis dengar gosip ini...Kalau nak kata tak betulpun orang tak akan percaya...Begitulah bahayanya mulut manusia, bila diperkata berulang-ulang kali orang akan terus percaya.

Cuma bagi penulis, jika betul ada konspirasi mahu menjatuhkan beliau, pengkonspirator berkenaan tidak handal, kerana sehingga sekarangpun masih belum berjaya.



28 Nov 2009

Lagi Pasal Bala - Cara DSAI Untuk Mengalih Pandangan Rakyaat?

http://www.malaysiakini.com/news/118341
Peguam: Najib 'dikaitkan' dengan kehilangan Bala
Nov 25, 09 4:40pm


Mereka yang berfikiran waras akan membuat kesimpulan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak nampaknya ada kaitan dengan kehilangan P Balasubramaniam, kata peguam perisik persendirian itu, Americk Singh Sidhu. Menurutnya, fakta-fakta nampaknya menunjukkan kepada kemungkinan mereka tidak mahu dia lagi dan menyerahkan tugas itu kepada orang lain yang rapat dengan mereka, untuk dilaksanakan. Dalam wawancara dengan Malaysiakini, Americk memandang berat pembabitan adik Najib - Datuk Nazim - dan menurutnya, persoalan yang timbul ialah mengapa dia (Nazim) berminat dengan kehilangan Balasubramaniam "jika dia tidak mendapat perlindungan dari abangnya?".



Balasubramaniam baru-baru ini mendedahkan bahawa dia pernah berjumpa dengan Nazim, seorang arkitek, pada malam sebelum dia menarik balik akuan bersumpah pertamanya yang mendakwa Najib ada hubungan rapat dengan Altantuya Shaariibuu. Balasubramaniam turut mendakwa bahawa dia ditawarkan RM5 juta oleh seorang yang dikenali sebagai Deepak, seorang ahli perniagaan yang rapat dengan isteri Najib - Datin Seri Rosmah Mansor - supaya menarik balik akuan bersumpah pertamanya.Najib telah berulangkali menafikan spekulasi bahawa beliau adalah di belakang tindakan Balasubramaniam menarik balik akuan bersumpah pertamanya itu.



Dalam wawancara dengan Malaysiakini, Americk menceritakan bagaimana beliau diperkenalkan kepada Balasumbramaniam, tindakan balasubranamiam menarik balik akuan bersumpah pertamanya dan pertemuan seterusnya beliau dengan bekas pegawai polis itu, selepas muncul semula dari persembunyian setahun kemudiannya. Americk turut mendedahkan bahawa rakaman video wawancaranya dengan Balasubramaniam tiga bulan lalu, dibuat secara rahsia sebagai "satu jaminan sekiranya dia ditahan oleh pihak-pihak yang terbabit dalam pemergiannya dari negara ini setahun yang lalu."



"Dia tidak tahu yang dia sedang dirakamkan pada masa itu, tetapi kita kemudiannya memaklumkan perkara itu kepadanya dan dia faham mengapa kita berbuat demikian," katanya.Menurut Americk lagi, Balasubramaniam mungkin melakukan kesalahan di bawah Akta Akuan Bersumpah 1960 kerana memberi akuan bersumpah yang bercanggah, tetapi dia boleh mempertahankan dirinya kerana dia nampaknya telah dipaksa, diugut dan/atau dipaksa menandatangani akuan bersumpah kedua".



Tetapi, katanya, mereka yang didakwa menghasut akuan bersumpah kedua yang palsu dibuat - Deepak, ASP Suresh dan peguam M Arunampalam - juga berdepan dengan tuduhan jenayah kerana subahat dan konspirasi.Mengenai Nazim pula, Americk mendakwa, dia terbabit dalam melakukan ugutan jenayah terhadap Bala di samping kemungkinan didakwa bersubahat/konspirasi berhubung pembuatan akuan bersumpah kedua yang palsu.



Komen Penulis;


Jika diperhatikan sejak kebelakangan ini terlalu banyak isu-isu yang tidak menyebelahi Pakatan Pembangkang. Justru itu sudah sampai masanya untuk DSAI "menyerang" DSN dan UMNO/BN. Ini satu lagi cara untuk mengalihkan pandangan rakyaat terhadap kes liwat beliau, isu kerajaan negeri-negeri Selangor, Kelantan, pulau Pinang dan Kedah.

27 Nov 2009

Kerajaan Selangor Ke Arah Kerajaan Kuku Besi?

Rabu November 25, 2009
Kerajaan Selangor Haram Kakitangan Negeri dan Pelajar IPT Milik Selangor Hadiri Kursus BTN
Oleh NURUL AIN MOHD. HUSSEIN




Foto: Gambar Hiasan, Kerajaan Selangor, Kerajaan Lembu? Lembu Haiwan Paling Popular Tahun Ini.




SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor hari ini memutuskan bahawa semua pelajar yang menuntut di Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri, kakitangan jabatan Kerajaan Negeri dan pegawai dari anak-anak syarikat serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri tidak dibenarkan mengikuti kursus Biro Tata Negara (BTN) yang dianjurkan oleh Kerajaan Persekutuan berkuat kuasa serta-merta.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata, perkara tersebut telah diputuskan dalam mesyuarat exco di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK)di sini pada Rabu. Dr Halimah berkata perkara tersebut dibuat kerana kajian yang telah dijalankan mendapati kursus BTN yang dijalankan mengandungi ‘indoktrinisasi’ Kerajaan Barisan Nasional yang agak rasis dan seolah-olah memecahkan penduduk-penduduk pelbagai bangsa dan agama di negara ini. Antara IPT yang terlibat adalah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Universiti Industri Selangor (Unisel) dan Kolej Inpens.

Komen Isac;

Kerajaan Selangor takutkan bayang-bayang sendiri? Penulis pernah mengikuti kursus motivasi BTN di era sebelum dan semasa DSAI menguasainya. Sekali pada tahun 1986 dan sekali lagi pada tahun 1988. Tiada perbezaan yang ketara cuma semasa di zaman DSAI ada diselitkan "Qiamullail".

Selibus lainnya adalah sama, iaitu menyedarkan anak bangsa agar tak ditelan oleh kerakusan bangsa lain. Penulis tidak nampak ianya sesuatu yang melampau atau berbau perkauman. Fungsi BTN juga adalah memberikan kursus kepada semua rakyaat Malaysia (tidak kira bangsa) yang mahu melanjutkan pelajaran ke luar negara dengan biasiswa kerajaan dan juga pegawai kerajaan yang baru memasuki perkhidmatan. Tujuannya adalah agar mereka memahami sejarah kewujudan Malaysia dan menyintai negara ini. Adakah ini salah?

