Oleh AZRAN FITRI RAHIM
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0216&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm
KOTA BHARU 15 Feb. - Sebuah badan pemikir, Minda Pondok menyelar tindakan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana memperkecilkan sambutan Maulidur Rasul.
Jurucakap badan tersebut, Mohd. Saifuddin Abdul Rahman berkata, sambutan besar-besaran Maulidur Rasul mempunyai hikmah yang besar iaitu memupuk perpaduan di kalangan ummah dan mengingatkan kembali terutama generasi muda tentang sirah Rasululullah.
"Ibnu Tamiyyah, ulama kontorversi yang banyak menentang amalan tradisi Islam turut menyokong supaya Maulidur Rasul disambut secara bermusim kerana terdapat pahala yang besar kerana niatnya elok dan menjunjung Rasulullah SAW dan keluarganya.
"Ulama besar, Prof Dr. Yusuf Al-Qardawi juga memberi pendapat yang sama dan wajib ke atas kita untuk mengingati sirah baginda dan menjadi iktibar kepada kita," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai kenyataan Nik Abdul Aziz ketika menyampaikan kuliah mingguannya Jumaat lalu supaya sebahagian daripada wang yang digunakan untuk menyediakan makanan sempena sambutan Maulidur Rasul dimasukkan ke dalam tabung masjid atau surau.
Nik Abdul Aziz dilaporkan berkata, kebanyakan tandas masjid atau surau di negeri ini kotor dan memerlukan pembiayaan bagi memastikan ia dapat diselenggara dengan baik.
Mohd. Saifuddin berkata, berdasarkan pandangan ulama, sambutan Maulidur Rasul bukan suatu amalan yang bidaah kerana ia jelas memberikan manfaat dari banyak aspek politik serta jati diri umat Islam.
"Kami merasa amat dukacita dengan kenyataan Nik Abdul Aziz ini ia seolah-olah untuk menarik perhatian orang ramai untuk kepentingan politik.
"Maulidur Rasul sewajarnya disambut dengan meriah di negeri ini untuk mengingatkan umat Islam terutama generasi muda tentang sirah Rasulullah," katanya.
Komen Isac;
Mungkin Pas beranggapan menggalakkan orang-orang Melayu menyertai rapat-rapat umum yang dicetuskan oleh DAP lebih baik berbanding menganjurkan sambutan maulidur rasul...
Kerana sambutan maulidur rasul tidak memberikan apa-apa keuntungan kepada mereka, sebaliknya menyertai kegiatan DAP kononnya akan memberikan Pas sokongan kaum Cina....
Mungkin Pas beranggapan menggalakkan orang-orang Melayu menyertai rapat-rapat umum yang dicetuskan oleh DAP lebih baik berbanding menganjurkan sambutan maulidur rasul...
No comments:
Post a Comment
Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.