bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

8 May 2019

Cara Untuk Naikkan Penjualan Minyak Kelapa Sawit??? Menteri PH Sewajarnya Lebih Bijak!!!


Bukankah lebih baik jika Kerajaan mensyaratkan maksima 3x gorengan sahaja utk minyak masak yg diguna di permis2 jualan makanan? Jika penjual2 goreng pisang sukar dikaal-selia, mungkin boleh dimulakan dengan peniaga2 restoran2 makanan segera dan restoran2 mewah.

Selepas itu bolehlah diperluaskan kepada restoran2 biasa, mamak dan peniaga2 kecil.

Ini sangat penting kerana dari segi kesihatan pun umum rakyaat Malaysia terutamanya golongan menengah tahu bahawa minyak sawit & juga minyak2 masalk yang lain akan menjadi bahaya jika ianya digunakan lebih dari 3 kali gorengan. Komponen kimia minyak yang terdedah kepada haba yang tinggi akan menjadikan minyak masak merbahaya untuk dimakan sekiranya digunakan lebih 3 X.

Jestru mengapa tidak pihak kerajaan PH yang bijak laksmana membenarkan permis2 jualan makanan membahayakan nyawa pengguna2 di Malaysia?

Pendekatan ini jika dikuat-kuasakan, akan menjadi,"One stone hit 3 birds".
1) Negara boleh menjual lebih banyak Minyak Sawit (meningkatkan penggunaan domestik membantu industri kelapas awit yang merundun permintaannya), 2) kesihatan rakyaat akan lebih baik, 3)penjimatan kos hospital oleh kerajaan kerana rakyaat akan jauh lebih sihat.

Cadangan meminum minyak kelapa sawit tanpa kajian atau menukar kelapa sawit kepata tanaman buloh dilihat adalah langkah2 yang kurang cerdik Menteri PH.

Sumber klik sini

12 Mar 2019

Bersengkokol Dengan Pengganas JI - Ada Pemimpin Besar Bakal Ditangkap???

Berita TV3 mlm tadi tiba2 ada cerita pasal Pengganas Jemaah Islamiyah. 

Kenapa tiba2 isu JI dipanaskan kembali? 

Jadi satu cerita pulak kononnya mereka (JI) juga terlibat dalam serangan  keatas World Trade Center pada tanggal 9/11. 

Kononnya perancangan serangan tersebut telah dilakukan di Malaysia, malah sejak tahun 1999 lagi. 

2 org pemimpin JI yang ketika itu lari dari Indonesia, katanya telah diberikan kerakyaatan Malaysia oleh org tertentu. 

Passport palsu pengebom2 world trade center pula katanya juga diperolehi di Malaysia? 

Wow....mesti ada sesiapa bekas/pemimpin akan dikambing hitamkan. 

Knowing Malaysia, kalau X ada angin masakan pokok bergoyang. 

Utk rekod 1999, PM Tun M, Deputy PM/Home minister Pak Lah, Defence Minister DS Najib. Tapi kalau ada lagi yang nak ditangkap mungkin cerita tersebut akhirnya didapati berlaku lebih awal dari 1999.

Politik Malaysia memang macam jalan cerita filem Hollywood....nak kata busuk pun boleh....

Adakah mungkin, walaupun Pak Lah merupakan Home Minister back then, Najib yang akan ditangkap atas dakwaan bersubahat memberikan kerakyaatan kpd anggota2 JI ini di atas kapasiti sebagai menteri pertahanan ketika itu?

Adakah mungkin disebabkan dakwaan 1MDB dilihat tidak begitu kuat untuk menjatuhkan hukuman terhadap Najib maka satu tuduhan lain sedang diusahakan??? Jangan lupa bahawa sekitar 1998, Anwar juga pernah dituduh sebagai "Agen Asing" ?

Malah Najib juga pernah ke Gaza, Palestine sebaik dilantik menjadi PM dlm usaha untuk menyatukan Fatah dan Hamas, dua parti politik terbesar rakyaat Palastine.

Atau adakah ini sebenarnya usaha tangan2 gelap peringkat tertinggi dunia seperti Fremason ataupun Zionist yang mahu "membunuh" karier politik "Bossku" for good???

Ataupun adakah mungkin Anwar yg bakal ditangkap? Terutamanya jika ianya melibatkan konspirasi politik peringkat nasional? Dari kalangan yang tidak mahu melihatnya menjadi PM ke 8?