Menurut pemerhatian penulis, BTN yang sejak di zaman DSAI menjadi TPM dikuasai olehnya, telah menjadi lumpuh sebaik selepas beliau dipecat. Ini adalah kerana pegawai-pegawai ini telah sama-sama keluar dari BTN sebagai protes. Tempoh 10 tahun tanpa BTN (yang agerasif) yang membantu membentuk warga Malaysia yang taat kepada negara, telah melahirkan lebih ramai anak-anak muda yang buta sejarah. Apabila BTN hendak dihidupkan semula di zaman DSN, DSAI dan kroni-kroninya melemparkan tohmahan yang bukan-bukan.

Inilah cara DSAI berpolitik, melemparkan tuduhan kepada pihak musuh politiknya sedangkan kesalahan tersebut "dia" sendiri yang buat. Ini tidak menghairankan kerana sebelum inipun dia menuduh Tun Mahathir mengkayakan kroni-kroni Tun, walhal perkara yang sebenarnya dialah yang mengkayakan kroni-kroninya sendiri.





26 Nov 2009

Ramai Penduduk Di India Mundur dan Miskin, Adakah Ia Juga Salah Umno/BN ???

Penyokong Hindraf mogok lapar di KLCC
Andrew Ong Nov 25, 09 11:00am





Berpuluh penyokong Hindraf berhimpun di KLCC pagi ini untuk menyertai mogok lapar bagi mengingati ulangtahun kedua perhimpunan raksasa 25 November. Dengan diketuai oleh aktivis Hindraf S Jayathas, mereka tiba di pintu masuk KLCC pada kira-kira jam 9.10 pagi. Enam belas orang daripada mereka memakai baju-T Hindraf berwarna oren. Kebanyakan mereka turut memakai lencana anti-ISA.



Mereka merancang untuk mengadakan mogok lapar selama 18 jam sehingga 4 petang selaras dengan tuntutan 18 perkara kepada kerajaan bagi menangani masalah masyarakat India di negara ini."Tuntutan 18 perkara itu bertujuan untuk menangani masalah kemiskinan tegar di kalangan masyarakat India di Malaysia. "Tidak ada panduan dan peluang bagi masyarakat India, maka ramai yang terbabit dalam jenayah. Kerajaan tahu mengenai masalah itu tetapi tidak mengambil sebarang tindakan," kata Jayathas. Kira-kira 24 orang anggota polis kelihatan memantau keadanManakala pihak pengurusan KLCC telah meminta kumpulan tersebut supaya tidak duduk kaki lima kerana ia menganggu perniagaan di situ.


http://www.malaysiakini.com/news/118291



Komen Isac;



Mengapa nak bikin kecoh kenapa nak salahkan pemimpin semata-mata? Kalau mengikut perkapita pendapatan penduduk negara ini, penduduk berketurunan India menduduki tempat kedua di belakang kaum Cina dan penduduk peribuminya (Melayu) pula berada di tempat ketiga selepas kaum India.

Macamana kaum India yang kononnya tertindas di negara ini, kedudukkan ekonominya jauh lebih baik dari kaum peribumi yang merupakan kaum terbesar dan pemerintah di negara ini? Bagaimana pula kaum yang kononnya tertindas ini juga mempunyai begitu ramai dikalangan mereka yang merupakan golongan professional seperti, peguam, doktor, jurutera dan lain-lain?

Adakah itu semua juga salah kerajaan? Jika langsung tiada peluang untuk mereka bolehkah mereka yang berjaya ini berjaya? Mengapa pula sehingga ke hari ini ada sahaja orang-orang India dari tanah besar India yang ditangkap kerana memasuki negara ini tanpa permit kerja yang sah? Mengapa orang-orang India di Malaysia pula mengadu kononnya mereka dipinggirkan? Adakah jika orang-orang India di India, miskin dan melarat maka kerajaan Malaysia juga bertanggung-jawab?

25 Nov 2009

Tengku Razaliegh Setuju Mengetuai Tuntutan Petroleum Pembangkang?

Anwar kata Ku Li setuju jadi Pengerusi Kaukus Petroleum anjuran pembangkang... Ibrahim Ali kata belum lagi



Berita yang tidak kurang menjadi perbualan hangat ialah pengumuman Datuk Seri Anwar Ibrahim awal petang Selasa bahawa Tengku Razaleigh Hamzah telah setuju untuk jadi Pengerusi Kaukus mengenai Petroleum Ahli Parlimen. Ini kerana kaukus atau perkumpulan sebilangan Ahli Parlimen mengenai hal berkenaan dianjurkan oleh pakatan pembangkang. Khabar itu membuatkan ada yang menduga Ahli Parlimen veteran dari Gua Musang sudah ada " apa-apa" dengan pembangkang.


Artikel penuh sila layari link;
Komen Isac;
"Tiada musuh & Kawan yang kekal" dalam politik. Jika benar-benar YM Tengku, bersetuju untuk membantu DSAI & Pakatan Pembangkang, ia bukanlah sesuatu yang menghairankan. Mungkin YM Tengku masih mempunyai "dendam" terhadap Umno kerana pernah "dikalahkan" ataupun sebagai rakyaat negeri Kelantan dia sememangnya ingin negeri tersebut dapat dibangunkan dan dimajukan dengan hasil minyak.
Jika royalti minyak boleh diberikan kepada Sarawak, Sabah dan Terengganu yang sesetengah telaga minyak dan gas mereka juga berada diluar perairan negeri (5.5km dari garisan pantai), mengapa pula Kelantan tidak boleh menikmati layanan yang sama? Betul kerajaan pusat sememangnya mempunyai hak mengikut perlembagaan negara tetapi jangan pula sehingga ia dilihat sebagai menganaktirikan Kelantan.
Bagi kerajaan negeri Kelantan pula, pendekatan juga perlu betul, umpama jika anda seorang anak yang meminta sesuatu daripada bapanya, walaupun semua anak yang lain mendapat apa yang mereka minta, jika salah caranya anda tidak akan dapat apa yang anda minta. Jika ini berlaku, adakah wajar anda canangkan ke seluruh pelusuk dunia bahawa bapa anda tidak berlaku adil? Dalam hidup ini, kita perlu ada perasaan saling hormat-menghormati dan bertolak ansur. Jika kita terlalu sombong dan tidak menghormati orang lain, adakah tidak wajar jika orang lainpun berlaku sombong dan tidak menghormati diri kita?
Dalam kes di Kelantan, usahakanlah dengan berhemah, jika Pulau Pinang boleh maju di bawah pemerintahan BN mana mungkin Kelantan yang mejoritinya penduduk peribumi negara ini dibiarkan mundur.

23 Nov 2009

PRK DUN Kota Siputeh - UMNO/BN Jangan Tertipu, Kebangkitan Bagan Pinang Jangan DiNoktahkan!!!


