27 Nov 2009

Kerajaan Selangor Ke Arah Kerajaan Kuku Besi?

Rabu November 25, 2009
Kerajaan Selangor Haram Kakitangan Negeri dan Pelajar IPT Milik Selangor Hadiri Kursus BTN
Oleh NURUL AIN MOHD. HUSSEIN




Foto: Gambar Hiasan, Kerajaan Selangor, Kerajaan Lembu? Lembu Haiwan Paling Popular Tahun Ini.




SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor hari ini memutuskan bahawa semua pelajar yang menuntut di Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri, kakitangan jabatan Kerajaan Negeri dan pegawai dari anak-anak syarikat serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri tidak dibenarkan mengikuti kursus Biro Tata Negara (BTN) yang dianjurkan oleh Kerajaan Persekutuan berkuat kuasa serta-merta.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata, perkara tersebut telah diputuskan dalam mesyuarat exco di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK)di sini pada Rabu. Dr Halimah berkata perkara tersebut dibuat kerana kajian yang telah dijalankan mendapati kursus BTN yang dijalankan mengandungi ‘indoktrinisasi’ Kerajaan Barisan Nasional yang agak rasis dan seolah-olah memecahkan penduduk-penduduk pelbagai bangsa dan agama di negara ini. Antara IPT yang terlibat adalah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Universiti Industri Selangor (Unisel) dan Kolej Inpens.

Komen Isac;

Kerajaan Selangor takutkan bayang-bayang sendiri? Penulis pernah mengikuti kursus motivasi BTN di era sebelum dan semasa DSAI menguasainya. Sekali pada tahun 1986 dan sekali lagi pada tahun 1988. Tiada perbezaan yang ketara cuma semasa di zaman DSAI ada diselitkan "Qiamullail".

Selibus lainnya adalah sama, iaitu menyedarkan anak bangsa agar tak ditelan oleh kerakusan bangsa lain. Penulis tidak nampak ianya sesuatu yang melampau atau berbau perkauman. Fungsi BTN juga adalah memberikan kursus kepada semua rakyaat Malaysia (tidak kira bangsa) yang mahu melanjutkan pelajaran ke luar negara dengan biasiswa kerajaan dan juga pegawai kerajaan yang baru memasuki perkhidmatan. Tujuannya adalah agar mereka memahami sejarah kewujudan Malaysia dan menyintai negara ini. Adakah ini salah?

Menurut pemerhatian penulis, BTN yang sejak di zaman DSAI menjadi TPM dikuasai olehnya, telah menjadi lumpuh sebaik selepas beliau dipecat. Ini adalah kerana pegawai-pegawai ini telah sama-sama keluar dari BTN sebagai protes. Tempoh 10 tahun tanpa BTN (yang agerasif) yang membantu membentuk warga Malaysia yang taat kepada negara, telah melahirkan lebih ramai anak-anak muda yang buta sejarah. Apabila BTN hendak dihidupkan semula di zaman DSN, DSAI dan kroni-kroninya melemparkan tohmahan yang bukan-bukan.

Inilah cara DSAI berpolitik, melemparkan tuduhan kepada pihak musuh politiknya sedangkan kesalahan tersebut "dia" sendiri yang buat. Ini tidak menghairankan kerana sebelum inipun dia menuduh Tun Mahathir mengkayakan kroni-kroni Tun, walhal perkara yang sebenarnya dialah yang mengkayakan kroni-kroninya sendiri.





1 comment:

  1. Kalau kita benar dan buat yang betul dengan cara betul kenapa nak takut.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.