Any time pihak konspirator boleh kata, "it's actually happen far beyond 1999". Umum juga tahu, Anwar ramai kawan akrab di Indonesia.

Ironinya.....kalau DAP pula yang main busuk, iaitu musuh Tun M sejak lebih 60 tahun yang bertindak silap2 Tun M yg akan kena tangkap sebab di tahun 80s-90s sebenarya memang pembangkang ketika itu mendakwa bahawa Tun M memberikan kerakyaatan kepada org2 Filipina dan Indonesia untuk mengundi BN.

Apa pun kesemua ini berkemungkinan berlaku. Yang mana satu.....bergantung kepada bagaimana mereka bermain politik....Sama2 lah kita tunggu siapa yang bakal terjerat.


26 Feb 2019

Kalau ikut Sifir Kerajaan PH, PLUS, KTMB, LRT dan MRT Sewajarnya Percuma???



“Kerajaan perlu beli highway (lebuh raya) guna duit siapa? Duit daripada cukai yang dikutip daripada rakyat, kemudian jalan mesti diperbaiki sepanjang masa, itu juga kena dibelanja oleh kerajaan tidak lagi oleh syarikat konsesi" ujar Tun M.

Sumber klik sini. 

Ramai rakyaat yang memandang serong dengan cadangan (baru di peringkat cadangan) kerajaan PH), yang mahukan syarikat Gamuda mengambilalih 4 Lebuhraya di Lembah Klang dalam usaha untuk memberikan "Tol percuma" secara berjadual di antara jam 11mlm - 5pagi.

Satu cadangan yang menggelikan hati. kerana ianya seolah2 memberikan kelebihan kepada kaki clubbing untuk berhibur.

Pastinya rakyaat yang telah semakin bijak hasil usaha kerajaan BN yang telah memberikan pendidikan yang baik kepada rakyaat sebelum ini tertanya2 akan perkara2 berikut;
  1. Apa beza congestion charges dengan bayaran toll?
  2. Mengapa kerajaan PH seolah2 mengutamakan kaki clubbing?
  3. Adakah kerajaan PH x mengutamakan ibubapa supaya dapat bermesra dgn keluarga berbanding untuk mendapatkan toll free?
  4. Kenapa mesti syarikat Gamuda? Yang sebelum ini dilihat memonopoli pembinaan sebahagian projek double track, LRT, MRT, tanah wetland murah berdekatan Cyberjaya (klik sini).
  5. Berapakah nilaian pengambilalihan??? Adakah sehingga 10x sebagaimana Splash?
  6. Adakah pinjaman akan dijamin oleh kerajaan?
  7. Adakah ianya satu lagi projek "bailout" sebagaimana zaman PM4???
  8. Berapa lama konsessi yang akan diberikan kepada Gamuda?
  9. Bagaimana sekiranya toll tidak dapat menampung hutang baru Gamuda, kos operasi dan maintenance?
  10. Jika ianya gagal adakah projek ini akan menerima nasib yang sama sebagaimana projek penswaataan LRT Putra & Star adalah  di zaman Tun M & DS Anwar yg telah terpaksa diselamatkan oleh kerajaan di zaman Paklah/Najib. Diletakan di bawah Prasarana?
  11. Jika kerajaan Ikhlas mengapa x dimulakan dengan lebuhraya PLUS di mana kerajaan melalui khazanah memiliki 51% ekuiti PLUS di bawah UEM (100% dimiliki oleh Khazanah). Malah 49% saham PLUS pula dimiliki oleh KWSP. Bukan kah ini lebih mudah berbanding nak ambilalih konsessi2 lebuhraya2 yang lain. Ya tak? Milikan saham PLUS klik sini.
  12. Ataupun sekiranya benar2 ikhlas, kerajaan juga boleh memberikan tambang percuma melalui KTMB, LRT dan MRT yang 100% dimiliki oleh kerajaan dibawah Prasarana negara. Kecuali janji toll percuma ini cuma janji2 palsu! Retorik untuk memenangi PRU.





5 Jan 2019

Rakyaat Perlu Terus Mendesak Kerajaan PH???



Maksudnya... rakyat perlu terus mendesak Kerajaan PH jika mahu mereka kotakan janji2 manifesto  PRU mereka seperti petrol RM 1.50/liter, PTPTN hapus, TOLL mansuh dll.

Contoh dah ada....

Sumber klik; https://www.mynewshub.tv/utama-sensasi/akhirnya-tunduk-kepada-desakan-rakyat/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3