Dipetik dari Sinar Harian
Laluan Pakatan Pembangkang sukar di Kota Siputeh

SHAH ALAM – Pas berhadapan laluan sukar untuk memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh, Kedah disebabkan Kota Siputeh itu adalah kubu kuat UMNO/Barisan Nasional (BN). Pengarah Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail berkata, selain kubu kuat, pemilihan calon sebutan ramai, Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir juga menyebabkan Pas berhadapan masalah meraih kemenangan di kawasan tersebut. Menurutnya, Pas dan parti gabungan Pakatan Rakyat (PR) yang lain iaitu PKR dan DAP tidak harus memandang remeh akan kelebihan UMNO/BN itu. “Jika Mukhriz calonnya, kita (Pas, PKR, DAP) perlu pandang serius sebab (Mukhriz) ada banyak kelebihan.

Selain mempunyai jawatan dalam kerajaan iaitu Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, (Mukhriz) dilihat sebagai tokoh yang tidak pernah menimbulkan sebarang kontroversi. “(Mukhriz) juga Ahli Parlimen Jerlun dan disegani semua penduduk di situ. Malah, kelebihannya sebagai anak mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bagaikan satu bonus kerana sebahagian anak-anak muda di situ melihat Tun Mahathir sebagai pemimpin di hormati,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam. Menurut Saifuddin, kelebihan parti kerajaan tidak bermakna Pas juga tidak miliki sebarang keistimewaan tersendiri. Katanya, kelebihan tunggal parti pembangkang adalah kejayaan menubuhkan kerajaan PR di Kedah. Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, walaupun DUN Kota Siputeh kubu kuat UMNO/BN, tidak bermakna Pas telah gagal sebelum berjuang.






Untuk artikel penuh sila layari link; http://www.sinarharian.com.my/com/content/story6033487.asp



Komen Isac;

Kepada Umno/BN jangan cepat berpuas-hati dan terpengaruh dengan propaganda pembangkang. Nampaknya sejak kekalahan di PRK DUN Bagan Pinang, Pembangkang telah menukar strategi. Jika dulu mereka begitu aggresif, kini mereka "berlakon" seolah2 mereka tiada harapan untuk menang di PRK DUN Seputih. Perlu diingatkan, pada PRU 12 yang lalu, kemenangan Umno/BN di kawasan tersebut hanyalah di atas majoriti yang amat rendah, iaitu hanya beberapa ratus undi sahaja. Jestru itu Kota Seputih bukanlah kubu kuat Umno!!!
Jika khabar-khabar angin yang mengatakan Umno/BN di Kedah masih tidak sedar akan kerapuhan sokongan rakyaat ke atas mereka adalah benar, maka bersedialah untuk ditalkinkan, sekiranya tiada usaha untuk menguatkan barisan dan bersatu. Adalah amat rugi dan malang jika kebangkitan di PRK DUN Bagan Pinang dinoktahkan dengan kekalahan di PRK DUN Kota Seputih.

22 Nov 2009

Bedah Siasat Jenazah Teoh Beng Hock Kali Kedua - Semoga Memuaskan Hati Semua.


KUBUR mendiang Setiausaha Politik Exco Kerajaan Selangor, Teoh Beng Hock yang telah digali semula di Nirwana Christian Memorial Garden, Semenyih di sini, hari ini. Mayat mendiang digali semula bagi membolehkan bedah siasat kedua dijalankan yang dikendalikan oleh seorang pegawai perubatan dengan kehadiran empat pakar forensik lain iaitu Dr Khairul Azman Ibrahim dan Dr Prashant Naresh Samberkar, Dr Pornthip Rojanasunand dari Thailand dan seorang lagi yang dilantik oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). - Foto Bernama

PAKAR Patologi dari United Kingdom, Peter Venezis (kanan) tiba di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh awal pagi tadi untuk memeriksa mayat Teoh Beng Hock. - Foto Rosdan Wahid
Nov 22, 2009 12:07 pm

20 Nov 2009

Ulamak Pondok Vs Ulamak Pas - Demi Penyatuan Umat, Ulamak Pondok Perlu Bersuara!!!!!

Dipetik dari Sinarharian.com
Nik Aziz perlu bertanggungjawab semarakkan perpecahan
NOMIE RAITINI RAHMAN


TUMPAT - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu bertanggungjawab dengan kekeliruan dan semaraknya perpecahan di kalangan umat Islam yang dicetuskan oleh kenyataan-kenyataan berhubung agama yang disesuaikan dengan kepentingan politiknya. Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa’amah, 64, berkata, sudah sampai masa baginya membuat teguran secara terbuka, biar pun akan dimusuhi kerana tindak-tanduk Mursyidul Am Pas sudah keterlaluan dan diselubungi rasa takbur.



Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Pondok Kelantan berkata, banyak kenyataan Nik Abdul Aziz tidak bersandarkan ijtihad ulama dan mentafsirkan Al-Quran berdasarkan pemahaman sendiri yang sentiasa disesuaikan dengan kepentingan tertentu. “Bagi saya, beliau bukan lagi Mursyidul Am tapi Mudalilul Am (Penyesat Umum). Beliau orang yang sesat, itu hakikatnya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pondoknya di sini, semalam.


Berita selanjutnya dapatkan Sinar Harian esok (21/11/09)



Komen rakan blogger (Depa Kata);



Keras betul komen pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa’amah dalam Sinar Harian terhadap Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat.Kata Abdullah, Nik Aziz bertanggungjawab terhadap perpecahan yang bersemarak di kalangan umat Islam.Bagi Abdullah, antara punca perpecahan itu ialah kenyataan-kenyataan Nik Aziz mengenai agama yang disesuaikan dengan kepentingan politik.Kita tengoklah apa Nik Aziz nak jawab. Yang sah, esok, lusa, tulat, teruk la pengasas sekolah pondok tu kena balun dengan ‘peminat-peminat’ Nik Aziz.



Komen Isac;

Tujuan penulis memuatkan posting ini bukannya mahu "melebel" Tok Guru Nik Aziz sebagai terpesong atau sesat, tetapi penulis hanya mahu mencari kebenaran dan menyeru agar kita semua kembali ke arah perpaduan umat Melayu/Islam dan juga sebagai warga Malaysia.

Sebagai seorang yang beragama Islam kita perlu mempunyai ilmu untuk menilai sesuatu perkara samada ianya benar atau salah. Mungkin sebagai orang biasa, ilmu kita tidaklah sampai ke tahap boleh membuat ijtihaj, untuk dijadikan ikutan/panduan oleh orang ramai, tetapi sekurang-kurangnya biarlah ilmu kita itu mencukupi untuk pedoman diri sendiri dan keluarga.

