14 Nov 2009

Professor Dr. Peter Vanezis Vs Dr. Porntip - Merungkai Misteri Kematian Mendiang Teoh

Dipetik Dari Berita Harian Online
SPRM lantik pakar forensik UK bagi bedah siasat semula Teoh.




SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah melantik seorang pakar forensik bebas, Profesor Dr Peter Vanezis dari United Kingdom, untuk menjadi pemerhati dalam bedah siasat kedua terhadap mayat Teoh Beng Hock pada 22 November ini. Datuk Abdul Razak Musa, peguam pemerhati SPRM pada inkues bagi menyiasat kematian Teoh Beng Hock, berkata demikian kepada media selepas prosiding inkues ditangguhkan, hari ini. Abdul Razak berkata, Dr Vanezis adalah pengarah bagi Cameron Centre for Forensic Medical Sciences, London, dan sudah mengendalikan sebanyak 2,000 autopsi kes kematian mengejut, yang 1,500 daripadanya membabitkan homisid.

Mayat Teoh akan digali semula pada November 21 atas permintaan keluarganya untuk bedah siasat kedua yang juga akan dihadiri pakar patologi Thailand, Dr Porntip Rojanasunan, bagi pihak kerajaan negeri Selangor.


Artikel Penuh Sila Layari Link;



Komen Isac

Berapalah agaknya bayaran yang perlu SPRM bayar untuk Professor Peter Vanezis ni. Tak apalah...Apa nak buat...Diharap dengan kedatangan beliau akan dapat menghuraikan kekusutan dalam kes mendiang Teoh ini. Sesiapa yang berminat untuk mengenali beliau silalah layari link ini; http://www.petervanezis.com/index.html

Bayangkan semua kos yang melibatkan kes mendiang terpaksa ditanggung oleh rakyaat Selangor dan Malaysia. Kos mahkamah, gaji semua peguam-peguam yang terlibat, pakar-pakar bedah siasat, pakar-pakar pathologi dalam dan luar negara, pegawai-pegawai SPRM dan semua yang terlibat. Daripada seorang suspek yang terlibat secara langsung di dalam kes "penyelewengan" dana peruntukan pembangunan, wakil rakyaat, (menipu & pecah amanah) mendiang kini mendapat layanan bagai seorang "Hero" negara yang gugur kerana mempertahankan negara.


Percayalah, berapa ramai anggota-anggota tentera dan polis, kita yang telah gugur di dalam menjalankan tugas, agar kita boleh hidup bebas dan selesa, tetapi sehingga kini bukan sahaja kita tidak mengenali mereka malah namapun kita tak tahu. Siapakah yang membela balu-balu, anak-anak dan ibubapa mereka?


Melihatkan kepada ramainya para profesional yang terlibat di dalam kes ini, apabila ianya selesai nanti, tak tahulah berapa juta wang rakyaat yang akan dihabiskan.


Walaupun mungkin ada yang tidak setuju dengan penulis, kerana kononnya atas dasar untuk mencari kebenaran, tetapi sebagai rakyaat Malaysia, penulis juga mempunyai hak mempastikan duit rakyaat digunakan untuk perkara-perkara yang lebih berfaedah.


















6 comments:

  1. Salam bro, adakah puak-puak komunis ini akan terima segala laporan yang dibuat oleh Profesor Dr Peter Vanezis dari United Kingdom ini ? Dia lebih yakin dengan laporan oleh tokey salon dari Thailand je........

    ReplyDelete
  2. Salam bro, membaca tulisan anda yang seakan mengeluh tentang perbelanjaan yang terpaksa ditanggung oleh pihak-pihak yang terlibat didalam mengendalikan kes kematian TBH itu, saya juga merasa ada sesuatu yang semakin tidak kena melibatkan perkara itu.

    apabila kubur itu digali semula, belanja untuk kerja itu sudah berapa, gaji pakar forensik dua orang yang diimport itu berapa, dan bermacam lagi perkara yang akan dibangkitkan oleh pihak Pakatan Pembangkang selepas ini, semuanya memerlukan peruntukkan untuk menjelaskannya.

    betul-betul membazir masa dan wang rakyat !!!

    ReplyDelete
  3. Tuan ISAC,

    Banyak duit dihabiskan sebab isu ini dipolitikkan. Tambah-tambah lagi si mati ada sangkut-paut dengan sebuah parti politik.

    Tuan Yang Gambi,

    Sekarang mana ada puak komunis dalam Malaysia lagi. Puak komunis yang tuan maksudkan sekarang lebih kepada fahaman kapitalis. Siapa kerja kuat, dia kaya. Ada faham?

    ReplyDelete
  4. tapi kalaulah si pemati tersebut ialah rakan/saudara rapat kita, adakah kita juga sanggup menjimatkan peruntukan tersebut dan melaburkan ke atas PKFZ yang bagaikan "lubang hitam"?

    ReplyDelete
  5. kalau kebenaran tidak dipasti, mananya hala tuju morality negara kita pada masa akan datang?manalah negara kita boleh bangkit seperti negara eropah/US yang mementingkan kebenaran?malah presiden negara US/eropah boleh didakwa jika didapati salah laku antara mereka

    ReplyDelete
  6. Betul juga Bro, tak payah buang duit rakyat dan masa menyiasat kes ini. demi negakkan moraliti negara supaya boleh maju seperti Europa/US kunon.

    Tidak apalah kita stakat negara yang paling maju di kalangan negara2 islam cukuplah tu. cukup makan.

    Tak payah pandang tinggi sangat negara2 barat maju. Kita kan negara yang termaju dan masyhur di kalangan negara2 mundur. Top Ayam-Mati. fuyoh2

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.