bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

25 Apr 2015

LHDN Sabotaj Kerajaan Malaysia???



Berhati2!!! Walaupun website LHDN menunjukkan kadar lebih rendah untuk pendapatan bercukai anda tetapi caj yang ditetapkan secara otomatik ketika anda  mengisi borang cukai LHDN secara online mungkin lebih tinggi.

Penulis menghadapi sendiri masalah ini. Walaupun pendapatan bersih yang dikenakan cukai sekitar RM 84,000.00 di mana sepatutnya ianya tertakluk di bawah sela pendapatan RM 70 -100 ribu dengan pendapatan selepas RM 70 ribu pertama cuma dikenakan cukai 21%, sebaliknya caj cukai yang dikenakan oleh LHDN adalah sebanyak 24%. Ianya sepatutnya adalah untuk pendapatan bercukai di dalam sela RM 100 - 150 ribu.



Dalam keadaan rakyaat merasa agak terhimpit dan tertekan dengan kenaikkan kos sara hidup yang semakin meningkat, harga petrol yg tinggi, nilai ringgit merosot, kuasa membeli semakin berkurangan serta perlu membayar GST, mereka pasti akan lebih sensitif apabila ada di antara jabatan/pegawai kerajaan yang melakukan kesalahan seperti ini.

Harapan penulis agar Kementerian Kewangan, DS Najib, DS Husni dan Datuk Ahmad Maslan dapat mengambil tindakan proaktif untuk memperbetulkan kesilapan ini.

Jangan disebabkan kesilapan orang tertentu kerajaan yang akan di persalahkan.

Rujukkan klik


UCAPAN TERIMAKASIH DAN PERMOHONAN MAAF BUAT LHDN DI ATAS MAKLUM -BALAS PANTAS YANG TELAH MEREKA BERIKAN.

Tarif cukai pendapatan 2015 dan 2014 sebenarnya ada  perbezaan kerana terdapat sedikit pengurangan disebabkan rakyaat bakal dikenakan cukai GST bermula 1 April 2015 yang lalu. (Sila rujuk komen2 yang ditinggalkan untuk artikel ini).

Senarai tarif cukai pendapatan untuk tahun 2014 adalah seperti di bawah;



Penulis sekali lagi memohon maaf kepada pihak LHDN di atas ketelanjuran penulis menuduh tanpa membuat siasatan terperinci terlebih dahulu. 

Penulis juga ingin mengucapkan ucapan terimakasih di atas pertimbangan yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia terhadap penurunan tarif cukai pendapatan kerana telah mengambl-kira cukai GST yang dikenakan. Teimakasih sekali lagi!!! 

15 comments:

  1. Tu utk cukai tafsiran 2015... tahun ni cukai tafsiran 2014 la.....

    ReplyDelete
  2. Jadual tu untuk tahun taksiran 2015 la..tahun punya tax return..

    ReplyDelete
  3. Pengemukaan penyata cukai pendapatan individu yang perlu dihantar pada atau sebelum 30 April 2015 adalah merujuk kepada pendapatan tahun taksiran 2014. (Tarikh akhir ini telah dilanjutkan kepada 15 Mei 2015 jika menggunakan e-filing)

    Berdasarkan jadual yang ditunjukkan dalam pautan yang penulis letakkan, kadar cukai untuk sela pendapatan RM70,000 - RM100,000 adalah sebanyak 24% bagi tahun taksiran 2014 dan 21% bagi tahun taksiran 2015. Oleh demikian kadar yang digunakan oleh LHDN dalam borang penyata cukai tahun 2014 adalah betul.

    Kadar 21% yang dirujuk akan digunakan mulai tahun ini dan akan dinyatakan dalam borang cukai pendapatan 2015 semasa dimuktamadkan pada tahun hadapan.

    ReplyDelete
  4. bro...aku rasa kau isi borang online utk tahun 2014 agknya....mmg ada perbezaan kadar cukai yang di kenakan kepada kau....

    jgn nampak kebodohan kerajaan saja kalau kebodohan sendiri tak mampu dibendung....

    ReplyDelete
  5. takkan LHDN sendiri nak sabotaj kerajaan Malaysia???
    kau ni biar betul???
    mungkin borang online yang kau isi tersebut borang bagi tahun 2014 ke???
    pastu kau nak claim bayaran cukai 2015???
    cuba kau semak balik borang online yang kau isi tersebut...

    ReplyDelete
  6. Tuan......gambar kat atas kadar utk thn taksiran 2015. Skrg ni kita submit utk thn taksiran 2014.

    ReplyDelete
  7. Cuba selidik dan study dlu sblm sewenang2 membuat tuduhan tak berasas ni...rujukan mengikut kadar bg pendapatan tahun 2015, tapi pengisian pendapatan kan tahun 2014...kan masih kadar semasa. Penurunan kadar yg baru cuma efektif tahun dpn bila pendapatan tahun 2015 diisytihar. Sedap2 je kata org bodoh....study dlu la bodoh!!

    ReplyDelete
  8. Hmmm keyboard warrior.....

    ReplyDelete
  9. otai macai ni

    ReplyDelete
  10. jangan jadi seperti ahmad maslan

    ReplyDelete
  11. apa hanjing kau tulis ni hahahaha... nohorom

    ReplyDelete
  12. alah siap kena approve ke comment .... buto lah weiiii

    ReplyDelete
  13. pergi LHDN nak bayar cukai, cukai xde....hahaa versi MLM

    ReplyDelete
  14. bodoh.. lain kali nak cari isu selidik dulu.. ini menyusahkan orang..fitnah orang.. fitnah semua orang islam yg bekerja macam org gila cari duit untuk anak-anak kita semua untuk bersekolah..

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3