Memang merupakan sesuatu yang amat sensitif bila kita mengkritik ataupun memperkatakan tentang "kesilapan" yang dilakukan oleh seseorang Ulamak/Tok Guru. Sebagai masyarakat Timur dan telah terdidik untuk sentiasa menghormati dan tidak meragui golongan ini, kita sememangnya terbelenggu untuk sentiasa patuh/taat kepada mereka. Walaupun ada hadis yang mengatakan, "Ulamak adalah perwaris para nabi", kita jangan lupa bahawa mereka juga tidak maksum. Jestru itu ilmu adalah penting supaya kita tidak bertaklik secara membuta tuli, jika golongan ini tersilap maka kita tegurlah dengan berhemah dan hikmah.

Perlu ditekan disini, menuruti/mematuhi golongan Ulamak/Tok Guru juga bukannya bermaksud kita perlu percaya/mengikuti mereka secara "totok"/membuta tuli. Dalam Rukun Iman yang enam, tak dimasukkan supaya kita percaya kepada Ulamak/Tok Guru secara hakiki. Bila ini dilakukan tanpa ilmu maka jadilah kita seperti pengikut-pengikut "Rasul Melayu", "Ayah Pin" dan lain-lain, waliyazubillah...

Jestru itu harapan penulis, agar lebih ramai para Ulamak Pondok, menegur kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh pihak pembangkang mahupun kerajaan. Rakyaat Malaysia terutamanya berketurunan Melayu/Islam sememangnya perlukan bimbingan mereka ini. Mereka ini selain berilmu dan boleh berijtihaj sudah pasti dilihat sebagai golongan yang tidak memihak di dalam kemelut perpecahan yang melanda kita sekarang ini.

Mudah-mudahan kita akan mendapat pemeliharaan Allah s.w.t. dan bagi sesiapa yang telah tersilap, kembalilah ke pangkal jalan. Jangalah kesilapan itu membuatkan kita tersesat lebih jauh. Penulis mengharapkan agar Ulamak Pas, Ulamak Umno dan Ulamak Pondok dapat duduk berbincang agar segala kekusutan dapat dilerai. Lakukanlah ia sebagai suatu tanggung-jawab demi perpaduan umat dan semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t.


Kasih Ibu Membawa ke Syurga, Kasih Ayah Berkorban Nyawa dan Kasih Guru Kecemerlangan Hendaknya.

PELAJAR Sekolah Kebangsaan Seri Bintang (Selatan), Cheras, Aliesya Sharafana Mohd Amir (gambar kiri) ditenangkan ibunya Sarina Sidek, 38, selepas menerima keputusan UPSR 5A. Manakala gambar kanan, guru Tahun 6 Utarid di sekolah yang sama, Hezaiful Heslan, 29, terharu apabila pelajar kelasnya seramai 17 orang memperolehi keputusan 5A. - Foto Munira Abdul Ghani (Sumber Berita Harian Online)


Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah berkorban nyawa dan kasih guru kecemerlangan hendaknya. Syabas kepada mereka yang berjaya dan pada yang kurang berjaya, perjuangan tidak berakhir di sini. Perjalanan hidup masih panjang dan jika kita alpa, kejayaan hari ini tidak akan menjamin kesenangan hari kemudian. Usaha perlu diteruskan serta buatlah kajian agar kesilapan semalam tidak diulangi dan sebaliknya kejayaan hari esok dapat kita tempa.
Tahniah juga penulis ucapkan kepada guru-guru yang berjaya.

19 Nov 2009

DSAI Angkat Bendera Putih Ajak DSN Berdamai?



Rileks sekejap ….di celah-celah kehangatan sidang Dewan Rakyat di mana para ahli parlimen pembangkang sedang berentap dengan ahli parlimen BN,suasana di bilik rehat ahli parlimen pula riuh dengan gelak ketawa.Waktunya jam 5 petang Selasa.Mungkin ramai yang terperanjat melihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sedang bersembang mesra dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.Mereka disertai oleh Datuk Seri Nazri Aziz.Ini adalah kali pertama mereka berdua bersembang dalam suasana santai sejak sekian lama. Najib singgah seketika di bilik rehat berkenaan sewaktu menghadiri sidang Dewan Rakyat.Kebetulan Anwar ada dalam bilik itu sedang bersembang dengan Nazri dan Najib terus duduk menyertai mereka.Kedua mereka antara lain imbas kembali nostalgia zaman dalam pergerakan Pemuda UMNO dulu.Ramai di kalangan ahli parlimen terpegun melihat sifat jiwa besar Najib dalam hal ini - 17/11/2009


Itu cuma harapan penulis dan pastinya kebanyakkan rakyaat Malaysia pun mempunyai impian yang sama. Telah terlalu banyak masa, keringat, perhatian, wang ringgit dan masa depan rakyaat yang telah dipertaruhkan untuk berpolitik yang tidak kunjung tamat ini. Adakah ianya berbaloi? Adakah kita perlu pertaruhkan dan gadaikan semua yang kita ada?

Sumber Agendadaily;



http://www.agendadaily.com/cms/index.jsp

Jangan Biarkan Tengku Razaleigh Bergabung Bersama Pakatan Pembangkang!!!

Berita Harian Online
Royalti minyak: Ku Li timbang pelawaan Anwar



KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah, akan menimbang pelawaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melantiknya sebagai pengerusi kaukus mengenai royalti minyak Kelantan. Tengku Razaleigh yang terbabit sejak awal penubuhan Petronas itu berkata, buat masa ini beliau memerlukan masa untuk memikirkan mengenai tawaran tersebut. "Terlebih dulu saya akan mengikut perkembangan dan tengok sama ada saya boleh menyumbang kerana sebelum ini saya sudah terbabit dengan penubuhan Petronas, memahami kandungan perjanjian, merangka undang-undang berkaitan dengannya.




Artikel penuh layari;





Komen Penulis;




Mengikut pandangan peribadi penulis, Pakatan Pembangkang pastinya akan dapat "memanfaatkan" kehadiran Tengku Razaleigh Hamzah, sekiranya YM Tengku bersetuju untuk membantu Kelantan menuntut royalti minyaknya. Mungkin ianya akan menjadi titik permulaan ke arah kerjasama di antara YM Tengku dengan Paakatan Pembangkang.



Jangan pandang rendah kemampuanTengku Razaleigh, mungkin beliau tidak berjaya dengan Parti Semangat 46, tetapi dengan kelebihan DSAI yang sememangnya pandai menghidu dan mempergunakan peluang, penulis percaya sekiranya Dato' Seri Najib mahu "memuktamatkan" pengaruh DSAI, "perkahwinan" ini perlu dihalang dengan apa juga caranya. Jika kini DSAI dan Pakatan Pembangkang kelihatan seolah-olah hampir kelemasan, jangan biarkan mereka mendapat "oksigen" yang mereka perlukan. Dan percayalah ini adalah untuk kepentingan semua pihak, demi kebaikkan semua rakyaat Malaysia.


