19 Nov 2009

Jangan Biarkan Tengku Razaleigh Bergabung Bersama Pakatan Pembangkang!!!

Berita Harian Online
Royalti minyak: Ku Li timbang pelawaan Anwar



KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah, akan menimbang pelawaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melantiknya sebagai pengerusi kaukus mengenai royalti minyak Kelantan. Tengku Razaleigh yang terbabit sejak awal penubuhan Petronas itu berkata, buat masa ini beliau memerlukan masa untuk memikirkan mengenai tawaran tersebut. "Terlebih dulu saya akan mengikut perkembangan dan tengok sama ada saya boleh menyumbang kerana sebelum ini saya sudah terbabit dengan penubuhan Petronas, memahami kandungan perjanjian, merangka undang-undang berkaitan dengannya.




Artikel penuh layari;





Komen Penulis;




Mengikut pandangan peribadi penulis, Pakatan Pembangkang pastinya akan dapat "memanfaatkan" kehadiran Tengku Razaleigh Hamzah, sekiranya YM Tengku bersetuju untuk membantu Kelantan menuntut royalti minyaknya. Mungkin ianya akan menjadi titik permulaan ke arah kerjasama di antara YM Tengku dengan Paakatan Pembangkang.



Jangan pandang rendah kemampuanTengku Razaleigh, mungkin beliau tidak berjaya dengan Parti Semangat 46, tetapi dengan kelebihan DSAI yang sememangnya pandai menghidu dan mempergunakan peluang, penulis percaya sekiranya Dato' Seri Najib mahu "memuktamatkan" pengaruh DSAI, "perkahwinan" ini perlu dihalang dengan apa juga caranya. Jika kini DSAI dan Pakatan Pembangkang kelihatan seolah-olah hampir kelemasan, jangan biarkan mereka mendapat "oksigen" yang mereka perlukan. Dan percayalah ini adalah untuk kepentingan semua pihak, demi kebaikkan semua rakyaat Malaysia.


6 comments:

  1. Bodoh tul ngko nie... Itu pun nak pertikai demi untuk kebaikan negeri Kelantan. Anuar Musa ngko tak pertikai pulak bila kerajaan negeri lantik sebagai presiden KAFA. UMNO memang bengong

    ReplyDelete
  2. SLM BRO..KU LI DH LUPE KE APE JADI KT S46? JGN SAMPAI PISANG BERBUAH 2 KALI BEB!..JGN SAMPAI KU LI JADI KULI LA PLAKK

    ReplyDelete
  3. isac@888
    aku selalu mengikuti bumiyang mu
    bernas.
    kalau ko juga bersama pakatan rakyat pasti meriah

    ReplyDelete
  4. ngok betul la UMNgok tu..sedih mak bapak dia ada anak macam tu..

    kenapa dengan nuar musa? okey pe beliau dilantik jadi org kuat JAFA. nak harapkan PAS??? puih!!! gaji tala bohhhh..jem

    ReplyDelete
  5. Salam semua, terimakasih kerana sudi bersama bumiyang. Kepada Anonymous, November 19, 2009 10:23 PM, kawan, pernah menganggotai parti PAS dan menyokong DSAI. PAS satu-satunya parti politik yang kawan pernah anggotai.

    Dalam keaadaan sekarang kawan menyebelahi UMNO, dari 2 perkara yang tidak betul, kita perlu memilih yang "kurang" tak betul dan demi masa depan umat, kawan melihat, UMNO perlu dipertahankan, Melayu/Islam perlu bersatu jika mahu bertahan. Sudah tentunya kawan menolak DAP dan perjuangan PAS bukan lagi kerana Agama.

    Apapun ini pandangan peribadi kawan, terserah kepada Anon untuk menilai. Kepada "Ngok" semoga anda mendapat hidayat.

    Buat Jef dan Pro, "Walau apapun harganya Melayu/Islam Mesti Bersatu", teruskan perjuangan.

    Wassallam.

    ReplyDelete
  6. Ku Lie ? Nape gentar sangat kat dia. Kalau Ku Lie berpengaruh sangat, nape tak berbuat sesuatu untuk makmurkan Kelantan. Tu hari menang Praya pun kerana undi orang asli Jeli. Harapkan masyarakat sekeliling...jangan harap la..

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.