13 Nov 2009

Baiah Lafaz Cerai Taklik Talak 3 - Mengapa PAS Selangor "Memandai"?

Dipetik Dari Malaysiakini
PAS akui wujud bai'ah laknat
Jimadie Shah Othman Nov 13, 2009 1:11pm
kemaskini 4.02pm





Bai'ah PAS menjelang pilihan raya umum lalu tidak melibatkan lafaz menceraikan isteri, tetapi melibatkan "sumpah setia laknat" bagi mengelakkan risiko lompat parti, kata setiausaha agungnya. Datuk Mustafa Ali berkata, bai'ah tersebut digunapakai di setiap negeri selewat-lewatnya sejak pilihan raya umum 1974 lagi apabila beliau kali pertama bertanding mewakili PAS.



Menurut Mustafa, lafaz bai'ah tersebut berbunyi:"Wallahi, wabillahi, watallahi, bahawa saya (nama calon) yang diamanahkan oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk bertanding bagi (nama pilihan raya dan kerusi) bersumpah dengan nama Allah, sama ada saya menang atau saya kalah dalam pilihan raya ini, saya tidak akan mengkhianati parti dan perjuangan parti ini. "Jika saya mengkhianati parti dan perjuangan parti ini, maka saya akan dilaknati Allah, para malaikat dan sekalian para pelaknat. "Mustafa mendedahkan teks bai'ah tersebut dalam sidang media di ibu pejabat PAS di ibu negara pagi ini bagi menjelaskan hasil siasatannya terhadap dakwaan berlakunya bai'ah talak tiga yang menimbulkan reaksi negatif pelbagai pihak.



Beliau juga mempamerkan kepada media beberapa salinan bai'ah pemimpin kanan PAS, termasuk Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan surat sumpah yang ditandatanganinya sendiri bagi membuktikan perkara itu. Bekas pengarah pilihan raya pusat PAS itu juga berkata, walaupun terdapat lafaz sedemikian yang digunapakai, PAS juga mengenal pasti terdapat juga "dua kes terpencil" di Selangor yang menggunakah kandungan bai'ah yang berbeza.



Menurutnya, satu kes tersebut melibatkan ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad yang mengakui memasukkan lafaz cerai taklik dalam bai'ahnya bagi mengukuhkan pendiriannya supaya tidak mengkhianati parti. Mustafa bagaimanapun enggan mendedahkan seorang lagi pemimpin PAS di Selangor yang terlibat menggunakan bai'ah tersebut yang didakwanya berlaku di luar pengetahuan pemimpin atasan PAS.Ditanya sama ada PAS akan mengambil tindakan disiplin terhadap Khalid kerana mengamalkan bai'ah yang berbeza, Mustafa berkata: "Saya sudah peringatkan. Apa yang telah berlaku itu, lain kali jangan buat lagilah."








Komen Isac;



Saya tidak mahu meragui kenyataan Datuk Mustafa, cuma yang saya amat hairan, mengapa lain caranya di Selangor? Adakah PAS Selangor yang memandai? Ataupun adakah kerana selama ini sememangnya PAS Pusat/PAS negeri-negeri lain mencurigai kesetiaan PAS Selangor? Mengapa PAS Selangor di bawah pimpinan Dato' Dr Hassan Ali, dianak-titikan? Tapi yang jelas, sememangnya ada "tangan-tangan" halimunan yang "memandai" sengaja untuk menokok tambah di dalam hal ini.



Adakah YB-YB ini sengaja melakukan "baiah" tersebut kerana "teringin" untuk beristeri baru??? Ini soalan yang agak nakal sikit, yang pasti akan membuatkan YB-YB PAS tak menang tangan menjawab dan menepis cubitan dari isteri masing-masing....:).... Mungkin isteri YB Khalid Samad seorang sahaja yang tak kisah.



Penulis menyusun sepuluh jari untuk memohon maaf andai kata Tuan-tuan YB terpaksa menjawab dengan isteri masing-masing disebabkan posting ini......


2 comments:

  1. Salam bro, biasalah perangai puak-puak ini, bila dah kecoh macam-macamlah mereka buat dalil..... macam Nik Aziz juga, tak jadi pergi haji, tuduh orang buat khianat.....padahal dia dah takut kena cekup SPRM............ulamlah katakan.....

    ReplyDelete
  2. salam.

    semua yang depa reka dan cipta nak tutup pekong cabok depa...ingat 115 janji dalam manifesto apa yang depa dah buat...so untuk tutup pekong dan cabok buat-buat cerita lepas..satu...satu...isu depa reka dok tipu bangsa...ni puak2 politik bangsat ! mana boleh pecaya.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.