SPM Punya Pasal - Banjirpun Ku Redah Jua....


PENGURUSAN Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gunong, Alor Setar, mengambil inisiatif menyusun bangku untuk dijadikan jambatan bagi memudahkan pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, menyeberangi setelah pintu masuk ke kawasan berkenaan dinaiki air akibat banjir, hari ini - Foto Shahrizal Md Noor (Berita Harian)
Demi masa depan yang gemilang, banjirpun ku redah jua.....Selamat menduduki perperiksaan kepada semua pelajar2 SPM & STP. Kepada guru-guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gunong, Alor Setar, tahniah penulis ucapkan kerana keperihatinan anda semua. Jika pelajar-pelajar dalam keadaan basah dan kesejukkan pasti ianya akan mengganggu konsentrasi mereka.
Sememangnya guru-guru perlu lebih proaktif dan mengutamakan kepentingan, kebajikan dan masa depan pelajar-pelajar mereka. Dalam musiam banjir ini, jangan sampai ada pelajar yang lemas di dalam kawasan sekolah. Syabas sekali lagi penulis ucapkan kepada guru-guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gunong, Alor Setar.

18 Nov 2009

Terengganu Akan Tuntut 50% Dari "Wang Ikhsan" Kelantan?

Dipetik dari mStar Online
Isnin November 16, 2009
Wang Ihsan Petroleum Dicadang Dibahagi Dua

Klik 2 X Pada Gambar Untuk Besarkannya.



KUALA LUMPUR: Seorang anggota Parlimen hari ini mencadangkan agar wang ihsan petroleum yang akan diberikan kepada Kelantan mulai tahun depan dibahagi dua iaitu 50 peratus kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dan selebihnya kepada kerajaan negeri.




Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) berkata ia bagi memastikan wang ihsan itu diberikan dengan adil serta dapat mengelakkan perasaan tidak puas hati manamana pihak. "Berapa jumlah wang ihsan ini? Kalau RM200 juta, RM100 juta pergi ke JPP dan RM100 juta lagi beri kepada kerajaan negeri dan pembahagiannya janganlah bertindih.




"Kalau JPP, tumpu pada program basmi kemiskinan dengan buat rumah rakyat, beri bantuan pendidikan. Kerajaan negeri pula boleh gunakan untuk pembangunan prasarana seperti baiki jalan raya," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 di peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat di sini hari ini.



Artikel penuh sila layari;







Komen Isac;



Seperti komen penulis terdahulu, secara logiknya negeri Terengganu juga mempunyai asas yang kuat untuk menuntut 50% daripada "wang ikhsan" yang bakal diperolehi oleh negeri Kelantan. Jika jarak garisan pantai Kelantan ke kawasan eksplorasi minyak/gas adalah sekitar 150Km, jaraknya ke garisan pantai Terengganu pula adalah sekitar 160Km.
Begitulah jugak halnya dengan Kelantan, mereka juga sebenarnya boleh menuntut royalti minyak/gas yang dikeluarkan 150Km dari garisan pantai Terengganu, kerana sememangnya sebagai negeri berjiran, kawasan perairan di bawah pertadbiran kerajaan pusat dikongsi bersama. Penulis percaya jarak pelantar minyak Terengganu juga adalah kurang dari 200Km dari garisan pantai Kelantan. Mungkin hanya sekitar 140Km.

17 Nov 2009

Pembelian Saham RM 8 Juta Azmin & Samsidar, DSAI Terlibat?

Kemaskini 8:45 mlm
Dipetik dari mStar Online
Selasa November 17, 2009
Bekas Setiausaha Anwar Buat Laporan Polis Berhubung Pembelian Saham

Bekas Setiausaha Sulit Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari menunjukkan resit bukti pembelian saham semasa mengadakan sidang media berkenaan pembelian saham bernilai RM8.5 juta oleh Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman di sini, hari ini. Anuar yang tiba pada jam 11.45 pagi ini di JSJK menyerahkan salinan dokumen asal tentang pemilikkan saham berkenaan dengan ditemani beberapa anggota Permuafakatan Ummah (Pewaris) dan Badan Amal Tarbiah Sejagat (Batas). -- fotoBERNAMA



KUALA LUMPUR: Bekas setiausaha Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Anuar Shaari hari ini membuat laporan polis berhubung pemilikan saham oleh naib Presiden PKR Azmin Ali dan isterinya yang mencecah RM2 juta.

Anuar, 40, yang turut menyerahkan salinan dokumen asal berhubung perkara itu kepada polis membuat laporan pada pukul 11.45 pagi di Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) di Bukit Aman, di sini. Anuar, yang pernah bertugas dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim selama dua tahun bermula 1996, telah diiringi beberapa anggota Permuafakatan Ummah (Pewaris) dan Badan Amal Tarbiah Sejagat (Batas).



Apa Kata, Kalau Kerajaan Beri 50% Daripada RM 3 Billion kepada Proksi-proksi DSAI?
Dipetik dari Malaysiakini.
http://www.malaysiakini.com/news/117558
Anwar cabar k'jaan isu RM3 bilion
Nov 16, 09 5:30pm



Ketua pembangkang hari ini mencabar kerajaan supaya menyiasat semua akaun miliknya bagi membuktikan beliau mempunyai sumber kewangan meragukan sehingga mencecah beberapa bilion ringgit. Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bahawa sebelum inipun akaunnya telah disiasat tetapi tidak ada apa yang dibutikan. "Sebaliknya media yang dikuasai oleh kerajaan telah berterusan menyebar fitnah bahawa saya mempunyai RM3 bilion dalam akaun hasil daripada akuan berkanun bekas penolong gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid," katanya di Dewan Rakyat ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2010 di peringkat jawatankuasa hari ini.



Berhubung akuan berkanun Abdul Murad itu, Anwar berkata, Badan Pencegah Rasuah (kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) pada 1998 telah menjalankan siasatan tetapi telah ditutup oleh kerajaan pada masa itu. Abdul Murad dalam akuan berkanunnya antara lain mendedahkan, bekas menteri kewangan itu mengawal 20 akaun induk yang diuruskan oleh kroni-kroninya membabitkan aset, saham dan wang bernilai lebih RM3 bilion. BERNAMA



Komen Isac;


Wah garangnya DSAI...Memang dia tak bersalah ke? Memang betul duit RM 3 Billion tu semua fitnah ke?


Cuma yang penulis faham, daripada artikel di atas, Abdul Murad telah menyatakan wang berjumlah RM 3 Billion itu adalah di atas nama proksi-proksi DSAI dan dikawal di bawah 20 akaun induk. Pada kebiasannya para proksi akan memperoleh ganjaran, bersih di antara 10-20% daripada nilai asset/wang yang mereka diamanahkan. Kalau jumlahnya RM 3 billion, para proksi akan memperolehi sehingga RM 600 Juta.



