16 Nov 2009

DSAI Kata SPRM Hanya Mencari Kesalahan Pemimpin Pakatan Pembangkang!



KOTA BHARU, 15 Nov: Umno dan Barisan Nasional (BN) menggunakan setiap ruang yang ada pada media dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mencari kesalahan pemimpin Pakatan Rakyat. Terbaru mereka cuba mengenakan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan isu tajaan untuk menunaikan ibadat haji. Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemimpin Umno menggunakan setiap peluang untuk memperhodohkan wajah pemimpin Pakatan Rakyat. “Sampai Tok Guru Nik Abdul Aziz hendak menunaikan haji pun cuba disekat dengan menggunakan media dan SPRM.
“Kerja khianat pemimpin Umno juga berterusan dilakukan dengan menggunakan sepenuhnya media massa yang mereka kuasai,” katanya pada perasmian penutup konvensyen KeADIlan Kelantan di KTC di sini, petang ini. Hadir sama Setiausaha Agung PKR, Datuk Salahuddin Hashim, Ketua PKR Kelantan, Saifuddin Nasution Ismail, ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Datuk Zaid Ibrahim dan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri, Mohd Zaki Ibrahim.
Jumaat lalu Nik Abdul Aziz mengumumkan membatalkan hasrat menunaikan haji tahun ini disebabkan media sengaja membesarkan isu penajaan untuk ke Mekah.Malah SPRM dilaporkan membuka fail siasatan berhubung isu terbabit.






Artikel penuh sila layari link;


http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=23247:umno-guna-media-sprm-intai-kesalahan-pemimpin-pakatan-anwar&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=125







Komen Isac;



Mmmm...Bagi penulis, tuduhan DSAI ini agak keterlaluan. Jika selama ini mereka mendabik dada dan memberitahu rakyaat bahawa "Pakatan Pembangkang" sebagai paling bersih, telus, pembela rakyaat, adil, anti rasuah dan bla..bla....Tetapi baru "diperhatikan" oleh SPRM "kaki-kaki" mereka dah menggigil? Kalau sememangnya tidak bersalah, apa nak takut?
Dah menjadi resam dunia apabila kita mengata orang, orang lain juga akan memerhati kita untuk melihat "betapa baiknya" diri yang mengata orang lain tu. Kalau takut dilanda ombak janganlah buat rumah di tepi pantai. Berbalik kepada Tok Guru Dato' Nik Aziz, janganlah isu tersebut dijaja untuk menagih simpati dari rakyaat...
Saya pasti dalam kes Tok Guru, tiada siapa pun yang tergamak untuk menyekat pemergiannya menunaikan ibadat haji, tetapi hakikatnya Tok Guru telah tersilap kerana menerima tawaran tersebut, dan beliau telah membetulkannya dengan menolaknya semula. Tok Guru sepatutnya bersyukur kerana beliau telah terselamat daripada membuat kesilapan.
Menurut pandangan penulis, mereka yang bersalah di sini adalah mereka yang telah menipu Tok Guru. Yang pertama, menipu Tok Guru agar PAS meninggalkan perjuangan menegakkan negara Islam. Yang kedua mengabui mata Tok Guru, untuk menerima "rasuah" menunaikan haji tersebut. Sememangnya syaitan akan cuba untuk menyesatkan kita dengan berbagai-bagai cara dan tipu daya, Tok Guru, bernasib baik kerana, beliau menyedari perkara tersebut sebelum terlambat. Tok Guru sepatutnya berterima-kasih kepada SPRM.
Kepada Umno Kelantan dan rakan-rakan blogger yang lain janganlah menekan Tok Guru lebih jauh dalam isu ini, ini adalah kerana tindakan tersebut hanya akan mengundangkan kemarahan rakyaat kepada Umno dan simpati mereka kepada Pakatan Pembangkang

1 comment:

  1. Salam Isac, biarlah dia nak cakap apa pun..... orang tua-tua kata perangai 'orang yang dah nak buang tebiat' gitulah...... tak berapa je masa dia ada kat dunia luar ni....... lepas tu ke dalamlah dia.....

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.