Apa kata di bawah program memberikan perlindungan/kekebalan kepada para saksi, pihak berkuasa menawarkan sehingga 50% daripada nilai asset/wang yang mereka "jaga" bagi pihak DSAI sekiranya proksi-proksi ini bersedia mendedahkan penyelewengan tersebut. "Hadiah" 50% atau RM 1.5 Billion ini juga dicadangkan supaya dikecualikan daripada cukai pendapatan.



Jika sememangnya DSAI mempunyai proksi-proksi yang menjaga asset/wangnya yang bernilai sehingga RM 3 Billion, penulis percaya para proksi tersebut (jika ada) pasti tidak akan berfikir dua kali untuk mendedahkan perkara tersebut. Di pihak kerajaan pula selain daripada dapat menangkap "pengkhianat" negara, negara juga akan berpeluang mengambil semula sekurang-kurangnya RM 1.5 Billion harta negara yang telah diselewengkan.



Penulis berharap kerajaan akan melakukan cadangan ini dan bagi pihak DSAI pula, jika beliau sememangnya tidak bersalah, tiada apa yang hendak ditakutkan. Kesempatan ini juga boleh digunakan untuk membersihkan nama beliau.

UMNO/BN Telah Benar-benar Berubah?


PRIHATIN... Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah (dua kiri) menyampaikan sumbangan makanan kepada mangsa banjir di Kampung Kuar, Mukim Tajar di sini, hari ini. Bantuan itu bagi meringankan beban mangsa yang belum berpindah ke pusat penempatan sementara. Ahmad Bashah yang juga Ketua UMNO Bahagian Alor Setar selaku Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Bakar Bata turut melawat mangsa banjir di Kampung Pisang, Kampung Pulau Binjal dan Kampung Alor Sekawan. Ahmad Bashah berkata, mereka yang berpindah ke pusat penempatan mangsa banjir dan mendaftarkan nama melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menerima bantuan makanan, selimut dan bantai termasuk bantuan ikhsan daripada Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) selepas ini. --fotoBERNAMA
Jika antara sebab kekalahan Umno/BN pada PRU 12 yang lalu dikatakan kerana telah "tidak mengindahkan" rakyaat terutamanya di dalam peristiwa banjir besar yang melanda negara sekitar tahun 2006. Kini nampaknya perkara tersebut telah menyangkit kepada kerajaan Pakatan Pembangkang. Sebaliknya Umno/BN dilihat lebih perhatin terhadap nasib rakyaat jelata, walaupun di sesetengah negeri, mereka bukannya kerajaan yang memerintah.

16 Nov 2009

DSAI Kata SPRM Hanya Mencari Kesalahan Pemimpin Pakatan Pembangkang!



KOTA BHARU, 15 Nov: Umno dan Barisan Nasional (BN) menggunakan setiap ruang yang ada pada media dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mencari kesalahan pemimpin Pakatan Rakyat. Terbaru mereka cuba mengenakan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan isu tajaan untuk menunaikan ibadat haji. Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemimpin Umno menggunakan setiap peluang untuk memperhodohkan wajah pemimpin Pakatan Rakyat. “Sampai Tok Guru Nik Abdul Aziz hendak menunaikan haji pun cuba disekat dengan menggunakan media dan SPRM.
“Kerja khianat pemimpin Umno juga berterusan dilakukan dengan menggunakan sepenuhnya media massa yang mereka kuasai,” katanya pada perasmian penutup konvensyen KeADIlan Kelantan di KTC di sini, petang ini. Hadir sama Setiausaha Agung PKR, Datuk Salahuddin Hashim, Ketua PKR Kelantan, Saifuddin Nasution Ismail, ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Datuk Zaid Ibrahim dan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri, Mohd Zaki Ibrahim.
Jumaat lalu Nik Abdul Aziz mengumumkan membatalkan hasrat menunaikan haji tahun ini disebabkan media sengaja membesarkan isu penajaan untuk ke Mekah.Malah SPRM dilaporkan membuka fail siasatan berhubung isu terbabit.






Artikel penuh sila layari link;


http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=23247:umno-guna-media-sprm-intai-kesalahan-pemimpin-pakatan-anwar&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=125







Komen Isac;



Mmmm...Bagi penulis, tuduhan DSAI ini agak keterlaluan. Jika selama ini mereka mendabik dada dan memberitahu rakyaat bahawa "Pakatan Pembangkang" sebagai paling bersih, telus, pembela rakyaat, adil, anti rasuah dan bla..bla....Tetapi baru "diperhatikan" oleh SPRM "kaki-kaki" mereka dah menggigil? Kalau sememangnya tidak bersalah, apa nak takut?
Dah menjadi resam dunia apabila kita mengata orang, orang lain juga akan memerhati kita untuk melihat "betapa baiknya" diri yang mengata orang lain tu. Kalau takut dilanda ombak janganlah buat rumah di tepi pantai. Berbalik kepada Tok Guru Dato' Nik Aziz, janganlah isu tersebut dijaja untuk menagih simpati dari rakyaat...
Saya pasti dalam kes Tok Guru, tiada siapa pun yang tergamak untuk menyekat pemergiannya menunaikan ibadat haji, tetapi hakikatnya Tok Guru telah tersilap kerana menerima tawaran tersebut, dan beliau telah membetulkannya dengan menolaknya semula. Tok Guru sepatutnya bersyukur kerana beliau telah terselamat daripada membuat kesilapan.
Menurut pandangan penulis, mereka yang bersalah di sini adalah mereka yang telah menipu Tok Guru. Yang pertama, menipu Tok Guru agar PAS meninggalkan perjuangan menegakkan negara Islam. Yang kedua mengabui mata Tok Guru, untuk menerima "rasuah" menunaikan haji tersebut. Sememangnya syaitan akan cuba untuk menyesatkan kita dengan berbagai-bagai cara dan tipu daya, Tok Guru, bernasib baik kerana, beliau menyedari perkara tersebut sebelum terlambat. Tok Guru sepatutnya berterima-kasih kepada SPRM.
Kepada Umno Kelantan dan rakan-rakan blogger yang lain janganlah menekan Tok Guru lebih jauh dalam isu ini, ini adalah kerana tindakan tersebut hanya akan mengundangkan kemarahan rakyaat kepada Umno dan simpati mereka kepada Pakatan Pembangkang

DSAI Bela Azmin - Kalau Tak Salah Mengapa Nak Takut? Serahkan Sahaja Kepada Pihak Berwajib.


Dipetik dari mStar Online
Ahad November 15, 2009
Anwar Pertahan Azmin Berhubung Dakwaan Pembelian Saham




SHAH ALAM: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan naib presiden parti Azmin Ali yang didakwa terlibat dalam pembelian saham mencecah RM8 juta dengan dua individu lain yang dibangkitkan pengerusi Yayasan Pembangunan Belia India Malaysia S.A. Vickneswaran.

Anwar berkata siasatan berkenaan dakwaan itu telah dibuat pada 1998 di mana Azmin telah ditahan dan kemudian dibebaskan. "Azmin pun sudah mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan itu dan akan ambil tindakan. Kita kena bezakan antara fakta atau fitnah, saya tidak tengok dokumen itu tapi saya tahu sebab siasatan telah dibuat sejak awal dan tidak ada tindakan, bahkan dilepaskan," katanya.

Artikel Penuh Sila Layari;
Komen Isac;
Sayang betul DSAI pada Azmin ya... Ya lah... Kalau tak salah, kenapa harus takut? Kalau dahulu dah disiasat dan didapati tidak bersalah...Kalau sekarang disiasat lagi, esok, lusa dan bila-bilapun pasti akan didapati tidak bersalah...Bahkan kalau ikut undang-undang, pendakwaanpun tidak boleh dibuat untuk kes yang sama, kecuali ada penemuan bukti baru. Adakah diperolehi apa-apa bukti baru?
Hah kalau yang itu, DSAI sendiri pun telah mengaku bahawa dia sendiri belum melihat dokomen-dokumen yang dibangkitkan oleh pengerusi Yayasan Pembangunan Belia India Malaysia, S. A. Vickneswaran. Kalau macam itu bagaimana pula DSAI boleh begitu pasti ya?...Hairan...hairan....Atau DSAI ini pun ada ilmu ahlul nujum macam Tuan Lawyer Manoharan jugak ke?

15 Nov 2009

"Perang" DSAI Terhadap Dato' Seri Najib - Kenapa Baru Diistiharkan Sekarang?

Dipetik dari mStar Online
http://mstar.com.my/variasi/manusia_peristiwa/cerita.asp?file=/2009/11/14/mstar_manusia_peristiwa/20091113171820&sec=mstar_manusia_peristiwa
Sabtu November 14, 2009
Pencuri Larikan Van Dengan Singa Sekali Di Dalamnya





Mungkinkah pencuri-pencuri itu tidak menyedari kehadiran Caesar walaupun ia mengaum? -Foto AFP



PENCURI van di Jerman bukan sahaja berjaya melarikan kenderaan itu saja tetapi termasuk singa Caesar yang dikurung dalam van itu sekali.
Mungkinkah pencuri-pencuri itu tidak menyedari kehadiran Caesar walaupun ia mengaum?

Apa yang pasti, pencuri van itu telah membawa singa itu 'bersiar-siar' pada waktu malam. Bagaimanapun mereka meninggalkan van itu selepas melanggar satu petanda jalan. Mereka masih tidak menyedari kehadiran singa Caesar yang berada dalam van yang dicuri itu.

Kemudian, polis menggunakan trak untuk menunda van itu ke sebuah depoh berdekatan. Pihak polis juga tidak menyedari singa Caesar yang berusia lima tahun berada di dalam van itu.Penjinak singa yang dipanggil untuk menuntut balik Caesar bagaimana pun mendapati singa itu tidak cedera.


Sebelum itu, pemilik van telah menghubungi polis untuk memaklumkan kehilangan singa itu. Jurucakap sarkas Laurens Thoen memberitahu media bahawa tidak terdapat sebarang petanda pada van tersebut yang memberitahu ia membawa singa. Caesar dilaporkan berada dalam keadaan 'baik' dan dijadualkan akan membuat persembahan di Krefeld pada Jumaat.



Komen Isac:



Dalam dunia politik apa sahaja pun boleh berlaku...Cuma selalunya seseorang itu tidak akan sekali-kali mengistiharkan "perperangan" kepada musuh politiknya secara terbuka, kecuali mereka pasti dengan berbuat demikian mereka akan mendapat kelebihan (political millage), sengaja "menggertak" musuh ataupun mereka sebenarnya telah kehilangan sentuhan.

Sebagai contoh, lihat sahaja kepada kepada senario yang berlaku kepada Umno semasa DSAI masih lagi menganggotainya. Bagaimana Datuk Suhaimi (ketua pemuda) sekitar awal 80an kecundang kepada DSAI yang merupakan seorang muka baru, jatuhnya pemimpin-pemimpin berkarisma "Team Wawasan" seperti Tan Sri Rahim Thamby Cik dan Tan Sri Muhammad Muhammad Taib akibat "pembunuhan watak". Kegagalan Allahyarham Tun Ghafar Baba untuk bertanding mempertahankan jawatan Timbalan Presiden Umno kerana faktor "politik wang" dan berbagai-bagai isu dan fitnah terhadap batang tubuh Dato' Seri Najib sehingga ke hari ini. "Perperangan" yang sehingga kini masih tidak ada orang yang mengaku bertanggung-jawab, tetapi kita semua sedar siapa yang mendapat "keuntungan" darinya.

Jestru itu apa yang hendak dihairankan dengan "perang" lama yang baru kini nak diistiharkan? Cuma mengikut pepatah lama, "sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua".

Janganlah nanti DSAI senasib dengan pencuri-pencuri van seperti artikel di atas, yang tersilap memilih "mangsa". Tetapi mereka masih lagi dikira bernasib baik kerana sedar akan kesilapan mereka dan berhenti sebelum terlewat. Jika tidak, pasti ada yang dibaham dek Singa. DSAI pula bagaimana? Adakah beliau akan terselamat


Isu Kepala Lembu - Tok Nujum Manoharan

http://www.malaysiakini.com/news/117315
Isu kepala lembu: ADUN Pakatan selar MB S'gor
Salhan K Ahmad Nov 12, 2009 7:59pm


Seorang wakil rakyat Pakatan Rakyat hari ini menyelar kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana mengatakan Umno tidak terlibat dalam perarakan kepala lembu di Shah Alam akhir Ogos lalu. Wakil DAP Kota Alam Shah, M Manoharan berkata menteri besar tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan tersebut kerana "mengetahui Umno memang terlibat dalam perarakan tersebut". "Saya tak setuju bila menteri besar kata Umno tidak terlibat, saya tahu Umno terlibat dalam perarakan kepala lembu," katanya ketika membahaskan bajet 2010 di DUN Selangor hari ini.



Manoharan yang tidak membuktikan bagaimana beliau mengetahui perkara itu, juga berkata, Khalid tidak sepatutnya membebaskan pihak terbabit daripada tuduhan berkenaan kerana kes tersebut masih dibicarakan di mahkamah. "Kes masih ada di mahkamah. Ini subjudis, macam mana beliau boleh ‘clear' (lepaskan) mereka daripada tuduhan?" soal Manoharan. Dalam ucapan sulungnya di dewan tersebut selepas dibebaskan awal Mei lalu daripada tahananan ISA, Manoharan juga mencadangkan penubuhan jabatan hal ehwal orang India dalam pentadbiran negeri berkenaan.




Minta tambah exco


"Saya cadangkan ini supaya kita tidak hilang sokongan kaum India yang ada di Selangor sebab Hindraf telah menyebabkan orang India berjaya menentang Umno, tapi penghargaan sewajarnya tidak diberikan," katanya. Jelasnya, kerajaan juga sepatutnya memberi penghargaan kepada orang India di Selangor dengan memberikan dua jawatan exco kepada wakil kaum berkenaan. "Tapi yang diberi hanya satu. Yang diberi (pun) adalah portfolio ladang, jaga ladang dan kesihatan, satu portfolio paling teruk," katanya yang merujuk kepada portfolio wakil Pandamaran, Dr Xavier Jayakumar.



"Saya tak tahu sama ada exco atau menteri besar ada kumpulan pemikir, kerana kumpulan pemikir Hindraf telah berjaya mengumpul orang India dan berarak. "Jika MB ada kumpulan pemikir, saya harap kumpulan pemikir itu bekerja keras untuk pastikan tidak hilang sokongan orang India di Selangor," katanya.

Komen Isac;

Tak tahu pulak Manoharan ni ada ilmu ahlul nujum. Serba-boleh rupanya mamat sorang ni. Beliau ini rupanya "teringin" nak jadi exco...Yalah...dah berjuang berhabis-habisan mengerahkan orang-orang berketurunan India untuk berdemo, sehingga beliau sendiri ditahan...Jadi dia mahukan bahagiannya...Pemimpin yang mengharapkan balasan?

Kenapa Tan Sri Khalid tak lantik sahaja dia ni untuk menjadi "Penasihat Ekonomi Ke 2" negeri Selangor? Bagi dia gaji RM 0.50 sebulan...Bukannya apa dia ni kan lawyer, seperti DSAI juga, dia ni bukannya tahu sangat untuk pasal mentadbir ekonomi negeri. Jadi sama macam DSAI juga, kalau nantinya ekonomi negeri Selangor semakin terlungkup pun orang tak boleh nak salahkan mereka...bayaran ciput.....Jangan marah ya Tok Nujum Manoharan....

Nama Manoharan ni dekat-dekat dengan Manohara kan? Dia orang ni ada kena-mengena ke?......

14 Nov 2009

Negeri Selangor Untuk Dijual?



SHAH ALAM, Nov 13 - Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dilantik sebagai penasihat ekonomi kerajaan Selangor dan untuk tugasnya itu beliau akan dibayar gaji RM1 sebulan.


Demikian umum Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim ketika menggulung perbahasan belanjawan Selangor 2010 doi Dewan Negeri Selangor hari ini. Katanya, perlantikan Anwar akan merangsang dan menjana pertumbuhan ekonomi negeri.




http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=23225:anwar-digaji-rm1-sebulan-sebagai-penasihat-ekonomi-selangor&catid=1:utama&Itemid=50



Komen Isac;


Dahsyat tu DSAI ni, mulia sungguh hati dia.... Orang putih cakap "noble". Dana kerajaan negeri yang telah semakin parah tu beliau cuba hendak beliau pulihkannya?
Cuma penulis takut satu aje...Jangan dia cadangkan Selangor pinjam duit dengan IMF ke? Atau jual semua tanah-tanah dan syarikat-syarikat milik kerajaan negeri dahlah....Bukannya apa, gajipun RM 1 sebulan, kalau dia semakin "membungkuskan" ekonomi Selangorpun tak ada siapa yang boleh marah...Yelah...gajipun "ciput" takkanlah nak mengharapkan servis enam bintang pulak........Jangan sampai tergadai dah lah labu.....

Professor Dr. Peter Vanezis Vs Dr. Porntip - Merungkai Misteri Kematian Mendiang Teoh

Dipetik Dari Berita Harian Online
SPRM lantik pakar forensik UK bagi bedah siasat semula Teoh.




SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah melantik seorang pakar forensik bebas, Profesor Dr Peter Vanezis dari United Kingdom, untuk menjadi pemerhati dalam bedah siasat kedua terhadap mayat Teoh Beng Hock pada 22 November ini. Datuk Abdul Razak Musa, peguam pemerhati SPRM pada inkues bagi menyiasat kematian Teoh Beng Hock, berkata demikian kepada media selepas prosiding inkues ditangguhkan, hari ini. Abdul Razak berkata, Dr Vanezis adalah pengarah bagi Cameron Centre for Forensic Medical Sciences, London, dan sudah mengendalikan sebanyak 2,000 autopsi kes kematian mengejut, yang 1,500 daripadanya membabitkan homisid.

Mayat Teoh akan digali semula pada November 21 atas permintaan keluarganya untuk bedah siasat kedua yang juga akan dihadiri pakar patologi Thailand, Dr Porntip Rojanasunan, bagi pihak kerajaan negeri Selangor.


Artikel Penuh Sila Layari Link;



Komen Isac

Berapalah agaknya bayaran yang perlu SPRM bayar untuk Professor Peter Vanezis ni. Tak apalah...Apa nak buat...Diharap dengan kedatangan beliau akan dapat menghuraikan kekusutan dalam kes mendiang Teoh ini. Sesiapa yang berminat untuk mengenali beliau silalah layari link ini; http://www.petervanezis.com/index.html

Bayangkan semua kos yang melibatkan kes mendiang terpaksa ditanggung oleh rakyaat Selangor dan Malaysia. Kos mahkamah, gaji semua peguam-peguam yang terlibat, pakar-pakar bedah siasat, pakar-pakar pathologi dalam dan luar negara, pegawai-pegawai SPRM dan semua yang terlibat. Daripada seorang suspek yang terlibat secara langsung di dalam kes "penyelewengan" dana peruntukan pembangunan, wakil rakyaat, (menipu & pecah amanah) mendiang kini mendapat layanan bagai seorang "Hero" negara yang gugur kerana mempertahankan negara.


Percayalah, berapa ramai anggota-anggota tentera dan polis, kita yang telah gugur di dalam menjalankan tugas, agar kita boleh hidup bebas dan selesa, tetapi sehingga kini bukan sahaja kita tidak mengenali mereka malah namapun kita tak tahu. Siapakah yang membela balu-balu, anak-anak dan ibubapa mereka?


Melihatkan kepada ramainya para profesional yang terlibat di dalam kes ini, apabila ianya selesai nanti, tak tahulah berapa juta wang rakyaat yang akan dihabiskan.


Walaupun mungkin ada yang tidak setuju dengan penulis, kerana kononnya atas dasar untuk mencari kebenaran, tetapi sebagai rakyaat Malaysia, penulis juga mempunyai hak mempastikan duit rakyaat digunakan untuk perkara-perkara yang lebih berfaedah.